Wednesday, December 15, 2010

Jangan biarkan speaker terlepas

Pakatan pembangkang cadang ambil tindakan mahkamah
Memo Editor



















KUALA LUMPUR, 16 Dis. :
Pakatan pembangkang bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.


Ahli Parlimen Bukit Gelugor (DAP), Karpal Singh berkata, keputusan itu diambil berikutan mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan ketika perbahasan usul penggantungan itu.


"Kita mungkin bawa ke mahkamah. Ada satu duluan dalam kes Gobind Singh di mana, sebenarnya, kita bawa Speaker, Pandikar Amin sendiri….? Mahkamah memutuskan bahawa dalam keadaan tertentu, terutama apabila peraturan keadilan asasi tidak dipatuhi, waktu itu mahkamah mempunyai bidang kuasa.


"Ia secara terang-terangan, dan tindakan Speaker, dalam apa jua cara ia tidak boleh dipertahankan. Kita mahu perintah kehakiman dan kami tidak akan biarkan dia terlepas. Kita tidak mahu ini menjadi satu duluan pada masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.


Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.


Turut digantung Karpal Singh, R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.


Karpal dan Sivarasa dikatakan telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).


Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Dis 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Dis 2010.


Sementara itu, Anwar berkata, beliau akan menggunakan Konvensyen pakatan PKR-DAP-PAS 2010 yang akan diadakan di Pulau Pinang 19 Dis ini untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai penggantungannya dan tiga lagi anggota Parlimen pembangkang.SH

Read more ...

Melayu mundur bukan kerana DAP tapi kerana Umno

Melayu Mundur Angkara Umno dan Perkasa

Bangsa Cina gemilang di mana - mana kerana mereka tidak perlu ditakutkan dengan momokan hak mereka dirampas.

Bangsa Arab berada merata dunia kerana mereka percaya akan usaha sendiri. Bangsa India berada di mana saja kerana mereka kuat dan yakin untuk mencari sesuap nasi.

Orang Melayu Malaysia, terus lemah dan lemah. Inginkan pangkat hingga terpaksa membodek dan memijak rakan sendiri.

Orang Melayu di Malaysia sepatutnya sudah maju kedepan namun malangnya terus dipaksa memegang harapan pada tongkat yang sebenarnya palsu semata. KETUANAN MELAYU, HAK BUMIPUTERA, ORANG MELAYU TERTINDAS dan sebagainya.

Cuba kita renung kembali siapa yang mula - mula merampas kuasa hak raja - raja Melayu? Siapa yang menarik kembali bantuan biasiswa kepada anak - anak Melayu?

Siapa yang terus - meneruskan melambatkan usaha mencerdikkan orang Melayu di kampung? Siapa yang melambatkan segala macam perkhidmatan untuk perkampungan Melayu yang dinikmati oleh orang bandar?

Umno dan Perkasa sebenarnya menjahanamkan Melayu secara terus - menerus. Mereka hanya menggerakkan Melayu untuk bertindak ganas dengan provokasi perkauman yang melampau.

Tapi pernahkah mereka menggerakkan orang Melayu masuk ke kelas - kelas ilmiah? Tanya pada Ibrahim si Firaun yang berwajahkan katak, apa sumbangan dia untuk mencerdikkan orang Melayu agar berdaya saing dalam ekonomi negara.

Sumbangan dia hanya menakutkan orang Melayu terus - meneruskan dengan momokan orang Melayu akan hilang kuasa.

Apabila orang Melayu takut dan mula bergantung harap pada Umno dan Perkasa, mudah bagi mereka untuk terus membodohkan orang Melayu supaya setiap kali pilihanraya berlangsung maka secara automatik undi Melayu diberikan kepada mereka.

Laungan Ketuanan Melayu menjamin kemenangan mutlak kepada Umno. Apabila kemenangan berpihak kepada mereka segala macam jenayah yang mereka lakukan akan dapat ditutup.

KAMPUNG BEREMBANG, KAMPUNG MEMALI, TANAH ORANG ASLI, KAMPUNG BARU YANG AKAN DILACURKAN, dan segala macam jenayah keatas orang Melayu akan didiamkan dan dihalalkan oleh mereka.

Itu belum dikira jenayah menyelamatkan syarikat perkapalan anak kandung sendiri dengan menggunakan dana PETRONAS. Siapa mereka itu? Sila tanya kepada Tun Mahathir Mohamad.

Kerana projek membodohkan Melayu ini berjalan lancar sehingga ada terperangkap dengan momokan bodoh mereka ini. Membodohkan dan membangangkan orang Melayu penting buat Umno dan Perkasa kerana jika Melayu sedar maka siap sedialah Umno akan ditalkinkan.

Tambahan dalam keadaan sekarang, di mana orang Cina dan India secara mutlak menolak BN maka usaha terus membangangkan orang Melayu dipertingkatkan. Jika Pakatan Rakyat berjaya mencerdikkan orang Melayu maka selamat tinggal Umno dan Perkasa.

Kenyataan Mahathir dengan mengatakan orang Melayu akan jadi minoriti hanyalah satu lagi kenyataan memperbodohkan Melayu. Macam dia tak pernah melacurkan orang Melayu.

Macam dia tidak pernah merogol kuasa raja - raja Melayu. Sekarang mahu jadi wira Melayu. Percaya atau tidak ada yang percaya kerana mereka telah dibodohkan dengan berjaya sekali.

Mereka cukup percaya perkara itu akan terjadi kerana kebangkitan Pakatan Rakyat walhal yang menjahanamkan orang Melayu adalah Mahathir.

Melayu akan terus mundur jika percaya kepada propaganda jahat Umno, Mahathir, dan Perkasa.

Melayu akan tetap terus menjadi satu bangsa yang kebelakang kerana kalian semua terus - menerus percaya kepada penipuan agung daripada Umno dan Perkasa dan terutama sekali Mahathir.

Melayu terpinggir kerana Umno bukannya DAP. Melayu jadi minoriti kerana Umno bukannya DAP.Draq Super Star

Read more ...

Speaker ikut arahan menteri

Pakatan tetap bantah Speaker gantung 4 MP








KUALA LUMPUR,16 Dis.: Pakatan Rakyat hari ini sekali lagi membantah keras keputusan Speaker meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi ahli Parlimen daripada menghadiri persidangan selama enam bulan.

Usul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan.

Anwar berkata, bantahan itu ekoran sikap berat sebelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dipengerusikan sendiri oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak memberi peluang kepada beliau untuk membela diri.

