Saturday, July 23, 2011

Sebijik macam komunis


Oleh Zulkifli Yahaya

Perjalanan dengan bas dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sepatutnya tiba di Puduraya tetapi dilencongkan ke perhentian bas Jalan Duta. Pemandu bas meminta maaf terhadap kesulitan yang timbul, namun itu bukan salah mereka. Mulai detik 12 malam 9 julai 2011 semua bas tidak dibenarkan ke Puduraya.

Sama ada peserta Bersih atau individu yang tiada kena mengena dengan Bersih semua menanggung kesusahan yang sama apabila laluan ke pusat bandaraya Kuala Lumpur ditutup oleh pihak polis.

Saya bertanya pemandu teksi tempat terdekat dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur yang boleh dilalui dan bersedia untuk diturunkan di situ. Pemandu mencadangkan KL Central atau Jalan Ke Muzium Negara. Bersama rakan-rakan kami menaiki teksi namun hanya mampu sampai di hadapan muzium. Laluan ke KL Central juga ditutup. Anggota polis berkawal di mana-mana bagaikan medan perang.

Mereka yang meneruskan perjalanan hingga ke sekatan polis di hadapan muzium ditangkap dan dikerahkan menaiki trak. Saya dan seorang rakan buntu lalu berehat di hentian bas. Tiada siapa di situ kecuali kami berdua yang pada fikiran kami berhimpun hanya berdua di tempat yang selamat tanpa sebarang kekecohan bukanlah satu kesalahan. Akta Polis pun tidak boleh diguna pakai untuk dua orang yang berkumpul.

Rupanya jangkaan itu silap. Sekonyong-konyong sebuah kereta peronda meluncur laju menongkah laluan menuju kami. “Encik minta IC.” Selepas menyerahkan kad pengenalan, beg plastik saya yang hanya mengandungi kain pelekat dan sebotol air mineral digeledah.

“Encik ikut kami ke sana, kami nak kumpul bersama kawan-kawan encik di sana,” ujar seorang dari tiga anggota polis. Tindakan mereka sudah dihidu. Kami mahu diangkut menaiki trak polis dan ditahan entah di lokap mana. Rakan saya melenting, kami pun sama-sama berhujah dengan polis tersebut. Mereka tak terbalas hujah, lalu mengarahkan berdedar dari situ segera jika tidak mahu ditahan.

Pilihan yang ada ialah ke KL Central, menyusup melalui terowong bawah tanah kerana semua laluan dikawal polis. Di KL Central suasana kelihatan tegang apabila polis berkawal terlalu ramai. Asal saja terlibat kelibat orang yang syaki mahu menuju perhimpunan Bersih mereka dikelilingi anggota polis, diminta kad pengenalan dan diarahkan ke trak polis. Mudah sungguh mereka menahan orang seolah-olah semua rakyat Malaysia adalah disyaki penjenayah.

Seorang lelaki berusia kelihatan uzur dan hanya bertongkat sedang enak menikmati makanan juga diarah menaiki trak. Beberapa orang pelancong asing tertanya-tanya, apa yang berlaku?

Orangramai yang mundar mandir di situ kelihatan gelisah dan tidak ceria. Suasana yang berlaku mengingatkan kepada cerita Almarhum Ustaz Fadzil Noor sewaktu kembali dari lawatan ke Russia. Katanya di bandaraya Moscow orang jarang terseyum, semuanya berwajah serius dan jarang menyapa atau bergurau antara satu sama lain. Waktu itu negara kesatuan SovietUnion baru berkubur tetapi kesan pemerintahan komunis yang panjang menyebabkan rakyatnya hilang keceriaan hidup.

Asalnya komunis bukan suatu fahaman berasaskan keganasan. Komunisme sebagai anti-kapitalisme menggunakan sistem partai komunis sebagai alat pengambil alihan kekuasaan dan sangat menentang penguasaan modal oleh individu. Pegangan terhadap agama diperangi kerana dianggap ‘candu’. Di bawah pemerintahan komunis rakyat dipaksa menganut fahaman yang sama dengan kerajaan iaitu komunisme. Mereka yang berbeza dengan kerajaan dianggap musuh negara dan menerima padahnya. Maka disinilah bermulanya keganasan. Di SovietUnion ribuan ulamak dibunuh dan siapa yang mengamalkan agama secara terbuka dihukum.

