Mengikut
tradisi setiap tahun, selama lebih satu dekad, Malaysiakin akan memilih
seorang newsmaker sebelum kita melabuhkan tirai hujung tahun.
Newsmaker
ini dipilih mengikut takrif 'seseorang yang tindakannya menjadi tajuk
berita, yang memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak kepada
politik Malaysia, ke arah yang lebih baik atau lebih teruk lagi'.
Tahun
ini, Malaysiakini menyenaraikan 12 individu bagi anugerah Newsmaker
2013 untuk dipilih oleh seramai 1,450 orang pelanggan berbayar portal
berita ini.
Mereka mengundi dengan menunjukkan keutamaan mereka
bagi setiap tokoh – satu markah untuk pilihan paling rendah dan 10
markah untuk pilihan paling tinggi.
Berdasarkan keputusan
tinjauan ini, pembaca Malaysiakini pada tahun ini nampaknya memberi
pengiktirafan kepada wanita paling kontroversi di Malaysia.
Dan pemenangnya ialah...
Newsmaker 2013 ialah Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Read more ...
Tindakan kerajaan mengurangkan perbelanjaan sektor awam didakwa bersifat
berat sebelah dan tidak menyentuh kepada perkara-perkara besar yang
menyebabkan bebanan kewangan kepada rakyat.
Sebaliknya apa yang berlaku kata Pengarah Strategi PKR, kos sara hidup
rakyat tetap meningkat dan pemborosan kerajaan Barisan Nasional (BN)
tidak dapat ditangani.
"Saya juga ingin menegur Datuk Seri Najib kerana langkah-langkah
penjimatan yang diumumkan beliau banyak melibatkan kakitangan awam di
bawah, seolah-olah memberi gambaran bahawa kakitangan kerajaan adalah
punca utama pembaziran pentadbiran beliau.
"Langkah-langkah seperti menjimatkan elektrik, mengurangkan
perbelanjaan kain rentang dan lain-lain memberi gambaran seolah-olah
beliau menyalahkan kakitangan kerajaan," ujar Rafizi Ramli yang juga
ahli Parlimen Pandan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan 11
langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam termasuk mengurangkan
elaun keraian menteri dan timbalan menteri berkuatkuasa esok.
Read more ...
Laman
Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dipenuhi
rungutan dan juga kritikan masyarakat berikutan kenaikan kos harga
barang menjelang berlabuhnya tirai 2013.
Dalam tulisan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di laman
miliknya, Najib "diserang" bertalu-talu oleh pengguna Facebook yang
merasakan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup terlalu
membebankan mereka.
"2014 bakal menjelma dan sudah pasti tahun depan akan lebih bermakna
dengan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia. Saya difahamkan persiapan
sedang giat dijalankan di 37 buah pintu masuk negara untuk menyambut
kedatangan pelancong-pelancong.
Sama-samalah kita buka pintu negara
dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang'," kata Najib dalam laman
Facebook rasminya.
Read more ...
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan kerajaan akan
melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam
bermula 1 Januari 2014.
Ini termasuk mengurangkan elaun keraian
menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, dan pegawai kanan
kerajaan Gred Utama Sektor Awam C ke atas antara lima hingga 10 peratus.
- Bernama
10% je ,nak bagi sejuk lah tu
ini semua gula,gula nak sedapkan hati rakyat.
Read more ...
BERSIH 2.0 (2011) lebih 2000 report polis telah dibuat.
Polis telah mengadakan sidang akhbar menyatakan telah menjumpai sejumlah
senjata dan molotov cocktail yang disimpan oleh peserta BERSIH...
YANG PELIKNYA...SIAPA PEMILIK SENJATA TERSEBUT?KENAPA POLIS TAK MEMASANG PERANGKAP UTK MENCEKUP PEMILIKNYA???
Read more ...