Tuesday, February 15, 2011

Ini tak lain tak bukan, kerja puak-puak Songkok Tiga Jengkal dalam kampus

PRK UM makin panas

KUALA LUMPUR 16 Feb: Suasana Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Malaya (UM) semakin panas ekoran beberapa insiden berlaku awal pagi ini.

Insiden pertama membabitkan sebuah rumah yang menjadi pusat operasi kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) diserang oleh mereka yang tidak dikenali dengan melemparkan objek berapi yang menyebabkan beberapa kain rentang di perkarangan rumah tersebut terbakar.

Kain rentang tersebut dipercayai akan digunakan semasa kempen PRK itu nanti yang dijadualkan penamaannya esok manakala pengundian 21 Februari ini.

Kejadian tersebut didakwa berlaku sekitar jam 5 pagi tadi ketika petugas Pro-M sedang berehat selepas penat menyiapkan kain rentang dan persiapan lain.

Seorang saksi, yang hanya mahu dikenali sebagai Bukhairy mendakwa beliau tersedar apabila terhidu objek terbakar sebelum terdengar sebuah sebuah motosikal memecut laju dari kawasan tersebut.

”Saya tidur dalam pukul 3.30 pagi. Kami seramai 5 orang sedang tidur diluar rumah untuk menjaga banner yang telah kami cat tengah malam tadi. Namun saya segera tersedar apabila saya terbau barang terbakar dan melihat kelibat orang menaiki motor meninggalkan kawasan dihadapan rumah. Namun tidak dapat dipastikan siapakah orang itu, disebabkan cahaya lampu jalan yang agak suram,” kata beliau.

Objek yang dibaling itu juga didakwa hampir terkena seorang pelajar yang sedang tidur di kawasan rehat rumah tersebut.

Dalam insiden kedua pula, sebuah kereta milik pelajar Pro-M disimbah cat oren awal pagi tadi juga dipercayai ada kaitan dengan insiden sebelumnya.

Perbuatan khianat itu disedari apabila penghuni rumah terbabit keluar untuk ke kelas pada hari ini.

Ketua Jentera Pro-M UM, Fuad Jalpah ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan kejadian tersebut.

Mereka membuat laporan polis terhadap kedua-dua perbuatan khianat tersebut dan akan menunggu tindakan daripada pihak polis.

"Kita menjangkakan ini taktik pihak tertentu untuk menakut-nakutkan jentera kita.

"Saya ingin beritahu kepada pihak terbabit, perbuatan mereka tidak akan mampu melemahkan semnagat kita, apatah lagi untuk kita rasa takut," katanya.

Dalam perkembangan lain, seorang bakal calon PRO-M yang akan mewakili Pusat Sukan didakwa telah menarik diri selepas menerima ugutan dari pihak tertentu.

Calaon berbangsa Cina itu didakwa telah diugut sekumpulan mahasiswa yang mahu beliau menarik diri dari bertanding atas tiket Pro-M.

PRK UM akan menyaksikan pertembungan tradisi antara kumpulan Pro-M yang didokong Mahasiswa dengan kumpulan satu lagi yang menamakan mereka sebagai Penggerak Malahsiswa yang didokong Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Kedua dua mereka akan bertanding bagi merebut 41 kerusi yang ditawarkan iaitu 9 kerusi Umum dan 31 kerusi fakulti.

Read more ...

Khalwat di Sabah : Pegawai Khas Pembantu Menteri dicekup

Pegawai Khas Pembantu Menteri Di Sabah Dicekup Khalwat

KOTA KINABALU : Ketika umat Islam sibuk meningkatkan amalan sempena sambutan Maulidur Rasul, seorang pegawai khas kepada pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam. Gambar fail

Bagaimanapun, niat pasangan itu tidak berpanjangan apabila mereka dicekup dalam operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sempena Hari Kekasih yang menyasarkan beberapa hotel murah dan rumah persendirian sekitar bandar raya ini.


Terdahulu, berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.

Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.

Ketika disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Namun, penguat kuasa JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.

Terdahulu, Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi pasangan turut dicekup.

“Paling mengejutkan apabila kami menahan seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.

“Mereka ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas menerima maklumat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam keadaan mengaibkan.

“Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan,” katanya.

Katanya, semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Operasi ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.

“Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa,” katanya. -hm

Read more ...

Utusan Meloya dah jadi Utusan Meliwat

Utusan Malaysia Paling Berminat Dengan Kes Liwat


Perhatikan tajuk-tajuk Utusan Malaysia pada ketika ini, berderet dengan tajuk kes liwat. Utusan Malaysia begitu seronok dengan kes liwat Anwar. Kalau boleh janganlah berita lain, liwat, liwat dan liwat. Kalau akhbar lain tajuknya hanya satu yang akan dikemaskini tetapi Utusan Malaysia akan memenuhkannya dengan tajuk liwat berulang-ulang.

Tahniah Utusan! Propaganda anda memang berbaloi untuk tuan anda!!

Read more ...

Merlimau : Ali Rustam gagal dalam 'debat' dengan Anwar kerana tak cukup penyokong

CERAMAH ANWAR VS ALI : KETUA MENTERI DIMALUKAN PENYOKONG SENDIRI










Ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Hatta Ramli dan Hj Mohammad Sabu mendapat sambutan yang cukup hangat. Kira-kira 10.000 rakyat pelbagai kaum bersesa-sesak sejak awal ceramah lagi bagi mendapatkan tempat strategik di bahagian hadapan.

Sebaliknya ceramah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dihadiri oleh kira-kira 60 orang sahaja. Terbukti aura seorang Ketua Menteri tidak langsung menarik minat rakyat hatta penyokong Umno/BN sendiri untuk mendengarnya.


Umno/BN menganjurkan ceramah tersebut mungkin bertujuan untuk menarik sokongan penduduk setempat supaya tidak mendengar ceramah PR. Namun perkara sebaliknya berlaku di mana Mohd Ali sendiri dimalukan penyokong tegarnya.

Read more ...

Ikhwan akan sertai pilihanraya Mesir atas nama parti politik bukan lagi atas nama bebas

Ikhwan cadang tubuh parti

KAHERAH, 16 Feb: Ikhwan Muslimin Mesir berkata, mereka akan menubuhkan parti politik di negara itu jika diberi kebebasan berpolitik.

Ahli Biro Politik pertubuhan itu, Mohammed Mursi, berkata Ikhwanul Muslimin yakin dalam suasana negara itu kini, mereka akan dibenarkan menubuhkan parti politik, lapor AFP.

“Halangan ke atas Ikhwanul Muslimin mencapai matlamatnya sebelum ini adalah undang-undang negara yang mewajibkan penubuhan parti politik mendapat persetujuan Parti Demokratik Nasional (pimpinan Hosni),” katanya kepada media, semalam.

Mereka turut mendakwa waktu ini adalah peluang terbaik selepas Hosni Mubarak yang mengharamkan kumpulan itu disingkirkan.

Menjadi kumpulan pembangkang paling berpengaruh dan tersusun di Mesir, Ikhwanul Muslimin meyertai pilihan raya atas kapasiti calon bebas.

