Thursday, March 11, 2010

Keluar parti gali kubur bersama Umno












KUALA LUMPUR, 11 Mac :
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan beberapa ahli parlimen keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi wakil Bebas tidak membawa apa-apa erti sebaliknya menyuruh mereka berkubur bersama Umno.

Umno tidak mampu menyelamatkan politik mana-mana individu yang masih menaruh harapan kepada parti itu kerana ia bukan sahaja reput sehingga ke usus bahkan lumpuh segala anggota.

Amat malang bagi seseorang yang mahu lagi berkhidmat dengan Umno sedangkan semua orang tahu parti itu tidak layak memerintah ekoran kelemahan dari berbagai aspek.

Tindakan beberapa ahli Parlimen PKR itu merupakan pembersihan parti untuk mendapatkan kepimpinan yang lebih setia, kemas, bertrampilan dan berjiwa rakyat.

Barisan Nasional (BN) hanya nampak gagah di mata media tetapi pada hakikatnya rakyat tahu pengaruh mereka kian menjunam walaupun berbagai program dilancar umpamanya 'Juara Rakyat'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa merancang progam kononnya mengembalikan untuk Umno kepada rakyat setelah menyedari parti itu sudah kian jauh di hati rakyat.

Yakin dengan pencapaian pemerintahan Pakatan Rakyat di empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan berbanding di waktu pemerintahan BN yang lebih kepada projek untuk kroni.

Apabila Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan tender terbuka, pihak yang risau dan bimbang ialah kepimpinan Umno sendiri kerana mereka acap kali mendapat habuan dari projek yang diperolehi semasa BN dahulu. ar_rawa

Read more ...

PAS anjur pertandingan dam aji

Imej035-1.jpg picture by paspb












PARIT BUNTAR, 11 Mac : Permainan tradisi Melayu semakin dilupakan oleh generasi kini terutama golongan muda. Permainan seperti kunda kundi, sepak bulu ayam, guli, teng teng, congkak, dam aji, galah panjang adalah permainan klasik yang dikenali.

Namun begitu, ada badan dan pertubuhan yang masih bergiat mempertahankan permainan tradisi orang Melayu ini.

PAS Sungai Baru Pangkal telah membuktikan bahawa pertubuhan politik juga berusaha mempopularkan permainan tradisi Melayu apabila menganjurkan Pertandingan Juara Dam Aji.

Menurut Pengarah pertandingan Abdul Yazid Haji Sadri, sebelum ini peserta pertandingan ini hanya bermain secara suka-suka di kedai kopi.

Tetapi kali ini kita menjadikan permainan itu satu pertandingan yang menarik dan istimewa bagi penduduk di sini” ,” katanya ketika ditemui berlangsungnya pertandingan berkenaan

Abdul Yazit berkata, pertandingan yang melibatkan kategori individu ini telah menarik ramai penyertaan dan berlangsung dengan meriah.

“Peserta-peserta masuk bertanding bukan hanya kerana hadiah yang ditawarkan tetapi tetapi semangat untuk memasuki pertandingan serta berkumpul bagi memupuk perpaduan sesama penduduk” katanya.

Abu Kasim Haji Kadri telah muncul sebagai juara pertandingan dam aji apabila mengenepikan pencabarnya Aziz Sulaiman dalam pertandingan akhir.

Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan.

Read more ...

Mazlan ditangkap elak skandal Felda didedahkan










RAUB, 11 Mac :
P
engerusi Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dibebaskan pagi tadi dengan jaminan polis sebanyak RM3,000 dan seorang penjamin berhubung isu dialog bersama peneroka Felda Lembah Klau Selasa lalu.

Mazlan yang tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Raub kira-kira jam 10:30 pagi seterusnya dibebaskan oleh mahkamah setengah jam kemudian.

Semasa dihubungi Suara Keadilan Mazlan berkata beliau didakwa mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan atas tuduhan menceroboh kawasan Felda yang tertakluk di bawah Akta GSA 1960.

"Sekatan dan halangan ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan menghalang saya daripada menyampaikan maklumat dan fakta sebenar mengenai isu-isu semasa kepada peneroka Felda," kata Mazlan.

Beliau diberitahu terdapat surat pekeliling yang telah dikeluarkan menghalang beliau memasuki kawasan Felda di seluruh negara.

Mengulas mengenai penahanan Mazlan, Timbalan Pengerusi III KEADILAN Negeri Pahang Ram Ponusamy berpendapat penangkapan Mazlan ini telah dirancang lebih awal oleh pihak tertentu.

"Ada pemimpin-pemimpin besar tertentu khususnya Umno-BN yang ingin menghalang Mazlan dari terus bersuara membangkitkan isu dan masalah Felda dan menghalang proses demokrasi.