Tiga lagi ahli Parlimen yang digantung termasuk Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang).

"Kita saksikan tadi cara Speaker mengendalikan sidang. Usul Bukit Gelugor agar speaker berundur kerana percanggahan kedudukan beliau dalam beberapa contoh termasuk pencelaan kepada Bukit Gelugor kerana dibuat secara langsung pertelagahan dalam mesyuarat di antara Bukit Gelugor dan Speaker.

"Tidak wajar Speaker yang buat laporan,dia yang siasat dan dia yang hukum.Dia enggan ambil keputusan yang tegas dalam hal ini maka kita juga enggan teruskan. Bagaimanapun dalam sidang tadi saya bangun untuk meneruskan ucapan tapi dia kata tak ada orang nak berucap.

"Jadi sebenarnya saya nampak dia begitu bias. Jadi kita ambil pendirian keluar membantah proses ini kerana tidak ada keadilan dan cara Umno BN yang begitu ganas dan rakus menjalankan kuasa,memperolokkan proses dan menghina Parlimen," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata, Pakatan Rakyat akan membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil berhubung perkara itu.

"Ini pendirian kita setakat ini dan kita dalam Pakatan akan bincang langkah seterusnya," katanya.

Karpal Singh pula bertegas akan membawa perkara itu ke mahkamah dengan merujuk Pandikar sendiri.

"Kita tidak mahu beliau terlepas dari perkara ini untuk masa depan. Counter productive to BN," katanya yang juga Pengerusi DAP.

Speaker terima arahan menteri

Sementara itu, Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok), berkata, Pandikar harus berundur dari mempengerusikan dewan kerana sudah hilang kelayakan.

Ini tegasnya jelas terbukti apabila Pandikar menerima arahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk membuat keputusan.

"Jelas sebelum kita keluar tadi kita melihat bagaimana speaker menerima arahan daripada menteri.Kita lihat pertukaran nota berlaku dari meja menteri kepada speaker dan di sini jelas menunjukkan speaker kita bukanlah seorang individu yang bebas membuat keputusan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang ataupun peraturan mesyuarat.

"Di sini mengiyakan lagi bahawa apa yang berlaku hari ini ialah speaker gagal untuk melaksanakan tugasnya daripada awal minggu hingga hujung minggu ini kerana arahan yang diterima daripada Barisan Nasional," katanya yang juga Timbalan Presiden PAS.

Sehubungan itu tegasnya, integriti Pandikar sebagai Speaker sudah hilang dan beliau harus berundur.

"Beliau sebenarnya tidak layak lagi mempengerusikan mesyuarat dalam Parlimen kerana hilang kayakan dari segi integriti, kebebasan beliau sebagai Speaker," katanya.

Ujarnya juga, Parlimen juga telah menjadi seperti institusi-institusi lain yang dipersoalkan integritinya.

"Sudahlah institusi yang lain menjadi isu,satu lagi institusi yang menjadi tunggak demokrasi dalam negara kita sekali lagi dicengkam oleh pihak pemerintah.Ini menunjukkan negara kita menjunam dari segi amalan demokrasi," katanya.

Sebelum itu, dewan kecoh apabila berlaku pertikaman lidah di antara ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan Pandikar yang enggan berganjak daripada keputusannya tidak membenarkan Anwar membela diri.

Kekecohan hampir sejam itu menyebabkan ahli Parlimen Pakatan bertindak keluar dewan beramai-ramai sebagai tanda protes.

Sivarasa dan Azmin digantung kerana didakwa membuat kenyataan di luar dewan berhubung prosiding jawatankuasa berkenaan.

Read more ...

Demo di parlimen

Gantung: Dewan kecoh, MP Pakatan berdemo












KUALA LUMPUR, 16 Dis: Perbahasan usul penggantungan Anwar selama 6 bulan, sedang berlangsung di Dewan Rakyat.

10.00 am: MP Shah Alam, Khalid Samad bangun mengemukakan usul projek sakit, Hospital Shah Alam lambat siap, sehingga menyebabkan seorang pesakit terpaksa menangguh rawatan dan pergi hospital lain.

10.15 am: Speaker, Tan Sri Pandikar Amin tolak usul Shah Alam dan mahu teruskan untuk bahas usul gantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

10.30 am: MP Pakatan Rakyat bagaimanapun dibantah oleh MP PR termasuk Sivarasa Rasiah, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Kamarudin Jaffar dan Yusmadi.

Mereka masing-masing mempertikai tindakan Speaker dan menyatakan Speaker salah dalam menafsirkan, peruntukan 83 (1) peraturan mesyuarat.

Akibat bantahan itu, kekecohan terus berlaku antara MP Pakatan Rakyat dengan wakil rakyat kerajaan.

11.00 am: Dalam suasana kecoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bangun membaca usul untuk menggantung Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk dibahaskan.

Usul yang dibaca Nazri hanya sayup kedengaran dicelah suara kekecohan yang tidak terkawal oleh Speaker.

11.15 am: MP Rembau, Khairy Jamaludin, bagun untuk bahas, selepas Nazri pergi ketempat Khairy, namun terus dibantah MP Pakatan Rakyat.

MP Pakatan Rakyat memberi alasan Speaker belum buat rulling terhadap dakwaan salah prosedur terhadap beberapa peraturan mesyuarat.

Mereka juga mendesak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berundur, kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab dan mengawal keadaan.

11.20 am: Speaker bagaimanapun cuba meneruskan membaca perbahasan, dan mengugut akan nama Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahan Speker untuk digantung.

11.25 am: Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, semua MP Pakatan Rakyat diketuai Anwar, keluar dewan dan mengadakan sidang media di lobi parlimen.

11.30 am: Datuk Nazri Aziz kemudian mengemuka usul kedua, iaitu untuk menggantung tiga lagi Ahli Parlimen iaitu, Bukit Gelugor, Subang dan Gombak.

11.40 am: Dalam keadaan MP PR sedang mengadakan sidang media, Ahli Parlimen BN kini sedang berbahas sesama sendiri.

Dalam kenyataan sebelum ini, PAS membantah syor pihak tertentu untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika keptusan penggantungan itu dilaksanakan, bermakna satu lagi tragedi hitam akan terpahat dalam demokrasi negara.

"Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.

"Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, lebih malang apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan hak untuk membela diri.

"Penafian hak ke atas Datuk Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Apa yang berlaku hingga kini katanya, kerajaan bukan sahaja gagal memberikan hujah balas, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan terhadap isu dibangkitkan Anwar sebelum ini.

"Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil," tambahnya lagi.

