Wednesday, June 27, 2012

TERKINI!!! Bakal besan Najib dipercayai kena cekup di Dubai


Maira Nazarbayev, ibu kepada bakal menantu Najib dan Rosmah, Daniyar Nazarbayev dipercayai telah ditahan di Dubai semasa beliau sedang dalam perjalanan ke Eropah untuk bercuti.

Sumber-sumber yang rapat dengan penyiasatan terhadap wanita berumur 50 tahun itu memberitahu bahawa Maira ditahan pada hari Jumaat lalu oleh polis Dubai berikutan satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh Interpol yang bertindak bagi pihak Menteri Dalam Negeri Kazakhstan.

Bagaimanapun, penahanan Maira masih belum dapat disahkan oleh pihak berkuasa Dubai.

Sumber juga memberitahu bahawa Maira sekarang ditahan di Dubai. Beliau diwakili oleh tiga syarikat peguam yang berpengkalan di Amerika.

Maira ditangkap pada 22 Jun 2012 yang lalu ketika dalam perjalanan ke New York bersama keluarga dan rakan-rakan untuk bercuti.

Berita lengkap boleh dilayari di Freemalaysiatoday.

Read more ...

MAI BANDING!!! Harga air di Johor dengan Penang dan Selangor


 

BACA, FAHAM DAN SEBARKAN. TERIMA KASIH
KHAS untuk rakyat Johor, ketahui hak anda, dirompak itu bukanlah hak anda. Kembalikan hak anda dengan menghumban BARISAN NASIONAL dari bumi Johor pada PRU 13 nanti

Read more ...

SYUKUR!!! Mahkamah Rayuan tolak saman MCA berkaitan larangan judi


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan merakamkan kesyukuran penolakan Mahkamah Rayuan terhadap saman dari MCA yang menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi di negeri itu.


(Tuan Guru Nik Aziz memanjatkan kesyukuran dengan keputusan Mahkamah Rayuan)

Menurut Setiausaha Akhbar MB, Fadhli Shaari, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini berada di Kuala Lumpur beranggapan keputusan ini satu kejayaan yang besar ertinya kepada kerajaan Kelantan.

Mahkamah Rayuan Malaysia semalam yang secara sebulat suara telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) dalam isu judi sekaligus membatalkan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi pada tahun lepas.

Saman tersebut telah dikemukakan pada Julai 2011 oleh tiga orang tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa dan Gan Han Chuan serta diiringi oleh anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tuan Guru Nik Aziz ini kejayaan besar dalam usaha untuk memastikan dasar yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1990 ini tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Hakikatnya, dasar ini dilaksanakan dengan tujuan menjaga kemaslahatan semua pihak dan ia secara umumnya diterima dengan baik kecuali anasir-anasir yang bersifat minoriti yang dipercayai berpunca daripada dakyah pihak-pihak tertentu.

"Tuan Guru Menteri Besar juga menyuarakan rasa kesal teramat sangat di atas tindakan saman yang difailkan yang dipercayai direstui oleh parti MCA berdasarkan kehadiran anggota jawatankuasa pusatnya semasa proses saman tersebut difailkan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Persoalannya, kata beliau, di manakah suara Umno yang selama ini mendakwa sebagai juara membela agama dan bangsa?

"Kenapakah langsung tidak bersuara dalam isu ini yang sekaligus dilihat sebagai menyokong tindakan menyaman kerajaan Kelantan?" soal beliau.

Justeru, katanya, menjadi harapan Tuan Guru Menteri Besar agar keputusan ini diterima baik oleh semua pihak dan tidak lagi bertindak menggugat dasar-dasar yang telah diputuskan sekian lama.

Dasar ini pula selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi tunjang pentadbiran kerajaan Kelantan semenjak tahun 1990.

Read more ...

PANAS!!! 2 Adun dihantar Lynas ke Australia, bila balik kata kilang Lynas selamat


Dua ADUN MCA Pahang ke Australia diatas tajaan Lynas dan sekembali mereka ke Malaysia mengatakan bahawa kilang Lynas adalah selamat ialah merupakan dua org ADUN MCA.

