Thursday, September 22, 2011

PANAS!!!Rakaman aksi lucah yang didakwa Pegawai Kastam tersebar

Blog-blog pro kerajaan hari ini telah mendedahkan mengenai satu video klip yang mereka dakwa sebagai rakaman seorang Pegawai Kastam bersama pelacur yang disyaki warga Russia atau Uzbekistan.

Blog The Unspinner, House PK dan juga PapaGomo dipercayai antara yang terawal memuatkan link video berkenaan.


Rakaman yang berdurasi selama 5 minit dan 21 saat itu dipercayai dirakam menggunakan cctv yang dipasang didalam bilik berkenaan. Tarikh di rakaman itu menunjukkan ianya dibuat pada 31 May 2011 manakala kes kematian seorang pegawai Kastam pula ialah pada bulan April tahun yang sama..


Mereka mempersoalkan, apakah ini ada kaitannya dengan kes kematian mengejut seorang pegawai Kastam di SPRM dimana keputusan inkuesnya akan diketahui hari ini?


Sudah pasti dengan pendedahan oleh blog pro kerajaan ini akan sedikit sebanyak menjatuhkan imej Kastam di dalam negara.Rujuk

Rakaman aksi lucah yang didakwa Pegawai Kastam tersebar.

Read more ...

Timbalan Menteri pun boleh tipu Najib?

http://delcapo.files.wordpress.com/2009/03/jibby-funny-face.jpgKepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semakin dipertikai kerana bukan sahaja mudah diperdaya ‘Golden Eye Boy’ dalam projek NKRA; malah ditipu hidup-hidup oleh seorang Timbalan Menteri.

Dalam kejadian terbaru, seorang Timbalan Menteri telah menemui beliau merayu agar menyalurkan bantuan segera RM3 juta daripada Tabung Bencana Alam Negara bagi membantu penduduk kampung yang menjadi mangsa banjir.

Pada mulanya Najib tidak sedar kehadiran Timbalan Menteri berkenaan yang menunggu di dalam kereta di luar kediaman beliau, namun apabila pulang daripada menjalankan tugas rasmi negara pada jam 2.30 pagi, kereta Timbalan Menteri berkenaan masih berada di situ.

Setelah memberikan pelbagai alasan dan menunjuk muka 20 sen, Najib dengan penuh percaya telah menyerahkan RM1.3 juta sebagai pendahuluan untuk diagehkan kepada mangsa banjir.

Namun malangnya, pada keesokan harinya, Najib dikejutkan dengan berita daripada pegawai risikan bahawa Timbalan Menteri berkenaan dilihat memasuki Kasino di Genting Highland dan telah menghabiskan habis RM1 juta untuk berjudi dan kalah kesemua wang tersebut.

Mengikut maklumat daripada Pegawai terdekat Timbalan Menteri berkenaan, hanya RM300,000 sahaja daripada jumlah yang diberikan Najib telah diagehkan kepada mangsa banjir dan pihaknya masih menunggu baki untuk dilunaskan./sabahkini

Read more ...

PEMUDA UMNO BACUL!!! Gangu ceramah Anwar di Melaka


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya rakyat negeri ini akan membuat kejutan besar pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kelak.

“Ini firasat saya. Dalam dua, tiga bulan kebelakangan ini, kita nampak bibit-bibit kebangkitan yang ketara. Insya-Allah,” katanya.

Seperti Johor, Melaka dianggap kubu kuat Umno tetapi tanggapan itu kian meleset berikutan pertambahan drastik penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu.

Ceramah itu bersempena program Pentas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Markas KEADILAN Ranting Pengkalan, Alor Gajah di sini, malam semalam.

Kira-kira 2,000 penduduk tempatan mengikuti program yang berlangsung di perkarangan markas yang terletak di perkampungan Melayu.

Naib Presiden, N Surendran; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin, hadir sama.

Pada ucapannya, Anwar yakin Melaka mampu ditawan walaupun negeri itu dilabel kubu kuat Umno berikutan keputusan PRU 12 menunjukkan banyak kubu kuat Umno dimenangi Pakatan Rakyat.

“Permatang Pauh kubu kuat Umno. Selangor juga kubu kuat Umno tapi, pada pilihan raya (umum) lalu, kita tawan. PRU 13 ini, Melaka boleh ditawan atau tidak?”

“Boleh!” sahut sorakan orang ramai dengan penuh semangat sambil sebahagian besar menjulang tangan.

