Wednesday, April 11, 2012

USUL KU LI !!! PR Perak bersedia untuk peralihan kuasa

SHAH ALAM, 12 April — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan olehTengku Razaleigh Hamzah untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang.

Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut.


“Terdapat khabar angin Umno Barisan Nasional (BN) mungkin hanya mampu mengekalkan tiga negeri sahaja dalam pilihan raya kali ini,” katanya merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah.


“Ku Li pernah memberitahu saya untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh.”


Jelas Nizar, situasi itu dibuktikan dengan kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Perak berbanding negeri-negeri lain.


Menurutnya, masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno BN kerana mereka melihat Umno BN sudah tidak lagi mampu membawa suara mereka berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional dan juga isu pembelian cincin isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.


“Masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno. Mereka terkesan dengan isu penternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan juga cincin (Datin Seri) Rosmah Mansor,” katanya ketika memberikan ucapan sewaktu pidato bertajuk “Pendidikan Percuma: Apakan Sekadar Mimpi” anjuran Malaysia Bangkit di sini.


“Kita dapat lihat perdana menteri lebih kerap berjunjung ke Perak berbanding negeri lain.”


Jelas pemimpin PAS ini, kedua-dua isu tersebut bakal mengalih undi masyarakat pedalaman dan PR berkemungkinan bakal mengambil alih Perak.


“Kita akan terus gunakan isu-isu tersebut sebagai kempen pilihan raya. Rakyat peka dengan isu-isu seperti ini.


“Mungkin kita akan buat dua poster berkenaan isu-isu itu dan edarkan di Perak sebagai salah satu strategi kempen kami,” katanya lagi.

Read more ...

UMNO BACUL!!! Takut berdebat tapi ganggu ceramah orang


IPOH (10.4.12):
Ceramah Isu Semasa anjuran Pas Taman Song Choon telah berlangsung dengan baiknya walaupun sepertimana biasa akan mendapat gangguan daripada ceramah mee segera pihak Hamidah Osman.

Biarpun kali ini Hamidah membuat ceramahnya betul-betul berdepan dengan pentas ceramah PR, dan kuasa pembesar suara yang diguna dan dihalakan kepada pentas ceramah PR begitu nyaring, tetapi sedikit pun tidak menggelisahkan pihak penganjur untuk meneruskan program malam itu. Malah, mereka berasa lebih seronok kerana suasana 'perang' yang berlaku itu bukan sahaja menampakkan ketidak matangan politik Hamidah, tetapi lebih menerujakan adalah suasana menghadapi pilihanraya umum kali ini membawa penanda aras yang Hamidah kini lebih tertekan dan terdesak sehingga sanggup mengekori serta meniru apa dan kemana sahaja program-program yang diadakan Pas Gopeng terutamanya bakal calon Pas di Dun Sg Rapat nanti, Sdr Radzi Zainon.


Program ceramah Hamidah juga hanyalah bergantung kepada kehadiran orang luar yang diangkut menggunakan 5 buah bas disewa khas. Bilangan penduduk tempatan yang mengunjungi tapak ceramahnya boleh dikira dengan jari sahaja.


Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian adalah, setiap kali PR mengadakan ceramah, orang ramai akan menghulurkan derma kepada pihak penganjur manakala pihak Hamidah pula terpaksa berbelanja besar untuk mengupah bas, orang yang datang, sistem pembesar suara, makanan percuma dan balaci serta pencacai yang mendendangkan puji-pujian ke telinganya.


Kita lupakanlah kisah Hamidah yang tak sudah-sudah, kita fokuskan kepada ceramah yang berlangsung malam itu. Penceramah jemputan yang memenuhi undangan penganjur kali ini benar-benar menggambarkan teori sebenar 1 Malaysia apabila YB Salahuddin Ayob (PAS), YB V.Sivakumar (DAP) dan YB Chang Lih Kang (PKR) berganding bahu memberikan ceramah mereka kepada berbilang kaum yang hadir pada malam itu. Berbanding dengan ceramah Hamidah (Midah lagi...) yang hanya mengutarakan orang Melayu dan menghentam oarng-orang bukan Melayu di dalam ceramah mereka. Perlu juga diketahui, ceramah Hamidah yang bertajuk mirip kepada Islam tetapi isinya lebih teruk daripada bau perkauman tengik.