Pada 2005, mereka menggunakan slogan 'Islam Adalah Penyelesaian' dan berjaya memenangi 20 peratus kerusi di Parlimen.

Bagaimanapun, Ikhwan Muslimin memboikot pilihan raya umum terbaru tahun lalu kerana rejim Hosni terbabit dalam penyelewengan bagi memastikan mereka kekal berkuasa.

Walaupun menyertai protes besar-besaran baru-baru ini, Ikhwan Muslimin menyatakan, mereka tidak akan menyertai pilihan raya presiden bagi menggantikan Hosni.

Difahamkan hanya Ikhwan Muslimin sahaja yang bersedia menghadapi pilihan raya dalam masa terdekat.

Pada masa sama, mereka dicurigai Barat dan kumpulan sekular kerana dibimbangi melaksanakan undang-undang Islam jika berkuasa nanti.

Bagaimanapun, Ikhwan Muslimin menafikan dakwaan itu dan bertegas menyokong tuntutan demokrasi menyeluruh di Mesir.

Ulama muktabar dunia Islam Sheikh Yusuf Al-Qaradawi sebelum ini turut berpendapat bahawa menuntut kebebasan adalah lebih utama berbanding melaksanakan undang-undang Islam di negara Tmur Tengah itu.

Read more ...

Inilah hujah 'standard' Umno turun temurun

PAS boleh menang, bukan bukti demokrasi adil

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberitahu, kejayaan PAS memerintah Kelantan begitu lama di samping menawan Kedah dalam pilihanraya umum lalu adalah bukti bahawa demokrasi negara ini tidak berat sebelah.

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pilihanraya kecil kawasan DUN Tenang sebagai tidak adil kepada PAS.

Hujah Shafie adalah hujah “standard” oleh para pemimpin BN setiap kali ada pihak yang mendakwa bahawa demokrasi yang berlangsung lebih separuh abad di negara ini adalah tidak adil dan sentiasa memihak kepada BN.

Adakah pembangkang boleh menang atau PAS boleh berkuasa di negeri adalah akibat dari keadilan dalam amalan demokrasi di negara ini?

Jawapan boleh diberi dalam anologi yang mudah. Andaikan seorang pengadil bolasepak memihak kepada pasukan A yang menentang pasukan B.

Namun B menang juga 1-0. Logiknya, sekiranya pengadil tidak membantu A, maka B akan menang lebih dari 5-0. Mungkin 10-0 mengalahkan A.

Jadi hujah mengatakan pembangkang boleh menang sebagai bukti demokrasi Malaysia sudah adil hanyalah hujah menipu orang kurang cerdik. Adil atau tidak sistem demokrasi di Malaysia perlu diteliti satu persatu.

Keadilan demokrasi selalu dinilai oleh pemimpin BN yang menerajui Pusat sebagai kebebasan rakyat mendapat hak menjadi calon dalam pilihanraya dan hak rakyat memilih calon yang bertanding.

Kedua-dua hak itu adalah fasa terakhir dan terpenting. Namun laluan fasa-fasa awal ke arah penyempurnaan fasa terkahir demokrasi itu tidak pernah difikirkan oleh para pemimpin Pusat sebagai menjadi hak rakyat juga.

Antaranya ialah hak rakyat atau parti-parti politik dalam menyampaikan maklumat. Malaysia ada Akta Polis yang mensyaratkan setiap berkumpulnya 10 orang dan ke atas, mestilah mempunyai permit.

Dari segi amalan, ia hanya berkuatkuasa untuk himpunan politik parti pembangkang atau kumpulan yang tidak sehaluan dengan BN, kecuali selepas tempoh penamaan calon hingga hari mengundi.

Perdana Menteri atau menteri-menteri turun atas nama program bersama rakyat, pengisian ucapannya sarat dengan kempen politik, tidak perlu kepada permit polis.

Tetapi pemimpin politik pembangkang yang berceramah politik tanpa permit dikepung dengan ratusan anggota polis, sekalipun yang hadir mendengar ceramah lebih kecil dari jumlah anggota polis.

Kebebasan media hampir tidak ada. Bayangkan dalam begitu banyak media elektronik yang terdapat di negara ini, 100 peratus berpihak BN! Semua media elektronik terikat dengan syarat lesen yang terpaksa diperbaharui dalam tempoh tertentu.

Mereka tidak berani menanggung risiko lesen tidak perberbaharui jika memilih sikap berkecuali sekalipun, apatah lagi untuk memihak kepada pembangkang.

Begitu juga dengan media-media cetak. Hampir kesemuanya memihak kepada BN, manakala akhbar parti pembangkang hanya dihadkan kepada ahli. Peniaga akhbar tepi jalan jual Harakah macam berniaga candu, takut diambil tindakan.

Memanglah hak akhbar manapun untuk berpihak kepada BN, tetapi hakikatnya siapa yang berani tanggung risiko akhbarnya tidak diperbaharui permit penerbitan hanya kerana tidak memihak kepada BN?

Di tengah-tengah berpuluh siaran media elektronik, RTM adalah satu-satunya media milik kerajaan. Gaji para pekerjanya dibayar dari duit cukai yang dikutip dari rakyat termasuk ahli-ahli PAS.

Tetapi RTM adalah juara penyampaian propaganda BN, berkempen untuk BN dan memburukkan pembangkang secara terang-terangan. Inikah keadilan dalam amalan demokrasi?

Pemimpin BN akan memberi alasan sekarang dunia tanpa sempadan. Semua rakyat boleh akses internet bagi mendapatkan maklumat dari semua pihak.

Malangnya maklumat di dunia maya itu tidak sampai kepada rakyat macam mudahnya maklumat sampai ke setiap peti tv di rumah-rumah.

Hanya sekitar 35 peratus rakyat Malaysia yang mengakses internet. Itupun bukan semuanya mendapatkan maklumat berhubung isu semasa. Lebih ramai yang menyelongkar cerita Fasha Sanda dari mendapatkan maklumat politik.

Undi pos adalah satu lagi catatan ketidakadilan dalam demokrasi. Dalam pengundian biasa seseorang akan mendapatkan kertas undi dan terus ke petak pengundian, memangkah dan memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi.

Tetapi undi pos diberi secara terbuka di luar tempat mengundi. Undi pos tentera dan polis sangat meragukan. Banyak kes yang dilaporkan bahawa tentera tidak pernah melihat pun kertas undi, maknanya ia dipangkah oleh pihak atasn mereka.

Sebab itu undi pos sentiasa memihak kepada BN. Tiada alasan langsung mengapa undi pos diwujudkan melainkan untuk memberi kemenanan percuma kepada calon BN.

Penyalahgunaan jentera kerajaan, rasuah dan ugut adalah agenda BN dalam amalan demokrasi di negara ini tetapi tiada siapa yang boleh menghalang. Inilah yang dikatakan ketidakadilan dalam demokrasi.

Wartawan Utusan, Zin Mahmud yang berpengalaman tinggal di Mesir menceritakan gambaran pilihanraya di Mesir. Katanya, pilihanraya tidak seghairah di Malaysia, ramai yang hampir tidak peduli atau turun membuang undi.

