Sunday, April 3, 2011

Terkini : PKR bertanding 47 kerusi di Sarawak

TERKINI!! PECAH BERITA!! PILIHANRAYA DUN SARAWAK



Sebentar tadi dalam dua majlis berasingan di Kuching dan Sibu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 47 (EMPAT PULUH TUJUH KERUSI) pada pilihanraya DUN Sarawak yang akan diadakan pada 16 April ini.

Di SIBU, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengumumkan senarai nama yang akan bertanding di empat bahagian manakala di KUCHING, Timbalan Presiden, Azmin Ali mengumumkan senarai bagi tiga bahagian.

Anwar mengumumkan senarai calon PKR yang bertanding di Hotel Premier Sibu manakala Azmin mengumumkannya di Hotel Grand Continental Kuching.

Hadir sama Pengerusi PKR negeri Baru Bian, Naib-naib Presiden Fuziah Salleh, Tian Chua dan pemimpin PKR negeri.

Ini bermakna PKR bakal menghadapi SNAP yang akan bertanding di 27 kerusi dan Barisan Najis yang akan bertanding di kesemua 71 kerusi.

PAS pula akan bertanding di lima kerusi manakala DAP yang mengumumkan senarai calonnya akan bertanding di 15 kerusi DUN.

Lagi laporan lanjut dan senarai penuh menyusul.

PKR to taken on 47 seats



PKR will contest 47 seats in the Sarawak election, with a high possibility of squaring off with Snap in taking on BN.

Pakatan bertembung lebih 20 kerusi di Sarawak

Peluang Pakatan Rakyat di Sarawak dilihat makin sukar apabila rundingan pembahagian kerusi sesama mereka hampir pasti gagal, yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri di sekurang-kurangnya 23 kerusi.

Walaupun masih tinggal dua hari sebelum penamaan calon pada 6 April ini, rundingan PKR dan Snap dilihat buntu, terutama apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mula bercakap tentang "risau" dan "waspada".

"Beberapa minggu sebelum ini, mereka (Snap) mula bercakap tentang meningkatkan kerusi. Itu menimbulkan kerisauan," katanya sambil menyentuh tentang kemungkinan berlakunya pecah undi.

Anwar juga berkata, pembangkang perlu memastikan Pakatan Rakyat melawan BN di semua tempat.

"Sehubungan itu, jangan ada parti yang ditaja," katanya.

PKR hari ini mengumumkan sebahagian lagi calonnya dan memberikan watikah bagi bertanding dalam pilihan raya Sarawak di sebuah hotel di Sibu hari ini.

Berucap dalam majlis itu mengambil peluang menasihati calon parti itu supaya "kurang ngomong", sebaliknya menjelajah dan bertemu sebanyak mungkin pengundi di kawasan masing-masing.

Mengulas peluang Pakatan, Anwar berkata, dalam tempoh enam hari di bumi Kenyalang itu, beliau melihat "isyarat yang baik".

Sementara dalam sidang media selepas itu, ditanya tentang pertindihan kawasan dengan Snap, Anwar meminta supaya pemberita tunggu beberapa hari lagi supaya ia diselesaikan.

Menyentuh soal tuntutan 27 kerusi oleh Snap, Anwar berkata pembahagian sepatutnya berdasar kekuatan dan komitmen pada Pakatan.

"Soalnya adakah kita iltizam dengan agenda Pakatan Rakyat dan menentang BN?" Katanya.

Menjawab soalan, sambil menegaskan tidak merujuk langsung pada mana-mana parti, Anwar berharap tiada sabotaj dalam rundingan mereka.

PKR juga dikatakan akan bertanding di 47 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.


Read more ...

