Friday, November 5, 2010

Tok Guru minta penyokong PAS tidak kecewa






























































KOTA BHARU, 6 Nov. :
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas .


Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam 'post mortem' PAS.

Katanya post mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata walaupun pihaknya telah menduga kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu tetapi kemenangan BN dengan memperoleh majoriti besar agak mengejutkan mereka.

Abdul Halim yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa menolak kemungkinan kelemahan dalam pelaksanaan strategi menyebabkan kekalahan PAS itu.

"Kalau mengikut kebiasaan tradisi pilihan raya di Kelantan, kita jangka kalau kalahpun 600 hingga 700(undi) saja, tapi ini sampai 1,000. Ini agak mengejutkan kita," katanya

Read more ...

Mufti diminta segera beri penjelasan perbuatan Zambry

















PARIT BUNTAR, 6 Nov. :
PAS Parit Buntar menyokong tindakan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak memohon penjelasan dari para mufti di Malaysia berhubung perbuatan yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar dilakukan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong.


Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, Dr Zambry telah melakukan upacara meletakkan tiang seri - tiang tengah rumah dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu.

“ Upacara ini adalah amalan khurafat yang boleh menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru kerana dilakukan oleh pembesar negeri.

" Malah, upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam".

Fakhrurrazi berharap para mufti dapat mengeluarkan ketetapan atau fatwa yang jelas berkaitan perbuatan Dr Zambry supaya umat Islam tidak terkeliru.

“ Para mufti perlu memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut dan bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mereka.

" bahan bukti untuk dinilai para mufti seperti gambar-gambar dan video majlis tersebut sudah diserahkan kepada para mufti oleh Dewan Pemuda PAS Perak. Hanya menunggu penjelasan mufti sahaja” katanya

Beliau juga menyatakan perasaan kesal dan kecewa dengan tindakan Dr Zambry yang tidak merasa bersalah melakukan upacara tersebut.

“ Beliau perlu ditegur dan dinasihati oleh para mufti terutama mufti Perak kerana jika dibiarkan umat Islam akan menganggap upacara tersebut dibenarkan oleh Islam.

“ Saya berharap para mufti segera membuat penjelasan dan dilaporkan kepada media bagi membolehkan umat Islam mengetahui ketetapan para mufti berhubung upacara tersebut” katanya

Read more ...

Transformasi Umno : Ku Li layak pimpin Umno


KUALA LUMPUR, 6 Nov: Kemenangan jentera Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas mungkin akan mendorong ahli-ahli Umno untuk bingkas mereformasikan parti mereka dengan memastikan bekas Menteri Kewangan itu memimpin parti tersebut.

"Prestasi Razaleigh dalam pilihan raya itu merealisasikan impian Umno yang tercari-cari pemimpin yang boleh menyatukan semua pihak tanpa berhempas pulas untuk menjadi semua benda kepada semua orang," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz melihat kemenangan jentera Razaleigh di Galas sebagai kejayaan peribadi beliau dalam usahanya untuk mengajar pemimpin-pemimpin Umno hari ini tentang kepimpinan yang diterima oleh semua bangsa.

"Ketika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bersusah payah dalam usahanya untuk menyogok konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Apco Worldwide kepada ahli-ahli Umno yang jelas lebih tertarik kepada Perkasa yang dipromosikan oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Razaleigh dengan mudah membuktikan bahawa stail kepimpinannya adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh Umno untuk membolehkan parti itu diterima oleh semua kaum," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau membangkitkan khabar yang tersebar luas yang mendakwa Perkasa disokong kuat di belakang tabir oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pelbagai pesanan kepada presiden pertubuhan itu, Datuk Ibrahim Ali supaya terus berjuang.

Menurut Mahfuz lagi, faktor Razaleigh yang menjadi penyebab kemenangan jentera pimpinannya di Galas itu merupakan bukti yang jelas bahawa kepimpinan beliau diterima oleh akar umbi Umno dan BN.

Lebih menarik lagi, kata Mahfuz, Razaleigh yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dan kuasa di dalam kerajaan untuk menaburkan wang dan projek berjaya menghimpunkan ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk berhempas pulas di belakangnya bagi menggerak dan menguatkan jenteranya di Galas.