Rakyat Malaysia, khususnya yang berumur melebihi 40 tahun, berjaya dipasakkan tanggapan bahawa komunis adalah pengganas berdasarkan peristiwa lampau yang benar-benar berlaku dalam negara. Keganasan askar komunis menyerang hendap tentera kita sekitar 60an dan 70an sangat membantu mensahihkan imej buruk komunis.

Kekejaman komunis terhadap rakyat yang enggan menerima komunisme hanya berlaku di negara komunis. Sebenarnya ancaman yang lebih besar dari kapitalisme dan agama bagi komunis ialah demokrasi. Ribuan para pelajar China yang bangkit menuntut demokrasi telah dibunuh beramai-ramai di Tiananmen Square pada 2 Jun 1989. Selepas peristiwa itu dan sehingga kini China belum dapat didemokrasikan.

Apakah kini rakyat China tidak dahagakan demokrasi? Tidak mungkin, tetapi lebih baik bagi mereka membungkam keinginan di dalam diri dari mendapat susah. Tapi percayalah suatu hari nanti kerajaan komunis akan hancur juga di China dan demokrasi yang tulen akan tertegak.

Jika ancaman bagi kerajaan komunis ialah demokrasi maka ancaman bagi kerajaan BN di Malaysia ialah demokrasi yang adil dan bersih. Malaysia bukan negara komunis tetapi perangai kerajaan Malaysia dalam mempertahankan kekuasaan seolah-olah meniru perangai komunis.

Menangkap seseorang tanpa sebab munasabah, mengharamkan baju yang mempunyai warna tertentu, menggeledah beg pakaian orang sesuka hati, mengubah laluan perjalanan orang mengikut kehendak mereka, membuat sekatan jalan di merata tempat sehingga menyusahkan orang, menghalang rakyat dari menuntut demokrasi yang adil; semua itu adalah perangai buruk yang selama ini dibuat oleh kerajaan komunis. Mereka menjustifikasikan semua tindakan menyusahkan rakyat itu kononnya untuk pencegahan walhal pencegahan sampai ke tahap itu tidak lain dari yang pernah dilakukan oleh kerajaan komunis.

Dengan media yang dikuasai mereka berkempen berminggu-minggu memburukkan imej Bersih, mengajak rakyat jangan sertai Bersih dalam pelbagai bentuk propaganda, mengaitkan Bersih dengan Kristianisasi, Yahudi, Hinduisme dan pluralisme agama, membuat beribu laporan polis, menganjurkan demonstrasi haram seluruh negara mengutuk himpunan Bersih, melakukan pelbagai provokasi serta ancaman untuk menghalang termasuk dari NGO yang disertai oleh para pendekar; namun rakyat tidak takut dan tidak peduli – lebih seratus ribu berarak di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya adil dan bersih!

Apa maknanya? Maknanya rakyat Malaysia hari ini tidak takut lagi akan ugutan ala komunis oleh BN dan BN akan tumbang seperti berkuburnya kerajaan komunis SovietUnion.

http://warta-utara.blogspot.com/

Read more ...

Semua duit Kerajaan Pusat beri memang duit rakyat , bukan duit UMNO



SHAH ALAM 23 JULAI : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merendah-rendahkan usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjimat cermat demi memastikan hasil mahsul negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor.

Sebaliknya, Najib kata beliau harus sedar betapa duit berbilion ringgit yang kononnya disumbangkan kerajaan persekutuan kepada rakyat selama ini sememangnya hak mereka hasil daripada cukai yang dipungut kerajaan pusat.

“Semua yang diberikan oleh kerajaan persekutuan (adalah) dari cukai rakyat. (Tetapi) yang kita berikan adalah daripada hasil pasir yang kita lakukan daripada perlombongan pasir dan untungnya kita kembalikan kepada rakyat.

“Kalau kerajaan persekutuan nak bagi kepada rakyat, berilah kepada rakyat. Buat apa saya nak halang, berikan sahajalah. Itu memang hak rakyat,"katanya selepas menghadiri Majlis Konvensyen Pengurusan Masjid dan Penyerahan Sumbangan Moreh Bulan Ramadhan, di sini, hari ini.

