Sunday, August 21, 2011

Tidak sedia jadi calon, Khairy pengecut



SHAH ALAM 22 OGOS : Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan kesedianya menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang disifatkan sebagai tidak wajar.

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, ini kerana apa yang dilakukan Khairy adalah amalan lazim dalam parti Umno yang tidak memahami demokrasi dan kehendak rakyat sebenar.

"Sebenarnya mereka tidak memahami demokrasi dan kehendak rakyat, seharusnya selaku ketua Pemuda Umno dan bertaraf Naib Presiden Umno, Khairy sepatutnya menunjukkan sikap bahawa Umno itu menghormati demokrasi akar umbi"katanya memberitahu Tv Selangor.

Menurut Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Khairy sepatutunya yakin dengan kuasa akar umbi dalam menentukan dirinya kekal bertanding di kerusi Rembau dan bukannya membuat kenyataan akur dengan segala keputusan pucuk pimpinan sekaligus menafikan amalan demokrasi akar umbi.

"Dia (Khairy)tidak seharusnya menunjukkan sikap akur dengan teruja pada kedudukan presiden Umno dengan keadaan sedemikian rupa, sebaliknya dia harus memberi kenyataan bahawa dia yakin dengan jentera akar umbi di peringkat Rembau yang mahukan dia bertanding dengan khidmat yang dilakukan selama ini,"ujarnya.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

Beliau berkata keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Kota Bharu malam tadi, lapor Bernama Online.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Chegubard menjelaskan kenyataan seumpama itu adalah amalan lazim calon Umno dalam memastikan kedudukan mereka terus kekal walaupun menafikan hak akar umbi dalam sistem demokrasi yang sihat.

"Ini hanyalah pengulangan episod-episod lama yang mana kisahnya terpulang kepada presiden, "putih bagi presiden, putihlah kepada kami", hitam bagi presiden, hitamlah bagi kami", tetapi kepada rakyat apa jadi, kepada orang bawahan Umno apa jadi? Apa yang jelas pihak tertinggi tidak akan dengar dan peduli dengan suara mereka," jelasnya.

"Inilah yang pada akhirnya apabila selepas pilihanraya semua perkara adalah betul dan tidak boleh ditegur oleh akar umbi, saya lebih saya lebih suka menarik perhatian rakyat kearah itu daripada menyetuh isu polimik dalam Umno yang tidak pernah sudah da semakin meruncing sejak multakhir ini." tambahnya.

Read more ...

Liwat Fasa 2: Anwar akan bongkar konspirasi jahat ke atas dirinya !!

Najib dan Rosmah Mansor kini tidak boleh senang duduk
apabila Anwar Ibrahim sedikit demi sedikit membongkar konspirasi

jahat ke atasnya
tidak lama lagi

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya.


Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful,” kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini.


Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media.


Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.


“Dakwaan dia (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.


Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau.


“Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya,” katanya.


Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, “kebenaran akan terbukti kelak.”


Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini.

Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.


Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob.


“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk.


“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk.


Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan.


Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks,” kata Anwar.


Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan marah.”


“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam,” kata Anwar.


Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.


“Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk.


“Dia tidak berbuat demikian.


Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.


“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan,” kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, “alasan sedemikian bercanggah dengan fakta.”


Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.


Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.


“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.


“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.


Anwar dipecat dari Umno dan jawatan kerajaan awal September 1998.


Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya.


Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”


“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan.


Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya.


“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera.


Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari.


Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.


“Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.


Malah kata
Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.


“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya.

Read more ...

PAS mahu mengadap Agong

http://zainulfaqar.blog.com/files/2010/06/Salahuddin-Ayub1.jpgSHAH ALAM – Pas berhasrat memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat bagi mencadangkan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja bagi mengkaji sistem pilihan raya negara ini ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin.

Naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kenyataan Najib disifatkannya angkuh kerana bertegas pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa dan kerajaan tidak terikat keputusan dibuat jawatankuasa terpilih parlimen.

Menurutnya, kenyataan itu terus ‘membunuh minat’ Pakatan Rakyat (PR) untuk menyertai jawatankuasa tersebut kerana sikap Perdana Menteri didakwanya jelas tidak ikhlas.

“Jika begitu kenyataan Perdana Menteri kita, maka apa fungsinya ditubuhkan jawatankuasa terpilih parlimen ini sedangkan kita semua mahu sistem pilihan raya ditambah baik,” katanya.