"Bukan sahaja beliau tidak mampu menjanjikan kekayaan dan projek kepada mereka yang membantu jenteranya dalam pilihan raya kecil itu, malah beliau sendiri menerima bantuan yang sangat minimum dari para pemimpin dan tokoh-tokoh besar Umno.

"Tidak seperti pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, tidak ada sokongan habis-habisan Najib yang datang berkali-kali untuk berkempen, tidak ada Dr Mahathir datang berkempen, namun Razaleigh tetap berjaya membuktikan kemampuannya dengan peratusan majoriti yang jauh lebih baik dari yang dicapai oleh pasukan yang diketuai Najib di Hulu Selangor," katanya.

Mahfuz juga membayangkan jika Umno dan BN dipimpin oleh Razaleigh yang mahir, handal, berhemah dan tidak ada baggage, Pakatan Rakyat (PR) perlu mengkaji strateginya untuk berhadapan dengan keadaan itu.

"Bagamaimana pun, kita harap perkara itu tidak berlaku kerana kita merasa lebih baik kita berhadapan dengan Najib dan Muhyiddin yang semakin ketara berlainan arah," katanya.Hrkh

Read more ...

Demontrasi bantah Rosmah hina Islam dan perbuatan syirik Zambry

TAIPING, 6 Nov. : Tindakan Rosmah yang menghina Islam dan Rasulullah dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu serta perbuatan Datuk Seri Zamri Kadir, Menteri Besar Negeri Perakdalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober lepas di Manong yang berunsurkan syirik dikecam masyarakat dan umat Islam.

Kecaman ini jelas dinyatakan dalam demontrasi yang diadakan di hadapan Masjid Daerah Taiping hari ini selepas solat Jumaat.

Domontrasi yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN Pk.) dan umat Islam ini mengutuk kedua-dua mereka yang dimaksudkan diatas diamana kedua-dua progran tersebut jelas bertentangan dengan syara'.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hasan, Penganjuran Busana Muslim yang dinaungi oleh Rosmah adalah amat jelas tidak menepati syara' dalam berpakaian menurut Islam apatah lagi dengan penonjolan seorang peraga yang mendedah aurat sambil memakai baju yang tertera nama Nabi Muhammad.

"Perbuatan ini jelas menghina Islam dan mempermain-mainkan syariat Islam serta Rasulullah SAW.

" Kita marah apabila Rasulullah dihina suatu ketika dahulu apabila gambar baginda di lukis, tetapi kini seorang Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri menghina Rasulullah SAW,apakah kita boleh berdiam diri" berkata Ustaz Zawawi

Dalam isu kedua DPPN perak juga mengutuk dan mengecam tindakan Menteri Besar Perak merangkap Exco Agama yang telah mengulangi amalan khurafat yang ditinggalkan oleh orang-orang melayu suatu ketika dahulu.

"Kita mahu Zamri menjelaskan isu ini kepada rakyat dan kembali bertaubat atas berbuatan syirik beliau ketika program Inra Bina Upaya baru-baru ini.

" Perbuatan ini jelas khurafat dan kita Dewan Pemuda PAS Perak telah menghantar memorandum kepada semua Mufti-mufti termasuk Mufti Perak Dato' Seri Harussani agar menyatakan pendirian dalam isu ini". Zawawi

Menurut beliau lagi DPPN Perak bercadang akan membawa perkara ini ke pengetahuan Sultan Perak sekiranya Zamri tidak bertaubat dan menyatakan kesilapan beliau dalam upacara ini.

Ini adalah kerana isu ini membabitkan aqidah umat Islam khasnya umat islam di Perak apabila ianya dilakukan sendiri oleh Exco Agama Islam sendiri.

Antara yang hadir membantah tindakan Rosmah dan Zamri

Pemuda mengutuk tindakan menghina Islam dan mengamal khurafat

"Kami cintakan Rasulullah, jangan hina Nabi"

Ustaz Shahir mengetuai demontrasi hari ini

Read more ...

Pengaruh Tok Guru masih kuat



















KUALA LUMPUR, 5 Nov.:
Ilham Centre, firma penyelidik bebas merumuskan, kegagalan PAS menggunakan pendekatan agama sebagai strategi menghadapi Umno-BN, antara lain telah mengakibatkan parti itu hilang keistimewaan dan momentum di Galas.