Isu al-Kitab : UMNO dan Perkasa tak berdemo sebab dah letih berdemo untuk Video Seks

Chua Jui Meng Tanya Mana UMNO, PERKASA & MUFTI berkenaan Isu Al-Kitab

Al-Kitab Serlahkan Hipokrit Umno-BN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIH1K5ofaqEC47jmkLgJ-kvnszSMmQvUc6Ygqa7tWjIXR07VyGi5-IuzyXp-3WlKVGGFPf3Th0868VBl9VhyphenhyphenAACiXJoN8veQU4Awxnz6T6huVZqjzWkgDYxJPlz9LmRcImwe4XzWEXOsM/s400/ibrahim_ali+pendekar+buncit+dari+pasir+mas+baring+macam+tokong+budha.jpg
Dah letih dah kami berdemo, polis pun tak kacau. Kami akan rasa letih jika UMNO yang hina agama

SHAH ALAM 3 APRIL :
Tindakan Putrajaya menarik balik larangan Kitab Injil berbahasa Melayu diedar di negara ini, beserta kebenaran mencetaknya pula, didorong semata-mata oleh pertimbangan politik, khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak bulan ini.


Tindakan itu kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sekaligus mencerminkan pendirian goyah kerajaan bersabit isu agama yang pada hakikatnya tidak boleh diganggu-gugat kedudukannya.

Justeru, tindakan drastik itu katanya, satu lagi strategi terdesak kerajaan Umno-BN untuk memenangkan parti pemerintah pada pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pertengahan bulan ini.

" Sudah tentu ini menunjukkan hanya wujud unsur politik semata-mata dan bukannya agama. Kalau soal agama selama-lamanya tidak akan berubah pendirian kerajaan. Ini semua kerana sekarang mereka rasa panas menjelang pilihanraya Sarawak," katanya.

Negara semalam sekali lagi menerima kejutan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mendedahkan 10 penyelesaian dicapai bersabit kontroversi Kitab Injil.

Bukan hanya membenarkan ia dicetak di negara ini sebaliknya penganut Kristian juga dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

Ia begitu kontras dengan tindakan kerajaan sebelum ini yang menahan 35,000 naskah Injil berbahasa Melayu sejak 2009 di Pelabuhan Kelang.

Setelah desakan demi desakan dibuat, kerajaan kemudianya akur untuk melepaskan kitab tersebut namun bersyarat nombor siri dan cop "hanya untuk penganut Kristian" harus dipamerkan pada kitab suci penganut Kristian itu.

" (Sekarang) kita lihat kerajaan kata satu peraturan di Sarawak, satu peraturan di Semenanjung. Itu bermakna unsur-unsur agama boleh dibahagikan mengikut majoriti Kristian atau majoriti Muslim.

Jui Meng turut membidas tindakan badan bukan kerajaan dan mufti pro- Umno yang berdiam mengenai isu ini.

" Apa yang saya lihat ialah PERKASA tidak buat demonstrasi, Tan Sri Harussani Zakaria tidak buat kenyataan yang mengeji, semua diam sahaja. Mula-mula peristiwa ini berlaku dahulu, ramai yang keluar memberikan kenyataan menyokong Umno.

Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad secara sinis menyindir kepimpinan Najib Razak yang dilihat semakin hilang punca dalam meraih sokongan rakyat sehingga sanggup memperkecilkan agama masyarakat lain.

Katanya, kerajaan pimpinan Najib sanggup menghalalkan apa sahaja pada masa kini, demi memenangkan parti itu pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April ini.

Untuk rekod, penganut Kristian di Sarawak mencecah 40 peratus.

" Apabila kepentingan politik tidak lagi diperolehi malahan tindakan kerajaan Umno-BN itu mendatangkan masalah dari sudut politik maka ia dibenarkan. Itulah Barisan Nasional,"katanya.

" Atas dasar politik, mereka boleh haramkan. Atas dasar kepentingan politik juga mereka boleh halalkan berbanding dengan Pakatan Rakyat yang dari awal lagi katakan hukumnya harus kerana ia sememangnya hak orang-orang bukan Islam khususnya orang-orang nasrani berhubung agama mereka dan memang tidak ada masalah dari dasarnya," tambahnya lagi.