Namun, kata Anwar, anak muda negeri itu perlu rajin mendapatkan maklumat sebenar penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk disebar kepada umum.

“Google. Cari sendiri. Nilaikan. Apakah ini (ucapan beliau) fitnah atau fakta yang cuba disorok kerajaan Umno. Kemudian, sebarkan,” katanya.

Terdahulu, kehadiran Anwar diganggu sekumpulan Pemuda Umno diketuai Lokman Adam tanpa dihalang, apatah lagi ditangkap walaupun kira-kira 50 anggota polis ‘berkawal’di Pusat Khidmat KEADILAN di Taman Asean.

Malah, ucapannya di dewan pusat khidmat itu juga disabotaj pihak tertentu apabila bekalan elektrik terputus ketika Anwar mengupas isu ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat.Utara News

Read more ...

MARI BACA!!! Wayang terbaru Ali Rustam ala Shah Rukh Khan

SEMALAM gua terbaca satu berita pelik di media propaganda United Malays No Otak, Utusan tentang isu judi di Negeri Melaka.

Gua tertanya sendiri apa sudah jadi? Sejak bila Utusan sudah pandai hentam negeri United Malays No Otak? Ini sudah sampai tahap berita ajaib! Keratan berita ini patut jadi benda ke lapan ajaib di dunia [Utusan].

Rupa-rupanya baru gua faham, ini kisah ada ketua menteri nak main wayang sebab nak jadi hero. Maka tak jadi gua nak panggil orang World Guiness Book of Record datang Malaysia untuk rakamkan petikan berita ajaib dari Utusan.

Dia punya sifir mudah, bila pengarah filem nak buat cerita Superhero kisah Suami Lady Gajah yang hebat, maka watak jahat perlu diwujudkan, barulah Superhero boleh dianggap hero, maka watak Mat Sembab yang jahat akan dicipta.

Suami Lady Gajah yang hebat akan berlawan dengan Mat Sembab yang jahat selama 7 hari 7 malam. Ending cerita semua penonton di pawagam dah tahu. Suami Lady Gajah yang Hebat akan menang dan dianggap hero.

Lu orang tengok sendiri, semalam keluar berita di Utusan konon Melaka banyak pusat perjudian, tak sampai 24 jam keluar pulak berita Kerajaan Negeri Melaka lancar perang habis-habisan kah kah kah [Utusan]

Seperti biasa macam cerita kat pawagam tu, hero mesti menang beb. Cuba tengok petikan berita kat atas ni, punyalah dahsyat gerakan Ali Rustam membanteras judi sampai syarikat bekalan air Melaka pun kena masuk campur kah kah kah...

Apa ending cerita ni? Lu fikirlah sendiri...

RentaP© "Kalau Utusan hentam BN, itu maknanya Rosmah Mansor tak suka shopping..."


Read more ...

TERBUKTI!!! SPR penipu berlesen UMNO!!

Terima bantahan PAS, SPR gugur 52 nama

NONESuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju untuk menggugurkan 52 nama yang meragukan daripada daftar pemilih di kawasan berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ia adalah daripada sejumlah 58 nama yang disenaraikan dalam bantahan PAS Shah Alam kepada SPR.

Keputusan itu dibuat selepas SPR mengadakan pendengaran terhadap bantahan tersebut Isnin lalu.

Manakala enam nama lagi dikekalkan dalam daftar pemilih selepas SPR berpuashati dengan penjelasan mereka.

Bercakap dalam sidang media di perjabat PAS Selangor hari ini, Khalid berkata dua daripada mereka yang digugurkan daripada daftar pemilih adalah dua orang yang dipercayai warga Indonesia, yang hadir dalam pendengaran tersebut.

Khalid berkata dua warga asing tersebut dikenali sebagai Erman Syamsuddin dan Edi Rabaini, masing-masing mengundi di Kampung Jawa dan Kampung Kuantan - dalam kawasan parlimen Shah Alam.

"Mereka datang bila kita buat bantahan di SPR. Mereka dipanggil untuk hadir. (Kita) Buat bantahan, orang yang kena bantah itu kena datang.

"Kalau tak datang, dianggap diterus gugur, bukan orang bermastautin. Mereka datang, (dan) mereka (kata) baru dapat kad pengenalan ini.

"Dia pun tak daftar sebagai pengundi... Dia kata, tak tandatangani apa-apa borang. Dia cakap loghat Indonesia masih pekat lagi," kata Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, mereka menerima alasan keenam-enam warga asing itu kerana kesemuanya memang mendaftar sebagai pengundi dan menetap di Shah Alam.