Saya merujuk kepada kenyataan Dato Seri Liow Tiong Lai, Dato Ng Fook Heng, Dato Ti Lian Ker dan YB Phang Tzu Ming sewaktu didalam ucapan di mesyuarat agung MCA bahagian Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota yang di laporkan didalam beberapa akhbar bahasa Mandarin hari ini.


Nampak gayanya MCA cukup punyai ketakutan yang amat sangat terhadap saya. Sehinggakan ketiadaan saya di Parlimen minggu lepas dijadikan bahan ucapan utama Mesyuarat Agung Tahunan mereka di Indera Mahkota, Paya Besar dan Kuantan. Saya perhatikan seolah-olah isu Lynas dan saya sudah merupakan mimpi ngeri buat MCA. Saya juga perhatikan bahawa pemimpin MCA sanggup menyebar fitnah terhadap saya semata-mata untuk meraih kembali sokongan yang tentunya sudah cukup hilang terhadap MCA.


Saya pergi keluar negara untuk belajar dan bekerja dan bukan untuk bercuti. Lagipun saya belajar tentang strategi pilihanraya.


Ketidak hadiran saya sewaktu perbahasan isu PSC tempoh hari tentu sama sekali tidak menafikan segala usaha saya menentang kehadiran LAMP selama 3 1/2 tahun yang lepas ini. Dan apa pun yang dikatakan oleh MCA tidak boleh menafikan segala usaha tersebut. Rakyat juga cukup memahami bahawa hati saya disebelah rakyat setiap kali isu Lynas saya bangkitkan di Parlimen mahupun di luar Dewan.


Ingin juga saya ingatkan bahawa yang pergi bercuti ke Australia diatas tajaan Lynas dan sekembali mereka ke Malaysia mengatakan bahawa kilang Lynas adalah selamat ialah merupakan dua org ADUN MCA.


Para pemimpin MCA juga tidak langsung bersuara tentang isu Lynas dari 2008 sehinggalah 2011. Mereka membisu sewaktu MITI membawa Lynas ke Malaysia dan ke Pahang pada awal 2008. Mereka juga membisu sewaktu setiap kali saya bangkitkan isu Lynas di Parlimen. Mereka hanya bersuara selepas mereka melihat rakyat menentang Lynas. Mereka bersuara kerana takut kehilangan sokongan rakyat. Maka dengan itu, janganlah mereka cuba untuk menjadi jaguh pula pada ketika ini.


Rakyat lebih mengetahui apa yang mereka inginkan dan apa yang baik untuk rakyat amnya. Pemimpin MCA harus ikhlas berjuang untuk kebaikan dan kesihatan rakyat dan bukan untuk mendapat sokongan semata.

Saya tegaskan disini sekali lagi bahawa LAMP tidak wajar berada di Gebeng dan tidak harus dibenarkan beroperasi. Segala laporan PSC yang telah dibentangkan tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah merupakan helah untuk membenarkan LAMP beroperasi. Rakyat tidak akan tertipu lagi.


Fuziah Salleh ialah Ahli Parlimen Kuantan dan Naib-President PKR

Read more ...

SPRM PANTAS BERTINDAK!!! Untuk tutup kes libatkan Najib kerana PRU dah dekat?

SPRM cukup cekap dan pantas, pagi buat laporan malam dah siasat. Tetapi yang peliknya pengadu yang di siasat. Kat Malaysia kena berhati-hati kepada pengadu, kerana anda akan di siasat ke lubang cacing tambahan pulak yang di adu adalah orang seperti Najib..
 
Tapi tak apa janji anda siasat.... :-)
SPRM Siasat Rafizi IsuPM Campur Tangan Tender
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.


Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam.


Peguam itu berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan satu laporan Malaysiakini yang mengutip kenyataan Rafizi di sidang medianya pagi ini. Rafizi mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak mengutamakan sebuah syarikat yang membida dengan harga lebih tinggi.


Rafizi dalam pendedahannya mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).


Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilaporkan media.Keputusan itu didakwa bertentangan dengan keputusan JPMK - jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Najib - yang bersidang pada 25 Januari 2012. ~mkini

Read more ...

TERKINI!!!Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Sabah masuk PAS





BEAUFORT: PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu dan menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri ini daripada cengkaman Umno Barisan Nasional.

Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya.


Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah.


"Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam.


"Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata,” kata beliau ketika ditemui selepas itu.


Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an.


“Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan.


“Masalah asas seperti elektrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan,” ujarnya dalam nada kecewa.


Beliau turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah.


“Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu Dun di bawah Parlimen ini,” jelasnya.


Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.
Kedah La

Read more ...

STRATEGI TAK MENJADI, MENIKAM DIRI!!! Maklumat BN akan kalah bukan sekadar tak dapat dua pertiga


Terkini dari sumber-sumber rapat- Najib tidak berani menghadap Agong mohon bubar parlimen kerana maklumat risikan menunjukkan bahawa BN akan kalah bukan seperti digembar-gemburkan kerana Najib tunggu dapat majoriti 2/3 kerusi.Admin

Memang segalanya serba tidak menjadi. Banyak strategi BN menikam diri sendiri. Ada saja yang tidak kena kepada Umno-BN. Lupa sekejap masalah lembu Shahrizat Jalil, timbul pula pelbagai isu berkaitan projek kerajaan yang dibolot anak-anak menteri dan duta khas bertaraf menteri.

Skandal kes Scorpene dan pembunuhan Altantuya muncul semula, dengan paparan cerita yang lebih panas dan menggemparkan. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mengacah Jamil Khir Baharom isu pemindahan wang Tabung Haji, lebih RM300,000, ke dalam akaun Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Reda sebentar kontroversi "wanita pertama" Rosmah Mansor, dengan segala cincin, beg tangan dan gaya hidup mewah (strategis kempen BN sendiri minta media mengendurkan kisahnya), meletup pula gosip tentang bakal menantu dan besan Perdana Menteri.

Rakyat juga masih terngiang-ngiang pendedahan pemandu peribadi seorang artis, yang dikaitkan  dengan skandal seorang menteri kanan, yang juga Naib Presiden Umno. Pembekuan pinjaman PTPTN kepada Unisel membongkar mentaliti bebalisme pemimpin Umno bertaraf menteri sehinggalah Timbalan Perdana Menteri sendiri.

Dalam masa sama, di samping rantaian cerita sensasi yang tidak berkesudahan itu, isu-isu yang lebih melibatkan kepentingan ramai seperti penggadaian aset orang Melayu dalam Felda melalui FGVH makin menjauhkan Umno daripada penyokong tradisinya selama ini.

Sewaktu Najib Razak rimas dengan pelbagai faktor tolakan kepada Umno, saingan paling digeruninya, PAS pula semakin mendapat tempat dalam masyarakat Melayu.

Hampir semua penganalisis bersepakat bahawa pengundi Melayu menjadi rebutan sengit parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, khususnya Umno dan PAS, sementara masyarakat Tionghua terus diyakini bakal memberikan sokongan lebih besar kepada Pakatan Rakyat.

Secara tiba-tiba, golongan artis yang menghiasi dunia hiburan tanahair berduyun-duyun mendekati PAS. Bermula seorang dua selibriti terkemuka, kini senarainya bertambah panjang dan lebih membanggakan ia bermula dengan kesedaran untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup.

Ya, sejak mengikuti perkembangan PAS sejak akhir 1970-an, saya tidak pernah menjangkakan Parti Islam ini akan mendapat sokongan hebat daripada masyarakat bukan Islam dan juga kelompok artis; mutakhir ini ia menjadi satu fenomena!

Tidak terhenti setakat itu, PAS juga menerima penyertaan bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, daripada Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan terbaru, Timbalan Menteri Pelajaran dari Sarawak.

Daripada demonstrasi Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar, saya saksikan gelombang kesedaran politik anak-anak muda begitu luar biasa.