Tetapi keputusan pilihanraya sentiasa memihak kepada parti pro Presiden dengan peratus ‘keluar mengundi’ melebihi 90 peratus.

Hari ini bila berjuta rakyat Mesir keluar ke jalan raya untuk memaksa Presiden Hosni Mubarak berundur ia membayangkan bahawa selama ini keputusan pilihanraya penuh dengan manipulasi dan penipuan.

Jika ada ruang bagi rakyat menurunkan Hosni Mubarak dari takhta melalui sistem demokrasi yang aman, maka majoriti rakyat Mesir tentu memilih jalan tersebut.

Apabila mereka memilih cara paksaan, maknanya rakyat berpandangan bahawa sistem demokrasi berat sebelah itu tidak memungkinkan rakyat membuat pilihan secara yang adil.

Selepas agak cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke 12, Pakatan Rakyat nampak ghairah untuk menjayakan misi menawan Putrajaya PRU ke 13. Ia tidak mudah sebenarnya selagi amalan demokrasi di Malaysia masih primitif, tempang dan berat sebelah.

PR boleh menang pilihanraya tapi amalan demokrasi mestilah dimurnikan terlebih dahulu. Itu yang rakyat Mesir sedang lakukan sekarang.

Read more ...

Puak-puak Songkok Tiga Jengkal tak tahu malu buat akhbar palsu guna logo Kerajaan Selangor

Pemimpin UMNO didakwa jadi dalang

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/selangorkini_tiruan.jpgSHAH ALAM, 16 Feb. : Pemimpin UMNO didakwa menjadi dalang penerbitan akhbar palsu ‘Selangor Terkini’ yang menyerupai akhbar terbitan kerajaan negeri yang diedarkan di Lembah Klang sejak bulan lalu.

Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, akhbar berkenaan dicetak menggunakan logo dan reka bentuk seperti akhbar ‘Selangor Kini yang diterbitkan Kerajaan negeri bertujuan mengelirukan rakyat di negeri ini.

“Kami mengecam perbuatan ini dan meminta pihak berkuasa segera mengambil tindakan kerana ia berniat jahat menghasut rakyat dan cuba menimbulkan kekacauan di kalangan masyarakat awam,” katanya dalam satu sidang media, semalam.

Beliau berkata, penerbitan akhbar itu menunjukkan parti itu terpaksa menipu untuk mendapat perhatian rakyat sedangkan selama ini mereka ada saluran media mereka sendiri.

“Akhbar ini menggunakan logo Kerajaan Negeri di muka depan sama seperti akbar Selangor Kini dan hanya membezakannya ialah logo 1Malaysia berada di belakang serta isi kandungan yang mengutuk kerajaan pakatan Rakyat di Selangor.

“Kami meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan perbuatan tidak beretika ini kerana ia dibuat untuk mendapat publisiti murahan dan mengganggu gugat kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan berkata, berikutan tindakan tidak beretika itu, dua laporan polis telah dibuat melalui pejabat Menteri Besar minggu lalu dan Cabang Petaling Jaya Selatan, semalam.

Difahamkan, sebelum ini mereka mula mengedarkan akhbar palsu itu di Dewan Undangan Sri Muda dan beberapa kawasan lain dengan meletakkannya di masjid, surau, peti surat rumah penduduk.

“Kita mengajak rakyat mengutuk perbuatan terdesak UMNO yang menimbulkan kekecohan kerana khuatir dengan sokongan rakyat yang terhadap PR di Selangor,” katanya.

Selangor Kini, akhbar dua kali sebulan oleh Pakatan Rakyat (PR) negeri ini adalah bagi menyampaikan berita- berita perkembangan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor.

Turut hadir ke sidang media itu ialah Ketua Penerangan Wanita Keadilan Selangor, Nor’ain Eusoof.SH

Read more ...

PKR Sabah diperkukuh

PKR Sabah Bentuk Jawatankuasa Perkukuh Parti


KOTA KINABALU 16 Feb. : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata pembentukan jawatankuasa dalam kepimpinan PKR negeri itu sebagai langkah memperkukuhkan parti berkenaan.

Jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, turut melantik 11 pemimpin utama negeri untuk mengangotai majlis berkenaan.

"Ia adalah langkah pertama untuk membina asas kepimpinan yang lebih kukuh di Sabah dengan memberi penekanan kepada pendekatan konsensus dalam isu-isu utama," kata Wan Azizah.

Menurutnya, setiap jawatankuasa ditugaskan menghasilkan kerangka dasar utama PKR Sabah dalam bidang pentadbiran masing-masing.

"Pimpinan PKR Sabah melalui Majlis Presiden akan memperhebatkan usaha dalam masa terdekat untuk membawa suara rakyat Sabah mengenai isu-isu yang dekat dengan Sabah di peringkat negeri dan pusat," katanya.

Mereka yang dilantik untuk mengangotai jawatankuasa itu ialah :

1. Kewangan, Keselamatan dan Imigrasi – Ahmad Thamrin Jaini
2. Pembangunan Luar Bandar – Datuk James Ghani
3. Pembangunan Infrastruktur – Christina Liew
4. Kerajaan Tempatan dan Perumahan – Saidil Simoi
5. Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan – Awang Tengah Awang Amin
6. Pembangunan dan Pengurusan Tanah – Datuk Kong Hong Ming
7. Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna – Stephen Sandor
8. Belia dan Sukan – Jafery Jomion
9. Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar – Lukiah Indan
10. Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat – Datuk Hallik Zaman
11. Pertanian dan Industri Makanan – Datu Mustapha Hj Tambuyong

Read more ...

Umno bakal berdemo kerana Guan Eng campuri urusan pelajar Islam belajar di Mesir

Guan Eng kacau lagi : Pulau Pinang akan bantu pelajar kembali ke Mesir

GEORGETOWN, 18 Februari: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah univesiti di Mesir tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, DatukMansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.

Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).

"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.

“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.

Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.

Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.

"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.

Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut.

Read more ...

Ini satu lagi kerja busuk puak-puak Songkok Tiga Jengkal setelah gagal berhujah tak berani berdebat

BANNER FITNAH : PEMBUATAN YANG TIDAK BERAKHLAK DAN TIDAK BERTAMADUN


Pihak tertentu mula menggunakan taktik lama memasang banner-banner untuk mengaibkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Banner tersebut di pasang di sebatang jalan di Pengkalan Samak berhampiran masjid.

Senario ini kerap belaku apabila di musim kempen PRK. Mungkin pihak yang memasang banner ini cuba menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar sekaligus boleh menarik sokongan rakyat kepada lawan politik Anwar.

Apa yang dikesalkan pihak berkuasa sengaja membiarkan banner berunsur fitnah dan tidak berasas ini terus digantung di tempat umum.

Ini berbeza dengan banner-banner yang dipasang oleh penyokong PR yang sentiasa dipantau dan segera diturunkan walaupun banner itu tidak berunsur fitnah dan hasutan.