Mari kita ikuti perjalanan ceramah isu semasa Pakatan Rakyat itu:


YB Chang Lih Kang mengambil tempat sebagai penceramah pertama


YB Chang menekankan bahawa ceramahnya bukanlah mengenai agama ataupun perkauman tetapi lebih kepada ekonomi

Banyak persoalan-persoalan ekonomi yang diutarakan di dalam sidang dewan undangan negeri Perak gagal dijawab oleh Kerajaan Umno/BN Perak


Suasana ceramah YB Chang Lih Kang yang diganggu oleh suara Hamidah.



Sdr Radzi masih menanti jawapan daripada Hamidah untuk berdebat di satu pentas ceramah, bukan hanya berani terpekik terlolong daripada seberang padang

Tiba giliran YB V.Sivakumar untuk menyampaikan ceramahnya



Sudah lima hari mencabar Hamidah untuk berdebat, tapi masih tiada jawapan


Kini giliran YB Salahuddin

Beliau yang sampai sebaik sahaja habis sesi parlimen

Banyak isu-isu yang diperjelaskan malam ini




Masyarakat Cina setempat juga gemar mendengar ceramah

Pakatan Rakyat yakin untuk menawan Putrajaya

Anak lelaki Tan Sri Mufti Harussani (baju coklat, tengah) turut bersama-sama di dalam ceramah ini


Orang ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan YB Salahuddin sebaik selesai ceramah

Jamuan makan malam buat penceramah

Ceramah Pakatan Rakyat yang berakhir sedikit awal, sekitar jam 11.30 malam telah diambil peluang oleh Hamidah untuk terus memekik dengan harapan agar ramai yang mendengarnya. Suatu yang tidak disedarinya adalah, perbuatannya itu hanya lebih menambah menyampahnya orang ramai terhadapnya.

Read more ...

UMPAN UMNO!!!Pegawai kerajaan bantu sindiket buat IC

KUALA LUMPUR, 11 April — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan pegawai kerajaan agar tidak termakan “umpan” yang ditawarkan pihak tertentu untuk membantu mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini bagi membolehkan mengundi pada pilihan raya nanti.

Dalam tulisan di laman Facebook, Abdul Hadi (gambar) berkata mana-mana pegawai kerajaan yang bersubahat dalam perkara tidak elok akan memberikan kesan buruk kepada diri sendiri pada masa depan.



“Jangan jadi umpan untuk pegawai kerajaan dapat duit dan pangkat kerana ia hanya sembelih mereka sendiri.

“Bila bersara nanti, tidak dihormati masyarakat, bila mati akan dikutuk oleh masyarakat, itu nasihat saya,” kata Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang ini.

Sebelum ini, PAS mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi.

Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing semakin berleluasa dan ia akan memberi kesan yang buruk kepada masa depan negara.

Perkara itu terlebih dahulu didedahkan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mengatakan wujud “task force” yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mengundi pada pilihan raya nanti.

Mahfuz mendakwa “task force” itu diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar serta beberapa pegawai lain di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun Wan Ahmad menafikan dakwaan itu.

Jelas Abdul Hadi, sekiranya Umno serius untuk mempertahankan hak Melayu dan agama Islam ia perlu dilakukan mengikut saluran sepatutnya bukan melakukan penyelewengan untuk menang pilihan raya.

Kewujudan “task force” itu dipercayai sebagai langkah untuk membantu kemenangan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ke-13 tidak lama lagi.

“Pertahankan Melayu dan Islam bukan cara tipu, kena guna jati diri Islam. Yang hakis Melayu adalah kerana kerja-kerja penyelewengan yang dibuat Umno sebelum, semasa dan selepas pilihan raya,” kata Abdul Hadi.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pegawai-kerajaan-jangan-termakan-umpan-bantu-sindiket-buat-ic-kata-abdul-hadi/

Read more ...

BERAPA LAMA NAK BOHONG DA...!!! Tidak kenal Altantuya, Najib lafaz sumpah palsu?

MERUJUK kepada laporan Utusan Malaysia, 28 Ogos 2008, Perdana Menteri, Najib Razak telah melafazkan sumpah bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mengenali model Monggolia yang dibunuh kejam oleh dua anggota Polis yang juga merupakan pengawal peribadinya.