Read more ...

MCA mahu judi di Kelantan : UMNO dan Perkasa cuti berdemo

Masa DAP bantah UMNO kata PAS kena cucuk hidung nie MCA bantah UMNO kena apa pulak..??

Isu Judi Haram, MCA Akan Bawa Ke Mahkamah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgAITxITz4FoI8ul_IUD1ZGq2VU_mhPvKIpzHaEZ3Fk3Ru2XIybdgYP6nhCJRxSne40yqgH13eLUrtVFDvEBeSmF4vcu1yucYoBe0kAFRcLKqQqt_oaOqu1FRSeow9W66xV-IVUqJRNJX7/s400/ibrahimali400px-2.jpg
Ni tak nampak mc untuk perkasa. Kami dapat mc kalau MCA hina Islam

KOTA BAHARU:
MCA tetap bertegas membantah pengharaman sebarang bentuk perjudian di Kelantan termasuk tiket loteri dan bercadang membawa perkara itu ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ini kerana keputusan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan perjudian itu menyalahi peruntukan perlembagaan yang turut menjamin hak-hak bukan Islam.

"MCA bukan menyokong perjudian tetapi apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi jelas telah menyalahi peruntukan Perlembagaan yang menjamin hak-hak bukan Islam dalam soal ini.

"Kami (MCA) tidak dapat menerima penjelasan pemimpin PAS Kelantan dan selepas ini kami akan berbincang di peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin kerajaan Kelantan di sini, Ahad.

Dr Chua mengetuai delegasi MCA yang terdiri daripada pimpinan parti termasuk Naib Presiden Wee Jeck Seng dan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong.

Kerajaan Kelantan pula diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Ahmad Zaki Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Annuar Tan Abdullah.
Sambil menegaskan MCA menghormati hak orang Islam, Dr Chua berkata cadangan membawa isu itu ke mahkamah bersandarkan kepada penafian hak bukan Islam seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan.
Beliau turut hairan kerana selain Pengerusi DAP Karpal Singh, pemimpin pembangkang yang lain mengambil sikap berdiam diri terhadap isu tersebut.

Sementara itu, Takiyuddin ketika ditemui berkata pertemuan selama hampir sejam tersebut bukan sesi dialog, tetapi membolehkan kerajaan Kelantan memjelaskan isu perjudian yang menjadi dasar PAS sejak memerintah pada 1990 lagi.
"Kita mengalu-alukan pertemuan dan perbincangan seperti ini yang memberikan ruang kepada kita untuk memperjelaskan isu ini dengan lebih terperinci lagi," katanya.

Beliau berkata isu pengharaman judi itu bukan perkara baru sebaliknya telah dibuat sejak 1990 selepas mengadakan perbincangan dengan semua kaum di Kelantan.

"Dalam pertemuan itu semua kaum bersetuju perjudian sesuatu yang tidak digalakkan dalam agama dan berdasarkan itu kita telah mengharamkan perjudian ini," katanya.

Katanya kerajaan Kelantan juga berpegang kepada keputusan untuk tidak mengkaji semula pengharaman itu.-BERNAMA

Read more ...

Adnan dicabar bertanding di Parlimen Kuantan Indera Mahkota atau Kuantan


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhz8sEzzciitpKpiqRogX46ww9uhBI25jK2KUiBTnTrnqy1xqGHf67sz1TVkaXonn0BaWzSmbP-KiocALw9NfCAspebALgvFzBVMvJND_ARTFGTj_6KoURUyjo3Kc3pylRryruUad4qUe8/s320/adnan1.jpgKUANTAN - PKR Cabang Indera Mahkota masih mempersoalkan jaminan yang diberikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa kilang proses nadir bumi Lynas Corporation Ltd dari Australia tidak akan menghasilkan sisa radioaktif.