Menurut Islam, katanya, setiap pihak yang dituduh, wajib diberi hak membela diri.

Malah di zaman Rasulullah SAW sendiri, ujarnya sudah adanya pemisahan kuasa di antara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.

"Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah," katanya.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mahu kesilapan yang sedang berlaku dalam kes Anwar ini diperbetulkan segera.

"PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

"Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini," tegasnya.

Read more ...

"Penggantungan 4 MP: Usaha terakhir UMNO-BN untuk terus bernafas"

















Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang serius berita terbaru berkaitan cubaan pengantungan empat Ahli Parlimen Pakatan termasuk Ketua Pembangkang, yang telah diusulkan di Parlimen melalui Aturan Urusan Mesyuarat tanpa melalui notis tujuh hari seperti kebiasaan.

AIC mengangap ini sebagai langkah terakhir Regim UMNO-BN untuk terus berkuasa di samping laporan Wikileaks (daripada sumber diplomat Singapura) yang mengaitkan tengkuk Presidennya, Najib Razak dengan kes pembunuhan berprofil tinggi.

Malaysia menuju demokrasi gelap! Di samping sistem kehakiman yang terus-menerus menerima kritikan antarabangsa, parlimen terus diperkudakan Regim UMNO-BN, Speaker Dewan Pandikar Amin Mulia "boneka yang dilacurkan" untuk menjayakan setiap kehendak mereka. Tiada lagi pemisahan kuasa dan limitasi Kuasa Eksekutif yang telah dijanjikan Perlembagaan Malaysia.

Ini juga digunakan untuk mengalih isu, mengenai kenaikan harga barangan yang "mengikat" leher Rakyat, maka pelbagai helah dan berita digunakan untuk mengalih pandangan rakyat mengenai isu utama ini.

Melalui tindakan ini, tujuan Regim UMNO-BN, tidak lain tidak bukan adalah untuk menguasai 2/3 majoriti parlimen yang akhirnya membolehkan mereka meluluskan usul pensempadanan semula kawasan pilihanraya yang akan memihak kepada mereka. Kita boleh mengimbau sejarah lalu ketika Pilihanraya Umum ke-11 di mana modus-operandi yang sama digunakan untuk mereka memenangi lebih 2/3 majoriti di Parlimen.

Demokrasi di Malaysia adalah contoh Demokrasi-Otoritarian di mana menurut Filasuf John Locke "ianya jelas melawan akal manusia yang normal, sebuah kerajaan berperlembagaan tanpa keadilan bagaikan sekumpulan perompak kejam!". Tiada sekelumit harapan untuk rakyat terus bebas di dalam demokrasi seperti ini. Perubahan wajib dilakukan!

AIC percaya bahawa tindakan ini jelas menggambarkan betapa terdesaknya Regim Najib Razak untuk terus berkuasa, ini mengingatkan rakyat tentang kes Perampasan Kuasa di Negeri Perak, mereka memperkudakan Sistem Kesultanan dan Mahkamah dalam menjayakan misi jahat mereka.

*Kenyataan media oleh Saifullah Zulkifli (gambar atas) dari Kelab Anwar Ibrahim (AIC).

Read more ...

Jangan alih perhatian rakyat

Wikileaks Tidak Harus Tenggelamkan Isu Kenaikan Harga Barang
























KUALA LUMPUR, 16 Dis. : Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pendedahan kontroversi Wikileaks tidak seharusnya menenggelamkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula pada 4 Disember lalu.

Katanya, pendedahan Wikileaks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat dan Datuk Seri Najib Razak dengan dakwaan skandal pembunuhan Model Mongolia Altantuya Shaaribuu tidak seharusnya mengalihkan perhatian rakyat yang sememangnya marah dengan tindakan kerajaan itu.

“Isu harga barang telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idris, umum mengetahui tentang ketakutan BN terhadap kemarahan rakyat dengan kenaikan harga keperluan dan ia telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawahan termasuk di kalangan penyokong tegar Umno.

“Isu WikiLeaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini.

“Banyak jawapan Pak Pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf Menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah. Antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran,” katanya.

Idris juga mendakwa media arus perdana pula diarahkan supaya jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya mereka dikehendaki mengunakan istilah penyelarasan.

“PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti facebook, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara.

“Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Read more ...

Doktor pun tak mahu kerja kerajaan

Muslimat PAS Gesa Kerajaan Tambah Doktor














KUALA LUMPUR, 16 Dis. : Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) melahirkan kebimbangan terhadap jumlah doktor perubatan yang meletakkan jawatan.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, kerajaan harus mengambil langkah serius bagi mengatasi masalah kekurangan doktor perubatan di negara ini memandangkan jumlah golongan profesional itu tidak ramai di Malaysia.

“Dalam keadaan jumlah doktor perubatan yang semakin berkurangan, para doktor sedia ada sudah pasti terbeban dengan pelbagai tugas.

“Bebanan ini sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap golongan ini,” ujar Nuridah mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa seramai 884 orang pegawai perubatan meletakkan jawatan dari tempoh 2007 hingga September lalu.

Katanya, DMPP melihat jumlah 884 orang adalah jumlah yang agak kritikal bagi kategori golongan profesional seperti doktor perubatan.

Menurutnya, meskipun pelbagai faktor diberikan seperti menjadi tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi swasta, mengikut pasangan ke luar negara, menerima tawaran pekerjaan lain dan masalah kesihatan, ianya tidak boleh menjadi sandaran.

Kerajaan ujarnya perlu memikirkan sesuatu bagi mengurangkan jumlah doktor perubatan yang meletakkan jawatan bagi mengelakkan krisis kekurangan doktor perubatan di hospital kerajaan.

Tambahnya kekurangan doktor perubatan akan mengakibatkan mereka yang masih berkhidmat dalam sektor itu akan mengalami stress, kemurungan, lemah, lesu, masalah kesihatan, serta renggang hubungan kekeluargaan.

Justeru, DMPP berpandangan para doktor perlu diberikan masa kerja dan rehat yang secukupnya bagi memberikan masa berkualiti untuk mereka.

Beliau berkata, untuk mengikat doktor perubatan dengan kerjaya mereka, seharusnya insentif yang berpatutan diberi kepada mereka.

“Elaun tambahan, serta kenaikan gaji selaras dengan kelayakan mereka perlu dipertimbangkan semula,” katanya lagi.

Tambah beliau, kebanyakan doktor perubatan di hospital kerajaan meletak jawatan hanya kerana mereka menerima peluang kenaikan gaji dan pangkat yang jauh lebih tinggi di hospital swasta.