Menurut pengarah eksekutifnya Muhamad Hisommudin Bakar, tinjauan Selasa lalu mendapati Umno lebih agresif memenangi hati majoriti pengundi yang masih belum membuat pendirian sama ada mengundi PAS atau Umno pada pilihan raya kecil DUN Galas yang berakhir semalam. Barisan Nasional (BN ) merampas kembali kerusi DUN Galas dengan majoriti undi 1,190 selain mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Di Galas, calon BN Abdul Aziz Yusoff menewaskan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad. Menurut Hisommudin, sepatutnya dapatan Ilham Centre iaitu 62.4 peratus pengundi khususnya pemilih di atas pagar dan Orang Asli, yang setakat awal minggu ini masih belum menentukan calon pilihan mereka, membantu PAS menyusun strategi akhirnya.

“Kehadiran PAS di Galas dilihat hilang momentum dan keistimewaan, kehadiran PAS pada pengamatan pengundi sama seperti BN.

“Pendekatan agama PAS dalam beberapa pilihan raya kecil lepas (dengan membangkitkan) isu syurga neraka, dosa pahala, keberkatan serta pertolongan daripada Tuhan lebih memperlihatkan PAS berbeza dengan yang lain (termasuk Umno).

“Sepatutnya PAS berkata, siapa undi PAS akan dapat pahala kerana itu galur PAS,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Menurut beliau, tinjauan Ilham Centre mendapati tawaran terbuka PAS untuk memberi tambang balik RM250 kepada pengundi luar dipersoal oleh akar umbi parti dan pengundi tradisi yang pada pilihan raya umum ke-12 menyokong kepimpinan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) merangkap Mursyidul Am parti.

Mereka, menurut tinjauan Ilham Centre itu lagi, turut mempersoal tindakan Nik Aziz di depan media menyampaikan wang zakat kepada tiga Orang Asli setelah upacara pengislaman mereka dilangsungkan.

“Ini bukan soal siapa betul siapa salah, orang ramai tidak kisah kalau pengislaman sahaja yang dilakukan tetapi apabila strategi beri duit zakat (kepada tiga Orang Asli) di depan media dilakukan, maka umum melihat PAS sebenarnya tidak ada bezanya dengan Umno dalam menggunakan duit untuk memenangi hati pengundi,” ujarnya.

Paling memberi tamparan hebat, katanya lagi, apabila pengundi yang masih belum membulatkan pendirian ini memberi perhatian pada tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegur aksi Nik Aziz serta kerajaan Kelantan tersebut.

“Memang menjadi tamparan yang cukup hebat apabila Tuan Guru Nik Aziz serta kerajaan negeri ditegur oleh SPR sendiri, memang ada kesannya pada pengundi yang sebelum ini tidak menyokong mana-mana pihak,” ujarnya.

Dari segi yang lain, tinjauan Ilham Centre juga mendapati jentera PAS dan Pakatan Rakyat negeri agak lambat mengakses Orang Asli berbanding jentera BN.

“PAS sebenarnya terlalu lambat untuk memenangi pengundi atas pakar dan Orang Asli, menurut maklumat jentera, PAS sebenarnya ada strateginya cuma menunggu saat-saat akhir,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, beberapa pemimpin PAS negeri yang ditemui Ilham Centre memberitahu bahawa tanggungjawab memenangi hati Orang Asli diserahkan sepenuhnya kepada agensi kerajaan negeri sejak sehari sebelum hari penamaan calon.

“Peringkat awal kita difahamkan PAS menyerahkan (kempen) Orang Asli kepada jentera kerajaan (negeri) seperti Tabung Amanah Tok Kenali dan PMBK Sawit,” ujarnya.

Strategi “damai” PAS untuk menghadapi jentera BN yang dipimpin oleh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga sedikit sebanyak menjejaskan fokus jentera bawahan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Syarat-syarat PAS seperti tidak terlalu menjaga hubungan politik Ku Li (Tengku Razaleigh) nampak seperti mengelirukan serta menyukarkan jentera-jentera yang di bawah menggunakan strategi-strategi tradisi untuk menghadapi jentera Umno.

“Kita (Ilham Centre) tengok strategik kali ini lari jauh dari strategi-strategi tradisi seperti yang PAS bawa sebelum ini,” ujarnya.