Minggu lepas, semasa menghampiri lokasi Himpunan 10,000 Pesawah di Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak, saya lihat konvoi anak-anak muda bermotosikal, yang menunggu kehadiran Tok Guru Nik Abd Aziz, cukup bersemangat sekali, dengan jumlah yang begitu ramai. Wajah mereka memancarkan keyakinan tinggi untuk melakukan perubahan besar dalam PRU13.

Khamis lalu, semasa menziarahinya, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din menceritakan, dalam perjalanan pulang ke tanahair selepas menjalani pembedahan jantung di California, Amerika Syarikat, beliau secara kebetulan, bertemu ahli-ahli sukan negara di Dubai,  dari kalangan anak-anak muda, yang begitu teruja dan gembira dapat bersua muka dengannya.

Sementara itu, dilaporkan, selepas Najib cuba memperagakan diri dengan pelbagai bentuk transformasi (yang sebahagian besarnya langsung tidak dipedulikan rakyat, malah oleh ahli-ahli Umno sendiri), popularitinya terus merosot. Harus diingat, sebelum PRU12, populariti Abdullah Ahmad Badawi berada pada tahap lebih tinggi berbanding Najib sekarang.

Bermacam-macam insentif one-off dicurahkan, sehingga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pun mungkin akan diberikan untuk pusingan kedua, namun reaksi rakyat terus membimbangkan Najib. Bajet 2012 mungkin gula-gula terakhir sebelum membuka gelanggang tempur PRU13.


Saya selalu membayangkan situasi paling buruk bakal dihadapi pembangkang, berdasarkan kemungkinan pelbagai taktik dan strategi jahat Umno-BN dalam pilihan raya, namun kali ini, saya lebih yakin dengan potensi Pakatan.

Jika dapat dielak melakukan kesilapan dan menghindari kealpaan, serta tidak memecahkan benteng kekuatan sendiri, laluan ke Putrajaya sukar disekat lagi, insya-Allah.Ahmad Lutfi

Read more ...

PENGUMUMAN BESAR DI KULIM!!! Tunggu 29 Jun ini


Kenyataan Terbuka
27 Jun 2012

PENGUMUMAN BESAR AKAN MENGISI PENTAS MERDEKA RAKYAT DI KULIM

Siri Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan lagi kejutan demi kejutan. Jelajah Merdeka Rakyat siri Nibong Tebal pada 24 Jun 2012 telah menyaksikan kemasukan 318 orang anggota IPF, MIC dan GERAKAN yang berketurunan India diketuai oleh Ketua Wanita IPF Negeri Pulau Pinang, di mana borang kemasukan diterima sendiri oleh DSAI. Kemasukan ini membawa satu gelombang baru dalam masa semua ternanti - nanti pengumuman tarikh pilihanraya yang masih takut untuk diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Dengan imej persiapan dan penampilan pentas yang begitu tersusun dan menarik, jelajah Merdeka rakyat akan diteruskan pada
29 Jun ini di Stadium Mini Keladi, Kulim dengan menampilkan YB Datuk Saifuddin Nasution Ismail, YB Datuk Mahfuz Omar dan N.Surendran di samping YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dijangka Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman penting di hujung majlis itu nanti khususnya berkenaan dengan dua kerusi PKR di kawasan tersebut yang melibatkan wakil rakyat melompat.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat menjadi satu kemestian untuk dihadiri oleh warga setempat, selain mendapat liputan secara langsung ke seluruh dunia. Setakat ini setiap siri Jelajah Merdeka Rakyat telah mendapat kehadiran yang amat besar iaitu antara 8,000 hingga ke 20,000 orang. Dijangka kehadiran akan menjadi lebih ramai di Kulim dengan beberapa kejutan yang dinanti.


Semua yang berada di sekitar adalah dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan Merdeka Rakyat di Kulim. Ayuh bersama meraikan sebuah usaha murni bagi merealisasikan sebuah Kemerdekaan Rakyat.

Sekian dan terima kasih.



che'GuBard
Penyelaras
Seketeriat Jelajah MERDEKA RAKYAT 2012

Read more ...