Ditanya sama ada perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong itu akan melibatkan perhimpunan besar seperti sebelum ini atau hanya menghantar beberapa wakil, Salahuddin menegaskan perkara tersebut akan dibincangkan kemudian.

“Mengenai perkara itu, kita tunggu dulu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan tidak mustahil PR menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri dan dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat serta menyemarakkan semangat untuk himpunan Bersih 3.0.

Menurutnya, sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihan raya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat sekali gus kepercayaan terhadap Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR) terus merosot.

“Mustahak untuk memperbetulkan dahulu perjalanan pilihan raya supaya bersih dan adil dan mengembalikan kepercayaan rakyat. Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihan raya bukan keputusan yang membayangkan hasrat sebenar di akar umbi,” katanya.

Katanya, Rabu ini akan diadakan mesyuarat PR untuk membincangkan secara serius perkembangan tersebut bagi membuat satu keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Najib dan Barisan Nasional (BN) untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang.SH

Read more ...

Video : Sejak dahulu lagi Mahathir tidak suka Najib

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFQA3DicfaIx6r3ogS4cFPeKBVXb61LvjwGkz03RQ1Nchgjptyy0gO7O6TDVeqNsBDSKuj-LL8mjhLaPz0iTI22OIz6QdJNZo2b9RLpMAeY9OiM31_JpS9xBY0l_2ii5tzxCLLKRigB64/s400/mahathir=1.jpgSEBELUM ini telah disiarkan di MiLo SuaM bahawa terdapat gerakan dalaman Umno yang mahu menjatuhkan Najib Tun Razak.

Gerakan itu dipercayai didalangi oleh Muhyiddin Yassin dengan restu Tun Mahathir disertai oleh PENAWAR yang dianggotai oleh bekas wakil rakyat BN yang mendesak Najib meletakkan jawatan, rujuk sini [Gerakan Mahathir].

Tun Mahathir di dalam blognya langsung tidak menafikan dakwaan penglibatannya malah memberikan ucapan tahniah kepada gerakan tersebut, rujuk sini [Mahathir].

Barangkali tidak ramai yang tahu, Tun Mahathir sejak dari awal lagi menegaskan bahawa Najib Tun Razak tidak patut dipilih sebagai pemimpin, "Saya tidak mahu sokong pemimpin yang tidak baik bagi parti bagi (dan) negara kita...", kata beliau.

Di dalam menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya sebelum ini, Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau sudah berubah fikiran dari menyokong Najib sebagai Presiden Umno. "Kerana saya berpendapat, orang yang tidak patut dipilih bagi memerintah negara kita, jangan kita pilih..." kata Tun Mahathir lagi.

Saksikan sendiri kenyataan Tun Mahathir dalam rakaman di atas.


ReJaM© "Dah lama tak suka, patutlah sibuk nak jatuhkan..."


Read more ...

Muhyiddin makin gah, Najib semakin lemah!



SUATU ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).

Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0.

Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini. Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu.

Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik.

Cadangan PSC oleh Perdana Menteri itu kata Muhyiddin, hanyalah untuk memperbaiki proses pilihan raya. Kenyataan terbuka Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, datang sehari sebelumnya, merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Najib.

Langkah berani reformasi pilihan raya

Najib nampak ikhlas apabila mengumumkan cadangan PSC itu pada 15 Ogos, apabila beliau berkata:

“Jawatankuasa itu akan berbincang mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya yang perlu dilaksanakan bagi mencapai persetujuan yang tidak berat sebelah tanpa apa-apa keraguan bahwa wujudnya manipulasi daripada pihak kerajaan.”

Najib juga menekankan bahawa pentadbirannya tidak akan dibentuk kecuali benar-benar dipilih oleh rakyat.

Kenyataan-kenyataan ini bermakna beliau mengakui terdapatnya kelemahan dalam struktur pilihan raya dan kepincangan ini sudah cukup untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Dan keazaman Najib untuk mendapatkan persetujuan dan memerintah hanya jika “benar-benar dipilih oleh rakyat” merupakan manifestasi dari keinginan untuk memperbetulkan kesilapan yang sudah sekian lama menunggu untuk diperbaiki.