Tambah beliau, tinjauan Ilham Centre mendapati umum melihat jentera Ku Li lebih sederhana walaupun Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mengaku bahawa PAS turun ke Galas sebagai “underdog”.

“Umno lebih ‘underdog’ kerana BN nampaknya tidak mobilisasi jenteranya secara besar-besaran seperti dalam beberapa pilihan raya lalu mungkin kerana Ku Li tidak ada keistimewaan untuk memberi habuan politik kepada sesiapa sahaja yang membantunya.

“Tetapi dalam keadaan begitu, jenteranya (BN) menghadapi jentera negeri yang dipimpin oleh seorang yang dianggap tokoh penyusun strategik seperti Ustaz Halim,” kata beliau.

Malah kata beliau lagi, tinjauan Ilham Centre turut melihat jentera-jentera PAS yang datang dari luar seakan tidak selesa dengan beberapa pemimpin utama di markas induk PAS. Bercakap soal calon pula, katanya, pengundi lebih selesa dengan pendekatan sederhana BN berbanding PAS.

“Calon Umno walaupun tahap kelulusannya dipertikai oleh PAS, tetapi pengundi-pengundi tidak termakan dengan serangan-serangan sebegitu kerana dia (Abdul Aziz) adalah calon BN dari (kalangan) anak tempatan.

“Nampaknya, dalam hal ini PAS terperangkap walaupun PAS mempunyai pengalaman mempertaruh seorang ‘Tok Peraih Ikan’ (tauke ikan) sahaja pada pilihan raya kecil Manik Urai (tahun lalu),” ujar beliau.

Tinjauan Ilham Centre juga berpendapat bahawa sepatutnya PAS mempunyai lebih banyak kelebihan kerana calon taruhannya Dr Zulkefli pernah bertanding di kerusi Parlimen Gua Musang sebanyak dua kali.

“Dua kali Dr Zul bertanding di Gua Musang, tetapi nampak kehadirannya masih gagal menyaingi Ku Li dan calon ‘underdog’ BN (Abdul Aziz),” ujarnya.

“Popularti Dr Zulkefli kalau dalam kajian kita sebelum ini 60 peratus pun, sebenarnya ia secara umum tidak menumpu pada soal positif atau negatif,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa pengundi-pengundi yang ditemui memberi maklum balas positif tentang Dr Zulkefli. Beliau turut mengaku, tinjauan Ilham Centre turut merumuskan bahawa kekalahan kali ini tidak menjejaskan populariti positif Nik Aziz.

“Sebenarnya Tuan Guru ‘OK’ tetapi rakyat nampaknya tidak puas hati kenapa adik-beradik Tok Penghulu tertentu saja yang dapat habuan daripada kerajaan negeri.

“Sehingga hari-hari akhir, isu pentadbiran kerajaan negeri seperti Ladang Rakyat, kifalah, pemberian tanah masih gagal diselesaikan,” ujarnya. (Sumber The Malaysian Insider)

Read more ...

Ku Li bijak ambil kesempatan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCFW2XzzmayohQpZT1Xty97C2N0A2iG1ErA_nM5cuLSr4KBknfXSstwVI4ZhX-mr6oC_7b25VOqEAYZrIh_6f7JErOAEM0dmd6vurC2w_3UqgY1uimhwhkLXOst_G-muo9b9l9eZ-hUQOg/s1600/PRK3.jpg

KUALA LUMPUR, 6 Nov :
Pemimpin-pemimpin PAS menyangkal tanggapan sesetengah pihak bahawa kekalahan PAS mempertahankan kerusi DUN Galas kelmarin disebabkan wujudnya unsur sabotaj dalaman parti dan strategi berkempen PAS yang terlalu defensif terutama ketika menghadapi jentera diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.


Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberitahu The Malaysian Insider, khabar itu adalah permainan umum di sesawang Internet sahaja.

“Saya rasa soal strategi tidak ada ada kaitan. Isu itu main dalam pasaran (Internet),” jelas beliau.

Penegasan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu sekali gus menafikan dakwaan seorang blogger PAS Abdul Rahman Talib kononnya kekalahan tersebut berpunca oleh pemimpin PAS sendiri membantu “propaganda Umno” di Galas.

Abdul Rahman Talib yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” dalam blog Malaysia Waves berkata, pemimpin yang dimaksudkan adalah Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan Datuk Dr Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Exco Kerajaan Selangor.

