KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz
Omar menyeru ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berganding bahu
dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk mengemukakan undi
tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Demi kepentingan negara dan rakyat, katanya, Malaysia tidak mampu lagi mempunyai Perdana Menteri ‘kangkung’.
"Adakah ini Perdana Menteri yang sepatutnya disokong?
"Bolehkah ahli-ahli Parlimen BN bergabung dengan kami daripada PR untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib?
"Saya tanya demi kepentingan negara dan rakyat," katanya.
Read more ...
KUALA
LUMPUR 22 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mempersoalkan kandungan yang dikatakan ‘laporan terkini’ Malaysia yang
diterima kerajaan Jepun sehingga menyebabkannya dihalang memasuki negara
itu.
“Ini berikutan alasan halangan tersebut dibuat berdasarkan satu
laporan terkini yang diterima pihak imigrasen negara itu tahun lalu,”
kata Anwar dalam satu temubual bersama badan penyiaran antarabangsa
British Broadcasting Corporation (BBC) semalam.
“Pengusiran atas dakwaan politik lama pada 1999 tidak berasas.
Pegawai tersebut memberitahu, halangan berdasarkan laporan terbaru yang
mereka terima tahun lalu.
Read more ...
Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan
silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan
bukan?
Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta.
- begitulah antara petikan dakwaan dari akhbar utusan untuk Zizan.
PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan dia dan aktres
Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal
terbang ketika
penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Razak, 30, berkata, gosip yang ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai
oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.
“Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus
dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu
di hadapan
mereka semua.
“Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak
terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis,” katanya ketika
dihubungi mStar Online
pada Isnin.
Pemergian Zizan dan Emma ke Amerika turut ditemani oleh rakan-rakan dan krew penggambaran.
Read more ...
Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dibebaskan
atas dakwaan menipu Kabinet berhubung pembelian tanah untuk Zon Bebas
Pelabuhan Klang (PKFZ) menggelar peguam negara bodoh.
Dr Ling berkata, Kabinet sebenarnya membuat keputusan yang betul untuk membeli tanah bagi projek tersebut.
"Dalam hal ini hanya peguam negara yang beranggapan keputusan itu
salah, mereka adalah bodoh," katanya pada satu sidang media di Kajang,
hari ini.
Baru-baru ini Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dalam
dakwaan ke atas Dr Ling dan seorang lagi bekas menteri pengangkutan, Tan
Sri Chan Kong Choy dalam kes penipuan terhadap kerajaan dalam pembelian
tanah PKFZ.
Read more ...