Tuesday, September 18, 2012

TAMPARAN BUAT BN!!! Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah sertai PKR




Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Douglas Lind, turut mengisytihar penyertaannya dalam KEADILAN, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking.

Katanya, penyertaan Douglas yang juga seorang peguam terkenal dibuat serentak dengan pengisytiharan Ibrahim Menudin menyertai KEADILAN Sabtu lalu.


“Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Harris Salleh di era pemerintahan Parti Berjaya,” katanya kepada Keadilan Daily.


Selepas negara gempar dengan pengisytiharan dua Ahli Parlimen keluar BN bulan lalu, dua lagi tokoh tempatan Sabah meninggalkan Umno dan menyertai KEADILAN.


Mereka ialah bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Ibrahim Menudin dan Yahya Lampong.


Ibrahim, seorang tokoh korporat terkenal di Sabah adalah antara pemimpin tempatan yang terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan.


Pengumuman itu dibuat di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin utama parti di Kampung Tanjung Aru, Labuan.


Penyertaan Yahya pula diumumkan Anwar pada sambutan Hari Malaysia ke-49 di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran dan disaksikan 10,000 rakyat negeri itu.


Perkembangan ini tentunya memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beafourt, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.


Mengulas lanjut, Darell berkata, penyertaan berterusan pimpinan Umno Sabah menyokong Pakatan Rakyat membuktikan parti BN bakal tenggelam pada pilihan raya umum ke-13.


“Jika pengasas Umno pun keluar parti, ini menunjukkan parti ini bakal ditolak rakyat termasuk ahli dan pemimpin mereka sendiri.


“Mesej yang disampaikan Ibrahim Menudin sangat penting, tinggalkan Umno kerana rasuah kian busuk dalam parti itu,” katanya.


Darell berkata, Ketua Menteri Sabah hingga kini juga terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa tapi dikekalkan oleh Najib .


“Mengekalkan pemimpin rasuah sangat memalukan. Saya seru ahli dan pemimpin Umno segera keluar dan bersama KEADILAN demi masa depan Sabah yang lebih baik.


“Pakatan menawar agenda lebih besar untuk rakyat melalui Buku Jingga,” katanya.JALAN PULANG 

Read more ...

JOHOR!!! Bakal jadi mimpi ngeri buat BN



Walaupun tanpa jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat (PR), Johor tetap menjadi pusat kepada gelombang perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Keyakinan tersebut bukan sekadar berdasarkan kajian yang dibuat, tetapi diukur berdasarkan sambutan rakyat Johor kepada program-program PR.

"Itu keyakinan kita dan kita tidak beri keutamaan sama ada Menteri Dalam Negeri memberi jaminan keselamatan atau tidak," kata beliau.

Sebelum ini, ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri". 

Menghuraikan lebih lanjut, Salahuddin berkata, sebelum ini pemimpin-pemimpin PR tempatan memberitahu, hendak penuh 50 meja pun susah kalau mereka anjurkan majlis makan malam.

"Tetapi baru-baru ini, 8500 orang telah membeli tiket bagi memenuhi 850 meja yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dalam majlis makan malam anjuran parti itu di Skudai," katanya.

Begitu juga dengan sambutan kepada rumah-rumah terbuka Hari Raya yang diadakan oleh PAS, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.

"Ada masanya, saya terpaksa menghadiri sehingga enam rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di dalam PAS. 

"Dalam setiap majlis yang saya hadiri sambutan dan kehadiran masyarakat Cina dan India begitu memberangsangkan dan merupakan suatu fenomena yang tak berani hendak diimpikan oleh PAS di Johor dahulu.

"Sambutan masyarakat Melayu pula tentulah yang terbaik kini dan bukan lagi seperti dahulu di mana biasanya hanya puluhan orang sahaja yang hadir dalam program PAS di Johor," kata Salahuddin. 

Beliau menyatakan PR kini menambahkan sasaran sehingga 18 kerusi di Johor.

Sebelum ini PR mensasarkan 12 kerusi Parlimen di Johor, namun susulan pelbagai perkembangan menarik di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak, ia memberi impak baru yang membantu membantu PR di negeri itu, katanya. 

PR akan mencipta momentum baru di Johor, katanya lagi.

"Terdapat tiga atau empat Parlimen baru kita yang akan kita fokuskan. Yang sebelum ini Gred B kita angkat jadi gred A untuk diberi fokus untuk membawa harapan yang besar mencapai kemenangan," kata Salahuddin

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan Parlimen yang menjadi sasaran PR itu, dan sama ada ia ditandingi oleh PAS, PKR atau DAP.

Kerusi parlimen sulung Pakatan Rakyat di negeri itu adalah Bakri yang diwakili ahli parlimen dari DAP, Er Teck Hwa.

Negeri di selatan tanah air itu yang mempunyai 26 kerusi parlimen kini mensasarkan Kluang, Segamat, Muar, Batu Pahat, Gelang Patah dan Sembrong sebagai kerusi yang bakal dimenangi dalam pilihanraya umum akan datang.

Namun, bekas ADUN Pulau Manis, Mohd Ariff Sabri Aziz mendakwa Pakatan Rakyat boleh menang sehingga 14 kerusi parlimen dengan ramalan lebih banyak kawasan campuran akan dimenangi pakatan itu berdasarkan kajian semasa yang dilakukan awal bulan lalu.

Read more ...