“Kempen PAS begitu ‘mandom’ dan defensif. Serangan utama Umno kepada PAS yakni PAS dipergunakan DAP, tidak dijawab langsung ataupun dibiarkan tanpa jawapan yang baik dan jelas.

“Saya tidak terkejut kerana tuduhan Umno itu turut diungkapkan dalam nada yang sama oleh pemimpin dalaman PAS seperti Hassan Ali dan Datuk Harun Din,” dakwa penulis itu.

Bagaimanapun Abdul Halim berkata, pendirian PAS Kelantan tidak menyerang Tengku Razaleigh sebenarnya ekoran daripada arahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

“Itu tidak betul kerana kita tidak mahu menyerang peribadinya kerana Tok Guru (Nik Aziz) sendiri,” ujarnya.

Pun begitu, kata beliau, PAS tetap dengan strategi tradisinya iaitu menjelaskan tentang kepentingan menyokong perjuangan Islam serta menyerang amalan rasuah serta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno.

Ujarnya lagi, strategi lain PAS yang boleh dikatakan berjaya untuk menghadapi Umno-BN antaranya menawarkan RM250 duit tambang balik kepada pengundi luar.

“Kita berjaya memanggil 57 peratus (pengundi luar) balik,” ujarnya.

Di sebalik kekalahan di Galas, beliau seakan mengaku yang PAS gagal menjawab beberapa isu malar segar seperti isu tanah di Lojing, pembalakan haram, pembangunan untuk Orang Asli, manfaat dari Ladang Rakyat serta dakwaan penyelewengan dalam PMBK Sawit sebagaimana yang diserang Umno.

Bagaimanapun kata beliau, kegagalan itu sepatutnya ditujukan kepada kerajaan Kelantan, bukan jentera pilihan raya diketuainya.

“Itu kena kerajaan negeri yang jawab, penceramah kena jawab... itu bukan saya yang kena jawab,” tegas beliau yang juga pengarah jentera PAS di Galas sambil memberitahu The Malaysian Insider bahawa analisis holistik PAS boleh diperoleh 13 November ini.

Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan bahawa wujudnya sabotaj kempen di kalangan pemimpin PAS.

Menurut beliau, Tengku Razaleigh lebih bijak berpolitik apabila PAS mengambil sikap untuk tidak menyerang bekas Presiden Parti Semangat 46, yang telah dibubarkan 14 tahun lalu.

“Mana ada sabotajnya, Ku Li sebenarnya bijak dalam mengambil kesempatan politik ini,” ujarnya.

Beliau yang Ahli Parlimen Kuala Selangor berpendapat, jentera PAS seakan keliru apabila berdepan dengan “politik damai” yang direstui Tengku Razaleigh yang juga merupakan Ketua Umno Gua Musang dan Ahli Parlimen bahagian itu.

Akibatnya, pengundi gagal diajak menolak calon BN Abdul Aziz Yusoff walaupun terlalu banyak pengkhianatan Umno ke atas kerajaan negeri dan rakyat Kelantan.

“Kenapa tidak perjelaskan terma penerangan PAS iaitu satu undi kepada Umno adalah menyokong pengkhianatan BN tidak memberi royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

“Itu bukan menyerang Ku Li, itulah isu yang paling besar untuk mengajak Ku Li sendiri untuk bersama-sama rakyat dan kita (PAS) menyerang Umno,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.

Oleh kerana jentera PAS gagal menggamit emosi rakyat terhadap isu utama itu, kata beliau, jentera PAS induk gagal menguruskan keseluruhan jentera penerangan dan kempen di Galas.

Mahfuz OmarDalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata, beliau tidak mengetahui bahawa wujudnya sabotaj kempen di kalangan pemimpin PAS seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena memberitahu The Malaysian Insider bahawa kemenangan BN di Galas berpunca oleh “faktor Ku Li” sendiri.

“Ketokohan dan strategi Ku Li memang nampak ‘underdog’, di luar dugaan kita tetapi saya anggap veteran Umno itu ancaman paling besar (bagi) saya (Pakatan Rakyat).

