Monday, October 24, 2011

FATWA MUFTI LIBYA!!! Gaddafi selama hidupnya menentang syariah Islam dan banyak kata-kata dan perbuatannya menunjukkan ia bukan Muslim

HHRS 2.0 - Tokoh-tokoh agama saling berbeza pendapat berkenaan jasad bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, dengan beberapa di antara mereka mengutuk apa yang mereka sebut gangguan terhadap mayatnya, sementara yang lain telah menyatakan dia seorang kafir, dan kerananya tidak berhak untuk dikuburkan secara Islam.

Syaikh Mahmud Asyur dari Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar di Mesir, berkata: "Islam melarang menyalahgunakan mayat setiap manusia. Dalam Islam, orang harus menghormati martabat mayat."


Sementara itu, Imam Alkomos Abdul Maih mengatakan, "Mayat pada dasarnya suci. Sebuah keterangan sederhana tentang apa yang terjadi terhadap mayat Gaddafi, adalah bahawa hal itu bertentangan dengan semua norma dan standard hak asasi manusia."


Pada hari Sabtu lalu, di Misrata, rakyat datang berduyung-duyung untuk hari kedua melawat sebuah pusat membeli-belah untuk melihat jasad bekas pemimpin Libya. Aksi menonton mayat ini dipandang oleh beberapa ulama sebagai bertentangan dengan undang-undang Islam, di mana jasad perlu dikuburkan secepat mungkin.

Namun, Mufti besar Libya, Syaikh Sadiq al-Ghariany, mengatakan bahawa Gaddafi adalah seorang kafir, dan solat jenazah untuknya di masjid atau oleh Syaikh masyarakat Muslim, dan ulama menyalahi undang-undang Islam.

Ghariany berkata pada hari Ahad (23/10) dalam sebuah fatwa - dan disiarkan oleh media Libya, bahawa Gaddafi selama hidupnya menentang syariah Islam dan banyak kata-kata dan perbuatannya selama berkuasa menunjukkan bahawa ia bukanlah seorang Muslim.

Pendapat yang berlaku dalam syariah Islam adalah bahawa seorang Muslim tidak boleh melawan undang-undang yang ada di dalam Al-Quran atau Sunnah dan hal itu semuanya itu dilanggar oleh Gaddafi.

Ghariany meneruskan dengan mengatakan, "Ada alasan yang sah untuk tidak mensolatkan dia, yang hal tersebut menjadi contoh bagi para pemimpin yang lain."

Dia menambah bahawa Gaddafi mungkin boleh ditanam di perkuburan Muslim, namun dimandikan dan disolatkan hanya oleh keluarga dan kerabat.

Ghariany berkata bekas penguasa diktator tersebut harus dikubur dalam sebuah makam tidak bertanda untuk mengelakkan terjadinya perpecahan di antara rakyat Libya dan agar makamnya tidak menjadi tempat yang disucikan.

Keretaburuk12

Read more ...

MAI TEROPONG LAPORAN AUDIT!!! Tengok kroni UMNO belasah duit rakyat, OPPS..beli teropong pun depa sentai

http://media1-cdn.malaysiakini.com/406/60b203c6663d0f357eca7c6f5e18e839.jpgMacam-macam perkara luarbiasa kita baca dalam laporan Audit Negara

Ada yang kata perkara biasa sebab dah jadi lumrah laporan audit negara ada penyelewengan wang rakyat tapi pihak SPRM mana ada siasat pun.Setakat lapor lepas tu senyap ja .

Pakat bincang pakat debat tapi habuk pun tarak.Wang rakyat mengalir deras masuk kantong kroni .Dibawah antara penyelewengan wang rakyat yang melampau yang dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.


1-
Beli Kuda 23 ekor bernilai RM 5.66 juta untuk sukan lasak ekuestrian tapi 18 ekor tak diiktiraf sukan antarabangsa.Beli 'kuda sakit' duit rakyat diperkudakan!

2-Jabatan Taman Laut Malaysia beli binokular (teropong) 29 kali ganda harga asal-Harga asal RM 1940 di pasaran tapi dicaj RM56,350 sepasang.Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Barangan lain termasuk:

  • Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)
  • Hand-held portable VHF Transceiver berharga RM1,561 pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus).Baca di sini.
3-Majlis Amanah Rakyat (MARA) beli peralatan kursus untuk latihan seratus peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.Peruntukan untuk MARA RM54 juta telah disalahgunakan.Katil boleh lipat harga RM100 di pasaran tapi dibeli dengan harga RM500.