Pemangku Ketua Cabangnya, Lee Chean Chung berkata, sekiranya Adnan menganggap bahawa kilang proses nadir bumi adalah selamat, beliau perlu buktikan jaminannya itu dengan bertanding kerusi di kerusi Parlimen Indera Mahkota atau Kuantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk membuktikan bahawa rakyat bersetuju dengan projek tersebut.

"Jika betul Menteri Besar kata kilang itu selamat dan tidak akan hasilkan sisa radioaktif, saya cabar beliau bertanding di Indera Mahkota atau Kuantan.

"Kita tengok bagaimana dia berhadapan dengan isu ini dan sama ada rakyat bersetuju dengan kewujudan projek ini," katanya.

Chean Chung juga mahu Adnan lebih bertanggungjawab dalam membuat sebarang jaminan termasuk melibatkan kepentingan rakyat di kawasan yang terlibat terutamanya penduduk sekitar Gebeng.

Sementara itu, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ketika dihubungi Sinar Harian dilihat tidak bersetuju dengan cabaran supaya Adnan bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota.

Menurutnya yang menjadi pencetus kepada bantahan kilang bumi nadir ini, isu berkenaan tidak perlu disulami dengan polemik politik kerana apa yang penting keselamatan rakyat perlu diperjuangkan.

"Saya tidak mahu isu kilang ini dipolitikkan kerana kepentingannya melangkaui keperluan politik di mana keselamatan rakyat di kawasan berkenaan menjadi pertaruhan.

"Sejak dari awal lagi saya hanya melihat risiko tinggi yang bakal ditanggung rakyat jika projek kilang bumi nadir ini diteruskan. Sebab itulah saya mahu isu ini ditangani secara holistik," katanya

Read more ...

Angkut pelajar MRSM, politeknik, USM kemudian kata ramai rakyat sambut Najib

TKM 1 P.Pinang Dakwa Sambutan Lawatan Najib Hambar


SHAH ALAM 3 APRIL : Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, kehadiran Najib seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

“2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang dengan bas. Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang Perdana Menteri?

“Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa.. bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN,” kata Mansor kepada Tv Selangor.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik Bernama.

Walau bagaimanapun, tidak semena-mena hari ini presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu.

Koh juga menyifatkan masih terlalu awal untuk membincangkan rancangan menawan Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula dipetik sebagai berkata, Pakatan Rakyat tidak kisah dengan laungan Najib sebaliknya bertekad untuk melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan di Pulau Pinang.

“Pulau Pinang (pimpinan) PR akan mengadakan siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan media.

Read more ...

Video seks : Rakyat kata fitnah dan UMNOlah dalangnya

Kajian: Rakyat tahu Umno BN dalang video fitnah

KUALA LUMPUR: Kajian firma bebas, Mendeka Center menunjukkan majoriti rakyat percaya video fitnah yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan untuk membunuh karier politik Ketua Umum KEADILAN itu.

Berdasarkan kajian terhadap 504 responden, sebanyak 39 peratus percaya ia didalangi Umno Barisan Nasional (BN) berbanding 18 peratus menganggap parti pemerintah itu tidak terlibat. Sebanyak 38 peratus pula menyatakan mereka tidak tahu.

Dalam kajian sama, 45 peratus pasti Anwar adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 20 peratus mengatakan tidak pasti dan enam peratus enggan memberi ulasan.

Sebanyak 39 peratus juga percaya video fitnah itu muncul untuk memusnahkan karier politik Anwar manakala 24 peratus tidak pasti dan 22 peratus percaya ia bertujuan mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak, lapor The Malaysian Insider.

Hanya sembilan peratus mengatakan ia sebahagian usaha untuk mendapatkan simpati manakala empat peratus menganggap ia tulen.

Seramai 51 peratus tidak percaya Anwar adalah individu dalam rakaman itu manakala 29 peratus tidak pasti dan cuma 17 peratus percaya.

Kajian itu dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu dengan 59 peratus responden adalah Melayu, 32 peratus (Cina) dan sembilan peratus (India).

Read more ...