Najib semalam berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tertentu heboh dengan pemberian RM100 kepada rakyat.

Katanya, kerajaan pimpinannya telah memperuntukkan berbilion ringgit kepada rakyat namun tidak menguar-uarkannya seperti kerajaan Pakatan Rakyat.

"Mereka sebelah sana, itulah sikapnya. Beri RM100 sudah riuh sekampung. Kerajaan Barisan Nasional sudah beri berbilion ringgit kepada rakyat tapi pihak sana pukul gendang lebih kuat,"Najib dipetik sebagai berkata.

Namun menurut Khalid, kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cara dan strategi tersendiri untuk bersama-sama membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat mutakhir ini.

“Cara yang kita lakukan adalah terus kepada rakyat. Kita ada senarai nama mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan layak,” katanya.

Sejak Mac 2008, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat memperkenalkan program ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor ‘(MES).

Terbaru, program ‘Jom Shopping’ yang dilancarkan kerajaan negeri menyaksikan baucer bernilai RM100 diberikan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas untuk membeli belah.

Sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta diperuntukkan untuk program ini yang diperolehi daripada keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.

Khalid menjelaskan, berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan beberapa institusi sebelum ini mendapati penggunaan orang tengah merupakan antara punca berlakunya ketirisan dalam menyalurkan sumbangan yang diberikan.

“Tetapi cara yang dibuat dalam pengurusan yang lepas dan sebagai orang yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan banyak institusi, saya dapati ialah apa yang disumbangkan mesti melalui orang tengah.

“Maknanya kalau ingin beri, berikan kepada cawangan atau bahagian Umno, selepas itu baru turun kepada peringkat bawah. Itu adalah cara berlakunya ketirisan. Ada pula tauke yang ambil sedikit dan tidak sampai terus kepada rakyat.

“Jadi kalau betul-betul Perdana Menteri hendak buat, buat macam apa yang kerajaan negeri Selangor buat, terus kepada rakyat. Jangan ada ketirisan,” katanya.

Antara Program MES lain adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Skim Pinjaman Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Read more ...

Halau Bourdon : Najib seangkatan Ben Ali



KUALA LUMPUR 23 JULAI : Tindakan kerajaan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak mengusir keluar peguam Perancis, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis membariskan beliau antara pemimpin diktator dunia.

Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengingatkan semua pihak betapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini.

“Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua.

“Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene,” kata beliau kepada yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini.

Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam.

Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.

Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo.

Manakala Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam.

Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk

Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang popular sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara.

Mengulas lanjut, Badrul berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri.

“Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon,” kata Ketua Cabang Rembau itu.

Read more ...

Diplomat : EU Timbang hantar pemantau bebas, SPR tidak wibawa


KUALA LUMPUR 24 JULAI : Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.

Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.

“Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.

Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

“(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang,” kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.

Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.

Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.

“Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka,” katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir.

Read more ...

Kenapa kerajaan tak mahu guna dakwat kekal yang lebih mudah dan murah ? kerana UMNO takut kalah, menipu guna kaedah Biometrik lebih sukar dikesan

Biometrik teknologi terkini BN untuk menipu pengundi

http://2.bp.blogspot.com/-xWYOHiXICu8/Tip8uEziyUI/AAAAAAAAEik/7ODKi0P7gGM/s320/biometrik.jpg

Apa itu biometrik?

Teknologi terbaru untuk pemindai jari (biometric) akan segera beredar dan telah dipamerkan oleh penemunya iaitu perusahaan bernama Futronic di Hongkong. Teknologi yang diberi nama Live Finger Detection (LFD) diciptakan untuk melindungi data dari “jari palsu” yang selalunyanya dibuat dari karet atau silikon. Seperti kita ketahui, walaupun kami yakin kita tahunya karana kebanyakan menonton filem detektif, sebuah alat biometric dapat “diakali” dengan cap jari buatan atau bahkan (secara sadis) memotong jari orang tersebut untuk dapat membohongi biometric.