4-Laporan audit negara kata hati-hati ke
Stadium Bukit Jalil takut runtuh sebab waranti penyelenggaraan stadium dah tamat 3 tahun lalu!Sapa mau mati cepat sila tidur di stadium .

5-
Lebuh Raya Desaru:Silap kira kos ambik tanah kerajaan pikul RM375 juta.Silap kira atau memang dah buat kira kira untuk kroni sekali?
6-Laporan Audit:JPA terlebih bayar pencen lebih 2300 penerima.
7-Laporan Audit:LPKP ambil lebih 700 hari selesai kes, aduan.Lebih baik tak payah buat aduan!Misai Merah

Read more ...

NAJIB SELESA KE UIA!!! UIA tarik balik arahan gantung Aziz Bari




Oleh kerana kemungkinan sekali lagi Najib bakal dimalukan esok sempena lawatannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), ada arahan supaya penggantungan profesor Abdul Aziz Bari ditarik balik!

Apa yang menariknya, tidak sampai tiga jam surat tunjuk sebab dihantar oleh peguam Aziz, keputusannya sudah dikeluarkan sekitar jam 6.30 petang tadi!


Bagaimanapun siasatan tetap berjalan, hanya Aziz diminta bertugas semula esok seperti biasa.


Ini menunjukkan Umno-APCO dan Najib gerun dengan semangat mahasiswa yang turun beramai-ramai mempertahankan Aziz yang dizalimi pentadbir universiti tanpa sempat membela diri melalui surat tunjuk sebab yang dikeluarkan universiti itu sendiri.


Sah, petanda jelas Najib takut kebangkitan mahasiswa di UIAM akan merebak ke seluruh IPTA yang lain yang secara tidak langsung menggerakkan semula kebangkitan mahasiswa seperti yang pernah dialami Anwar Ibrahim dan Hishamuddin Rais mempertahankan rakyat Baling yang kebulur sekitar tahun 1974.


Tahniah! Satu kemenangan buat gerakan mahasiswa dan terus mara menumbangkan rejim Umno-APCO walau apa rintangan sekalipun!


JALAN PULANG



UIA tarik balik arahan gantung tugas Aziz Bari, diarah lapor diri esok


Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari hari ini.


Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang tadi, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman kepada The Malaysian Insider.


“Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang,” kata Zulqarnain.


Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik.


Dalam laporan petang tadi, The Malaysian Insider memetik Zulqarnain berkata UIA memaklumkan akan mengumumkan keputusan hasil siasatannya ke atas Aziz (gambar) esok.


Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang tadi.


“Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya,” kata Zulqarnain.


Beliau menghantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, kira-kira 3 petang tadi.


Zulqarnain berkata dalam responsnya, Aziz telah menjelaskan bahawa kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor adalah satu bentuk kebebasan dalam memberi pandangan, yang sama sekali tidak bertentangan denagn Artikel 15(3) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti dan juga Seksyen 3(2) Akta Hasutan.


“Asasnya penjelasan kami kepada UIA adalah begitu, apa yang dikatakan oleh Prof Aziz ialah ia kebebasan bersuara, tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara... Seksyen 3(2) Akta Hasutan sendiri memberi pengecualian,” katanya.


Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.


UIA telah memberi masa selama seminggu sehingga 4 petang esok kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.


Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus UIA.


Jumaat lalu, Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata Aziz perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor.


Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIA untuk dibicarakan.


Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.

Read more ...

TERKINI!!! Al-Nahda Party (Parti Islam) menang 90 daripada 217 kerusi di Tunisia

A list of all the seats won by al-Nahda has just been posted to a Facebook page administrated by members of the party.

This information is based on information from al-Nahda's election observers. Final results are to be announced by Tunisia's electoral authority.

It gives them 90 out of 217 seats, or 41 per cent of the constituent assembly.

AL JAZEERA

BERITA SEBELUM INI

Parti Islam anNahda telah mendakwa mereka telah memenangi lebih daripada 30 peratus kerusi di perhimpunan 217 kerusi Tunisia, dalam pilihan raya bersejarah negara tersebut.