Bahkan, ujarnya ramai doktor terpaksa melakukan kerja tambahan di klinik lain bagi menambah pendapatan mereka.

Selain itu, katanya kerajaan wajar menggalakkan mahasiswa beramai-ramai mengambil kursus kedoktoran bagi menampung jumlah pegawai perubatan di Malaysia.

“Dengan biasiswa, tajaan selain memudahkan sistem pembelajaran akan menyuntik motivasi mahasiswa untuk menceburi bidang ini.

“Kewujudan kampus serta fakulti yang menawarkan ijazah kedoktoran boleh menambah bilangan doktor di negara ini,” ujarnya.

Secara realistik, tambahnya para doktor hanya perlu berkhidmat untuk 10 hingga 15 orang pesakit dalam satu-satu masa agar tumpuan dapat diberikan kepada mereka berbanding dengan berpuluh pesakit dihadapkan dengan seorang doktor sahaja selama ini.

Read more ...

PAS tidak tunda pemilihan



















TEMERLOH, 15 Dis.:
Walaupun Umno, MCA dan DAP telah mengumumkan untuk menangguhkan pemilihan parti mereka yang dijadual pada tahun depan ke tahun 2012, PAS bagaimanapun kekal meneruskan muktamarnya.

“Kata sepakat ini diperolehi dalam mesyuarat Jawantankuasa PAS pusat pada Ahad lalu yang membincangkan pelbagai isu parti,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berkata muktamar bagi semua peringkat kawasan akan berlangsung pada bulan Januari, 2011 manakala muktamar PAS Pusat akan berlangsung bulan Jun nanti.

“Walaupun muktamar tahun hadapan adalah tahun pemilihan, PAS menganggap ia tidak akan menimbulkan masalah besar bagi parti, bahkan muktamar di semua peringkat samada di cawangan, kawasan, negeri dan pusat adalah pemangkin kepada pembinaan semangat juang bagi menghadapi PRU akan datang.

Kecuali PRU diistiharkan tahun hadapan, PAS mungkin menangguhkan seketika bagi menumpukan gerak kerja PRU,” tegas beliau.

Beliau turut menambah bahawa PAS berasa yakin terhadap tarbiyah yang telah diberikan ahli dan seluruh kepimpinan untuk menyedarkan ahli-ahli bahawa jawatan adalah amanah bagi menjayakan cita-cita Islam, dan bukannya sesuatu yang harus direbut sehingga merosakan jamaah.

Jesteru itu, Tuan Ibrahim turut menyeru seluruh ahli PAS untuk mengambil peluang dalam muktamar akan datang untuk mengukuhkan parti dan hubungan antara ahli, dan berikhlas pada perjuangan di samping mendekatkan diri kepada Allah pada semua keadaan.

Read more ...

Aset Melayu Kampung Baru bakal dilupus






















KUALA LUMPUR, 16 Dis:
PAS Wilayah Persekutuan kesal dengan hasrat kerajaan untuk memansuh dan membubarkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS) dan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS) apabila Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 dikuatkuasakan kelak.

Rang Undang-undang Akta tersebut telahpun dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen pada Selasa lalu oleh Datuk Raja Nong Chik, Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Rang undang-undang tersebut akan dibahaskan pada sesi Parlimen bulan Mac akan datang.

Seksyen 57(1) dan (2) Rang Undang-undang tersebut secara jelas menyatakan berkenaan pembatalan dan pembubaran enakmen dan Lembaga MAS tersebut dan perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survival pemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.

Menurut Penasihat Undang-Undang PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.

“Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang,” ujarnya.

Tambahan pula, jelasnya tafsiran “kepentingan orang Melayu” yang dimaksudkan dalam akta tersebut hanya merujuk kepada budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja dan tidak secara jelas menyatakan berkenaan pemilikan hartanah mesti kekal di tangan orang Melayu.

Ini, tambahnya diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 akta tersebut bahawa perbadanan boleh berurusan dengan “mana-mana orang” untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.

Kesudahannya, kata beliau jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal.

Pembubaran Lembaga MAS juga, katanya merupakan satu tindakan yang langsung tidak menghormati badan tersebut yang telah berkhidmat lebih satu abad lamanya dan terus berkhidmat untuk penduduk Kampung Baru sehingga kini.

Menurutnya, tindakan kerajaan tersebut bukan sahaja membelakangkan penduduk Kampung Baru, malah ia menafikan langsung suara dan penglibatan wakil-wakil penduduk dalam proses pembangunan tanah dan masa depan mereka sendiri.

Tegasnya, Umno jelas sekali lagi mengkhianati amanah untuk menjaga survival dan milikan tanah orang-orang Melayu di negara ini.

“Selepas tanah-tanah rezab orang Melayu semakin hari semakin mengecil jumlahnya, kini kampung-kampung tradisi dan warisan orang Melayu pula cuba diintai oleh tauke-tauke elit yang mendambakan keuntungan maksimum di kawasan segitiga emas bandaraya Kuala Lumpur ini,” katanya.

Beliau menambah, cadangan penubuhan Majlis Penasihat di bawah Seksyen 19 Akta tersebut yang diwakili oleh lima belas orang wakil masyarakat Kampung Baru pula sekadar melepaskan batuk di tangga dan jelas menampakkan ketidakjujuran dan ketidaktelusan Kerajaan.

Ini, katanya kerana akta tersebut menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan tidak terikat untuk mengikut apa-apa, nasihat daripada wakil-wakil penduduk Kampung Baru tersebut.

Oleh itu, jelasnya peranan Majlis Penasihat tersebut hanya sebagai gimik politik semata-mata dan jelas tidak relevan langsung di kaca mata kerajaan.

PAS Wilayah Persekutuan, tegasnya mengulangi pendirian membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru tersebut dan menyokong penuh saranan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali untuk menubuhkan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil-wakil penduduk Kampung Baru dan mereka yang berkepentingan langsung dalam pembangunan Kampung Baru tersebut.

“Proses pembangunan Kampung Baru perlulah dilakukan dengan telus dan mengikut pandangan dan suara hati anak-anak Kampung Baru sendiri,” ujarnya.

Read more ...

PAS bantah parlimen gantung Anwar























KUALA LUMPUR, 16 Dis. : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan keputusan Parlimen yang dijadual akan menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan adalah satu “tragedi” dan “kesilapan besar” yang memalukan.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Hadi berkata jika benar hukuman itu dikenakan ke atas Anwar pagi ini, ia akan memberikan gambaran buruk di kalangan rakyat.