Dalam menghadapi keberanian usaha untuk memberi sedikit nafas lega kepada sistem demokrasi di negara ini yang dapat diterima oleh seluruh rakyat, kenyataan Muhyiddin yang bercanggah dengan bosnya memeranjatkan banyak pihak.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Najib membuat pusingan U supaya selari dengan pandangan timbalannya apabila beliau mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa sistem pilihan raya kita adalah telus dan boleh dipercayai.

Bercakap pada satu majlis berbuka puasa pada 17 Ogos lalu, Najib menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.

Seterusnya beliau berkata, “kita akan memperbaiki proses pilihan raya, jika ianya dipertikaikan. Kita tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan hati .

Setengah-tengah pihak, kita akan laksanakan beberapa perubahan dalam sistem itu.” Kenyataan yang tidak bertenaga ini tidak layak buat seorang Perdana Menteri. Jika tidak ada kesilapan, mengapa perlu diubah?

Membuat perubahan hanya kerana ada orang membuat aduan? Tidakkah Perdana Menteri mempunyai pendirian dan pegangannya sendiri?

Membentuk sebuah PSC adalah perkara serius yang berlaku apabila timbul perkara-perkara yang tersangat penting yang perlu dibahas secara terperinci di Parlimen.

Adalah suatu tindakan yang dangkal apabila Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian seperti itu dibuat terhadap aduan-aduan berkenaan dengan sistem pilihan raya, yang menurut pendapatnya adalah baik.

Sudah pasti seorang Perdana Menteri tidak bermaksud seperti apa yang beliau katakan – membentuk PSC semata-mata untuk menutup mulut para pengkritik.

Terpaksa membuat pusingan U

Dalam hal ini, tidakkah jelas bahawa Perdana Menteri tunduk kepada pendirian Timbalan Perdana Menteri yang bersikap tegas?

Mengimbas kembali pentadbiran selama dua tahun Najib, tidak dapat tidak kita melihat permulaannya agak gah tetapi sedikit demi sedikit berakhir dengan lemah dan pendiriannya yang teragak-agak, sama seperti perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh Najib kelihatan betul, reformasi politik di bawah panji-panji 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat dan transformasi ekonomi melalui menggugurkan perlindungan dan bantuan yang berasaskan bangsa bagi memulihkan ekonomi.

Tetapi beberapa siri kenyataan yang bersifat sombong dan degil daripada kalangan anggota partinya (Umno) sendiri telah membawa kepada transformasi hanya berbentuk slogan semata-mata.

Ditengah-tengah kekecewaan ini, sikap Najib yang secara tiba-tiba mahu membuat perubahan dalam pilihan raya dilihat sebagai langkah strategik untuk meraih kembali keyakinan dari golongan masyarakat menengah.

Beliau bimbang kehilangan sokongan dari golongan masyarakat ini memandangkan beliau telah memberi amaran keras terhadap gerakan Bersih 2.0 terutamanya, dan kekejaman dan ketidakadilan semasa menangani isu perhimpunan Bersih.

Namun masih belum terlambat, jika Najib dapat menggunakan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri bagi membawa perubahan yang bermakna dalam sistem pilhan raya yang telah kehilangan kredibilitinya.

Kuasa PM

Tambalan pula, seorang Perdana Menteri diberi kuasa penuh oleh Perlembagaan untuk melantik atau menggugurkan anggota kabinetnya.

Sebarang usaha ke arah memulihkan perlembagaan sudah pasti akan disokong dan mendapat sokongan daripada bukan sahaja mereka yang berfikiran waras dalam partinya tetapi juga sokongan dari golongan lain termasuk ahli-ahli pembangkang.

Memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam sistem pilihan raya tidak semestinya menjejaskan partinya, tetapi kesan penerimaan baik dan penghormatan yang terhasil dari tindakan ini (yang tentunya berupa undi), lebih dari cukup untuk menggantikan undi yang hilang.

Di samping itu, menang atau kalah, Najib akan menerima kedudukan yang mulia dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Perdana Menteri yang telah berjasa kerana memulihkan demokrasi dan sistem pilihan raya bagi rakyatnya.

Beliau masih mempunyai masa dua tahun sebelum pilihan raya mencapai tarikh luput pada pertengahan 2013.

Kenapa Najib harus menolak peluang untuk berkhidmat secara saksama dengan menganjurkan pilihan raya yang tergesa-gesa, tidak adil dan manipulasi serta akan menanggung risiko kehilangan segala-galanya; dirinya, partinya dan rakyatnya? [FMT]


ReJaM© "Gerakan Muhyiddin Yassin semakin menjadi-jadi, Najib semakin teragak-agak..."