“Kita sebenarnya yang membuka peluang kepada pasukan Ku Li untuk mengeksploitasi beberapa strategi kita sehingga kita menjadi begitu defensif,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, kejayaan Tengku Razaleigh merampas DUN Galas sepatutnya menjadi “wake-up call” kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

“Ini satu ‘wake-up call’, parti tidak boleh duduk diam, bukan sekadar memberi tahu orang ramai yang kita sedang bermuhasabah, sangat malang kalau kita tidak menyedari orang yang bukan sebarangan seperti dia (Ku Li),” ujarnya.

Lebih membimbangkan kata beliau, sekiranya ketokohan Tengku Razaleigh ini dianggap mengetuai Umno dan BN pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

“Jika berlaku ledakan dalaman di dalam Umno untuk mengangkat Ku Li ke kerusi nombor satu (Presiden) Umno-BN, ia adalah sesuatu malapetaka paling besar, yang saya tidak dapat bayangan bagi membenamkan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13,” ujarnya lagi.

Disebabkan itu, beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat bernasib baik kerana BN dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN.

“Kalau saya, saya suka Najib memimpin Umno dan BN sehingga pilihan raya umum ke-13,” kata beliau berjenaka kepada The Malaysian Insider.

Di Galas, Abdul Aziz mendapat 56 peratus atau 5,324 undi untuk menewaskan calon PAS Dr. Zulkefli Mohamad dengan kelebihan 1,190 undi.

Daripada 11,553 pengundi berdaftar, seramai 9,555 pengundi atau 82.71 pengundi turun bagi menunaikan tanggungjawab mengundi masing-masing pada pilihan raya kecil DUN Galas.

Peratusan keluar mengundi itu meningkat dua peratus jika dibandingkan peratusan turun mengundi pada pilihan raya umum lalu iaitu 80.6 peratus. - The Malaysian Insider

Read more ...

Galas, Batu Sapi bukti bukti BN diterima rakyat Malaysia



KUALA LUMPUR, 5 Nov.:
Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.

“Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.

“Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja,” kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.

Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.

“Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.

“Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor,” ujar beliau lagi.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN tidak harus mengambil mudah dengan kemenangannya pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas, sebaliknya perlu terus berusaha memastikan kejayaan serupa dicapai pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Muhyiddin berkata, walaupun kejayaan itu menampakkan adanya perubahan baik dan harapan kepada BN menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak, tetapi ia tidak boleh diambil mudah.

“Kita tidak boleh ukur kemenangan di Galas dan Batu Sapi. Walaupun ada perubahan besar, perubahan yang baik, tetapi BN tidak boleh ambil sikap mudah dengan perubahan dan kejayaan ini kerana kita masih ada banyak kerja yang perlu dibuat,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 setelah memperoleh kemenangan berganda semalam.

BN merampas kembali kerusi DUN Galas di Kelantan dengan majoriti undi 1,190 selain mengekal kerusinya di Parlimen Batu Sapi, Sabah dengan majoriti besar iaitu 6,369 undi.

Bagaimanapun A. Aziz (gambar) mengakui kemenangan Umno sepatutnya memberi isyarat penting kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

“Satu signal yang penting untuk pentadbiran negeri Kelantan.

“Jangan terlalu selesa walaupun telah melepasi tempoh 20 tahun memegang kuasa,” kata beliau.

Jelas beliau, Umno yang dikatakan kuat itu masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil seterusnya.

“Kita tengok apakah Barisan bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di (Parlimen) Batu atau dua kerusi DUN di Kedah.

“Kita tahu Barisan terkial-kial untuk mengelak pilihan raya kecil di situ,” katanya.

“Malangnya ini disahkan oleh mahkamah. Walaupun kita tidak mengatakan mahkamah bersekongkol tetapi sebagaimana dalam kes-kes lain keputusan memihak kepada Barisan meskipun di sisi undang-undang ia sukar dipertahankan,” ujarnya.

Sambil tidak menolak bahawa terdapat beberapa kelemahan pada perjenteraan PAS, A. Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, kemenangan BN kali ini seakan disebabkan salah guna jentera kerajaan pusat sendiri.

“Pada PRU (pilihan raya umum) tidak mudah untuk Barisan (Nasional) menggunakan agensi kerajaan seperti JHEOA umpamanya,” ujarnya.

Bercakap soal trend pengundian yang di luar jangkaan semua pihak, beliau mempunyai pandangan tersendiri.