Dengan LFD maka hal diatas dapat dihindari dan tidak mungkin bagi seseorang untuk membuka password di biometric dengan menggunakan cara-cara diatas. Cara kerjanya adalah tempat pemindai yang ada di desain secara khusus sehingga bisa anda salah meletakkan posisi jari anda maka otomatis alat biometric akan menolak akses. Terciptanya alat ini pasti kerana banyak pemalsuan cap jari.

Antara dialog PM dengan SPR yang sempat di pintas siang tadi!

SPR : kami korbankan untuk mu umno.

Umno : Selagi kau belot ke sini , kau akan selamat.

SPR: Nanti BERSIH kacau.

Umno ; BESIH kacau kita suruh FRU kacau balik.

SPR : Macam itu kita selamatlah.

Umno : Cadangan biometrik idea yang paling baik tipu rakyat SPR, Ini lah surhanjaya Penipu Rakyat.

umno dan SPR masing masing ketawa...kah kah kah.

Kelemahan biometrik ialah,kalaulah data based tidak mach dengan cap jari.adakah pengundi tersebut di benarkan mengundi?

Akan ada ruang dan peluang BN menipu sebab data based tu dia yang pegang!!

Akan detack ker pengundi yang mengundi 2 kali?apa jaminannya?

SPR : Biometrik mengunakan system computer Telus bersih dan boleh di percayai!

Rakyat :Penipuan cara ni lagi susah nak tengok,kalau nombor jumlah undi yang mesin tu cakap 5000, 5000 la angka dia,tak boleh ada pemantau dan apa sahaja untuk pastikan betul tak angka tu.

Di hujung komputer tu dok seorang manusia dari SPR.,boleh percaya ke ketelusan??

SPR : Errrr...mana ada..Najib kan dah kata kerajaan tak pernah berbohong pasal mengundi semalam?

Rakyat : Paling akhir.........sistem biometrik ni adalah lagi satu kontrak beratus juta untuk kroni...............dan benda yang akan keluar di akhir nanti tu mesti macam macam masalah seperti jugak kapal selam, kapal terbang, dan macam macam lagi kapal BN UMNO.............

SPR : errr...apa nak cover ni..pandai pulak deme jawab..adoi...

Rakyat : Pakai dakwat dulu. SPR biar benar benar bebas......20 atau 30 tahun nanti kita boleh pikir pasal sistem canggih..........

Orang kampung :Sistem canggih sekarang ni supaya penipuan boleh lebih canggih........tu jer

Dulu pernah berlaku di pejabat aku, gempar semua orang bila nama seorang staf yg telah meninggal dunia, didapati tercatat telah hadir kerja,,,kerana kami pakai punchcard gunakan sistem canggih Biometrik,, jadi orang tahu ada orang lain yg t...olong dia capkan kehadirannya dengan menggunakan cap jari dia,,, itu semua mudah dilakukan oleh pengendali sistem tersebut,, Jadi kalau SPR yg kendalikan,, sudahle,,, lupakan saja untuk ketelusan,,

During the CNN interview Najib desperately argued: “It will come up to see that we are all for fair and clean elections. And as you know, the last general election, you know, the ruling party lost five states. And we were deprived of two-thirds majority.”

Me said : To put it very mildly, dear Najib, if the last elections were truly fair and clean, you probably would not be PM today!

Biar Rakyat tentukan siapa pemerintah!Bukan pemerintah yang kerjanya tipu rakyat bahawa dia sahaja yang layak memerintah!Tuntutan rakyat hanyalah supaya kerajaan jangan tipu undi semasa pilihanraya!

SEKIRANYA UNDI PILIHANRAYA TELUS DAN KEPUTUSAN NYA UMNO KALAH.KAMI TERIMA.JIKA PAKATAN RAKYAT MENANG.LAGI KAMI TERIMA, KAMI BUKAN GILA UNTUK BERKUASA, TAPI KAMI MELAWAN SEBAB NAK JATUHKAN KERAJAAN YANG GILA NAK TERUS BERKUASA!!

Read more ...

Tulang rusuk patah kerana rawatan CPR, kenapa tak cakap ja Allahyarham Baharuddin patahkan tulang rusuknya sendiri?