"Keputusan pertama yang disahkan menunjukkan al-Nahda telah mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan dan di kebanyakan daerah," kata pengurus kempen parti al-nahda, Abelhamid Jlassi, pada sidang akhbar, memetik laporan sendiri pemerhati pilihan raya al-Nahda

[Gambar atas - pemimpin anNahda, Rashid Ganouchi, melambai kepada penyokongnya]

Pemimpin-pemimpin kedua-dua pihak berhaluan kiri, Parti Kongres Republik (CPR) dan Ettakol, berkata, mereka berjuang untuk tempat kedua, manakala pemimpin Parti Demokratik Progresif (PDP) mengakui kekalahan pada petang Isnin.

"Al-Nahda pastinya majoriti, tetapi terdapat dua entiti demokratik lain, Ettakatol dan CPR, yang lemah pada permulaan tetapi kini mendapati diri mereka dalam kedudukan untuk menyumbang kepada kehidupan politik dan menyambut kemodenan rasional dalam Arab-Islam negara, "kata Khalil Zaouia, pemimpin nombor dua parti Ettakatol,.

Samir Dilou, ahli biro politik al-Nahda, berkata bahawa partinya telah memenangi "tidak jauh daripada 40 peratus undi.

"Trend ini jelas. PDP teruk diletakkan (dikalahkan). Ia adalah keputusan rakyat Tunisia. Saya tunduk di hadapan pilihan mereka," PDP pemimpin Maya Jribi kepada agensi berita AFP di ibu pejabat parti itu di Tunis.

"Kami akan berada di sana untuk mempertahankan Tunisia yang moden, makmur dan sederhana," katanya, sambil menambah PDP akan "jelas berada dalam pembangkang".

Pada hari mengundi pilihanraya bebas pertama Tunisia kelihatan orang ramai menunjuk-nunjuk jari telunjuk yang disapu dengan dakwat kekal berwarna biru mereka selepas membuang undi, menunjukkan mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka. (Sumber AJE)

Read more ...

MUHYIDDIN DI S'PURA!!! Disambut dengan berita beliau gagal ujian moral menjadi PM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBOZdL6Gg1v60sEna3qpvhmdUeTrT3aVRNFggHaRqm50i6M1q5nOO-mZe73AZKl09x2PHupdtJ3IzP2V3P4ZaioSBlz6bgcYHNWpGe6qqpzOTUtghSpI2F8NwKhxKx-IPP5QnFmb5quvvW/s400/muhyiddin-yasin-5.jpgPetang jam 6.30 tadi TPM Muhyiddin dan isteri bersama rombongan dah selamat sampai di Singapura, ini adalah lawatan pertama semenjak beliau menjawat jawatan TPM,

Aku tak fikir Berita Harian Singapura sebagai akhbar tunggal berbahasa Melayu di Singapura tidak tahu jadual ketibaan beliau ke negara mereka, namun satu berita yang begitu menyakitkan hati bila membaca,,ManjungMari



24 Okt 2011

LUAR NEGARA

Ketua menteri P. Pinang cap Muhyiddin 'pengecut'

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, semalam melabelkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai 'pengecut' kerana mengulangi dakwaan laman blog pro-Umno bahawa anak lelaki setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu mencabul rakan sekolahnya.

Encik Lim berkata beliau 'terkejut dan jengkel' bahawa Tan Sri Muhyiddin menyerang anak lelakinya itu bagi mendapatkan sokongan politik dan sebaliknya memberitahu pemimpin kedua tertinggi Umno itu agar menumpukan usahanya terhadap beliau.

'Jika Muhyiddin benci sangat kepada saya, beliau boleh berbuat yang terburuk untuk mengalahkan saya secara politik,' kata beliau dalam satu kenyataan yang dipetik oleh satu laporan laman berita The Malaysian Insider, semalam.

'Tetapi, Muhyiddin tidak seharusnya menyertai sekumpulan orang yang bersifat pengecut dan menjadikan anak lelaki saya berusia 16 tahun sebagai sasarannya dan menyebabkan anak lelaki saya sekali lagi melalui pengalaman traumatik ini,' katanya.

Beberapa penulis blog pro-Umno mendakwa bahawa anak lelaki Encik Lim mencabul seorang rakan sekolah perempuannya berusia 16 tahun - yang mana gambarnya turut disiarkan - dan cuba mengelak daripada dihukum dengan menggunakan nama bapanya.

'Mangsa' berkenaan, yang dikenal pasti sebagai Anya Corke, seorang pelajar Hongkong yang sedang menuntut di Britain, tampil menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa dia tidak mengenali anak Encik Lim.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata Tan Sri Muhyiddin gagal ujian moral dan etika untuk menjadi perdana menteri dengan mengulangi 'pembohongan' terhadap seorang remaja yang tidak mampu mempertahankan dirinya, walaupun individu yang didakwa sebagai mangsanya itu telah tampil menafikan dakwaan itu.