Pilihanraya Sarawak : PR Vs BN Vs parti kecil / bebas

Anwar Tegas PRN Sarawak Adalah Pertembungan Satu Lawan Satu

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/41608_166371346734391_6699475_n.jpg

SARIBAS 3 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian bahawa pertandingan pada pilihanraya negeri Sarawak 16 April depan hendaklah berlandaskan kepada prinsip satu lawan satu.

Anwar berkata kesepakatan ini telah dicapai di antara KEADILAN, PAS dan DAP yang memungkinkan gagasan tersebut memenangi undi popular sebanyak 51 peratus di Semenanjung pada Pilihanraya Umum ke-12, tiga tahun lalu.

"Kita melalui KEADILAN, PAS dan DAP telah bersetuju untuk lawan satu lawan satu. Ini yang menyumbang kepada kemenangan besar kita di Semenanjung pada 2008. Tapi ada satu parti kecil yang sudah digantung sekian lama dan hampir mati, tiba-tiba di pilihanraya ini mahu bertanding berpuluh-puluh kerusi.

"Dari mana dia dapat kekuatan ini kita tidak tahu, dari mana dia dapat wang sebegitu banyak kita pun tidak tau," kata Anwar ketika bercakap kepada hampir 200 penduduk Melayu di Kampung Tuie, Betong di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Saribas.

Bagaimana pun Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat mampu memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 16 April depan kerana sedar mereka telah ditipu oleh Barisan Nasional selama ini.

"Kita tengok dalam kes PKFZ, tanah rakyat miskin diambil dengan harga yang amat murah, puak-puak ini (BN) di mana-mana pun akan menipu rakyat.

"Kali ini saya yakin rakyat Sarawak akan tempa sejarah yang amat berharga dengan membawa perubahan yang diidamkan selama ini," tegas Anwar.

Beliau berkata BN tidak pernah mahu memahami hasrat dan hati nurani rakyat yang hanya mahu mempertahankan hak mereka yang telah dinafikan sejak puluhan tahun terutamanya dalam isu rampasan tanah adat NCR.

Anwar mengulangi janji beliau untuk menurunkan harga minyak sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru pada PRU ke-13 nanti.

"BN tak pernah tahu turunkan harga baik minyak, barang makanan sehingga rakyat menderita. Kali ini kita turunkan mereka (dari tampuk kekuasaan) dan kita naikkan sebuah kerajaan yang prihatin dan adil kepada rakyat," ujar Anwar lagi.

Read more ...

Biar betul UMNO bubar diganti PKR

Cawangan Umno bubar, Ranting ke-16 Lembah Pantai ditubuh

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxDiOnJCnPppsDIVe3_3HdYEhz-U36Fop9CulpRvZ17el43EW24kavtvSybsC_HP_udXLqryPI0ba0Wz6Dj-osOR8MK4a4uha_jqmFH2SzZBxM-ZaSIPWQZoCuwkScbg0WCjpcdBuD5-Vy/s400/SelamatTinggal+UMNO.jpgKUALA LUMPUR: Umno cawangan Linear City 2 hari ini dibubar berikutan timbalan ketuanya, Mahadi Mohd Nor bersama hampir 20 penyokong beliau meninggalkan parti itu dan menyertai KEADILAN.

Pembubaran cawangan itu diganti dengan penubuhan Ranting baru KEADILAN yang ke-16 dalam Parlimen Lembah Pantai.

Borang penyertaan diserahkan kepada Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai yang juga Ahli Parlimen, Nurul Izzah Anwar.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Mahadi berkata, beliau menyertai KEADILAN kerana yakin dengan komitmen parti itu bersama Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, komitmen itu jelas apabila Selangor yang diterajui pimpinan KEADILAN, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya merakyatkan ekonomi Selangor melalui pelbagai dasar kebajikan.

“Di peringkat persekutuan, KEADILAN bersama Pakatan Rakyat menawarkan dasar kebajikan yang jelas melalui agenda Buku Jingga.