MACAM mana gua boleh tak perasan dengan kenyataan mengarut dari Polis ni, tadi masa gua selak-selak berita di Malaysiakini terjumpa pulak laporan kenyataan Polis bahawa 3 tulang rusuk seorang peserta BERSIH 2.0 yang meninggal dunia telah patah.

Apa yang gua tak dapat terima, pihak polis kata rusuk arwah patah akibat dari bantuan pernafasan, CPR yang diberikan oleh pihak berkuasa [Malaysiakini].


Kali pertama gua dengar bahawa bantuan pernafasan boleh mengakibatkan rusuk patah. Setahu gua, Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) adalah kaedah bantuan pernafasan yang digunakan untuk menyelamatkan mangsa, biasanya mangsa yang lemas. Kalau bantuan pernafasan boleh menyebabkan rusuk patah, itu bukan bantuan namanya, itu nak membunuh.

Apa yang jelas di sini, Pihak Polis telah mengaku bahawa kemungkinan rusuk Allahyarham patah gara-gara pihak berkuasa. Jadi wajar satu siasatan terperinci dilakukan. Takkan sedap-sedap je patahkan tulang rusuk orang, kemudian umum dan lepas macam tu je?

Sangat-sangat sukar gua nak percaya bahawa tulang rusuk Allahyarham Baharuddin patah akibat bantuan pernafasan, CPR. Patah kerana CPR, atau sebab kena terajang dengan kasut butt Polis? Kalau gua percaya kenyataan ni, bermakna gua kena juga percaya bahawa Lady Gajah tak suka ber "shopping".

RentaP© "Lebih baik cakap Allahyarham patahkan tulang rusuk dia sendiri..."

Read more ...

Isu pusat hiburan Kedah : Tidak Pelik, Pelik & Paling Pelik



Sekonyong-konyong bergegarlah seketika Negeri Jelapang Padi Kedah Darulaman. Gegarannya sampai menggoncangkan jantung pisang Se-Tanah Melayu. Selepas gempa bumi maha dahsyat melanda tanah tumpah yang pernah dinamakan Malaya ini dari perhimpunan BERSIH.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, mengumumkan satu keputusan melarang pengusaha pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadhan. Ia adalah satu perlaksanaan terhadap enakmen yang dilulus oleh oleh kerajaan sebelum beliau. Kemudiannya dibuat pelarasan dalam situasi menang-menang iaitu melarang pusat hiburan dari dimasuki oleh orang bukan Islam. Ia hasil pertemuan penuh muhibbah dengan wakil-wakil masyarakat bukan Islam dan pengusaha-pengusaha pusat hiburan.

Namun begitu, pengumuman ini mencetuskan polemik pro dan kontra. Ada perkara yang Tidak Pelik, Pelik dan Lebih Pelik telah berlaku.

1. Tidak Pelik apabila orang bukan Islam yang tidak faham menentang perlaksanaan ini. Mereka merasakan bahawa pelaksanaan ini menutup pintu rezeki mereka. Peliknya ialah mereka tidak tahu peraturan itu terkandung di dalam borang yang mereka isi ketika memohon untuk membuka pusat hiburan berkenaan. Ia juga terkandung di dalam Syarat Am Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. Tetapi Lebih Pelik lagi ialah ada orang Islam yang menentang perlaksanaan undang-undang ini.

2. Tidak Pelik apabila Dato’ Seri Ustaz Azizan melaksanakan peraturan yang sudah ada. Ia digubal dan diluluskan ketika Umno dan BN memerintah Kedah. Tetapi Peliknya ialah Umno sendiri tak pernah laksana. Lebih Pelik lagi ialah bila Pakatan Rakyat hendak laksana peraturan yang mereka tidak pernah laksana, mereka mengacum merata-rata tempat untuk cuba pelaga orang yang mahu laksana.

3. Tidak Pelik apabila Dato’ Seri Ustaz Azizan membuat sedikit pindaan bagi menjamin hak bukan Islam untuk berhibur. Yang Peliknya ialah pengusaha bukan Islam melenting walaupun mereka sedar adalah menjadi hak orang Islam tidak melakukan maksiat. Tetapi Lebih Pelik apabila BN dan Umno yang menggubal enakmen ini dulu tidak tahu hak orang bukan Islam.