Kelmarin, Tan Sri Muhyiddin meminta Encik Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.

Dalam hal ini, Pakatan Rakyat (PR) turut menggesa timbalan perdana menteri itu agar memohon maaf kepada Encik Lim secara terbuka.


Link : cyberita.


.

Apakah ini sebagai kata-kata aluan selamat datang ke negara mereka, mereka nampak suasana iklim politik negara malaysia, mungkin juga mereka sendiri malu pemimpin sesama bangsa melayu cuma berlainan negara mempunyai sikap seperti yang dilabelkan...

Ingatlah sama,,, anak dara di atas tu pun comel juga,,, nasib baik Lim Guan Eng tak nak main kotor macam orang UMNO.... memang patutlah akhbar Singapura labelkan pengecut,,, anak dara sendiri pun tak berapa nak clear...ManjungMari

Read more ...

PRU MAKIN HAMPIR!!! BN masih belum selesa, Pahang pun mungkin jatuh ke tangan PR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9LbYlYDPi-mCChxtPN2oAoa_0CdBQu8LvFjl_W28vUFdPgnAqEIdAwR5gG5WOsoVhe4TrT-roJ9gdmT0_vyLObRvHiqB62Bj87R_DX33kkLVcMQwdJgkLDF8XTPi4gilEFJ21EcFlPt14/s320/bon-NO1.gifSAFAR JUMAAT

APA yang ditunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin setakat ini, memang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah semakin dekat.

Kekerapan mereka berdua turun padang, dengan pelbagai nama setelah Program Umno Juara Rakyat gagal, memperlihatkan bahawa rakyat sedang ditaburkan dengan gulagula dan janji manis untuk terus memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada BN.

Cuma, Najib tentulah tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa yang amat sangat terhadap sambutan yang dijanjikan seramai 15 ribu orang ketika menjejakkan kaki buat pertama kali di Dun Gombak Setia, bersebelahan Al-Taqwa Restoran yang dikatakan tempat penyokong-penyokong PAS bersantai, hanya dihadiri sepertiga daripada audien yang dijanjikan.

Khabarnya sibuk kepimpinan Umno Bahagian Gombak membuat laporan untuk diserahkan kepada Najib mengapa jadi begitu kerana permintaan mereka supaya Najib turun ke Dun Gombak Setia ditunaikan, padahal Najib diberitakan lebih berminat untuk ke Dun Batu Caves, yang terletak bersebelahan dengan Dun Gombak Setia.

Dari mereka yang dekat dengan kepimpinan Umno memberitahu, jika Najib dibawa turun ke kawasan tertentu, sekurang-kurangnya 15 ribu audien hendaklah berada di kawasan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap BN sudah kembali meningkat.

Malangnya, ketika Najib begitu ghairah menuntut jumlah tersebut, pengundi-pengundi di Dun Gombak Setia dan Parlimen Gombak menunjukkan sikap berlainan sama sekali. Mereka tidak bersedia untuk menyambut kehadiran Najib dan mereka tidak mahu “menjamah gula-gula yang ditaburkan” menjelang PRU13.

Sebagai catatan, PM dan TPM dilihat akan turun ke kawasan yang tidak dimenangi BN dalam PRU12 bagi mengembalikan semangat kepada jentera parti, agar bekerja kuat bagi merampas kembali Dun-Dun tersebut, bagi menjanjikan mereka kembali berkuasa di Selangor dan negerinegeri yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat.

Ekoran dari kegagalan kepimpinan Umno Bahagian Gombak memberi sambutan bergaya kepada Najib, khabarnya cadangan membawa Muhyiddin ke Parlimen Selayang, minggu ketiga bulan ini, dibatalkan.

Muhyiddin akan dibawa “untuk turun ke padang” di kawasan Sepang, bagi menjanjikan ada sekitar 10 ribu audien menyambut kehadirannya. Jika Najib mesti disambut 15 ribu audien dan Muhyiddin mesti disambut 10 ribu audien, nampaknya menterimenteri kabinet tidak berani menetapkan jumlah audien untuk datang ke satu-satu kawasan, kerana jumlah yang besar agak mustahil dapat diadakan.