“Antara yang menarik perhatian ialah tekad untuk menurunkan harga minyak dan menghapus tol secara berperingkat-peringkat,” katanya pada 3 April lalu.

Mahadi juga mengakui Umno walaupun giat mencerca Buku Jingga dengan pelbagai tohmahan tetapi sebenarnya cuba meniru dasar itu secara diam-diam.

Pada masa ini, katanya, Umno hanya mampu meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang melalui gimik politik.

Mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, Nurul Izzah menegaskan, KEADILAN sedia menerima individu yang komited bagi menjayakan perubahan besar di negara ini.

Turut hadir majlis itu ialah puluhan pimpinan KEADILAN Cabang Lembah Pantai dan masyarakat setempat.

Read more ...

Kenapa polis lebih banyak ber'wajah' UMNO ?

Dua "Wajah" PDRM




KLANG 3 APRIL : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.

Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehingga memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.

Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.

Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.

Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.

"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya, polis menggalakkan mereka," kata beliau.

Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.

Read more ...

Tuduhan fitnah seks dalam al-Quran

Fitnah Seks Memang Sudah Sekian Lama Didedahkan Al-Quran


SHAH ALAM 3 APRIL : Al Quran bukan buku cerita atau buku sejarah. Ia adalah pedoman dan pembimbing manusia mengenal diri, tanggungjawab dan siapa Tuhannya.

Sebab itu kisah-kisah dalam al Quran harus digarap dan difahami demi mencari pengajaran dan teladan yang boleh dijadikan petunjuk pada semua masa dan persekitaran.

Cerita Nabi Yusuf alaihi salam (a.s.) misalnya, amat relevan dengan kehidupan dahulu, kini dan selamanya.

Ketika mengupas kisah ini dan hubungannya dengan realiti sosial, ekonomi dan politik hari ini, ahli pemikir Dr Sidiq Fadzil menyerlahkan betapa serasinya al Quran ini digunakan untuk umat manusia di Malaysia membaca suhu politik, dan ragam kemanusiaan rakyat serta pemerintahnya.

Beliau menghuraikan bahawa manusia memang sukar menceraikan sikap dan perasaan dengki.

Ia biasa menjeruk jiwa sesiapa dan dalam persekitaran apa jua. Dalam kes Nabi Yusuf a.s, yang dengki kepadanya ialah adik beradiknya sendiri. Alasan dendam dan dengki mereka amat lumrah – berebut kasih sayang. Atau, mungkin juga kerana kekurangan unsur itu dalam diri.

Didorong sifat dengki kerana kononnya Yusuf a.s. kononnya lebih disayangi oleh bapa, Yaakob a.s, mereka pun melakar konspirasi untuk memadamkan kehadiran Yusuf a.s. dalam persekitaran hidup mereka. Kisahnya: Yusuf a.s. dibuang ke dalam telaga.

Di sebalik itu al Quran pun mendedahkan helah manusia (dalam kes ini adik beradik Nabi Yusuf a.s. sendiri) mereka cipta bukti palsu dengan melumur darah kambing pada baju Yusuf dan dikemukakan kepada bapa mereka kononnya adik mereka itu telah dibaham serigala. Kecurangan begini masih berulang hingga hari ini hingga kepada usaha “menanam” DNA sebagai bukti.

Nabi Yusuf ditemui kafilah yang lalu dekat telaga ketika mencari air. Namun gerombolan ini mengambil kesempatan penemuan ini dan menjadikan modal niaga. Yusuf dijual sebagai hamba sahaya. Iktibar daripada ini, kata Dr Sidiq ialah, meskipun menjadi hamba, kemuliaan Yusuf tidak luntur. Dia tetap pilihan Allah.

Maka dikurniakan Yusuf pelbagai keelokkan – rupa diri, syaksiah dan kebijaksanaan yang tinggi. Ini menimbulkan ghairah pelbagai pihak untuk memiliki dan menguasainya.

