Tuesday, April 22, 2014

CUBA KIRA!!! 50 polis untuk kawal 30 000 orang, bolehkah polis hantar hanya 160 anggota untuk kawal 100 000 orang bakal hadir Himpunan 1 Mei?


Polis Pulau Pinang menempatkan lebih 50 pegawai dan anggota bertugas sepanjang empat hari tempoh memberi penghormatan terakhir hingga pembakaran mayat Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di Krematorium Batu Gantung di Georgetown, Ahad lepas.
  
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata selain menjaga lalu lintas pihaknya turut menempatkan pegawai dan anggota polis di rumah mendiang di Jalan Utama, di Georgetown serta dua balai polis bergerak di perkarangan Dewan Sri Pinang ketika mayat mendiang dibawa ke situ untuk penghormatan terakhir.
  
"Saya telah mengarahkan anggota trafik bertugas dari mula mayat mendiang tiba di Juru dan mengiringi hingga ke rumahnya di Jalan Utama dan dalam masa sama dua pegawai bersama 20 anggota polis trafik ditugaskan menjaga kawasan berkenaan (rumah Karpal Singh).
    

Read more ...