Dari perkiraan mudah, kata beberapa orang pemerhati politik, jika Gombak boleh dimenangi BN, Ampang Jaya dan Selayang juga akan kembali ke tangan BN. Tetapi jika Gombak tidak mampu ditawan, Ampang Jaya dan Selayang seperti tidak ada harapan langsung untuk dirampas kembali.

Walau apa cara sekali pun Najib, memang mahu BN merampas kembali Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat.

Ini kerana Selangor merupakan negeri termaju dan Najib pula memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Jika Umno negeri di bawah tangan Najib pun masih sukar dikuasai 100 peratus kerusi yang ditandinginya, apalah yang hendak diharapkan di negerinegeri yang diketuai oleh mereka yang bukan Perdana Menteri dan merupakan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lemah, tercemar dengan imej kotor dan rasuah.

Sambil berjenaka, seorang penganalisis politik berkata; Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, Kedah terlepas ke tangan pembangkang sedangkan Dr Mahathir datangnya dari Kedah.

Kemudian, Pulau Pinang, negeri di mana datangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi pula tumbang ke tangan Pakatan Rakyat dan kali ini, mereka sedang menanti apakah Pahang, negeri di mana datangnya Perdana Menteri akan tumbang atau Selangor di mana negeri yang Umnonya dipimpin Najib akan rebah.

Najib dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu telah cuba sedaya upaya untuk menghulurkan wang secara terus kepada pengundi melalui pelbagai mekanisme, kerana beliau pastinya tahu yang rakyat sudah bersedia menolak BN.

Khabarnya, Muhyiddin semakin kerap mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno Bahagian khususnya Ketua, Timbalan, Naib, Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri, tetapi apa yang dikutipnya dari maklum balas tersebut, BN tidak akan kembali berkuasa selepas PRU13.

Jangan hairan jika waktu ini Najib mengatakan pembahagian semula kawasan pilihan raya akan dikaji semula kerana Umno sedaya upaya mahukan beberapa kerusi yang selama ini menjadi milik MIC, Gerakan dan MCA, mesti diserahkan kepada Umno.

Contoh paling ketara Dun Batu Caves yang sejak sekian lama diwakili calon MIC kini sudah cuba direbut oleh calon Umno.

Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang sejak kewujudannya diwakili MCA sedang diusahakan untuk diberikan kepada Umno dengan alasan KeADILan memenangi kerusi itu kerana meletakkan calon Melayu.

Usaha juga sedang dirancang untuk meminta Umno yang bertanding kerusi Parlimen Selayang jika mahu BN kembali menguasai kawasan tersebut.

Ini hanya beberapa kawasan yang boleh dijadikan contoh di mana Umno sudah merasakan mereka jauh lebih kuat dari MCA, MIC dan Gerakan selepas ancaman tsunami 2008.

Read more ...

U-TURN UMNO!!! Kerana kuasa dan harta

http://www.toyota-supra.info/forums/images/smilies/umno.gifOleh Dato Tarmizi Mohd Jam

SEJAK muktahir ini, Umno sudah dilihat dengan jelas sebagai parti yang tidak ada pendirian, parti yang suka buat U-Turn. Apa yang ditentangnya dahulu, kini dijilatnya semula dan cuba menuduh pihak lain tidak bersamanya pulak.

Contohnya cukup banyak. Terbaharu ialah cadangan pengubalan Akta Murtad yang disuarakan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria. Dalam isu ini, Mukhriz Tun Mahathir menggesa pemimpin PAS tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam di negara ini.

Sedangkan ketika PAS membentangkan Rang Undangundang sebegini pada awal 1990-an dahulu di Parlimen, ahli-ahli Parlimen Umno-BNlah yang paling lantang menentang dan enggan menyokongnya.

Pendirian Umno goyah lagi dengan secara tiba-tiba memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ketika rakyat yang prihatin bangkit mengadakan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009, melalui tindakan pasukan Polis, pembantah ditangkap dan mereka dipancut dengan air asid tanpa belas.

Beriya-iya pemimpin Umno mempertahankan akta zalim dan kejam itu. Beberapa badan NGO yang pro-Umno ditatang tanpa sebarang pancutan air kimia dan gas pemedih mata, pada hari yang sama ketika rakyat berarak di Kuala Lumpur mahu memansuhkan ISA. Itulah layanan dan sikap Umno.

