Thursday, March 8, 2012

TUPAI UMNO!!! Melompat sakan tapi buah tak masak di Kedah

http://www.juzlooq.com/blog/wp-content/uploads/tok-guru-nik-aziz.jpgPerutusan Mursyidul Am isu di Kedah

1. Saya merakamkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT di atas penyelesaian yang telah berlaku di Kedah setelah melalui kemelut dalam isu perlantikan exco baru-baru ini. Kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini enggan menerima jawatan mereka saya kira merupakan satu titik noktah terhadap krisis yang melanda PAS Kedah ini.

2. Saya minta kepada semua pendokong perjuangan Islam agar dapat bangun pada malam ini untuk menunaikan qiyamullail dan mendirikan solat tanda syukur kepada Allah SWT terhadap penyelesaian yang sungguh bermakna ini.

3. Kemelut ini saya kira sungguh istimewa, yang biasa didengar khususnya berlaku dalam kelompok sekular ialah pihak-pihak bertelagah kerana inginkan jawatan, tapi di Kedah, kemelut berlaku apabila ada pihak yang menolak jawatan. Di dalam silibus pengajian sekular, jawatan ialah lubuk untuk mencari kekayaan, membina empayar perniagaan dan pengaruh, justeru mana mungkin ia boleh ditolak begitu sahaja. Bahkan jika terbukti melakukan penyelwengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!

4. Saya simpati terhadap 'tupai-tupai' yang melompat keseronokan ketika kemelut ini berputik kerana mereka menjangka akan dapat 'menikmati buahnya'. Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan.

5. Alhamdulillah, inilah kaedah PAS melakukan penyelesaian. Krisis boleh ditangani dengan pertemuan dan mendengar luahan semua pihak. Di Kelantan, pernah beraku krisis melibatkan pertembungan antara Menteri Besar dan wakil rakyat kerajaan iaitu pada tahun 1978, jalan yang diambil bukannya perbincangan dan pertemuan, tetapi MAGERAN yang menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada masa itu. Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.



Bertarikh : 15 Rabiul Akhir 1423H bersamaan 8 Mac 2012M

Read more ...

TARIKH PRU 13!!! Selepas kakitangan kerajaan mendapat gaji +tunggakan, sebelum pemilihan UMNO Bahagian

Ramai yang menjangka Najib akan bubar parlimen pada bulan Jun ini, ada yang jangka awal 2013.

Bagaimanapun , perkembangan terkini tindakan Najib mengumumkan pembatalan SBPA dan kenaikan 13 % gaji kebanyakan kakitangan kerajaan disyaki ada kaitan dengan umpan pilihanraya.

Tunggakan gaji akan dibayar pada bulan April, maknanya kakitangan kerajaan akan mendapat pendapatan lumayan yang pasti mengembirakan mereka.

Jadi, pilihanraya sesuai di adakan selepas kakitangan kerajaan mendapat gaji dan tunggakan gaji pada bulan April.

Pemilihan UMNO peringkat Bahagian akan bermula Jun, biasanya pemilihan UMNO peringkat Bahagian akan menyebabkan perpecahan dalaman UMNO.

Justeru itu, bagi mengelakkan suasana tidak selesa kepada UMNO, parlimen akan dibubarkan sebelum pemilihan UMNO peringkat Bahagian bermula.

Bilakah tarikhnya Najib dijangka membubar parlimen? Semasa berlangsung Sidang Parlimen, mungkin di awal sidang. SPR akan ambil masa seminggu untuk umum tarikh penamaan calon.

Biasanya, penamaan calon berlaku dua minggu dari tarikh bubar parlimen. Tarikh pilihanraya pula dua minggu selepas penamaan calon.


Maknanya, tarikh pilihanraya berlaku hanya beberapa hari selepas kakitangan kerajaan mendapat gaji dan tunggakan.

Mengapa Najib perlu undi kakitangan kerajaan ? kerana undi orang Melayu luar bandar seperti orang kampung, orang Felda akan berpihak kepada UMNO/BN. Hanya undi kakitangan kerajaan sahaja tidak dapat dijangka.

Maka dengan gaji dan tunggakan gaji ini, Najib berharap mereka akan memberi undi terima kasih kepada UMNO/ BN.

Read more ...

MALANG RAKYAT SELANGOR!!! (Video) Dapat Menteri Kanggaru yang penipu

Noh Omar pun bersilat lah. Menepis sana, menepis sini. Cabaran MB supaya beliau hadir persidangan SELCAT membincangkan tuduhan penyelewengan hasil pasir yang selama ini keluar dari mulut beliau tidak disambut.

Sepanjang persidangan SELCAT berkaitan isu pasir, bayang Noh Omar pun tidak kelihatan. Mungkin ada di kalangan pemerhati yang hadir sepanjang SELCAT yang bernama Noh atau Omar, tetapi Noh Omar Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Selangor merangkap Menteri Pertanian tidak kelihatan sama sekali.

Maka, untuk menepis, dituduhlah SELCAT ini mahkamah kangaroo.