Adalah diharapkan pengundi Dun Merlimau boleh berfikir secara rasional dan membuat keputusan yang tepat untuk berubah demi generasi yang akan datang.

Read more ...

PKR boleh berunding untuk kerusi yang kalah

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/01/04/Azmin%20Ali.jpgAzmin: Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008.

KUALA LUMPUR, 16 Feb : Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) memandangkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sekitar April ini.

Timbalan presidennya Azmin Ali berkata, kepimpinan negeri dikehendaki menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP.

“Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008,” kata Ahli Parlimen Gombak ini dalam satu pertemuan dengan pemberita awal minggu ini.

Azmin yang dilantik semula sebagai pengarah pilihan raya baru-baru ini susulan pemilihan parti berkata, ada kemungkinan pertukaran kerusi-kerusi ditandingi memandangkan PAS juga mahu memberi tumpuan di bahagian-bahagian yang mempunyai pengundi campuran.

Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar.

PKR juga berhadapan dengan masalah beberapa wakil rakyatnya, termasuk di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar parti sejak awal 2009 dan terbaru bulan lalu.

Dengan arah aliran pengundi Melayu mengalami kemerosotan, PAS akan memastikan ia mempertahankan bilangan wakil rakyatnya dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang kurang pengundi Melayu.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di Johor bulan lalu menyaksikan 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada Umno.

Begitu juga kerusi di Hulu Selangor, Galas dan Manek Urai di mana 10 peratus pengundi orang Melayu bergerak kepada pembangkang semasa diadakan pilihan raya kecil tahun lalu dan 2009.

Bagimanapun Azmin berkata, PKR juga akan melihat pada kerusi-kerusi yang PAS dan DAP tewas meskipun kedua-dua parti tertua itu mempunyai sokongan akar umbi di bahagian yang majoriti pengundinya ialah Melayu dan Cina.

“Kami adalah parti yang muda, cuma (berusia) sekitar 10 tahun. Tidak adil jika PAS mengatakan mempunyai mereka ada lebih banyak cawangan dan ahli di sesuatu kawasan.

“Kita perlu melihat pada isu-isu yang penting dan kadangkala ia memihak kepada apa yang PKR perjuangkan,” kata beliau yang juga ketua PKR Selangor.

PKR dijangka berhadapan dengan persaingan tiga penjuru memandangkan Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan parti Kita pimpinan Datuk Zaid Ibrahim juga akan memfokus kerusi-kerusi ditandingi parti itu.

Semalam, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin mengesyorkan satu perikatan yang lebih kolektif membabitkan Pakatan Rakyat dan gerakan prorakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

MCLM mahu menawarkan senarai 30 calon untuk pertimbangan Pakatan Rakyat khususnya PKR.

Spekulasi menyebut bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum pada suku kedua atau keempat tahun ini meskipun mandat Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir 2013.

Bagaimanapun sumber-sumber BN memberitahu The Malaysian Insider, pilihan raya negeri Sarawak, yang mandat kerajaan negeri akan berakhir Julai ini, akan diadakan April ini sebelum pilihan raya umum ke-13.

Kali terakhir pilihan raya negeri Sarawak diadakan adalah pada 2006.

Read more ...

Tutup kemewahan Ro$mah , Lokman fitnah Wan Azizah

Lokman nak lindungi DS Flom, pakaian Wan Azizah jadi mangsa..

Apa hal si Lokman Nor Adam tiba-tiba muncul berceramah mengenai pakaian DS Wan Azizah? Kisah pembelian pakaian DS Wan Azizah lebih 10 tahun dulu tiba-tiba menjadi antara topik ceramah si Lokman.

Dakwaan itu pun belum tentu betul atau tidak. Tapi apa relevannya isu pembelian pakaian oleh DS Wan Azizah lebih 10 tahun lalu dengan keadaan dan kegawatan ekonomi semasa?

Mengapa si Lokman tidak melihat kemewahan DS Flom Rosmah berbelanja apabila berada di luar negara. Kira-kira tiga tahun lalu, Syed Azidi Aziz aka Sheih Kickdafella pernah mendedahkan DS Flom pernah berbelanja RM7 juta untuk membeli 14 utas jam tangan ketika berkunjung ke Hong Kong! RM500,000 untuk seutas jam tangan!!

Itu cerita tiga tahun lalu. Apa sangatlah kalau nak dibandingkan dengan RM8,000 untuk sepasang pakaian DS Wan Azizah seperti yang digembar-gemburkan oleh si Lokman berbanding dengan pelbagai perbelanjaan yang dibuat oleh DS Flom sejak berkuasa hingga ke hari ini....

Kemudian tercetus berita mengatakan DS Flom berbelanja sakan di Boston membeli alat solekan dan pakaian yang memerlukan 74 buah beg pakaian! Sehingga sekarang, tidak ada sebarang penafian berhubung perkara itu.

Malah Najib sendiri seolah-olah 'mengiyakan' sikap boros berbelanja DS Flom kesayangannya ketika berada di luar negara hingga mengumumkan penghapusan cukai pelbagai alat solekan, pakaian hinggalah pakaian dalam ketika pembentangan Bajet 2011 pada tahun lalu.

Sejak diumumkan penghapusan cukai berkenaan, DS Flom dan mungkin ramai juga isteri para peneroka Felda khususnya di Tenang yang telah mendapat manfaat membeli pakaian dan alat solekan di luar negara bagi menikmati penghapusan cukai berkenaan.

Di mana si Lokman Nor Adam dalam isu-isu seperti ini? Lawaklah kamu ni Lokman... marah kerana nak lepaskan geram dendam tak dapat mengorat Nurul Izzah dulu kut...

Berita-berita berkaitan:
Lokman selar 'gaya hidup mewah' Wan Azizah
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu menjadi sasaran kritikan oleh bekas orang kuatnya yang menyertai Umno, tetapi malam tadi, isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga turut menerima nasib sama.

NONE
Dalam ceramah di Bayan Baru, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.


Mengejutkan, ada yang sampai mencecah harga RM8,000 dan dia biasanya menempah 20 pasang setahun, dakwa Lokman.


Bagaimanapun, menyedihkan, tambah Lokman, apabila beliau dan beberapa yang lain ditahan bawah ISA di Kamunting dariapda 2001 hingga 2003, Wan Azizah didakwa tidak banyak membantu mengurangkan beban keluarga terbabit.


Dakwa Lokman, hanya NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berusaha menolong anggota keluarga sehinggalah mereka kehabisan dana.


pkr convention 281110 wan azizah wan ismail
Sehubungan itu, beliau menyoal, apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian - daripada 20 kepada 18 - supaya wang itu dapat disumbangkan kepada anggota keluarga tahanan ISA.

Katanya, Wan Azizah juga tidak memberikan sumbangan duit raya RM500 kepada setiap keluarga seperti diarahkan Anwar ketika masih ramai ditahan ISA.
Azizah: Baju saja tak semahal itu
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail cuma ketawa terhadap dakwaan pemimpin Umno bahawa beliau memakai pakaian terlalu mewah semasa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.