“PAS membantah cadangan pihak tertentu untuk mengambil tindakan penggantungan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan daripada Parlimen.

“Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ia adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.

“Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen ke taraf antarabangsa tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini.” katanya.

Dalam laporan yang dibentangkan di Parlimen kelmarin, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesyorkan agar Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ekoran dakwaannya mengaitkan konsep 1 Malaysia dengan One Israel.

Usul menggantung Anwar akan dibahaskan oleh anggota Dewan Rakyat semalam, yang akan memutuskan sama ada syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu diterima atau sebaliknya.

Datuk Seri Nazri Aziz pada 22 April lepas telah mengemukakan usul untuk merujuk Anwar pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran kenyataan yang dibuatnya itu yang mengaitkan firma perhubungan awam APCO Worldwide yang dilantik oleh kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, jawatankuasa bersetuju bahawa dakwaan Anwar itu adalah tidak benar.

Menurut Hadi, penafian hak ke atas Anwar yang juga Penasihat PKR untuk membela diri dalam isu itu merupakan satu kesilapan besar.

“Ia merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman.

“Apa yang berlaku hingga kini ialah bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin menghukum itu gagal dalam memberikan hujah balas kepada isu yang diperkatakan, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan.

“Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat daripada pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil,” katanya.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang meminta agar kesilapan yang berlaku dalam kes itu diperbetulkan segera supaya terus dihormati rakyat di negara ini.

“PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

“Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini,” katanya.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dianggotai oleh Pandikar Amin, Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar terhadap APCO itu.

Karpal dan Sivarasa bagaimanapun menarik diri daripada keanggotaan jawatankuasa itu setelah kalah dalam undi belah bahagi dalam jawatankuasa itu untuk meneruskan pertimbangan kes tersebut berdasarkan surat penjelasan daripada APCO dan Hansard Dewan Rakyat.

Read more ...

Dah tak dapat projek dok angap kontraktor Umno sahaja Melayu

lgm

Kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah peruntukan kerajaan negeri. Projek JPS dan JKR di bawah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JPS BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010


Kontraktor Bumiputera
Kontraktor Bukan Melayu
Jumlah
Jumlah (RM)
40,944,933.80
0
40,944,933.80
% Dari Segi Nilai
100%
0
100%
Jumlah Bilangan
18
0
18
Jumlah Bilangan (%)
100%
0%
100%

TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAAN NEGERI)


Kontraktor Melayu
Kontraktor Bukan Melayu
Jumlah
Jumlah (RM)
20,407,640.94
407,000.00
20,814,640.94
% Dari Segi Nilai
98%
2%
100%
Jumlah Bilangan
16
1
17
% Bilangan
94%
6%
100%

Ini dengan sekaligus mematahkan fitnah jahat pemimpin UMNO dan juga sekutu UMNO seperti Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Mohamed Fadzill Hassan.

Mohamad telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70% bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

Mohamad Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan bumiputera.

Angka sedemikian dengan sendirinya membuktikan bahawa kontraktor UMNO seperti Mohamad Fadzil hasad dengki dan marah terhadap kerajaan negeri PR semata-mata kerana mereka tidak memenangi kontrak seperti yang dulu.

Atas kepentingan politik sempit UMNO dan BN, mereka sedia menabur fitnah kerana tidak dapat kontrak dulu sebagai kroni UMNO. Kalau Mohamad seorang beriman, maka lebih baik beliau meminta maaf dan menarik balik fitnah kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang.

Urustadbir CAT yang cekap akauntable dan telus telah berjaya memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka.

Urustadbir CAT dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka. Yang tak mampu saing hanya kontraktor UMNO yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik UMNO dan hidup sebagai kontraktor kroni.

Ini telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini. Demi mengelakkan projek kerajaan negeri bermasalah kerana terbabit dengan kontraktor kroni UMNO, maka arahan telah dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memantau dengan teliti dan rapi sekiranya kontraktor UMNO ini membida projek.

Saya (Lim Guan Eng, gambar kiri) ingin menasihatkan Mohamad Fadzil supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang. Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihanraya besar kalau nak jadi orang politik.

Sekiranya Mohamad tidak mahu letak jawatan, beliau harus mengakui salah dan meminta maaf kepada kerajaan negeri PR Pulau Pinang kerana menabur fitnah yang tidak berasas. Macam mana kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan persatuan sedemikian yang dipimpin oleh seorang kroni UMNO yang begitu tebal sekali yang menabur fitnah melulu?

Sebelum ini saya telah menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila kira 70% bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Utusan Malaysia dan pemimpin rasis BN sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera yang berkebolehan dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan.

Sudah sampai masanya kita jangan lihat daripada sudut perkauman tetapi professionalism dan kemampuan yang boleh martabatkan kita semua.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Read more ...

Buku teks Sejarah pun akan jadi macam Utusan Meloya



SHAH ALAM, 15 Dis. : Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr Abdul Aziz Bari menyelar tindakan pihak tertentu yang sengaja memadam mahupun menyembunyikan fakta sejarah negara.

Menurut Aziz, dalam mendokumentasikan sejarah sesebuah negara, sentimen-sentimen seperti politik haruslah diketepikan bagi menjamin ketelusan maklumat berkenaan.

“Soal sejarah ini soal fakta, soal kebenaran, soal negara. Perkara seperti ini tidak patut dicampur aduk sentimen dan pandangan politik.

“Kalau sejarah boleh dilihat begitu, hal-hal lain bagaimana?,” ujar Dr Aziz ketika diminta mengulas berhubung pendedahan yang dibuat oleh penulis buku, Dr Ranjit Singh Malhi yang mendakwa kebanyakan fakta dalam buku teks sejarah telah diputarbelitkan.

Dr Ranjit, seorang penulis buku sejak tahun 1990 dan bekas penasihat buku teks sejarah kepada Kementerian Pelajaran dalam wawancara bersama akhbar The Sun berkata, buku teks sejarah yang digunapakai di sekolah-sekolah pada hari ini dibanjiri dengan kesilapan fakta.

Menurut Dr Ranjit, beliau pernah memaklumkan tentang kesalahan fakta tersebut kepada Kementerian Pelajaran, bagaimanapun ia ditolak oleh pegawai kementerian terbabit dan melabelkannya sebagai ‘anti nasional’.

Kata Dr Aziz, hal berkenaan sejarah perlu diasingkan dari perspektif politik dan hanya mereka yang arif mengenainya sahaja boleh mendokumentasikan fakta tersebut.