Maka terjadilah fitnah lebih besar terhadap Yusuf. Meskipun terbukti bukan dia menggoda isteri Al Aziz, majikan Yusuf, bahan fitnah berbaur seks ini menyebabkan lebih ramai yang berkepentingan di Mesir yang mahu Yusuf dipenjara.

Sifat dengki dan dendam kesumat menjadi inti konspirasi. Maka ramailah yang tampil berbohong tentang “kejelekan” peribadi Yusuf dan terperosoklah baginda dalam penjara.

Status banduan tidak melunturkan kemuliaan Nabi Yusuf a.s. Ilmu tamsil mimpi dan sifat abidnya kepada Allah, menjadi jatidirinya. Dia terus jadi pedoman banduan lain dan sentiasa diberi penghormatan dan dimuliakan.

Yang signifikannya ialah apabila Yusuf dapat menafsirkan mimpi raja. Lebih istimewa lagi, Yusuf juga mampu menampilkan pelan induk ekonomi untuk Mesir.

Nasib Yusuf berubah ketika itu. Bukan sahaja ditawarkan kebebasan, tetapi pelan ekonomi Yusuf mendorong Raja memberinya tanggungjawab menguruskan ekonomi negara. Yang mengkagumkan ialah, Yusuf tidak segera menerima tawaran Raja itu.

Nabi Yusud mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat mengapa beliau dipenjara.

Setelah terbukti nasib malang Yusuf itu berpunca daripada konspirasi yang membabitkan soal seks, dan namanya kemudian dibersihkan, barulah Yusuf menerima tanggungjawab sebagai penguasa ekonomi negara.

Yusuf sedar, di hadapan Allah, tiada guna pangkat atau nama jika soal maruah tidak diutama.

Pengajaran daripada kisah Yusuf ini ialah soal dengki tidak pernah mati dalam diri mana-mana manusia dan tamadun. Yang jadi persoalan ialah bagaimana mengawalnya.

Rentetan itu, soal naluri seks juga tidak pernah lekang daripada jiwa manusia. Maka yang menjadi persoalannya ialah bagaimana pula ia harus dikendali dan jangan dijadikan modal konspirasi sesama insan.

Bayangkan betapa besarnya aib yang menimpa diri ketika usia telah lanjut apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja membongkar di depan mata anak cucu bahawa diri terbabit dalam konspirasi seks hanya kerana ketika itu hendak mengekalkan kuasa, kedudukan dan pangkat?

Sifat buruk ini memang ada pada manusia. Sebab itu al Quran diturunkan untuk menjadi pedoman supaya mengelak mengulang kesilapan dan keterlanjuran manusia silam.

Lebih penting daripada itu, kata Dr Sidiq, setiap insan mesti meyakini bahawa ujian ada di mana-mana.

Lebih besar status dan kaliber seseorang itu, maka lebih getirlah ujian yang dihadapinya. Namun paksi ujian ialah bagaimana menundukkan kedengkian sesama insan.

Dan, lebih penting lagi, ialah bagaimana mengenal dan mengelak diri terjerumus dalam sikap kepetualangan itu. Kisah seperti pengalaman Nabi Yusuf menunjukkan betapa tema kedengkian manusia – memadamkan kehadiran saingan dengan cara fitnah dan membunuh serta motif politik bertema rasuah dan seks sentiasa jadi juadah konspirator untuk menundukkan lawan politik mereka; dari zaman ke zaman.

Maka jika kita percaya pada Allah dan sentiasa mengintai kebijaksanaan dan pedoman yang diselitkan dalam kisah-kisah Al Quran, maka tidak mungkin kita gusar akan fitnah dan cabaran dunia ini.

Sebagai tunjang iman, kita percaya balasan Allah akan tetap berlaku terhadap yang memfitnah dan juga yang difitnah. Jika tidak di dunia, orang beriman yakin, di akhirat nanti ada ganjaran dan hukumannya.

Sebab itu Allah menjanjikan Yaumil Masyar, Syurga dan Neraka.

Read more ...