Ditemui
Malaysiakini hari ini, Wan Azizah (kanan) menafikan mengamalkan gaya hidup mewah, tetapi mengakui pakaiannya sedikit mahal ketika suaminya berada dalam kerajaan, berbanding sekarang.

Sambil berjenaka, Wan Azizah berkata, beliau gembira orang menganggapnya berpakaian dengan elok walaupun tidak mahal.


Dalam ceramah di Bayan Baru semalam, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang
"gaya hidup mewah"
Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.
Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.
- Malaysia Kini

Inilah Satu Daripada 20 Pasang Pakaian Wan Azizah


Baju inilah yang membuatkan Lokman Nor Adam sakit hati sampai ke hari ini.. Hehehe


Read more ...

Ro$mah beri masalah : Muhyiddin punya peluang besar

Muhyiddin akan cepat jadi PM jika…

Aspan Alias
Kegagalan Abdullah Ahmad Badawi untuk memimpin parti dan kerajaan menyebabkan BN tidak mampu untuk mendapatkan kemenangan 2/3 didalam Parlimen dalam pilihanraya umum yang lalu.

Hasilnya Abdullah terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan “sedikit” imbuhan dalam bentuk tanah yang bernilai puluhan juta ringgit di Kuala Lumpur sebagai “ganti-rugi” kerana meletakkan jawatan.

Orang nombor duanya Najib naik menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno serta Pengerusi BN peringkat nasional.

Abdullah telah mendapat tekanan yang begitu besar sehinggakan beliau terpaksa berfikir dengan mendalam yang akhirnya membawa beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Setelah beraku sedikit “golden handshake” beliau meletakkan jawatan dan Najib Razak mengambil alih jawatan beliau. Apa yang penting kita ketahui ialah perletakkan jawatan itu adalah hasil dari penolakkan yang jelas oleh rakyat terhadap BN pimpinan Umno sehinggakan BN hampir-hampir tumpas dan hanya mampu untuk memerintah dengan “majority” yang tipis di Parlimen.

Lain-lain perkataan jika seseorang Perdana Menteri tidak mampu untuk mendapatkan sokongan 2/3 di Parlimen maka pada bila-bila masa sekali pun Perdana Menteri wajar meletakkan jawatan kerana “precedent” ini telah dimulakan dengan perletakkan jawatan oleh Abdullah.

Seandainya BN menghadapi keadaan yang sama didalam pilihanraya yang akan datang maka Najib akan terpaksa meletakkan jawatan sebagai PM seperti yang dilakukan oleh Abdullah 2 tahun yang lepas.

“Game plan” perletakkan jawatan bagi Abdullah dahulu adalah untuk mempercepakan kenaikkan Najib, dan usaha untuk memberikan tekanan kepada Abdullah meletakkan jawatan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin menjadi orang kuat menekan Abdullah untuk mengundurkan diri kerana jika Najib naik ke kerusi Perdana Menteri beliau sendiri menagih jawatan Timbalan PM kepada Najib walaupun beliau belum tentu untuk menjadi PM kerana Najib adalah 6 tahun lebih muda darinya.

Yang penting beliau mesti menjadi Timbalam PM kerana jika ada apa-apa yang berlaku kepada Najib beliau sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan yang disandang oleh Najib itu.

Akhir-akhir ini tidak kurang juga ramainya rakan-rakan di dalam Umno membuat andaian yang jika Najib tidak berupaya mendapatkan kemenangan 2/3 didalam pilihanraya yang akan datang maka Muhyiddin akan mengambil tempat Najib kerana kegagalan mempertahankan majoriti 2/3 atau untuk mengembalikan kemenangan 2/3 itu merupakan satu kegagalan kepada Najib.

Malahan sudah nampak tanda-tanda dari perbualan penyokong-penyokong pimpinan ingin melihat BN untuk memenangi pilihanraya kali ini dengan hanya mendapat majoriti yang mudah bagi memudahkan Muhyiddin mengambil alih kepimpinan negara seperti Najib mengambil alih dari Abdullah dahulu.

Saya difahamkan yang ada pemimpin veteran yang berkepentingan untuk melihat Muhyiddin mengambil alih kepimpinan Umno dan negara kerana jika keadaan itu berlaku maka mudah baginya untuk menempatkan ahli keluarganya menaikki tangga kepmpinan negara kita.

Jika apa yang saya dengar itu benar maka usaha untuk memantapkan Umno itu sudah pasti tidak akan mendatangkan apa-apa munafaat bagi parti ini. Mengikut apa yang didengar mendesak Najib untuk meletakkan jawatan akan lebih mudah jika BN mendapat majoriti yang simple seperti apa yang dialami dalam pilihanraya yang lalu.

“Game plan” setengah pihak didalam Umno ini sebenarnya amat merbahaya bagi BN kerana jika silap perkiraan maka Umno dan BN akan menghadapi kemungkinan menerima kekalahan hasil dari politiking yang tidak sihat di kalangan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli parti kita sendiri.

Bagi pihak yang ingin melihat perkara ini berlaku telah mula bercakap tentang kegagalan Najib untuk melaksanakan pelan-pelan pembangunan yang diumumkan oleh beliau kepada umum. Kumpulan ini nampaknya lebih suka jika pelan ini gagal kerana ianya akan memudahkan usaha mereka untuk menekan Najib untuk berundur dari memimpin negara.

Baginya isu terhadap Najib itu sangat memenatkan mereka untuk mendapatkan keyakinan rakyat keseluruhannya. Selama ini saya berpendapat isu-isu peribadi Najib dan keluarganya yang heboh diperkatakan itu datangnya dari luar Umno, tetapi akhir-akhir ini isu ini sebenarnya disuburkan oleh mereka didalam Umno dan BN sendiri kerana permainan politik dalaman yang sangat kotor dan tidak berfaedah.

Tetapi itulah penyakit yang sedang dihadapi oleh Umno. Kalau politiking seperti ini masih berlaku maka tidaklah mustahil Umno akan kecundang dihadapan mata rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Didalam Umno kini elemen “orang Najib” dan “orang Muhyiddin” nampaknya akan timbul secara beransur-ansur dan ini merupakan satu situasi yang tidak sihat untuk parti.

Jika benar apa yang dikhabarkan itu, maka Najib akan mengambil tindakkan untuk hanya mencalonkan orangnya didalam pilihanraya yang akan datang. Untuk memberi alasan bagi menggugurkan seseorang penyandang itu adalah perkara yang mudah kerana keseluruhan mereka yang sedang menyandang di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ada masalah masing-masing.

Alasan rasuah dan salah gunakuasa merupakan alasan yang paling mudah bagi Najib untuk menurunkan sesiapa sahaja yang sedang menyandang itu.

Lagi pun Najib mempunyai hak untuk menentukan sesiapa yang boleh atau tidak boleh bertanding kerana janji beliau untuk menurunkan “winnable candidates” itu akan tetap dilaksanakan. Najib mempunyai hak untuk memastikan yang pemilihan calun didalam pilihanraya kali ini adalah dari mereka yang setia kepada beliau.

Read more ...

Kelantan di depan

Liga Super : Kelantan Kekal Dahului Saingan


KUALA LUMPUR 16 Feb.: Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Kuala Lumpur 2-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, malam tadi.