Akhbar propaganda Rejim Umno, Utusan itu juga melaporkan bahawa tiada sebarang dokumen, gambar, video berkaitan Najib ditemui di dalam peti besi yang menyimpan barang-barang milik Altantuya.



Blog-blog pro Barisan Nasional mendakwa bahawa kewujudan gambar Altantuya bersama Najib Razak adalah fitnah pembangkang. Sumpah yang dilafazkan Najib dilihat cukup untuk menafikan kewujudan gambar tersebut.

Namun semalam, dalam satu wawancara, Malaysiakini melaporkan bahawa, ayah kepada mendiang Altantuya, Setev Shaaribuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya yang diambil bersama Datuk Seri Najib Razak.



Najib sudah bersumpah, namun kenyataan sumpahnya dilihat bercanggah dengan kenyataan ayah mendiang model monggolia itu.

Bila ada dua kenyataan bercanggah, maka salah satu adalah pembohong besar.

ReJaM© "Mari kita lihat siapa yang kena? "

Read more ...

KANTOI! Skandal Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Ismail Sabri terbongkar!


Timbalan Ketua Menteri Sabah, Yahya Hussin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga ahli parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob hari ini dinamakan sebagai dalang di sebalik skandal antara yang terbesar dalam sejarah negeri di bawah bayu itu!

NGO Jingga 13 mendedahkan wujud salah guna kuasa apabila Ismail Sabri Yaakob bertindak memberikan penangguhan ‘khas’ kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KTKKK) untuk melaksanakan GP6 (Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi) dan GP7 (Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi).


Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah KPDNKK mengumumkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa 16 Oktober 2009, namun ia ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan menggunakan kaedah tersebut.


Menurutnya, ekoran pelaksanaan itu, banyak koperasi yang belum bersedia yang majoriti koperasi milik Bumiputera dengan pelaksanaan itu dipaksa memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersial hingga mengakibatkan kerugian besar.


“Namun dalam susasa tersebut, menghairankan apabila KPDNKK dan SKM bersikap dwi-standard terhadap koperasi di bawah CIMB Bank, iaitu KTKKK apabila diberi keistimewaan dan pelanjutan khas.


“Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan alasan membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu diberi penangguhan ini sedangkan pelaksanaan GP6 dan GP7 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2010,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.


Menurut Fariz, siasatan Jingga 13 mendapati Pengerusi KTKKK adalah Datin Seri Panglima, Jouyah Md Yunin iaitu isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin manakala Ketua Pagawai Eksekutifnya pula anak mereka iaitu Norazli Yahya.


Menurutnya, surat penjelasan SKM kepada Setiausaha Jawatankuasa Portfolio Koperasi DPMM bertarikh 6 Mei 2009 menyatakan pelanjutan khas sehingga 31 Disember 2011 itu dibuat selepas rayuan kerajaan Sabah yang ditandatangani Yahya Hussin dan ia juga atas arahan daripada Ismail Sabri sendiri.


“Jingga 13 turut mendedahkan sepucuk surat oleh SKM bertarikh 30 Jun 2011 kepada Pengerusi KTKKK, nombot rujukan SKM.IP. (UU)529A/1 bertajuk ‘Permohonan Melanjutkan Tempoh Pelaksanaan Model 2 Garis Panduan Koperasi Kredit Bersama CIMB Bank Berhad Oleh Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu.


“Dalam surat ini menyatakan SKM dengan persetujuan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada KTKKK untuk penangguhan khas pelaksanaan GP6 dan GP7 sehingga konsep Hiwalah yang diluluskan Lembaga Pengarah SKM dalam mesyuaratnya pada 28 Jun 2011 dikuatkuasakan dalam masa terdekat,” kata Fariz.


Fariz menambah, KPDNKK dan SKM bersifat dwi-standard apabila ratusan koperasi Melayu Bumiputeralain terpaksa berdepan risiko gulung tikar ekoran pelaksanaan GP6 dan GP7 tidak membenarkan mereka menggunakan model tiga tetapi dalam masa sama hanya membenarkan KTKKK menggunakan model itu melalui pelanjutan khas.


“Justeru Jingga 13 mendesak KPDNKK dan SKM menjelaskan isu ini kepada rakyat dan juga warga koperasi kredit yang ternyata wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga keistimewaan diberikan kepada koperasi milik keluarga Timbalan Ketua Menteri Sabah,” ujarnya.

Read more ...