4. Tidak Pelik apabila kerajaan melaksanakan undang-undang negeri kerana itu adalah tugas sebuah kerajaan. Peliknya ialah apabila rakyat yang bernaung dalam sesebuah negeri tidak mahu mengikut undang-undang. Lebih Pelik apabila ada sebuah parti yang kononnya nak bela orang Islam, tapi kroni mereka di sebuah negeri, meluluskan pula undang-undang hiburan sampai pagi hari kononnya untuk jana ekonomi dan perkembang industri pelancongan.

5. Tidak Pelik apabila keluarnya puluhan NGO dan badan-badan Islam yang mempertahankan keputusan Kerajaan Negeri Kedah. Turut menyokong termasuklah beberapa mufti dan ulama-ulama yang berintegriti lagi dihormati. Yang Peliknya ialah apabila ada orang-orang bukan Islam menyokong sama pelaksanaan ini. Bagi mereka, ini adalah hak orang Islam mengamalkan Islam. Tetapi Lebih Pelik ialah ada orang-orang Islam yang berkokok dan menentang serta mempertahankan bantahan kononnya mencabuli hak orang bukan Islam.

6. Tidak Pelik bila terdapat negeri yang menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kedah. Tetapi Peliknya, walaupun ia membawa kebaikan kepada masyarakat, ada negeri yang tidak berminat. Lebih Pelik apabila ada ulama-ulama yang menyokong tetapi negeri yang mereka pegang kuasa tidak pernah atau berminat laksana.

Percubaan yang dibuat oleh Ustaz Azizan memecah tradisi pelaksanaan enakmen yang sudah wujud. Tiada yang baru kecuali manusia berfikiran penjajah yang terus mempertahankan pendirian songsang mereka. Ia penuh dengan cabaran. Menguji kesepakatan Pakatan Rakyat yang semakin melangkah matang menghormati hak beragama masing-masing. Ia juga menguji kefahaman masyarakat Islam terhadap agama Islam itu sendiri. Tidak payahlah Umno atau Barisan Nasional main isu ini. Akhirnya Umno sendiri yang terperangkap, berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi...


YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah

Read more ...

UMNO juara celaru rakyat

MARANG - Umno adalah satu puak yang sangat suka sekiranya orang ramai keliru dengan sesuatu perkara penting kerana itulah peluang terbaik mereka untuk menangguk di air keruh.

Contoh yang terbaik adalah isu yang ditimbulkan mereka dengan mengatakan bahawa PAS sudah membuang dasar Islamnya semata-mata kerana tunduk kepada DAP dengan pengenalan tema muktamar Membangun Negara Berkebajikan baru-baru ini.

Mereka dengan sengaja memainkan isu itu melalui sodaldu-sodaldu mereka di merata-rata tempat dengan harapan isu itu akan mengelirukan masyarakat dan mempercayai bahawa Islam bukan lagi dasar yang diperjuangkan PAS.

Dalam ceramah yang diadakan di PASTI Bukit Payong semalam,Adun Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah telah merungkaikan kekeliruan itu dengan memberikan perbezaan antara dasar dengan tema muktamar.

Beliau menjelaskan bahawa dasar PAS dalam perlembagaannya,fasal 3 dengan jelas menyebut dasar PAS adalah Islam, sekaligus membuktikan dasar PAS masih meletakkan Islam di tempat teratas.

Manakala tema muktamar pula adalah untuk menjelaskan halatuju tahunan parti yang sentiasa berubah setiap tahun.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu turut menyentuh isu berkaitan BERSIH 2.0 dimana menurutnya situasi ketika perhimpunan aman itu menjelaskan kepada masyarakat bahawa Umno membenci orang melayu.

“Mengapa ketika tangkapan dibuat, mereka menangkap pemimpin melayu sahaja?Sedangkan Lim Kit Siang ada,Lim Guan Eng ada, tapi tak ditangkap, mengapa?

Sebab mereka nak tipu rakyat sedangkan sebenarnya mereka benci kepada pemimpin melayu yang lain dari mereka. Dalam ketika lain mereka kata mereka membela melayu,”terang beliau.

