Updated ;
Nama lelaki baju hitam itu BAHAROM.
Terdapat 29 buah anak syarikat diwujudkan di zaman BN di bawah Yiked Holdings walhal tidak berfungsi apa-apa pun. Mungkin tujuannya nak bagi elaun dekat para pemimpin UMNO. Bila PAS ambil alih, kini sebahagian besarnya ditutup, cuma tinggal lima. 
IPOH – Penyertaan dua orang muda Melayu dalam DAP menangkis dakwaan Umno yang meletakkan parti itu sebagai perkauman dan komunis serta sengaja memberi laluan mudah kepada wakil parti untuk menjadi Menteri Besar.
Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata, pihaknya masih memberi sokongan penuh kepada mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum kali ini.
Menurutnya, penglibatan golongan muda itu membuktikan DAP merupakan parti pelbagai bangsa yang masih bertunjangkan kepada kesetiaan agama, bangsa dan Raja-Raja Melayu.
“DAP tidak mengamalkan diskriminasi terhadap Melayu seperti yang didakwa oleh Umno dan pandangan orang muda dengan memilih DAP sebagai parti yang sedia membela rakyat adalah bertepatan.
“Mohammad Nizar tetap menjadi Menteri Besar setelah beliau berjaya membuktikan kredibilitinya dalam memimpin dan efektif mengendalikan pentadbiran negeri serta menyatukan perpaduan bangsa,” katanya dalam sidang media di Wisma DAP di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengusaha Komoditi, Fairuz Azhan Amiruddin, 26, dan peguam Dyana Sofya Mohd Daud, 25, sepakat menyertai DAP Negeri setelah melihat kekuatan ideologi dan kejayaan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengurangkan kadar kemiskinan tegar.
Fairuz Azhan berkata, DAP sudah lama mengamalkan ideologi demokrasi sosial dengan terus memberi perkhidmatan dan membela rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
“Hanya propaganda Umno menyebabkan rakyat meletakkan DAP sebagai sebuah parti diskriminasi bangsa. Kejayaan Pulau Pinang berjaya mengatasi kemiskinan tegar menjadi contoh terbaik kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Bagi Dyana Sofya, visi DAP yang menawar kesaksamaan, kerajaan demokrasi dan memerintah berteraskan undang-undang serta menentang rasuah menariknya menyertai parti itu.
“DAP menggambarkan Malaysia yang saya inginkan. Penyertaan saya menunjukkan DAP adalah terbuka kepada semua bangsa. Melihat kejayaan Kerajaan Pulau Pinang, saya berharap ia boleh direalisasikan di peringkat persekutuan menerusi Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,

Suatu permainan Apple, yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri perdana menteri, kini muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia.
Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki
KUALA LUMPUR, 21 Jan — Keputusan untuk merayu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau telah menyemarakkan kepercayaan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berputus asa dalam usaha menamatkan cita-cita politik Ketua Pembangkang berkenaan, demikian menurut penganalisis politik tanah air. Pendakwa raya telah memfailkan rayuan semalam walaupun hakim perbicaraan, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menegaskan bahawa bukti DNA dalam kes tersebut mungkin telah dikompromi apabila disabitkan tidak bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Azlan Bukhari.
“Majoriti rakyat Malaysia berasa sinikal terhadap siri kezaliman di atas siri pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Anwar, bahawa (BN mahu menjatuhkan Anwar) merupakan kesimpulan yang paling mungkin dicapai,” menurut Presiden Bar Council Lim Chee Wee kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden,” orang ketiga terpenting Ketua Hakim Negara”, harusnya meluangkan masa “mendakwa jenayah yang tidak mempunyai mangsa dan berasaskan moral” daripada tuduhan yang lebih serius seperti rasuah dan kes bunuh.
James Chin, pensyarah Sains Politik di Monash Universiti menjelaskan kepada AP bahawa pergerakan itu melibatkan kesan negatif terhadap Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa beliau tidak terlibat dan tidak masuk campur terhadap pertuduhan tersebut dan serius untuk memastikan keadilan sivil.
“Ia merupakan halangan untuk Anwar kerana beliau akan menghabiskan masa terhadap proses rayuan dan tidak bersedia untuk pilihan raya,” tambahnya.
Ibrahim Suffian, penyelidik bebas di Merdeka Center berkata kepada Reuters “rayuan terhadap pertuduhan itu bermain di sekitar cerita pembangkang bahawa kerajaan tidak akan berhenti daripada menghapuskan perjuangan politik Anwar.”
“Perkara itu turut menyelubungi reformasi Perdana Menteri pada masa terdesak untuk pilihan raya dalam masa terdekat. Suka atau tidak, rakyat Malaysia akan mengaitkan kerajaan dengan perkara ini,” tambahnya.
Pakatan Rakyat (PR) dan Anwar telah berkempen ke serata negara sejak Saiful membuat pertuduhan kali pertama pada Jun 2008, dan mendakwa tuduhan tersebut merupakan permainan politik untuk menamatkan harapan pakatan pembangkang tersebut untuk menguasai negara.
Menurut pemerhati Kebebasan Hak Asasi Manusia, kerajaan BN telah gagal mengambil peluang yang dihulurkan oleh Mahkamah Tinggi dengan “merayu bagi pertuduhan yang memotivasikan politik Anwar.”
“Keputusan ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangna kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap sebuah kes yang sepatutnya bukan kes jenayah,” kata Timbalan pemerhati kebebasan manusia Asia, Phil Robertson.
Anwar, 64, pertama kali dikenakan tuduhan sama pada 1998, sebelum dibebaskan enam tahun kemudian.
Ketua umum PKR itu kemudian mengemudikan pakatan pembangkang sampai menghalang BN daripada menguasi majoriti dua per tiga Parlimen serta merampas lima kerajaan negeri dari bawah BN.
Sementara itu, Datuk Ambiga Sreenevasan, pengerusi pergerakan Bersih 2.0, percaya pentadbiran Najib akan mengalami kes senjata makan tuan.
“Nama baik mereka mungkin telah diperoleh sebelum ini daripada pembebasan sebelum ini akan jatuh dengan rayuan ini, menyedihkan!” katanya melalu Twitter semalam.