Malah katanya, pemantauan mengenai fakta sejarah ini juga tidak harus dipantau oleh mereka yang terdiri daripada ahli politik.

Mengulas tentang gelaran yang diberikan kepada Dr Ranjit kerana memberikan teguran kepada Kementerian Pelajaran, menurut Dr Aziz ianya tidak patut sama sekali.

“Itu tidak patutlah. Kalau dia kemukakan perkara yang sebenar, yang sebetulnya, sepatutnya perkara itu dilihat dan tidak sepatutnya dituduh ‘anti nasional’.

” ‘Anti nasional’ ini hanya untuk musuh negara dan saya tidak fikir teguran seperti itu dianggap sebagai ‘anti nasional’,” katanya lagi.

Merujuk kepada contoh yang diberikan Dr Ranjit apabila sesetengah personaliti tidak diberikan pengiktirafan sepatutnya, Dr Aziz sekali lagi menekankan, jangan ada sejarah yang disembunyikan.
” Seharusnya tidak ada perkara-perkara yang dipadam atau disembunyikan.

” Ini satu perkara yang saya fikir patut dilihat dalam konteks yang lain juga. Soal kemerdekaan dan sebagainya yang patut diambil kira. Umpamanya pembinaan Kuala Lumpur. Ini satu contoh yang relevan untuk diambil kira,” ulasnya lagi.

Sementara itu, Presiden PIBGN, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan ketika diminta mengulas isu sama berkata, sejarah negara tidak harus ditulis dalam dua versi berbeza.

Justeru katanya, pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini seperti Kementerian Pelajaran dan pakar dalam bidang sejarah harus segera menyelesaikan perkara yang menggusarkan rakyat ini.
” Kita tidak mahu misalnya perkara sejarah ini ada dua pihak.

” Untuk memberi kepuasan kepada semua pihak terutama kepada warganegara yang tertanya-tanya perkara ini berlaku, betulkah yang dinyatakan dan muslihat yang dibangkitkan itu ada kebenarannya. Jadi perlu ada perbincangan, rujukan atau pun penyiasatan,” katanya ketika dihubungi Selangorkini hari ini.

Read more ...

Jika untuk rakyat, Umno mesti kacau

Ketuanan ROS : Dr Rafick: Penubuhan PPHTM ditekan kerajaan

abandoned property owners malaysia victims housing project protest, dr rafik





























NGO mewakili pemilik unit rumah terbengkalai dengan nama Abandoned Property Owners Malaysia (Victims) hari ini menjelaskan bahawa NGO berkenaan sebenarnya mengemukakan pendaftaran menggunakan nama Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM).


Pengerusinya, Dr Mohd Rafick Khan Abd Rahman berkata permohonan itu dibuat sejak lapan bulan dengan nama PPHTM dan nama Victims tidak tercatat dalam borang permohonan.

"Sehubungan itu, isu dinyatakan ROS (mengenai permohonan) menggunakan (nama) Victims tidak timbul sama sekali," katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini.

Jelasnya, kumpulan itu hanya menggunakan nama Victims di kalangan mereka memandangkan nama itu mudah untuk disebut.

PPHTM juga telah mengemukakan rayuan permohonan untuk mendaftarkan nama pertubuhan berkenaan pada 17 September lalu, katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Rafick berkata kenyataan penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pang Chin Fang berhubung penolakan permohonan daftar nama pertubuhan tersebut tidak memberi gambaran sebenar.

'Tekanan KPKT'
Sebaliknya, beliau mendakwa bahawa permohonan itu ditolak susulan daripada bantahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Bantahan itu dibuat kerana pegawai KPKT bimbang pembeli akan menekan agensi tersebut memandangkan KPKT merupakan agensi yang bertanggungjawab ke atas projek perumahan dan juga pemulihan projek terbengkalai di negara ini," katanya.

perpaduan heights abandoned housing project kuala pilah 291008Dr Mohd Rafick berkata, KPKT juga sepatutnya menyokong permohonan berkenaan memandangkan ia merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai.

"Ada perkara yang kerajaan tidak boleh jalankan tetapi NGO boleh buat. Dengan bergabung tenaga, kita boleh menjadikannya win-win situation kepada semua," tambahnya.

Dalam pada itu, Dr Mohd Rafick turut mengulas kenyataan Pang semalam mengenai keputusan ahli jawatankuasa ROS yang mendapati nama persatuan itu "mengelirukan" dan mempunyai nama dan peranan yang serupa dengan satu pertubuhan didaftarkan sebelum ini.
Beliau mendakwa, perkara itu telah dijelaskan kepada ROS dalam rayuannya.

"Berdasarkan penjelasan lisan dari pengawai JPPM Putrajaya, kami diberitahu bahawa fungsi pertubuhan itu sama dengan Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (NHBA).

house low cost housing 200307 type 03"Rekod akan menunjukkan bahawa ketika kami menyediakan permohonan untuk menubuhkan PPHTM, ia dibuat dengan rundingan bersama NHBA.

"Kami telah menunjukkan perbezaan signifikan di antara pertubuhan kami dengan NHBA berasaskan nama, objektif dan kriteria keahlian (dalam rayuan)," katanya lagi.
Pang ketika dihubungi petang ini bagaimanapun enggan mengulas ketika diminta menjelaskan kekeliruan yang timbul berkenaan status sebenar pendaftaran PPHTM dan Victims.

Read more ...

Konvensyen PR beri tumpuan kepada golongan muda




















Konvensyen Pakatan Rkyat pada 19 Disember ini sangat wajar memberikan perhatian kepada trend pemikiran anak muda dalam perkembangan politik tanah air dan trend pengundi atas pagar, yang dipanggil ‘Kuasa Ketiga’, selain isu lain.

Trend itu ialah: Pertama, trend pemikiran anak muda masa kini yang dilihat sangat kritikal terhadap parti pemerintah atas beberapa sebab.


Kedua, kemunculan apa yang dipanggil ‘Kuasa Ketiga’ iaitu pengundi atas pagar yang sangat penting diperhatikan justru golongan ini dilihat memiliki critical thinking yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di negara sekarang.

Golongan atas pagar yang baru ini mungkin tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka hanya akan mengundi parti dan calon yang memenuhi cita rasa mereka. Mereka ini melihat isu dan cara mana sesuatu parti yang bertanding itu menangani isu itu. Mereka juga meneliti rekod parti pemerintah dan pembangkang.