Apabila ISA sudah tidak popular dan rakyat tidak lagi ‘kecut’ dengan akta yang jadi perkakas Umno-BN itu, ianya mansuh, sedangkan ISA itulah antara senjata penting diguna Umno selama ini untuk ‘membelasah’ musuh-musuh politiknya.

ISA jugalah yang menjadi sebab tragedi berdarah Memali dan ISA juga yang mengorbankan Dr Burhanuddin al-Helmy, Pahlawan Umat yang disanjung tinggi.

Sikap U-Turn Umno juga cukup jelas dalam hubungan dengan Raja-Raja Melayu.

Semua rakyat tahu apa yang Umno telah lakukan kepada Raja-Raja Melayu pada tahun 1983, 1993 dan 1994. Hari ini, pemimpin Umno cuba menggunakan istana pula untuk menyerang musuhnya dari Pakatan Rakyat. Ia bermula selepas mereka kecundang teruk dalam PRU 2008.

Dalam demonstrasi di pekarangan rasmi Menteri Besar Sri Iman, Kuala Terengganu, 23 Mac 2008, para pemimpin Umno negeri dan Pusat terangterang menderhaka terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin apabila secara terbuka mengadakan demonstrasi yang jelas menghina kemuliaan institusi raja dalam isu pelantikan Menteri Besar sehingga muncul kain rentang “Kami nak Idris, natang (binatang)?” yang begitu biadab disiarkan secara meluas oleh beberapa buah stesen tv.

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ketika menjadi Menteri Besar Selangor juga pernah melarikan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin, yang lebih dikenali sebagai Ku Yah dan banyak lagi angkara derhaka pemimpin Umno, jika mahu disenaraikan.

Tidak lama sebelum PRU- 12, mereka juga cukup takut mahu berbincang masalah Melayu kerana bimbang dengan ancaman MCA. Sekarang apa dah jadi bila MCA menungging?

Lepas ini apa lagi yang Umno nak lakukan? Umno memang sudah kontang idea, suka meniru sehingga Bajet Tranformasi 2012 juga ditiru sebahagiannya daripada Bajet Pakatan Rakyat. Malah teks ucapan Najib yang sudah dicetak, tidak dapat diberi kepada ahli Parlimen kerana terlalu banyak pindaan dilakukan setelah munculnya Bajet Pakatan Rakyat.

Lihat sahaja one-off payment mereka. Pakatan Rakyat beri bayaran tunai dengan menggunakan duit lebihan.

Umno, yang ghairah kaut duit masuk poket sendiri, mahu meminjam apabila nak melakukan pembayaran kepada rakyat. Siapa yang akan tanggung hutang nanti? Tentulah rakyat.

Hari ini tanpa segan silu, Najib mendakwa Pakatan Rakyat sama seperti parti Republikan di Amerika Syarikat?

Apakah ini ucapan seorang PM? Kalau PM pun sudah terhoyong-hayang, apalagi orang bawahannya.

Tiga hari lepas, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan bayaran tunai RM500 akan menimbulkan masalah kerana bagaimana kerajaan mahu mengenalpasti mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Ini akan memakan masa. Akhirnya nanti, selepas pilihan raya umum pun masih belum selesai.

Kini makin jelas, Umno akan melakukan lebih banyak U-Turn lagi bagi menempatkan semula pengaruhnya dalam kampung rakyat, termasuk mencedok apa sahaja idea dan tawaran Pakatan Rakyat, demi melangsungkan kuasa mereka yang tinggal sejengkal sahaja lagi.

Read more ...

PANAS!!! Blogger Mat Indon Mali bakal disaman

Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog pro-Umno untuk menuduh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

NONE
Ini, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebarkan khabar angin ke atas Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.

"Sebagai ibu bapa Anya, saya akan semak pilihan yang ada untuk melindunginya daripada gangguan seumpama ini," katanya yang dipetik dalam akhbar South China Morning Post hari ini.


Anya, yang satu ketika dulu adalah juara catur satu Hong Kong kini menuntut di Amerika Syarikat. Beliau didakwa oleh penulis blog pro-Umno telah dicabul oleh anak remaja Lim dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.


Ketua Menteri itu juga didakwa telah membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa Anya untuk menutup skandal berkenaan.


NONE
Anya, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Bagi Lim, celaan itu bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya yang sekaligus cubaan meranapkan kehidupan anak remajanya yang dianggap “cukup keji dari segi moral dan tidak bertamadun”.


Anya, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu dan juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang yang disebutkan dalam blog berkenaan.


“Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun,”katanya.

Read more ...