Khalid berkata, pihaknya perlu membayar RM10 bagi setiap bantahan dan perlu membayar RM150 bagi setiap seorang yang hadir sebagai "gantirugi dia bercuti dan datang ke SPR".

Pihaknya juga telah menjelaskan bayaran tersebut, tambahnya.

Dalam sidang media itu juga, setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata pendengaran bantahan mereka didengar di Kuala Selangor hari ini, manakala pendengaran di Subang berlangsung kelmarin.

"Daripada tuntutan kita itu, 90 peratus kita menang. Bermakna 90 peratus itu mereka hadir dan Mereka tidak didaftarkan oleh sesiapa," dakwanya.

Sehubungan itu, katanya, jika ini berleluasa, mereka akan membuat laporan polis sebagai kes penipuan dan akan memantau sesiapa yang masuk Selangor.

Tempoh bantahan daftar pemilih bermula Isnin lalu dan berakhir minggu hadapan. Semua bantahan dibuat Ogos lalu.

Read more ...

KANTOI!!! Katak belaan UMNO silap melompat

6 September lalu Lidah Rasmi UMNO telah melaporkan..

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera yang didakwa mempunyai unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.


Pengerusi KITA negeri, Tan Tee Beng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menyalurkan dana RM50 juta bagi pembinaan tempat letak kereta tersebut walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sehubungan itu katanya, SPRM diminta menyiasat Guan Eng serta MPPP berhubung pelaksanaan projek berkenaan yang salah di sisi undang-undang..

Itu sebahagian dari laporan Lidah Rasmi UMNO.

Nampaknya dalam isu ini Tan Tee Beng telah menyerbu membabi buta kerana beliau telah menuduh Lim Guan Eng menyalurkan dana RM50 juta bagi pembinaan tempat letak kereta tersebut walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Cuba baca kenyataan dari Pengerusi PDC Consultancy Sdn Bhd merangkap Pengurus Besar Penang Development Corporation(PDC) Dato Rosli Jaafar, dipetik dari kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru diterima sebentar tadi..

Perhatikan tahun projek ini mula dilaksanakan..

Kenyataan Pengerusi PDC Consultancy Sdn Bhd,Dato Rosli Jaafar.

“Projek sebanyak RM5 juta dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Projek ini telah diluluskan oleh EXCO pada 2007 kepada PDC sebagai agensi pelaksana yang seterusnya diberikan kepada PDC Consultancy Sdn Bhd. Oleh kerana ia melibatkan PDC Consultancy Sdn Bhd pada 2007, Pengerusi PDC yang baru selepas Mac 2008 tidak diminta untuk memberikan kelulusan atau dimaklumkan tentang projek ini.

Memang wujud kelemahan isu rekabentuk yang tidak memenuhi kehendak piawaian yang boleh menjejaskan keselesaaan pengguna Pihak PDC Consultancy Sdn Bhd telah sebaik mungkin memperbaiki kelemahan rekabentuk khususnya mengurangkan kecuraman ‘ramp’ agar lebih landai dan boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.

Walaubagaimanapun, PDC Consultancy Sdn Bhd sebagai jurutera perunding sememangnya bertanggungjawab atas penyediaan rekabentuk dan pelaksanaan projek ini. Sebarang kesilapan dan kelemahan yang berlaku, sudah tentunya pihak pegawai PDC Consultancy Sdn Bhd bertanggungjawab dan bersedia diambil tindakan yang sewajarnya.

Buat masa sekarang, laporan dan langkah pembetulan kini dijalankan demi memastikan rekabentuk sejumlah 6 hentian bas dan 112 tempat letak kereta dapat beroperasi di atas lot yang seluas 0.62 ekar ini. PDC akan mematuhi arahan YAB Ketua Menteri agar sebelum dibuka, keselamatan awam dan peraturan MPPP mestilah dipatuhi.”

Dato Rosli telahpun memohon maaf bagi pihak PDC Consultancy Sdn Bhd atas segala kesulitan yang timbul dan akan secepat mungkin menyelesaikan masalah ini. Walaupun begitu, demi menegakkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan, satu jawatankuasa siasatan bebas akan ditubuhkan kerana kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa untuk disembunyikan.