“Dan, mungkin pengundi sengaja tidak mahu memprovokasi Barisan kerana kalau ia tewas kemungkinan ia jadi lebih ‘ganas’, itu memang ada dan agensi seperti SPR dan polis akan lebih berat sebelah,” dakwa beliau.

Disebabkan itu, beliau berkata kedua-dua pilihan raya kali ini tidaklah memberi impak berantai pada landskap politik Malaysia.

“Dalam konteks Malaysia pilihan raya kecil adalah sesuatu yang sepatutnya dimenangi oleh BN yang turut dibantu oleh SPR dan sistem yang tidak adil.

“Ini tidak semestinya memberi gambaran positif bagi pilihan raya kecil.

“Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada perubahan, siapa pun menang kerajaan negeri dan pusat tetap sama,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman mengemukakan persoalan “apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini.”

“Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan?

“Berselindung di sebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, bagi Pakatan Rakyat, kekalahan semalam memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi bakal kembali dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok dua tahun lalu.

“Kerana pilihan raya kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat,” katanya lagi. (The Malaysian Insider)

Read more ...

Ali Rustam malukan rakyat Melaka


















BUKIT KATIL, 6 Nov. : Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam sejak akhir-akhir ini sering memalukan rakyat negeri Melaka. Beberapa tindakan beliau benar-benar menjatuhkan imej dan maruah dirinya sendiri di samping memalukan rakyat negeri ini.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab (gambar) dalam kenyataannya pagi ini kesal dengan sikap Ketua Menteri yang bercakap dan membuat tuduhan tanpa usul periksa tidak sesuai dengan posisinya sebagai Ketua Menteri.


"Beliau menuduh YB Lim Kit Siang mengkafirkan Umno sedangkan Lim tidak pernah membuat kenyataan itu. Bila Lim bertindak hendak menyaman Mohd Ali, beliau cuba memutarbelitkan cerita menyatakan bukan Kit Siang yang menuduhnya tetapi Guan Eng".


"Sebagai Ketua Menteri beliau sepatutnya bercakap dengan berhati-hati dan sentiasa memastikan sesuatu itu benar bukannya menuduh tanpa usul periksa, beliau bukan Pengerusi JKKK atau Tok Sidang, beliau seorang Ketua Menteri" kata Yusof yang juga merupakan Penyelia DUN Bukit Baru.


Yusof juga hairan dengan Mohd Ali yang menuduh Surau Bukit Katil dan PASTI Bukit Katil yang hendak dirobohkan tiada pelan, sedangkan kedua-dua bangunan tersebut dibina dengan kebenaran dari kerajaan tempatan dan mempunyai pelan yang sah.


"Terbukti Ali hanya bercakap ikut 'sedap' mulut tanpa merujuk kepada MBMB dan pegawai-pegawainya, apakah ini 'standard' Ketua Menteri kita".


"Memang banyak kali Ali membuat tuduhan dan kenyataan yang semberono macam ini, ianya benar-benar memalukan rakyat negeri Melaka" tambah Yusof.


Beliau berkata demikian dalam Sidang Medianya di Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Bukit Baru pagi ini,


Sementara itu, Yusof juga kesal dengan sikap Umno Bahagian Bukit Katil pimpinan Mohd Ali yang terus menerus menganggu ceramah anjuran PAS sedangkan Umno bahagian lain tidak berbuat demikian.


"Jelas Ketua Umno Bahagian selain lebih cerdik dari Ketua Umno Bukit Katil,mereka tidak menganggu dan mengacau ceramah PAS di Kawasan mereka".


"Mana perginya maruah dan imej seorang Ketua Bahagian Umno yang bertaraf Ketua Menteri kalau bertindak macam budak-budak menganggu ceramah PAS di mana sahaja kita buat dalam kawasan Bukit Katil" ujar Yusof


Menurutnya kalau betul Mohd Ali seorang Ketua Menteri yang berjiwa besar dan professional beliau sepatutnya berani berdebat dengan PAS kerana cabarannya untuk berdebat dengan PAS sudahpun disahut oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman namun sehingga kini Mohd Ali masih belum bersedia untuk berdebat.


"Kita hendak nasihat Ali supaya menjaga statusnya sebagai Ketua Menteri, jangan rendahkan martabat dia sebagai seorang Ketua Menteri sehingga kanak-kanak kecil pun akan mentertawakan dirinya" kata Yusof.Mutaligat

Read more ...