Read more ...

Inikah Video , TV3 diguna jatuhkan Presiden Gerakan ?


MENJELANG pilihanraya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang, Barisan Nasional sudah mula merasai kewujudan parti komponennya Gerakan, bagai "mendukung biawak hidup".

Pihak berkepentingan melancarkan gerakan untuk melemahkan pimpinan Najib Tun Razak bagi memastikan BN gagal mendapat majoriti dua per tiga Pilihanraya Umum 13 , sekaligus sebagai lesen untuk menggesa Najib meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin

Parti Gerakan pula dilihat tidak akan mampu membawa apa-apa manfaat kepada Barisan Nasional, TV3 digunakan sebagai medium propaganda untuk menjatuhkan presiden parti itu untuk memecah belahkan Barisan Nasional.

Saksikan sendiri video di ata, di saat semboyan pilihanraya sudah mula kedengaran, TV3 digunakan untuk menyebarkan propaganda menjatuhkan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon bagi melemahkan lagi Barisan Nasional pimpinan Najib tun Razak.

ReJaM© "Hairan bin ajaib, makin dekat pilihanraya TV3 makin kuat pecah belahkan BN"


Read more ...

BOLEH FIKIAQ!!! UMNO dok ingat kerajaan Kedah ni peraih buah moktan

http://jadehwang.files.wordpress.com/2007/01/rambutan.jpgAHLI UMNO TAK JUAL BUAH MOKTAN PADA PERAIH SEBAB NAK TUNGGU WAKIL KERAJAAN NEGERI MAI KUTIP BUAH DARI RUMAH

(Pakat-pakat baca dulu berita yang kononnya dikeluarkan oleh Bernama ini)


KUALA NERANG, 21 Ogos – Segelintir ahhli-ahli UMNO yang juga pemilik dusun buah-buahan di daerah Padang Terap kecewa dengan kerajaan negeri Kedah yang didakwa gagal menunaikan janji bagi memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.

Aktivis UMNO Fatah Ahmad, 50, berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan perkara itu pada program Mesra Rakyat di Pekan Naka dekat sini Julai lepas, berjanji akan memungut buah-buahan tempatan seperti rambutan untuk ditinkan sebelum dipasarkan.


“Mereka (pemilik dusun) teruja mendengar janji-janji kerajaan negeri sehingga tidak menjual hasil tanaman kepada peraih buah-buahan seperti dibuat sebelum ini, dan menunggu wakil kerajaan negeri untuk memungut hasil tanaman mereka.


“Sampai sekarang tak ada pihak yang menjalankan tugas memungut hasil buah-buahan kami, sehingga buah tersebut rosak disebabkan terlalu masak,” katanya ketika ditemui di Pekan Naka hari ini.


Abdul Fatah, yang juga ahli UMNO seumur hidup berkata mereka berasa tertipu dengan janji yang ditaburkan kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerugian antara RM1,000 hingga RM3,000 kerana tidak dapat menjual hasil pertanian seperti biasa.


Mizan Ahmad, 45, pula berkata rambutan di dusunnya terbiar begitu sahaja dan tidak lagi mempunyai nilai di pasaran ekoran terlalu masak dan tidak enak dimakan.


“Mereka janji nak selesaikan masalah rakyat di daerah ini, tetapi kerajaan negeri langsung tidak membantu, malah hanya menyusahkan rakyat sahaja,” katanya.


Tinjauan Bernama di dusun buah-buahan sekitar Kampung Bendang Tok Tri, Naka mendapati banyak rambutan yang rosak bertaburan di atas tanah ekoran tidak dipungut pemiliknya.


Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata beliau kesal dengan janji yang ditaburkan pemimpin PAS semata-mata untuk menggembirakan dan meyakinkan hati rakyat tanpa mengambil kira kesannya.


Beliau berkata rakyat Kedah perlu menilai sendiri kegagalan kerajaan negeri yang dipimpin PAS menyelesaikan masalah kecil seperti itu.


Terdahulu, Badrol Hisham bersama 40 pemilik dusun buah-buahan daerah berkenaan mengadakan demontrasi aman membantah tindakan kerajaan negeri yang mungkir janji itu.


Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Negeri Datuk Amiruddin Hamzah gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksi beliau.