Jawatankuasa siasatan bebas ini akan diadakan agar sesiapa yang bertanggunjgawab atas kelemahan yang timbul, boleh diambil tindakan dan cara penyelesaian mengatasinya mendapat pandangan bebas ketiga. Penubuhan jawatankuasa siasatan dan terma rujukan siasatan ini akan diputuskan dalam mesyuarat EXCO hari ini.anak sungai derhaka

Read more ...

JASA UMNO!!! Pulau pun digadai, penduduk tempatan diusir

Gerombolan akan buat apa saja
sebelum jatuh ke tangan Pakatan Rakyat

Pemuda PAS hari ini membidas kerajaan negeri Sabah kerana berdiam diri membiarkan tiga pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di pasaran antarabangsa.

Menurut ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah tidak bertanggungjawab bagi kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik swasta untuk menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan pedalaman.


Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan milik persendirian.


"Pemuda PAS terkejut bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur hanya boleh memberi kelonggaran kepada beberapa individu tertentu untuk memiliki pulau-pulau itu tetapi pada masa yang sama jabatan itu merampas hak tanah adat," katanya dalam satu kenyataan.


“Bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan?” soalnya.


Semalam, pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah untuk jualan, seperti yang diiklankan di www.privateisland.com dan bahawa pemiliknya mempunyai hak untuk melupuskan harta yang dimiliki mereka.


Akhbar tempatan The Borneo Post memetik Osman sebagai berkata tiada lagi urusniaga membabitkan pulau-pulau berkenaan - yang tegasnya perlu terlebih dahulu melalui pejabatnya untuk pengesahan status hartanah itu.


“Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.


“Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!” katanya.


Menurut Lahirul lagi, jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.


“Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing.


“Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka,” katanya.

Read more ...

PARIS oh PARIS!!! Pendakwaan kes Scorpene semakin dekat

Nasib Najib makin kelam
sebab pendakwaan skandal Scorpene
bakal difailkan tak lama lagi


Peguam kedua Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mengendalikan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene, Joseph Breham akan berada di kota London pada 30 September ini.

Breham akan hadir bagi memaklumkan tentang perkembangan kes itu pada majlis mengumpul dana kes berkenaan yang kini difailkan di Mahkamah Terbuka Perancis, kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.


Menurut Cynthia, satu forum akan dianjurkan Suaram di mana Breham akan memberitahu perkembangan terbaru dan langkah yang diambil bagi mempercepatkan proses pelantikan hakim.


“Forum ini dibuat untuk warga Malaysia yang menetap di London dan mereka akan dijelaskan serta diberitahu perkara sebenar yang berlaku,”katanya.


“Sementara itu, kita sedang menantikan perlantikan hakim yang bebas di mahkamah terbuka,” kata Cynthia kepada Keadilandaily.com.


Cythia sebelum ini berkata Breham tidak bercadang ke Malaysia bagi mengelak dihalau Jabatan Imigresen negara ini, seperti yang menimpa seorang lagi peguam lantikan Suaram, Wiliam Bourdon Julai lalu.


“Kita tidak dapat anjurkan lagi forum terbuka seperti ini kerana kita tahu kerajaan dibawah pemerintahan (perdana menteri) Najib tidak akan benarkan maklumat dikongsi kepada rakyat,” kata beliau.


Menurut Cyntha, beliau meletakkan sasaran seramai 500 akan menghadiri forum terbuka ini.


Joseph Brehem
Ops Scorpene’ dilancarkan Suaram bagi meraih dana siasatan kes yang difailkan di Mahkamah Perancis pada Disember 2010.

Ia melibatkan pemberian komisen sebanyak RM493 juta yang dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Komisen berkenaan telah mengheret satu pembunuhan kejam terhadap penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mempunyai skandal dengan Razak Baginda dan Najib Razak.


Akhbar Suara Keadilan sebelum ini pernah mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta.


Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.


Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.


Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham memfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam tersebut yang menyalahi undang-undang negara itu.

Read more ...

RAHSIA BESAR!!! Najib kemaruk nak tawan Selangor


Rahsia besar Najib kini terlondeh dan terdedah!

Patutlah Najib terliur sampai ke sudah nak rampas Selangor dari Pakatan Rakyat.


Rupa-rupanya ada udang di sebalik megi!


Dengan kedudukan kewangan kerajaan negeri yang sangat kukuh, wang TUNAI berjumlah RM1.1 bilion berada dalam simpanan, jelas tidak syak lagi Najib akan sanggup menggunakan apa saja taktik dan tipu helah bagi memastikan Selangor kembali ke pangkuan Umno-APCO.