"Sudah tentu bukan sahaja pemimpin Pakatan Rakyat malahan rakyat Pahang khususnya peneroka Felda juga tidak gembira dengan perkembangan semasa.

"Ini kerana Mazlan sebagai anak peneroka FELDA sudah tentunya mempunyai dokumen dan bukti kukuh yang menyebabkan Umno-BN menjadi tidak senang duduk dan akhirnya menggunakan polis untuk menahan beliau dari terus bersuara", tegas Ram.

Jika sabit kesalahan Mazlan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali. -SK

Read more ...

Polis mangsa salahguna Umno










KUALA LUMPUR, 11 Mac :
P
ihak polis di Malaysia sentiasa digunakan sebagai hamba dan alat politik kepada kerajaan untuk menganggu dan melemahkan keutuhan Pakatan Rakyat yang semakin mengancam kedudukan kuasa Umno dan Barisan Nasional.

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-BN menyalahguna polis agar mengekang pengaruh besar Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak menentang mereka.

"Polis dipaksa mengikut perintah sebagai hamba abdi kepada kerajaan yang digunakan untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat Mereka sebenarnya tidak mampu menyerang kita.

"Banyak pemimpin Pakatan Rakyat sedang disiasat tetapi seorang pun tidak pernah gentar bersemuka dengan polis yang dianggap semut bawahan yang mengikut rajanya," kata beliau kepada lebih 20,000 penyokong pada ceramah sambutan ulangtahun kedua kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Anwar berkata tindakan kerajaan menggunakan polis membuatkan rakyat terus membenci mereka sehinggakan polis juga tidak lagi dihormati dan tidak diharapkan mampu menjaga ketenteraman awam.

Muslihat jahat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor sudah lama diketahui rakyat tetapi konspirasi mereka masih tidak mampu menundukkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana Pakatan Rakyat berkaya mewujudkan corak kepimpinan yang telus dan bersih serta bebas rasuah disamping membawa perubahan yang meberi manfaat kepada rakyat.

Ahli Parlimen Pematang Pauh itu kesal pihak polis sentiasa akur dengan arahan Umno-BN walaupun mereka menyalahi undang-undang yang negara.

"Pihak berkuasa menyiasat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan melanggar Akta Hasutan tetapi mereka (polis) tidak berani langsung mengambil sebarang tindakan terhadap menteri-menteri yang sentiasa ganas melanggar Akta Hasutan.

"Polis takut akan kezaliman pimpinan Najib dan juga terpaksa berikrar mengikut telunjuk Najib dan Rosmah yang menyalahguna kuasa mereka untuk mengkhianati pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," kata Ketua Pembangkang itu lagi. -SK

Read more ...

DAP kini sahabat setia PAS


SEREMBAN , 11 Mac : Pakatan Rakyat (PR) terus mempertahankan bahawa hubungan antara ketiga-tiga parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP tetap kukuh biarpun diselubungi pelbagai isu dan pergolakan sejak kebelakangan ini.

Justeru, slogan ‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’ yang dicetuskan PR Negeri Sembilan menjadi titik permulaan kepada mesej jelas bahawa segala konflik sebelum ini tidak menjejaskan hubungan antara ketiga-tiga parti itu.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konflik dalam PR sebenarnya menguatkan hubungan.

:Menurutnya, ini disebabkan PAS dan DAP tidak pernah meletakkan kepentingan sendiri sebagai agenda, sebaliknya masing-masing sentiasa berfikiran ke arah bersama-sama memantapkan PR.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah. Saya tengok, bila kita dipukul (dengan pelbagai isu) macam ni, saya tengok perpaduan kita, PAS, DAP dan PKR lebih kuat.

“Malah, apabila saya tengok jumlah kita (PKR) kurang (dalam Parlimen), saya nak bagi laluan kepada Lim Kit Siang. Belum sempat mesej di terima, Kit Siang jawab tegas iaitu DAP tetap pertahankan kedudukan saya sebagai Ketua Pembangkang.

“Begitu juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau minta semua ahli Pas tandatangan beri kerjasama beri sokongan terhadap saya. Mana nak cari sahabat macam ni?” katanya ketika berucap pada program Ceramah Perdana ‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’ di Pusat Komersial Oakland, dekat sini malam kelmarin.

Turut memberi ucapan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Anwar berkata, beliau penuh yakin PR akan terus menjalinkan kesepakatan dengan misi menubuhkan kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Bila saya mempengerusikan mesyuarat dengan PR, saya pening kepala. Ini realiti, kerana orang yang duduk mewakili tiga parti ini ada prinsip. Mereka tak peduli ada projek atau nak minta tanah.

“Tetapi pemimpin PAS, PKR dan DAP duduk di situ, kita bincang. Tiap perkara yang kita putuskan, kita kena muafakat. Ini baru boleh selamatkan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, program ceramah itu turut diselitkan dengan penyerahan dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara tiga pemimpin tertinggi parti dalam PR di Negeri Sembilan yang membuktikan mereka bersatu.SH

Read more ...