-MediaUMNO-



Begitulah berita yang tersiar dalam media talibarut UMNO. Kedah La tak mau komen apa-apa biaq pembaca dan seluruh rakyat Kedah nilai tengok mentaliti dan sikap sebenar orang UMNO.Kedah La

Read more ...

ORANG SUSAH BANTU ORANG SUSAH

Saya sering menyifatkan diri saya sebagai orang susah memberi bantuan pada orang susah. Yalah apa tidaknya selama 3 tahun menjadi wakil rakyat, saya tidak diberi peruntukan yang layak sebagai wakil rakyat kecuali gaji saya.

Menjalankan tugas sebagai wakil rakyat bukanlah mudah apatah lagi terpaksa menggunakan dana yang besar bagi kerja kebajikan. Namun setakat ini saya masih hidup Dan bernafas walaupun sesekali sesak juga.

Saya berasa terharu dengan simpati kawan kawan dan mereka yang memahami situasi kami. Saya terpaksa merayu dan mengadu kepada jamaah-jamaah di tempat saya mengajar dan berkuliah dan mereka banyak membantu saya meringankan beban ini.

Satu kisah yang menyentuh hati saya ialah apabila saya pergi ke satu tempat di kepala batas untuk berbuka puasa dan tazkirah. Tempat itu di pinggiran pekan Kepala Batas dan kebetulan tempat itu adalah antara cawangan Pas yang awal.

Ayah saya yang mereka panggil Pak Yusof Rawa kebetulan kerap menziarahi cawangan ini untuk mengukohkannya, kini cawangan itu sudah ada Balai Islamnya sendiri hasil orang kampong kumpul duit mereka mempunyai aktiviti yang hebat juga di sekitar kawasan itu.

Jemputan mereka tak mungkin saya tolak mengenangkan jasa ayah saya di cawangan mereka,malah sebahagian besar kepimpinan di cawangan itu per ah menjadi kepimpinan Pemuda Pas zaman ayah saya dan mereka bangga menceritakan bagaimana mereka senantiasa mendampingi ayah saya ke sana kemari mengiringi ayah yang ketika itu Presiden Pas.

Apa yang menyayat hati ialah sebaik sahaja tamat program bendaharinya menghulurkan sampul surat sambil memegang erat tangan saya seraya berkata: "maaf ustaz, inilah saja yang kami dapat membantu kawasan ustaz bagi meringankan began ustaz, kami tau ustaz susah di sana" kata-kata itu benar-benar meruntun hati saya mahu saya menangis di situ juga tetapi saya menahan sebabk di dada.

Semasa hendak pulang,Abang Lah ketua cawangan berbisik pada saya:"ustaz nanti nak balik singgah sat rumah saya, ada nak bagi beras sikit" masyaallah saya berkata dalam hati besarnya hati mereka ini.

Saya terharu kerana mereka pun susah tetapi jiwa untuk membantu dan meringankan beban saya, saya cukup kagumi. Dalam perjalanan pulang hati saya sayu Dan sebak setiap kali mengenangkan kemulian jiwa mereka membuatkan saya insaf.

Kelmarin saya berucap dalam majlis sumbangan fakir miskin di Parit Buntar dan menceritakan perihal orang susah membantu orang susah untuk sumbangan pada orang susah.

Saya memberi contoh di sebuah cawangan Pas pinggiran Kepala Batas. Rupa rupanya selesai majlis, ada seorang berbisik ke telinga saya: "Yb..ni Ada orang miskin bagi kat YB," rupanya dalam beg kertas Ada beberapa sampul duit.

Saya bertanya: "apa ni" katanya "ni duit yang dia dapat dari orang lain,dia bagi kat tabung infaq, dia ambil duit yang YB bagi aja, yg lain dia nak infaq" Subhannallah, sekali lagi saya sebak Dan menahan di dada saya.

Ketika saya menulis artikel ini saya tidak henti mengalir air mata. Orang senang bantu orang susah biasa, tetapi orang susah bantu orang susah..?

Ini satu keajaiban, apakah ini satu pengajaran buat saya supaya sentiasa insaf sebagai seorang Yb? Ya Allah hamba mu ini cukup kerdil,Bantulah hamba mu ini ya Allah!

Dr. Mujahid Yusuf Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar

Read more ...

PANAS!!!Menteri mengaku kerajaan tiada kuasa tolong rakyat tapi ada kuasa pula untuk perah rakyat!!!