Jika nilai sebesar itu diterjemahkan dalam bentuk syarikat, pasti mana-mana bank berebut-rebut mahu menghulur pinjaman kerana yakin dengan prestasi kewangan dan amanah dalam menguruskan perbelanjaan di samping mengamalkan etika jimat cermat walaupun mempunyai dana yang besar.


Tetapi malangnya, Najib tidak kira semua itu, pada hemat berpaksikan syaitannya, siapa pun yang akan menjadi Menteri Besar tidak penting asalkan wang rakyat RM1.1 bilion tersebut menjadi miliknya dan Rosmah Mansor.


Ketua Audit Negara sekarang, Ambrin Buang pasti tidak terkejut dengan pengumuman Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar kerana atas nasihat dan tunjuk ajar Penasihat Kewangan Negeri yang juga Ketua Pembangkang Anwar Ibrahimlah Selangor kini berada pada kedudukannya sekarang.


Jelas sekali matlamat Najib hanyalah berpaksikan nafsu syatian semata-mata dan bukannya mahu membela nasib rakyat seperti mana yang kerap dimainkan pemimpin Umno-APCO hinggalah letusan tsunami Mac 2008 membadai melenyapkan keangkuhan parti yang semakin reput dari dalam itu.


Dan diharapkan agar lebih 280 ribu pengundi hantu yang diimport dari Indonesia akan bertukar hatinya dengan izin Allah SWT memangkah Pakatan Rakyat apabila tiba masanya nanti, amin...


JALAN PULANG



Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.


“Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.


Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.


Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.


Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.


Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.


Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.


“Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini,” ujarnya.


Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.


Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.


Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.


Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.


Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.


Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.


Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.


Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.


Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.


“Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara,” katanya.


Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada.


“Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek,” katanya lagi.


Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk.


“Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar,” katanya.


Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.


Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta.


Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta.


“Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta,” katanya.

Read more ...

PARAH!!!Ketua Polis pun buat kenyataan bagi pihak UMNO?



Apabila pegawai tertinggi Kerajaan termasuk Ketua Polis Negara sudah keluar kenyataan BERAT SEBELAH memihak Umno-APCO, hancurlah negara ini.

Inilah yang dibuktikan apabila Ismail Omar tanpa berselindung tanpa prejudis (ASTRO Awani - dua kali lima) menyatakan bahawa BN boleh kalah teruk dalam pilihanraya umum jika isu mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak diuruskan sebaik mungkin oleh Najib .


Lihat!


Apakah kita mahu Ismail Omar terus melacurkan dirinya di bawah Najib dan menekan Pakatan Rakyat dengan kuasa polis yang telah disalah gunakan?


Sekiranya Ismail Omar ini ketua polis United Kingdom, sudah lama rakyat turun ke Trafalgar Square mendesak dia segera letak jawatan akibat tidak amanah dalam menjalankan tugsanya.


Kalau tak kena gaya, David Cameron pun terpaksa letak jawatan sama akibat kebiadapan ketua polisnya sendiri yang bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi dua tiga kerat elit politik untuk terus mengekalkan kuasa.


Tetapi ini Malaysia, penuh dengan "adab sopan santun tata tertib" yang tak bertempat cuma segelintir saja rakyat yang membantah dan selainnya takut bersuara menentang rejim kuku besi Umno-APCO dengan bantuan pencacai seperti Ismail Omar.


Yang pasti saat kehancuran Umno-APCO semakin hampir dengan tersiarnya kenyataan tidak bertanggungjawab ini.


JALAN PULANG



Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.


Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.


Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.


Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.


Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.


“Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata.


Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi,” kata beliau.


Justeru katanya,
“jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.”

Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk “Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju” dalam buku berjudul “1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020”.


Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.


Ismail berkata, tindakan pantas dan ‘pre-emptive’ yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini.


Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.


“Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti.


“Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang,” kata Ismail.


Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.


Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing.


Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.


Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.


Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.


Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.


Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.


Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.


Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Read more ...

DOLAK DALIH!!! Mahathir bila tak ada kuasa suruh laksana hudud, Muhyidin yang ada kuasa kata belum bersedia

Apapun alasan Muhyiddin, Umno-APCO
sememangnya tidak mahu hudud dilaksanakan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.

Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.


“Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini.


“Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ),” kata Timbalan Presiden Umno.


JALAN PULANG

Read more ...

MENAKJUBKAN!!! Dunia pasti terkejut, dubur Saifol boleh simpan air mani ' hidup ' selama 113 jam


Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald menyifatkan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana ahli kimia mampu menjumpai DNA dari rektum selepas 56 jam dan ditinggalkan 48 jam lagi secara terbuka, sebagai antara penemuan paling menakjubkan jika keputusan itu boleh dipercayai.