Soalnya sekiranya kedudukan SELCAT tidak sah, mengapa wakil Barisan Nasional merangkap ADUN Permatang juga hadir dalam persidangan tersebut? Mengapa YB Tuan Sulaiman bin Abdul Razak telah mewakili Barisan Nasional sepanjang persidangan SELCAT berlansung.

Malahan, diberitakan oleh pihak Media, YB Tuan Sulaiman bukan setakat menjadi penumpang tetapi turut mengaju soalan kepada para saksi yang tampil. Dan saksi2 yang ditanya oleh YB Tuan Sulaiman terpaksa memberi jawapan dengan jitu dan tepat di atas soalan2 dari wakil Barisan Nasional tersebut.

Adakah ini bermaksud, UMNO Selangor turut mengiktiraf sebuah mahkamah kangaroo seperti yang dikatakan oleh Noh Omar dan Mat Zin Mohammad itu?

Tulang Besi cuma nak kata, bangkai gajah sampai bila boleh tutup. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.

Sekarang ini, tiada siapa yang boleh kata nafi Noh Omar serta Mat Zin Muhammad ni penipu.

Di luar begitu kuat berkokok membuat tuduhan2 rambang. Tetapi, bila disuruh mengikut saluran yang betul, mereka menikus.

Begitu juga manusia bernama Raja Petra Kamaruddin. Jelas RPK skrg ni adalah alat UMNO dan menjalankan kerja-kerja kotor UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat.

Kalau RPK ni ada kejantanan, sudah tentu dia tidak takut untuk memberi keterangan di Sidang SELCAT hatta melalui panggilan telefon pun boleh.

Namun, RPK telah membuktikan dengan jelas beliau sekapal dengan Noh Omar dan Mat Zin Muhammad sebagai penipu-penipu besar

Tulang Besi


Read more ...

FITNAH BLOGGER UMNO!!! Kalau macam ni bini Guan Eng kena fitnah, lebih mudah la PR tawan Melaka


Nampak gayanya, puak-puak penchachai Umno dah takdak isu nak belasah DAP. Tambah-tambah di Melaka yang BN masih memerintah. Khabarnya Umno BN di Melaka pun dah tak sedap duduk lebih kurang macam Umno di Johor.

Kalau di Johor yang selama ni dianggap kubu kuat Umno pun Muhyiddin dan Ghani Othman seriau, inikan pulak Melaka yang bukan kubu kuat Umno. Tambah-tambah sejak PAS Melaka diterajui oleh orang muda, gerak kerja depa memang laju semacam. Orang cina di Melaka pun nampaknya semakin dapat menerima pemimpin PAS.


Jadinya, untuk pastikan Melaka kekal ditangan Umno BN, DAP mesti dipancung di Melaka. Kalau DAP Melaka boleh menang semua kerusi Dun, harapan untuk Melaka jatuh ke tangan pakatan Rakyat cukup besar. DAP di Perak boleh buat takkan DAP di Melaka tak boleh. Tambah-tambah pulak dalam keadaan pengundi Cina cukup meluat dengan Umno BN sekarang ni.


Kalau DAP boleh menang semua 8 kerusi Dun yang depa bertanding maknanya Pakatan Rakyat cuma perlu lagi 6 kerusi untuk dapat majoriti mudah. Takkan kut PAS yang semakin kuat di melaka tak boleh menang beberapa kerusi, macam tu jugak takkan PKR langsung tak boleh menang.

Aku malas nak buat analisa tapi aku yakin banyak Dun di Melaka yang pengundi cina lebih dari 20%. Kalau kecenderungan pengundi cina akan undi Pakatan Rakyat lebih 70%, kerusi yang pecahan pengundi cina lebih 20% memang ada harapan untuk dapat kepada Pakatan Rakyat.


Pasai tu lah penchachai Umno dah mula tembak pemimpin DAP. Nak tembak dengan bukti depa takdak, jadinya cara yang paling mudah depa buat fitnah.


Betty Chew adalah antara mangsa fitnah. Memang patutpun Betty Chew dijadikan mangsa utama pasai selain Adun dari DAP, Betty Chew adalah isteri kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP. Besar kesannya kalau ramai orang percaya fitnah ke atas Betty Chew.


Kat bawah ni aku salin tampal fitnah yang aku jumpa di blog penchachai Umno.



Konon depa nak bagitau, bukan isteri Najib ja teruk tapi isteri Guan Eng pun teruk jugak. Masalahnya, dakwaan ni langsung takdak bukti.

Dengarnya memang ada arahan jelas kepada semua cyber troopers Umno untuk buat fitnah kepada setiap bakal calon Pakatan Rakyat. Bila dah nama fitnah mana nak boleh ada bukti. Realitinya, depa tak perlu bukti pun pasainya memang majoriti rakyat Malaysia suka berita sensasi dan tak kisah pun nak semak betul atau tak berita sensasi tu.


Moga-moga Melaka pun akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan akan bertambah sorang lagi menteri besar dari kalangan orang PAS.

Sumber: Cenangau

Read more ...