MP Tasek Gelugor ni tak habis-habis buat lawak antarabangsa


Dulu kata kenaikan harga barang ditentukan permintaan dan penawaran


Tapi bila yang meminta kurang dari menawar, mesti harga turun


Bila harga minyak mentah
Light Sweet Crude naik sampai USD110 setong dua bulan lepas, KERAjaan Umno-APCO naikkan harga petrol 10 sen jadi RM1.90...

Tapi bila harga minyak dah turun USD89 setong minggu lepas sebab stok bekalan Amerika banyak dan sekarang musim panas takde pulak nak turun balik harga minyak 10 sen kah kah kah...


Nampak tak kaki lebong besar kah kah kah...


Orang Malaysia takkan pernah lupa MP ni cakap Bank Negara rugi "atas kertas" RM10 bilion hingga RM30 bilion masa Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan dan Mahathir Perdana Menteri kah kah kah...


Anwar tau skandal MP ni denga Mahathir tapi dia takde kuasa nak lawan Mahathir sebab baru sangat dia naik jadi Timbalan Presiden Umno masa tu...


Mahathir lagi percaya cakap MP ni dari Anwar sebab dua-dua memang sah keturunan



JALAN PULANG


(Bacaan lanjut KLIK DI SINI)



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan.


"Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia.


Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna.


"Hal ini memang disedari oleh pihak pembangkang iaitu Pas, tetapi mereka sengaja mempolitikan isu ini,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berhubung kempen anti kenaikan harga Pas sebagai protes terhadap kerajaan BN.

Read more ...

Ini wanita dakwa dicabul 11 polis tapi sudah 7 tahun tiada tindakan




[MK] Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.


Dalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.


Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.


"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.


"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.


Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9.


Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu.


Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu.

Read more ...

Dalam TV3 dok sebar fitnah Saiful, lebih ramai rakyat sertai PKR

Satu Program Penyertaan Baru Keanggotaan Cabang Tenom telah di adakan di Kuala Tomani Dalam.

Mereka telah menyertai keanggotaan Cabang PKR Tenom.

Kesemua yang hadir menyatakan pendirian mereka untuk bernaung di bawah panji-panji PKR.


Mereka juga menyatakan rasa meluarnya mereka menunggu janji-janji para Wakil Wakil Rakyat BN, bagai menunggu bulan yang tak mungkin akan gugur.

Mereka yang hadir telah meluahkan rasa tidak senang hati mereka terhadap kepimpinan Barisan Nasional yang rata-rata tidak membela nasib mereka terutamanya pada penduduk kampung di pedalaman.


Kemudahan infrastruktur seperti kemudahan jalanraya bertar dan ada juga sebilangan besar kampung yang belum pernah menikmati bekalan elektrik dan saliran air yang berpaip.

Ada yang masih menggunakan perigi atau sungai malah ada juga yang terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan semasa.



Bantuan-bantuan yang sepatutnya di salurkan kepada mereka, banyak yang tidak sampai ketangan yang sepatutnya.

Kebanyakan bantuan-bantuan kerakyatan hanyalah di salurkan kepada kroni-kroni serta “orang-orang kanan” Wakil-Wakil Rakyat sahaja.


Malah ada penduduk kampung yang mengadu kepada kepimpinan Cabang Tenom, bahawa mereka seperti diabaikan sama sekali oleh Wakil-Wakil Rakyat.



Jauh sekali untuk bertanya khabar untuk menjenguk mereka sekali sekala pun tidak pernah.

Ada yang ingin berjumpa dengan Wakil-Wakil Rakyat untuk memohon tanah adat, tidak diambil keperdulian.



Setelah lama mempertaruhkan nasib mereka kepada Wakil-Wakil Rakyat BN, akhirnya mereka bersepakat untuk menyertai rakan-rakan yang lain dengan menyertai PKR dan mereka sangat mengharapkan kepimpinan Ketua dan semua AJK Cabang PKR Tenom agar dapat membela nasib mereka yang telah berpuluh tahun terabai sekian lama.


Kalau dahulu mereka tidak berani untuk tampil dan menyertai keanggotaan PKR, kerana takut di ugut akan diketepikan dari segala bantuan namun kini mereka telah berani dan tidak gentar dengan ugutan-ugutan tersebut.

Mereka kini dengan gah menyatakan kini mereka adalah anggota PKR di Cabang Tenom.


Read more ...