Berikut
hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan
kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah
abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion
Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan
umno/BN.
1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku
tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417
Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung
projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di
Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5
peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di
pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ
ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi
Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.