Dua perkembangan terbaru dalam arena politik di Malaysia ini sangat wajar diberikan perhatian oleh Konvensyen Pakatan Rakyat nanti kerana ia tentunya mempengaruhi keputusan PRU Ke-13 nanti.

Dengan itu konvensyen ini wajar melihat secara objektif akan hal ini dan bagaimana menanganinya dengan bijaksana.

Penulis politik terkenal, yang juga Ketua Pengarang Harakah dalam satu tulisannya di Harakahdaily baru-baru ini mengulas mengenai trend anak muda sekarang. Beliau menulis bahawa demonstrasi membantah kenaikan melampau tarif air di Selangor baru-baru ini menunjukkan beberapa petanda menarik.

Menurutnya, penyertaan pro-aktif golongan muda untuk turut berarak dan menuntut hak - termasuk daripada kelompok mahasiswa yang secara jelas dilarang terbabit dengan apa jua kegiatan politik dalam dan luar kampus - mencuit perhatiannya.

Tanpa kehadiran mereka, kata Lutfi, kemeriahan perhimpunan mungkin terjejas teruk. Saya amat bersetuju dengan pandangan Lutfi bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang, hujung minggu ini wajar memberi tumpuan khas terhadap gelagat anak muda dalam berpolitik.

Kata Lutfi lagi, selain merumuskan deraf manifesto awal Pilihan Raya Umum Ke-13 dan membincangkan isu-isu kritikal yang membantut kemajuan negeri-negeri yang diperintah Pakatan, usaha menggerakkan kesedaran orang muda, sekurang-kurangnya untuk mendaftar sebagai pemilih, seterusnya terlibat aktif sebagai agen reformasi, tidak boleh dilewat-lewatkan.

Bagi saya, perkembangan dan suasana politik baru di Malaysia menuntut kebijaksanaan yang sungguh-sungguh dari pemimpin dan warga Pakatan Rakyat seluruhnya, terutama hasil dari kehadiran pelbagai media baru melalui internet dan media cetak alternatif.

Suasana tentunya sungguh berbeza dengan trend politik ketika PRU Ke-12 di tahun 2008 dulu. Ini semua, antaranya, disebabkan Umno/BN cuba ‘bangun’ kembali dari kekalahan teruknya dulu, isu perkauman yang begitu disemarakkan oleh golongan berkepentingan.

Juga tidak dapat dinafikan mengenai persepsi orang ramai kesan dari krisis yang melanda PKR – walaupun kini sudah reda, juga isu pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat serta beberapa isu lain.

Dengan itu Pakatan Rakyat, pertamanya perlu memberi perhatian sungguh-sungguh kepada golongan muda justru pengaruh mereka menyerlah kembali.

Golongan muda dan ‘Kuasa Ketiga’ ini mungkin boleh menjadi kuasa penentu akan kemenangan calon-calon dalam PRU Ke-13 nanti. Mereka ini sedang memerhatikan sungguh- sungguh perjalanan Pakatan Rakyat dan Umno/BN, terutama para calon yang akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Bagi kedua golongan ini mereka hanya akan memberikan undi kepada calon yang mereka lihat berwibawa, kurangnya potensi – atau tidak berpotensi sama sekali - untuk melompat, calon yang berilmu, mesra rakyat dan berfikiran terbuka serta calon yang tidak pelahap dengan pelbagai habuan atau boleh dibeli dengan wang dan ganjaran lain. Juga calon yang bukan menjadi ‘tukang sorak’ semata-mata di Dun atau Dewan Rakyat.

Boleh disimpulkan bahawa golongan generasi muda dan golongan atas pagar yang baru ini adalah golongan yang sangat kritikal. Jangan ada siapa yang berfikir bahawa mereka ini adalah ‘pengundi mainoriti’, tidak penting dan bukan penentu keputusan pilihan raya.

Seperti dikatakan tadi, kedua-dua golongan ini sangat terdedah kepada pelbagai maklumat dan sama sekali bukan ‘pelanggan’ media tradisional baik akhbar ataupun TV. Mereka golongan yang berfikir dan terbuka.

Mereka hanya mengundi calon yang boleh membawa negara ini benar-benar mengamalkan demokrasi dan adil, bersih dari segala bentuk rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya serta mereka mahukan negara ini bebas dari elemen perkauman dan kelompok.

Oleh itu jika Pakatan Rakyat dapat memberikan jaminan dan menunjukkan kemampuan melaksanakan idealisme mereka ini, tidak syak lagi kedua golongan ini akan memberikan undi kepada mereka.

Di samping itu, Pakatan mestilah juga memberi perhatian sungguh-sungguh kepada pengundi tegar PAS, DAP dan PKR selama ini supaya mereka tidak lari dan dalam masa yang sama rakyat mahukan jaminan dari Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen sungguh-sungguh melaksanakan sebuah kerajaan yang terbaik untuk rakyat jika menang.

Sementara itu, adalah sesuatu yang tepat keputusan PAS melarang semua pihak memberi kenyataan, ulasan dan sebagainya mengenai isu negara Islam.

Kepada saya semua pihak juga perlu berhenti dari menimbulkan isu timbalan perdana menteri jika Pakatan berkuasa serta isu yang memperlihatkan perbezaan pendapat di antara pemimpin dalam dalam Pakatan, isu perkauman dan lain-lain.

Kenyataan yang keluar selama ini, walaupun tidak selalu, banyak mencederakan kewibawaan Pakatan Rakyat justru ia menjadi ‘bola tanggung’ kepada pemimpin Umno/BN dan media yang mereka kuasai untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Apa yang diharapkan ialah semua parti dalam Pakatan memberikan tumpuan serius kepada PRU Ke-13 dan tidak lagi menghabiskan masa dengan melayani masalah dalaman berlarutan.

Inilah persoalan dan hala tuju yang sangat wajar difikirkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ini. Agenda, usul, rumusan dan rangka bertindak Konvensyen ini sewajarnya tepat dan bijaksana justru rakyat sedang menanti hasilnya.
Abd Shukur Harun

Read more ...

Umno Apco perkuda parlimen
















KUALA LUMPUR, 15 Dis. : Datuk Seri Anwar melahirkan rasa kesal dengan tindakan Umno menyalah guna kuasa majoritinya dalam Parlimen dan tindakan Speaker yang tunduk kepada telunjuk pemerintah dalam membenarkan usul untuk tiga lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung enam bulan tanpa diberi peluang membela diri.