Kemenangan di tempat sendiri itu membolehkan skuad bimbingan Datuk M.Karathu mendahului kedudukan liga dengan 10 mata selepas empat perlawanan, sekaligus mengenepikan pencabar terdekat Perak dengan kelebihan dua mata. Perak mampu berkongsi mata dengan Kelantan tetapi gagal apabila hanya seri 0-0 dengan pasukan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Di Stadium Shah Alam, juara Liga Super musim lalu, Selangor mula memperkemaskan rentak apabila mengutip tiga mata penuh setelah Berjaya mengalahkan Terengganu 3-2.

Gol Red Giants dijaringkan oleh Fadzli Saari pada minit ke-17 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Alawee.

Skuad merah kuning di bawah bimbingan K. Devan terus menghukum kealpaan benteng pertahanan Terengganu apabila Mohd Amri Yahaya pula menanduk masuk gol sejurus babak kedua bermula pada minit ke-46 dan P. Gunalan menolak masuk bola menerusi hantaran dari Mohd Amri Yahaya pada minit ke-57.

Bagaimanapun Terengganu bangkit apabila mendapat sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ashaari Samsudin pada minit ke-69 apabila pertahanan Selangor mengasari pemain Terengganu dalam kotak penalti dan Abdul Hadi Yahaya menjaringkan gol pada minit ke-87.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, gol minit ketiga oleh Mohd Zaiza Zainal Abidin membantu Pahang mencatat kemenangan kedua setelah menang tipis 1-0 ke atas pasukan T-Team.

Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila tewas 0-1 kepada Johor FC menerusi jaringan Mohd Riduwan Ma'on pada minit ke-55.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Felda United yang bermain dengan 10 pemain sepanjang babak kedua tidak mensia-siakan peluang apabila menewaskan tuan rumah Negeri Sembilan 1-0.

Gol kemenangan Felda United diperolehi oleh Abd Ghani Abd Rahman pada minit ke-88.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Harimau Muda A terikat 1-1 dengan Perlis.

Perlis terlebih dahulu mendapat gol yang dijaringkan oleh Mohd Faiz Subri pada minit ke-74 manakala Harimau Muda bangkit menyamakan gol menerusi Gary Steven Robbat pada minit ke-90 sebelum wisel ditiup.

Sementara itu, dalam satu perlawanan Liga Perdana, Harimau Muda B menumpaskan Pos Malaysia 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dengan kemenangan tersebut, Harimau Muda B kini melonjak ke tangga ketiga liga dengan tujuh mata.-BERNAMA

Read more ...

Mari saksikan satu lagi kerja busuk puak-puak Songkok Tiga Jengkal

UMNO/BN Benci Orang Cina?

Salahkah kalau sesebuah parti terutamanya dari Pakatan Rakyat mengucapkan sesuatu sempena perayaan? Mengapa UMNO/BN selalu sakit hati sehinggakan membenci akan tindakan yang cuba dilakukan oleh pihak PAS/PR terutamanya di negeri Melaka.
Sempena Tahun Baru Cina ini, pihak PAS telah mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada kaum Tiong Hua terutamanya yang menetap disekitar Bukit Baru di mana kain rentang itu digantung. Pihak UMNO/BN telah memotong dan mengoyakkan kain rentang PAS sebaliknya menaikkan kain rentang dari Ali Rustam.

Sekarang UMNO/BN bukan bergaduh dengan PAS sahaja tetapi dengan masyarakat Tiong Hua mereka turut bertindak zalim demi meraih populariti.

Sebab itu kain rentang PAS/PR mereka buang kerana sokongan Ali Rustam dari masyarakat Cina tidak begitu memuaskan.

UMNO/BN bercakap soal perpaduan sebaliknya merekalah musuh paling utama dalam mengkhianati bangsa, agama dan juga negara. Slogan 1Malaysia itu cukup bermakna untuk Najib malahan untuk sekutunya juga dari Israel/SM

-selatanonline-

Read more ...

Nak siasat YB Umno macam mana, dia pun kerja di Pejabat Umno

Lebih baik untuk GAPS siasat ADUN BN yang hidup mewah daripada mensia-siakan masa untuk siasat ADUN PR

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2010/12/gaps-sprm.jpgKenyataan media oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada hari Selasa, 15hb Februari 2011:

Lebih baik untuk GAPS siasat ADUN BN yang hidup mewah daripada mensia-siakan masa untuk siasat ADUN PR

Kenyataan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, bahawa terdapat sekurang-kurangnya sepuluh Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selangor yang hidup mewah yang dikeluarkan beliau tanpa sebarang bukti kukuh merupakan percakapan kosong.

Lebih baik Hamidzun menumpukan perhatian kepada wakil-wakil rakyat UMNO dan BN kerana dengan itu, beliau akan dapat menyelesaikan tugasnya dengan mudah kerana hampir setiap ADUN BN memiliki dua hingga tiga kereta besar dan meninggal di rumah besar atau memiliki rumah di kawasan berada.

Contoh yang paling baik ialah rumah banglo ala-Bali yang dimiliki oleh ADUN Sungai Panjang, Dr Khir Toyo yang sekarang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah kerana memiliki rumah yang tidak setimpal dengan pendapatannya.

Jikalau Hamidzun tidak percaya, maka beliau boleh hadir ke sidang Dewan Negeri untuk melihat dengan matanya sendiri kereta-kereta mewah yang dibawa oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional ke Dewan Negeri Selangor, malahan sesetengah daripada mereka mempunyai pemandu peribadi sendiri.

Para pengamal media perlu berwaspada dengan kenyataan yang samar-samar seperti ini kerana ianya dibuat tanpa sebarang bukti dan wartawan perlu menganalisa kesahihan kenyataan yang dilakukan oleh mereka yang tidak berkredibiliti.

Kenyataan Hamidzun jelas memperlihatkan taktik gerila yang digunakan oleh BN dan NGO yang pro-BN di mana mereka telah ketandusan idea sehingga perlu menuduh ADUN-ADUN PR sebagai hidup mewah tetapi mereka gagal menunjuk sebaarang bukti langsung.

Taktik desperato ini sama seperti apa yang dilakukan oleh komunis dimana mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk memfitnah, sengaja mengada-adakan sesuatu yang bukan-bukan tanpa siasatan untuk mengaburi mata rakyat.

* Lau Weng San, ADUN Kampung Tunku

Read more ...

My Balik Pulau : Bukti Umno memperbodohkan rakyat

Siapa punya taik?? Lembu atau sapi??


Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, semakin popular dan semakin kukuh kedudukannya di sana. Lataran itulah, maka UMNO Pulau Pinang semakin serba tak kena.

Mereka gusar dan bimbang, jika sesuatu tidak dilakukan, alamatnya dalam PRU13 nanti.... mereka akan terkuburlah. Oh... tidak! Tidak... tidak... Ya ammpooonnn!!!

Sebab itu, mereka sanggup buat apa saja untuk mengoyahkan kedudukan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan harapan mereka masih ada peluang untuk terus bernyawa di sana.

Mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan memainkan isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan pergeseran kaum iaitu isu rasis. Begitulah terdesaknya, puak-puak UMNO Pulau Pinang.

Isu risalah My Balik Pulau dijadikan bahan fitnah untuk menimbulkan perasaan benci terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, khusunya dalam kalangan masyarakat Melayu.

Ini merupakan satu lagi taik yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng.

Apakah ini kes... lembu punya taik, tetapi sapi kena tuduh??

Kalau dikaji secara waras... bodoh sangat ke Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang hingga sanggup memainkan satu isu rasis macam ini, yang boleh menggugatkan kedudukan mereka??

Bangangkah mereka untuk menjeorpadizekan kedudukan mereka yang semakin diterima??

Isu ini merugikan siapa dan menguntungkan siapa??

For sure... kerajaan Pakatan yang rugi dan UMNO yang akan untung, kan?? Jadi... hangpa ingat, siapa dalangnya?? Yang dapat rugi atau yang dapat untung??

Apa-apa pun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberi tempoh 7 hari kepada si Farid Saad, ADUN Pulau Betong untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka. Namun setakat ini dia belum berbuat demikian.

Well then.... in that case, we'll see you in courty
A Mum Of Three Mohd

Read more ...

MB Terengganu fitnah PAS Parti ajaran sesat, tetapi kecut bila diajak berdebat

Umno dicabar laksana hudud di Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/hanafiah.JPGKEMAMAN - Penolong Setiausaha PAS Terengganu mencabar kerajaan negeri Terengganu yang diketuai oleh Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, Hudud dan Qisas yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas percakapan Ahmad disebuah sekolah disini baru-baru ini, yang menuduh PAS mengamalkan fahaman sekular kerana menghantar anak-anak ahli mereka ke sekolah kebangsaan.

Terdahulu, Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai menolak dakwaan Ahmad yang menuduh PAS adalah parti ajaran sesat.

Katanya,Ahmad Said berceramah di dua tiga tempat mengatakan PAS ajaran sesat, tetapi apabila diajak untuk berdebat bagi menentukan kebenaran, Umno menolak pelawaan PAS.

"PAS berbalah dengan Umno kerana aqidah, MB Terengganu berceramah mengatakan PAS Parti ajaran sesat, tetapi bila kita ajak berdebat, dia tak mahu berdebat,"tegasnya

Beliau mengingatkan kembali seluruh rakyat Terengganu bahawa Ahmad Said lah yang telah meruntuhkan masjid Kampung Bujal.

Menurutnya, ketika pemerintahan PAS Terengganu, PAS yang telah meletakkan al-Quran dan as-Sunnah dan Imak serta qias sebagai hukum tertinggi kerajaan Terengganu.

"Saya cabar Ahmad Said melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri,"katanya ketika berucap di majlis penerangan di Kampung Tuan, disini, Selasa 14 Februari

Katanya, undang-undang tersebut juga telah direstui oleh al-Sultan negeri Terengganu dan diwartakan

Namun apabila Umno dan Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan pada tahun 2004 undang-undang tersebut tidak dikuatkuasa.

Turut menyampaikan ucapan adalah ADUN Sura yang juga Yang DiPertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Ramly dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Presiden ANAK, Mazlan

Read more ...

Ini baru dinamakan YB rakyat

Bergegas kongsi kedukaan rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0268.JPGDUNGUN - Khabar tentang sebuah rumah penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, terbakar dan seorang warga emas meninggal dunia, diterima ketika beliau sedang menyampaikan ceramah di Kampung Tuan, Chukai, Kemaman.(Dengar Ceramah)

Seusai majlis penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN Chukai itu, kira-kira jam `12.27 tengah malam, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly segera beredar.

(Gambar kanan - Ustaz Wan Hassan mebdapat penerangan daripada Haji Zakaria)

Beliau bergegas pulang, untuk sama-sama berkongsi dan merasai 'kedukaan rakyat' yang ditimpa musibah.

Tidak sampai tempoh sejam kemudiannya, kira-kira jam 1.15 pagi, beliau sudah berada di rumah nombor 783 Kampung Lot Comel, Dungun.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0269.JPG(Gambar kiri - Ustaz Wan Hassan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada anak pemilik rumah)

Beliau hanya boleh melihat kerangka kayu-kayu hitam yang telah menjadi arang, tidak lagi berupa sebuah rumah, kerana ia telah hangus keseluruhannya.

Menanti beliau ditempat kejadia adalah sekumpulan anak-anak muda yang memakai 'vast' bertulis 'Unit Bantuan Bencana DUN Sura' (UBBDUNS) yang di ketuai oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan Haji Zakaria.

Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat serta 8 anggota, beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan pihak polis turut berada di lokasi.

Bomba memuji kecergasan UBBDUNS

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0266.JPGBuletinonline dimaklumkan, pemilik rumah tiada dan anak lelakinya pula keluar untuk minum di gerai berhampiran ketika kejadi berlaku.

Selepas menemui anak pemilik rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi, Ustaz Wan Hassan beralih, menemui para anggota bomba (gambar kanan) yang telah berjaya memadamkan api dari merebak ke rumah sebel;ah menyebelah.

Menurut maklumat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat,kebakaran berlaku sekitar jam 10. 30 malam dan punca kebakaran masih belum diketahui.

"Punca (kebakaran) tu tak tahu, samada elektrik ke (lintar pintas) atau (puntung) rokok ke, berdasarkan maklumat dari jiran-jiran, pukul 10 lebih dia (anak pemilik rumah) tinggalkan (rumah) pergi minum air,"terang Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah, Tuan Mohd Suki Anuar ketika ditanya Ustaz Wan Hassan

Kata Tuan Mohd Suki, ketika anggotanya sampai di tempat kejadian jam 11.10 malam, api telah 'tebal', namun pasukannya dapat mengawali dan memadamkannya kira-kira 30 minit kemudian

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0262.JPG
"Kita dapat kawal pada jam 11.40 tu, yang mana (ber)nyala-nyala tu kita padam dah, kita buat pemadaman api yang bernyala,"jelasnya.

Tuan Mohd Suki turut memuji UBBDUNS yang disifatkannya, bersama-sama dengan pihak Bomba, bertungkus lumus memadamkan api.

"Dia orang ni (UBBDUNS) memang baguslah, kita dengan pakaian perlindungan kita, tapi dia orang dengan pakaian gini je (vast sahaja),"katanya yang turut menerima cadangan UBBDUNS dilatih sebagai pasukan bomba sukarela bagi DUN Sura. (Dengar perbualan Ustaz Wan Hassan dengan pegawai Bomba di Buletinonline Radio)

Read more ...

Lokman macam tak da isu lain, dari dulu dok ceramah benda yang sama

Azizah: Baju saya tak semahal itu

Sesiapa yang pernah dengar ceramah Lokman Nor Adam pasti tidak mahu mendengar ceramahnya untuk kali ketiga kerana ceramahnya mengulang isu yang sama. Isu yang diutarakan tidak langsung dibuktikan hanya sekadar tuduhan beliau terhadap Anwar sekeluarga.

