Sebuah penggambaran iklan yang didakwa berkaitan masalah air di Selangor dijalankan secara 'rahsia' di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya.

Walaupun tahu ia berkaitan masalah air, penduduk yang ditemui rata-rata tidak jelas rancangan sebenar penggambaran itu.


Penduduk berkenaan juga memberitahu, kawasan tersebut tidak mengalami masalah air.


Pihak penerbit pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya.

Malaysiakini
 juga dilarang merakam keadaan di tempat itu atau melaporkan keadaannya.

Tinjauan 
Malaysiakini sejak jam 7 pagi sehingga berita ini ditulis mendapati, kira-kira 200 orang terlibat dalam penggambaran itu.
gambar Kiasan

Antara babak kelihatan, orang ramai beratur mendapatkan air daripada lori bekalan air.

Dipercayai  lakonan dibiyai  oleh BN dan penggambaran rahsia dilakukan di sebuah blok pangsapuri di Petaling Jaya untuk dijadikan alat propaganda bagi memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri dalam isu air di Selangor..

Penggambaran tersebut dilakukan dengan pelakon-pelakon disuruh beratur sambil memegang baldi dan tong-tong air dihadapan lori tangki air,konon-kononnya mereka sedang berbaris untuk mengambil air dari lori tangki tersebut..Kedahkini