Ustaz Mohd Nor menegaskan, PAS sentiasa berusaha menjelaskan kepada rakyat perkara yang sepatutnya rakyat tahu kerana PAS adalah parti yang bertanggungjawab dan tidak mahu memperbodohkan rakyat hanya kerana ingin berkuasa.

Beliau mengakhiri ceramahnya dengan memberi peringatan terutamanya kepada Umno bahawa hidup ini bukan sekali di atas dunia ini sahaja,tetapi kita akan hidup sekali lagi dan dihisab oleh Allah sebelum kita dihantar samada ke syurga atau ke neraka.

Ceramah itu turut disertai oleh Badrul Hisham Shaharin (CheGu Bard) dan Ustaz Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai).

Majlis kemudiannya dihangatkan pula oleh CheGu Bard (kanan) dengan pendedahan-pendedahan berserta fakta-fakta yang cukup merimaskan Umno BN.

Antaranya ialah apabila Umno mengamuk memainkan isu ketuanan melayu kerana Pulau Pinang diperintah Lim Guan Eng dari DAP.

Sedangkan ketika Umno mempunyai 15 kerusi DUN, dan Gerakan hanya bertahan dengan lapan kerusi pada tahun 2004, mereka dengan lapang dada mengangkat Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri.

Menurut CheGu Bard yang juga Ketua Cabang Rembau, ini kerana asalkan puak-puak Umno dapat projek mereka tak kisah kalau melayu hancur sekalipun.

“Dalam isu tanah Kampung Baru, di Parlimen, Lim Kit Siang yang tentang cadangan untuk mengagihkannya kepada bukan melayu, akan tetapi pemimpin Umno setuju nak bagi.Ini ke melindungi hak melayu?,”tanya beliau.

Antara lain pendedahan yang dibuat ialah berkenaan perbelanjaan isteri Perdana Menteri Malaysia yang dia anggap saing tak tumpah seperti Imelda Marcos isteri bekas Presiden Filipina yang begitu gila berbelanja.

Juga berkenaan penyelewangan pemberian tanah di Felcra Sungai Malau, Perak yang telah diberikan kepada kroni yang tidak layak.

Bagi memahamkan pendengar tentang definasi demokrasi yang sebenar, beliau menerangkan dalam demokrasi sebenarnya kerajaan yang sepatutnya takut kepada rakyat.

Bukannya rakyat yang takutkan kerajaan seperti yang berlaku di Malaysia sekarang ini.

Beliau kemudiannya menggesa agar pendokong-pendokong PR agar sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan penyokong Umno bagi menyampaikan maklumat kepada mereka.

Ini kerana penyokong Umno telah dipesongkan pemikiran mereka oleh Umno daripada mendapat maklumat sebenar.

Manakala penceramah terakhir, Ustaz Firdaus Jaafar (kiri)pula yakin dan percaya bahawa pasukan polis boleh dibentuk menjadi lebih berhemah apabila PR memerintah.

Dan rakyat pasti tidak akan benci dan takut lagi kepada polis lagi dengan imej mereka yang sepatutnya melindungi rakyat dan lebih bersikap profesional.

Menyentuh berkenaan individu yang menfailkan saman kepada kerajaan Kelantan kerana mengharamkan judi, beliau hairan apa yang biro agama dan ulamak muda Umno lakukan.

Sedangkan mereka sentiasa melaung-laungkan bahawa mereka adalah parti yang melindungi Islam.

Berkenaan isu larangan pusat hiburan beroperasi dalam bulan ramadhan di Kedah pula, beliau berkata Umno dan MCA sendiri bercelaru dan tak sekata sesama mereka.

Umno setuju dengan kerajaan PAS Kedah untuk tidak membenarkan orang Islam dari memasuki pusat hiburan sedangkan MCA pula kata larangan itu menafikan hak asasi manusia.

Tetapi di Melaka,Umno tidak pula halang cadangan kerajaan negeri untuk melanjutkan masa operasi pusat hiburan dari pukul satu kepada pukul tiga.

Mengakhiri pidatonya, beliau meyakinkan pendengar bahawa PAS memerintah tidak dengan cara politik kampung seperti Umno, tetapi PAS mengangkat demokrasi

Read more ...