Isu Wan Azizah pakai baju mahal dah muak untuk didengar tapi diulang-ulang kerana Lokman dah tak ada isu. Namun , walaupun orang muak Utusan Meloya masih memberi tempat terhadap isu yang Lokman bangkitkan.


Siapa yang akan percaya Wan Azizah pakai baju semahal itu, tapi jika Ro$mah boleh percaya, malah lebih mahal daripada itu pun ada.

pkr convention 281110 wan azizah wan ismailPresiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail cuma ketawa terhadap dakwaan pemimpin Umno bahawa beliau memakai pakaian terlalu mewah semasa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.

Ditemui Malaysiakini hari ini, Wan Azizah (kanan) menafikan mengamalkan gaya hidup mewah, tetapi mengakui pakaiannya sedikit mahal ketika suaminya berada dalam kerajaan, berbanding sekarang.

Sambil berjenaka, Wan Azizah berkata, beliau gembira orang menganggapnya berpakaian dengan elok walaupun tidak mahal.

Dalam ceramah di Bayan Baru semalam, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.

Read more ...

Ali Rustam bakal guna polis elak 'berdebat' dengan Anwar

Ali Rustam ajak pemimpin PR main sorok-sorok atas pentas

WarkahDaily – Malu sungguh rakyat Melaka mempunyai seorang ketua kerajaan seperti Ali Rustam. Apa tidaknya, ada ke ajak pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) main sorok-sorok atas pentas bersempena pilihanraya kecil (PRK) Dun Merlimau di Melaka.

Ada ke patut, lagak berani dan jantan tapi rupa-rupanya pengecut dan bacul. Tiada sesiapa dalam sejarah perdebatan, ’engkau duduk atas pentas engkau, aku duduk atas pentas aku’ untuk laksanakan perdebatan.


Woi!...engkau ingat senang ke nak cabut bila terburai segala rahsia ketidakpandaian engkau orang memerintah. Ya lah, bila engkau duduk atas pentas engkau, bila kena bantai oleh pemimpin PR, nanti diam-diam pulak engkau cabut lari.


Hahaha...macam main sorok-soroklah pulak. Kalau betul berani, biarlah ‘gentle’ duduk atas satu pentas, kemudian berdebat apa sahaja yang terbuku di hati. Jangan duk main cabar tapi berselindung di sebalik kelambu engkau orang.

Harakahdaily - Pelbagai pihak menyifatkan cabaran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mencabar pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) berdebat dengan cara berceramah bersebelahan sebagai kebudak-budakan dan tidak matang.

Akhbar semalam melaporkan, Mohd Ali (gambar) berkata beliau boleh menjawab apa yang diperkatakan oleh penceramah PAS secara terus dengan berceramah di sebelah ceramah PAS.


Timbalan Ketua Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata Ali Rustam tidak faham maksud debat sebenar.


"Cadangan beliau untuk berdebat secara bersebelahan adalah cadangan yang menggelikan dan kebudak-budakan.


"Itu bukan debat, itu melolong dari jauh yang menyebabkan pendengar dari kedua-dua pihak tidak akan mendengar apa yang diperkatakan oleh pendebat," ujarnya.


Menurutnya, Pengerusi Perhubungan Umno Melaka itu sebenarnya takut untuk berdebat secara profesional kerana tidak mampu berhujah dan tidak ada fakta yang boleh menjawab apa yang diperatakan oleh pimpinan PR.


Ahli Jawatankuasa Keselematan Jentera Pilihanraya Dun Merlimau, Johar Dawi secara sinis pula mencadangkan jika Ali Rustam takut untuk berdebat dengan pimpinan PAS lebih baik diam.


"Kalau takut untuk berdebat beliau sepatutnya berdiam diri dan tidak membuat cadangan yang menyebabkan rakyat tergelak kerana komedi yang dibuat oleh beliau.


"Inikah 'standard' seorang Ketua Menteri yang memerintah sebuah negeri yang dikatakan maju, otak dan minda dia sendiripun belum maju," ujar Jauhar dengan sinis.


Petugas Pejabat Penerangan PAS Dun Merlimau, Irwan Aziz pula berkata setahunya PAS Melaka sudah lama menyahut cabaran Ali namun sehingga kini tidak bersedia untuk berdebat dengan PAS secara profesional.


Katanya, cabaran Ali Rustam sudah lama disahut oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani tetapi sering berdolak dalik dan memberikan alasan.


“Tindakan beliau yang mencadangkan debat dilaksanakan secara bersebelahan amat menggelikan hati dan membuktikan beliau tidak berani berdebat secara berdepan.


“Mana ada orang berdebat dari jauh atau bersebelahan, di Amerika dan lain-lain Negara maju pimpinan mereka berdebat di atas pentas yang sama, rakyat dan wakil media bertanya secara spontan dan kedua-dua pendebat menjawabnya,” ujarnya.


Menurutnya, tindakan Ali Rustam yang mencadangkan debat dilaksanakan secara berselahan merupakan debat cara orang penakut dan tidak berani berdepan.


PRK Merlimau : Kalau Ali Rustam Anak Jantan, Mari Berdebat Malam Ni!!

Oleh: addin_77

"Pada jam 9.00 malam ni, di rumah Hj. Ibrahim di Permatang Serai akan diadakan ceramah perdana DS Anwar Ibrahim dan penceramah popular PAS, Abang Mat Sabu. Malam ni pasti hangat dengan kehadiran penceramah-penceramah berkaliber dari Pakatan Rakyat. Isu-isu yang dibangkitkan pasti memanaskan punggung UMNO BN terutamanya Ketua Menteri Ali Rustam merangkap Pengarah Pilihanraya BN DUN Merlimau.

Umum mengetahui, dalam kenyataan medianya pada 13 Feb lalu, Ali Rustam bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Namun, debat yang dicadangkan Ali Rustam adalah debat bersebelahan, pentas berasingan. Ini debat pondan namanya, bukan debat anak jantan.


Sebenarnya, Ali Rustam tak berani nak berdebat secara berdepan dan gentleman. Ini kerana Ali Rustam tak pandai berdebat, cuba dilihat di sidang DUN Melaka pun beliau tak mampu berhujah dengan baik. Pembangkang yang diwakili 5 ADUN DAP berhujah dengan menggunakan fakta tetapi dijawab oleh Ali Rustam dengan semberono, macam sembang kedai kopi..jawab tanpa fakta!!

Inikan pulak nak berdepan dengan DS Anwar Ibrahim dan Abang Mat, nescaya Ali Rustam lebih berbuih mulutnya daripada Ahmad Shabery Cheek. Namun, saya berharap Ali Rustam dan kuncu-kuncunya janganlah berdebat ala pondan pada malam ni, malu kat orang-orang kampung. Kalau Ali Rustam anak jantan, mari berdebat secara terbuka pada malam ni..

Dengar kata polis tak mahu beri permit ceramah Anwar, kononnya tempat sempit. Dah tahu sempit kenapa benarkan Umno buat ceramah dekat situ, bukankah Umno menyemak saja.

Read more ...