Projek Landasan Keretapi Berkembar punca banjir di Kedah


























ALOR SETAR, 6 Nov. :
Kerajaan PAS Kedah mendakwa banjir buruk yang kini melanda negeri ini adalah disebabkan kerja pembinaan landasan kereta api berkembar yang sedang berjalan.


Sehubungan itu, kerajaan negeri menggesa kontraktor landasan kereta api berkembar itu, MMC-Gamuda Joint Venture (Gamuda) membesarkan saliran air supaya air banjir dapat disalirkan ke sungai dengan cepat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata semasa banjir besar lima tahun lalu, kawasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan beberapa kawasan lain tidak pernah ditenggelami air, tetapi sejak pembinaan landasan kereta api berkembar, banjir yang melanda Kedah semakin buruk.

"Kami panggil mereka (Gamuda) datang mesyuarat dengan kita hari ini, tetapi mereka tidak datang. Jika mereka tidak datang juga, saya akan arahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membuka laluan air itu dengan segera.

"Kami mahu berbincang dengan pihak Gamuda mengenai perkara ini supaya masalah ini dapat diatasi dengan segera," katanya selepas mesyuarat perkembangan banjir di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata bekalan air di daerah Padang Terap, Kota Setar (dari Kepala Batas hingga pusat bandar, Jalan Putra, Gunung, Jalan Langgar dan Hutan Kampung) dan Kubang Pasu (Tanah Merah, Taman Kepala Batas, Jalan Kampung Naga dan Taman Tabung Haji) telah pulih sepenuhnya.

"Bagi daerah Pokok Sena, bekalan air bertambah baik. Petang ini, kita akan menerima 10 lori tangki dan sebuah lori besar air minuman dari Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan sembilan lori tangki daripada Lembaga Air Perak.

"Syarikat Air Darul Aman telah menyediakan 89 tangki air kepada orang ramai," katanya.

Azizan berkata, beliau amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pejabat daerah, bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, pasukan sukarela, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi kerajaan pusat dan negeri dalam menangani bencana itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menambah peruntukan bencana sebanyak RM300,000 lagi menjadikan jumlah keseluruhan yang diperuntukkan ialah RM600,000 dan jumlah itu akan ditambah lagi jika keadaan memerlukan. - BERNAMA

Read more ...

Rakyat perlu tahu penyakit sebenar Perdana Menteri



















KUALA LUMPUR, 6 Nov: Kerajaan sepatutnya berterus-terang dengan keadaan kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa.

"Semalam, (Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri) Dr Mohd Ismail Merican berkata Perdana Menterii mungkin boleh keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

"Walaupun kita tidak menolak kemungkinan yang dijangkakan oleh beliau, tetapi sebelum ini juga Perdana Menteri dilaporkan pulih agak cepat setelah dilaporkan semakin pulih selepas diberi minum air kelapa dan tempat tidurnya dialas dengan daun bambu.

"Tetapi selepas itu, tiba-tiba dilaporkan Perdana Menteri masuk hospital pula," katanya.

Sebab itulah, kata Husam, kerajaan perlu menyatakan perkara sebenarnya untuk mengelakkan tersebarnya khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya.

"Adalah tidak wajar jika rakyat sekali lagi melihat khabar angin akhirnya menjadi cerita benar malah khabar angin juga akan memburukkan pasaran saham," katanya.

Sejak hari pertama Najib dilaporkan tidak sihat, khabar angin telah pun tersebar luas walaupun beliau didakwa menunjukkan respons yang baik kepada rawatan yang diberikan, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu lagi.

Hubungan kerajaan Kelantan dengan kerajaan Pusat yang dipimpin Najib menjadi semakin tegang tahun ini berikutan tindakan Pusat menyekat royalti minyak kepada kerajaan negeri itu.

Sehingga hari ini pun, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Kelantan termasuk solat hajat dan munajat agar hak negeri itu untuk mendapatkan royalti tidak disekat oleh kerajaan Pusat.

Husam bagaimanapun menolak untuk mengulas perkara itu sebagai ‘menghormati Perdana Menteri yang sedang sakit’.

Isnin lalu, Najib dilaporkan mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah.

Presiden Umno itu dilaporkan mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

Read more ...