Bersih minta 'teh' , kerajaan bagi 'arak' supaya SPR mabuk 'todi'

BERSIH TUNTUT DAKWAT KEKAL, BUKAN BIOMETRIK

Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihanraya adil dan terima tuntutan Bersih. Beliau mengatakan demo bukan budaya kita.

Sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.

Beliau tidak boleh mendabik dada kononya BN kuat, jika belawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihanraya berjalan dengan adil.

Bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN. Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti. Berikan peluang PR untuk menggunakan television untuk membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.

Demontrasi yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai 2011 setelah usaha perundingan dan perbincangan telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwak kekal.

Rakyat tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal. Sebelum pilihanraya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya.

Datuk Seri Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil , seolah-olah kita minta teh, tetapi yang dibawanya kopi.

Ustaz Idris Ahmad
AJK PAS Pusat.

Read more ...

Usir William Bourdon : Najib masuk "Perangkap"



KUALA LUMPUR 23 JULAI : Pengusiran peguam Perancis William Bourdon tidak mematahkan semangat badan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pakatan Rakyat dalam memastikan penyiasatan berkenaan skandal pembelian kapal selam Scorpene diteruskan.

Malah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan pengusiran Bourdon merupakan satu lagi bukti betapa terdapat sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.

“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam).

"Saya fikir, kerana kerajaan telah mengusir beliau dengan cara yang tidak baik semalam, ia membantu perjuangan kita. Ini semua satu ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib. Ujian bagaimana pelan-pelan dan transformasi," kata beliau pada majlis makan malam anjuran Suaram untuk mengumpul dana perundangan bagi menyiasat kes berkaitan di Perancis lewat tahun ini.

Kelmarin, Bourdon berucap di Pulau Pinang pada majlis sama anjuran Suaram dan sepatutnya berucap di sini malam tadi.

Bagaimanapun beliau ditahan sebelum sempat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba pada 11.40 pagi semalam dari Pulau Pinang.

Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.

Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan bahawa Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia dan tidak difahaminya.

Malah, menurut Cynthia, Bourdon turut 'diundang' untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.

"Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama 3 hari.

"Cara beliau ditangkap juga kejam. Sejurus kapal terbang mendarat dari Pulau Pinang pada 11.50 pagi tadi. Sebelum kami sempat keluar dari Kapal Terbang, 3 pegawai imigresen naik ke kapal dan mengarahkan Wiliam untuk mengikut mereka. Dia (Bourdon) tidak sempat menjejakkan kaki pun dan beliau sudah ditangkap," kata Cynthia lagi.

Pada Disember 2009 Suaram mengemukakan aduan di mahkamah Perancis meminta akses kepada maklumat mengenai perjanjian kerajaan yang ditandatangani Abdul Razak Baginda dari Perimekar Sdn Bhd dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima aduan itu untuk menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM500 juta dari DCNS kepada Perimekar.

DCNS didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Sementara itu, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menghabiskan kira-kira 20 minit untuk menggambarkan mengenai urusan pembelian kelengkapan pertahanan sepanjang tiga tahun lalu, berjumlah RM16 bilion, jumlah besar berbanding dengan negara lain di rantau ini.

Pua mendedahkan ia termasuklah RM2.3 bilion untuk membeli 12 unit helikopter Eurocopter EC725, RM6 bilion untuk memiliki kapal rondaan luar pesisir pantai (OPV) dan RM7.8 bilion untuk mendapatkan 257 kereta perisai.

Beliau melahirkan kekecewaannya walaupun menganggotai Jawatankuasa Kirawang Awam di parlimen, penyiasatan seperti ini lazimnya berakhir dengan alasan 'ia rahsia' dan 'tidak boleh menjatuhkan kredibiliti orang lain.'

"Boleh tak kita minta pakar pertahanan ke PAC beri konsultasi, mereka kata tak boleh. PAC hanya panggil pegawai sahaja dan kemudian kes tutup...saya sudah nampak di PAC. sebab itu saya hargai usaha Suaram untuk siasat komisyen RM 500 juta Perimekar ini. Ia amat susah," kata beliau ketika menceritakan pengalaman beliau di bawah PAC.

Read more ...