BN sengaja panaskan isu lompat parti

SEREMBAN, 11 Mac : Isu lompat parti membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) kebelakangan ini tidak mampu mengalih pandangan rakyat terhadap masalah dalaman parti dalam Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu tersebut sengaja dimainkan sebagai taktik untuk mengalihkan perhatian rakyat yang sememangnya tahu krisis kepimpinan dalam parti-parti komponen BN berlaku disebabkan banyak puak ingin berebut jawatan.

“Sebagai contoh, kita dapat lihat MCA sedang berdepan masalah memilih Presiden. Tiga calon berebut jawatan itu.

“Sebaliknya, kita dalam PR tidak berebut jawatan. Sesiapa sahaja yang layak berhak jadi pemimpin,” katanya ketika berucap pada program Ceramah Perdana ‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’ di Pusat Komersial Oakland, dekat sini, malam kelmarin.

Selain itu, kata beliau, BN turut melaksanakan pelbagai strategi untuk mengganggu pentadbiran Kerajaan Negeri di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah.

Bagaimanapun, katanya, semua strategi berkenaan tidak berupaya menjejaskan perpaduan dan kekuatan parti-parti komponen PR yang terjalin sejak 1999.

“Jelas terbukti keyakinan rakyat terhadap perjuangan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan retorik semata-mata. Rakyat lebih percaya terhadap PR yang memperjuangkan hak semua kaum di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam ceramahnya berkata, partinya berdepan pelbagai perang psikologi dilancarkan BN sejak empat dekad lalu.

Namun, katanya, DAP masih kekal bertahan hingga ke hari ini bagi membuktikan BN yang takut kepada pembangkang dan bukan sebaliknya.SH

Read more ...

DAP mula faham Islam


KOTA BHARU, 11 Mac : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kerjasama antara PAS dan DAP membuahkan hasil yang baik apabila pemimpin parti itu mula memahami agenda perjuangan PAS serta agama Islam.

Menurutnya, PAS bertanggungjawab melaksanakan agenda dakwah memandangkan budaya negara ini tidak mendekatkan orang Islam kepada masyarakat bukan Islam.

“Di Malaysia tak ada langkah nak perkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Tok guru dan tok lebai kita tak fikir bagaimana nak suruh orang masuk Islam, sekarang kita sudah dekatkan Islam kepada DAP, di mana salah kami?,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan PAS lebih berminat bekerjasama dengan DAP berbanding UMNO.

Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, DAP pernah bertindak keluar dari persefahaman satu ketika dahulu kerana tidak bersetuju dengan penggunaan nama Islam pada parti tersebut.

“Alhamdulillah mereka sekarang ini tidak marah. Dulu waktu kami dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), DAP paksa kami buang Islam dari PAS, kami kata tak boleh, Alhamdulillah, (sekarang) tanda mereka faham apa yang kami bawa ni bukan agama Islam yang menakutkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berkata, Kerajaan Negeri belum bercadang mengambil langkah mencatu bekalan air di negeri Kelantan berikutan keadaan kemarau, namun menasihatkan rakyat berjimat cermat.SH

Read more ...

Dua tahun PAS perintah lebih baik berbanding Umno


ALOR SETAR, 11 Mac : Pentadbiran dan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh PAS di Kedah cukup membanggakan walaupun usia pemerintahan baru berusia dua tahun berbanding diperintah oleh UMNO sebelum ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelbagai perubahan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan melaksanakan tugas dengan bersikap adil dan bebas daripada rasuah.

Menurutnya, UMNO yang berpendapat pentadbiran Kedah tidak memberikan perubahan kepada negeri adalah tidak benar dan UMNO sengaja tidak mengakui kemajuan negeri Kedah kerana bimbang rakyat tidak akan kembali kepada parti berkenaan pada pilihan raya akan datang.

“Mereka sengaja tidak akui kemajuan negeri kerana mereka bimbang rakyat tidak akan memilih UMNO pada pilihan raya nanti.

“Jika dilihat pada pentadbiran Menteri Besar sangat baik tanpa memberi tekanan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan memberi peluang untuk mereka membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mahfuz berkata, kebebasan yang diberikan oleh Menteri Besar kepada ADUN itu tidak dilakukan oleh pentadbiran UMNO sebelum ini yang banyak mencampuri urusan pentadbiran.

Mahfuz berkata, kebajikan rakyat yang turut diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri juga jelas menunjukkan sikap Menteri Besar sentiasa memberi keutamaan pada kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan politik.

Mahfuz berkata, kemajuan di Kedah sejak pemerintahan PAS adalah lebih baik berbanding Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan negeri lain yang kini diperintah Barisan Nasional (BN).SH

Read more ...