Dr McDonald berkata ia amat jarang sekali berlaku untuk menjumpai sperma selepas 113 jam berada dalam rektum, katanya merujuk kepada satu artikel 1997 yang ditunjukkan kepadanya dua hari lalu oleh pihak pendakwaan.


"Kes itu, bersama-sama dengan kes 1982 (yang sebelum ini menyatakan sperma boleh didapati selepas 65 jam), adalah hanya dua yang pernah didokumenkan. Dalam 99.9 peratus (kes), anda tidak akan dapat mencari sperma selepas waktu sebegitu lama.


"Walau bagaimanapun, kes (Anwar) ini merupakan satu-satunya (yang saya tahu) dalam dunia di mana sperma boleh dikesan selepas 56 jam dan diserahkan kepada ahli kimia dua hari kemudian, di mana anda masih boleh menemui sampel DNA yang baik," katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Ramkarpal Singh semasa pemeriksaan-balas hari ini.


Dr McDonald, dua hari lalu bersetuju dengan cadangan yang diajukan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri), berhubung penemuan berkenaan berdasarkan artikel yang bertajuk 'Sexual Assault and Semen Persistence' yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard.


McDonald berkata sepanjang pengetahuannya dan mengikut beberapa jurnal, DNA yang masih dalam keadaan baik boleh didapati pada sampel yang diperolehi dari rektum selepas lapan jam.

Read more ...

TERKINI!!! Benarkah Khalid Nordin bakal MB Johor ?

http://www.limkokwing.net/graphics/magic/magic_notes/khaled.jpgBN Johor mungkin terheret ke kancah perbalahan politik apabila akhbar-akhbar tempatan mula melaporkan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman mungkin digantikan pada pilihan raya umum akan datang.

Abdul Ghani, yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995, dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu. Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatan menteri besar itu.


Namun, baru-baru ini, khabar angin sekali lagi bertiup kencang di Johor bahawa BN mungkin meminta Abdul Ghani bertanding di kerusi parlimen dan menyerahkan jawatannya kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila akhbar-akhbar Cina melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail mencemar duli secara mengejut di rumah terbuka Aidilfitri Khaled di Johor.


Menurut laporan berkenaan ia seolah-olah tanda mendapat restu atau perkenan dari pihak istana.


Sultan Ibrahim menggantikan ayahandanya Alrmahum Sultan Iskandar Ismail pada Januari 2010. Almarhum dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Abdul Ghani.


Johor telah lama menjadi kubu kuat BN dan Umno. Tetapi bukan satu rahsia lagi, bahawa terdapat pelbagai puak dalam Umno di negeri itu.


Ada yang mengatakan perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak merancang untuk meletakkan penyokong-penyokongnya di negeri itu bagi 'memerhatikan' pergerakan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga berasal dari Johor.


Akhbar tempatan juga telah menyenaraikan beberapa nama sebagai calon-calon yang berpotensi untuk menggantikan Abdul Ghani.


Selain daripada Khaled Nordin, nama ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latiff Ahmad dan ADUN Pasir Raja Adham Baba juga berada di senarai berkenaan.Jalan Pulang

Read more ...

PENDAKWAAN TERPILIH!!! Mat Sabu kena, Zainal Keling tak kena

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Pakatan Rakyat mendakwa Datuk Seri Najib Razak tidak mengotakan janji untuk meningkatkan tahap kebebasan awam apabila mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu sebagai “berniat jahat” dan merupakan pencabulan terhadap janji-janji pembaharuan yang diumumkan Najib minggu lalu.


“Kita juga prihatin apa yang berlaku di Mahkamah Sesyen Butterworth, keputusan kerajaan untuk mendakwa Mat Sabu (gambar) bercanggah dengan apa yang diwar-warkan Najib sebelum ini.



“Kerajaan mengatakan mahu mansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) namun pendakwaan ke atas Mat Sabu adalah rakus dan berniat jahat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Pagi tadi, Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, 21 Ogos lalu.

Mohamad, 57, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan.

Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam ) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes.

Tambah Anwar, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP menentang gerakan komunis.

“Pendirian kita tentang komunis tidak berbangkit kerana kita menentang gerakan komunis militan.

“Kita membantah pendakwaan terpilih Mat Sabu,” katanya.

Read more ...