Tiga ahli parlimen itu adalah Karpal Singh dari DAP, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali dari Parti Keadilan Rakyat. Mereka tidak diberikan notis atau dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menjawab apa-apa tuduhan-tuduhan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz untuk membawa usul itu atas alasan ia mempunyai kepentingan awam tetapi enggan menjelaskan apa yang dimaksudkannya.

"Saya lihat prosedur Parlimen itu dipermainkan. Kita hujah panjang manapun diketepikan kerana (BN) menggunakan kuasa majoriti. Sebab itu kita kesal dan membantah keras persetujuan speaker membenarkan. Memang angkuh dan salah Umno-Bn menggunakan kuasa mereka, tetapi menggunakan saluran Speaker yang mempertahankan dengan peraturan padahal prinsip membela diri dan menjelaskan, bagi seminggu, bagi keterangan...itu pun tidak berlaku," Anwar memberitahu pemberita.

Anwar berkata kerakusan Umno-Barisan Nasional untuk menghakis suara Pembangkang di Parlimen jelas mencapai paras baru hari ini dengan tindakan-tindakan yang membelakangkan prinsip asas keadilan dan amalan-amalan dewan rakyat sendiri.

Beliau berkata usul BN untuk menggantung Karpal, Azmin dan Sivarasa tanpa diberi notis atau peluang untuk mereka membela diri tidak bersandarkan kepada sebarang siasatan atau pun keterangan mana-mana pihak.

"Semalam dalam perbincangan dengan Karpal, kita hanya dapat ketetapan tentang maklumat untuk celaan terhadap beliau. Tetapi hari ini kita dikejutkan, maknanya tiap hari boleh berubah, fakta sama, cerita bulan yang lalu... hari ini diambil keputusan untuk menggantung enam bulan YB Karpal Singh, YB Sivarasa, dan YB Azmin Ali dengan hujah yang paling tidak munasabah," tambah Anwar.

Anwar berkata, Speaker Parlimen, mahupun ahli parlimen Umno tidak menampakkan walau sedikitpun minat untuk mengetahui kebenaran asas-asas pemerintah untuk memecat ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan sewenang-wenangnya.

"Hujah YB Karpal dan YB Siva itu semasa dalam mesyuarat, dan kalau ada tuduhan dia ada bercakap dengan blogger atau dengan media, dia patut ditanya. prosedur biasa. Adakah ini kenyataannya,apakah sah kenyataan ini. Ini tidak berlaku," ujarnya.

Read more ...

Pengasas Umno Sabah sertai PKR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgu2due7MEgDCO49-AhS_BD-odwBdp3jzrKZM17St7EaTFP4qpSPZr9DZNVJkwm78ihs6hokmfYx6_hPqfM2I4PG2HvrdsgObXHRIqGqIdqKqYuwMGaz8feM_didq2XJy3Cajzn592dWYw/s400/SelamatTinggal+UMNO.jpg

SHAH ALAM, 15 Dis. : Mantan pemimpin Umno Sabah yang juga individu yang bertanggungjawab membawa parti dari Semenanjung ke negeri itu, Datuk Karim Ghani secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Ketika membuat sidang media semalam berkata parti pemerintah ketika ini, Umno-Barisan Nasional, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Saya rasa berbesar hati kerana PKR menerima saya," kata Karim yang berbangsa India-Dusun, sebelum ini bersama Parti Bersatu Kebangsaan Sabah (USNO).

"Saya telah serahkan borang permohonan terus ke ibupejabat PKR."

Karim berkata beliau sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan beberapa lagi pemimpin Cabang di negeri ini.

Ketika ditanya tentang alasan menyertai PKR, beliau berkata alasannya sama apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Umno Sabah.

"Pakatan telah berjanji akan mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak dan berjanji akan menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada kedua-dua negeri ini," kata Karim

"Ini sama seperti yang saya nyatakan dalam surat perletakkan jawatan kepada Umno Sabah.

"Umno buat saya seperti duduk di tepi 'jamban'," ujarnya.

Karim berkata, janji bahawa autonomi Sabah akan dihormati akan membantu ahli Usno bangkit menentang Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dalam pada itu, beliau turut membidas Umno yang membelakangkan Perlembagaan Negeri berhubung perlantikan Ketua Menteri yang dipilih Putrajaya dan bukannya pemimpin tertinggi negeri.

"Saya sendiri telah diketepikan dan diarah oleh Umno Sabah supaya duduk berdekatan dengan 'jamban'.

"Mereka(Umno) lebih berminat kepada Pairin (Presiden PBS - Joseph Pairin Kitingan) - daripada orang macam saya atau pemimpin Usno yang banyak berkorban untuk parti." ujar Karim.

"Jika rakyat Sabah ingin mengekalkan 'status quo', beliau berkata mereka boleh menyokong BN.

"Tetapi, jika mereka lebih mementingkan mengenai agenda perubahan dan reformasi, maka mereka sepatutnya menyokong Pakatan Rakyat dan jangan benarkan kesatuan antara mereka berpecah yang akan memberikan kemenangan kepada BN," tegasnya lagi.

Read more ...

Bila SYABAS nak beri jawapan

Tabung Budi : Kerajaan Negeri Masih Tunggu Jawapan SYABAS













SHAH ALAM, 15 Dis. : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan pihaknya masih menanti jawapan dari pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berhubung program Tabung Budi yang dilancarkan syarikat itu.

Beliau sebaliknya sekali lagi mengingatkan SYABAS supaya menumpukan perhatian memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor dengan menyediakan air bersih dengan tarif air yang berpatutan.

"Kita masih menunggu jawapan dari SYABAS, Kerajaan negeri masih tetap atas pendirian. Kita sudah buat perjanjian dengan SYABAS supaya menguruskan air, pengedaran air kepada masyarakat, bukan sebagai tugas untuk memberi kebajikan. kebajikan boleh diurus oleh kerajaan negeri, " katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor telah menghantar notis kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) supaya menghentikan Program Tabung Budi kerana ia melanggar syarat perjanjian konsesi air.

Notis bertarikh 23 November dikeluarkan oleh Pengarah Kawal Selia Air Selangor, Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997.

Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, SYABAS juga dikehedaki memaklumkan kepada Kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi.

Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia.

Mengikut notis itu, Lesen Pembekalan Air yang diberikan kepada Syabas mengikut Subseksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika SYABAS gagal mematuhi arahan pembatalan program itu.

Notis tersebut juga mengingatkan SYABAS bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air.

SYABAS tidak dibenarkan mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi.

Tabung Budi dilancarkan SYABAS pada 24 Ogos lalu bagi membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40 yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada SYABAS.

Wang kutipan itu kelak akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Read more ...