Monday, June 6, 2011

Harga naik : Rakyat mengeluh, ahli UMNO gembira dapat diskaun hanya tunjuk kad ahli

Harga naik: Rakyat mula mengeluh..pemerintah joli sakan..!!!

Pengurangan subsidi ke atas barangan keperluan asas, termasuk gula dan petrol RON97 dan terbaru gas asli yang menyebabkan tarif elektrik terpaksa dinaikkan mula memberi kesan kepada orang ramai daripada pelbagai lapisan.

NONEPengurangan subsidi itu menurut mereka telah melonjakkan harga makanan dan menjejaskan perbelanjaan seharian mereka. Malah, ada mahasiswa mendakwa terpaksa 'mencatu' makanan akibat kesan berantai itu.

“Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan,” kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.

NONEMahesh, 21, malah turut menyatakan keinginan untuk menyertai demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya jika ada pihak yang menganjurkannya.

“Saya akan sertai demonstrasi,” kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.

Daripada tujuh orang yang ditemubual Malaysiakini secara rambang semalam, semua mereka mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung kenaikan harga barang yang dikritik hebat pembangkang.

Kerja sambilan

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga subsidi barangan keperluan dikurangkan. Antaranya, petrol RON97 kini mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

NONETarif elektrik pula naik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun manakala harga gula meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa pada Mei.

Menurut sesetengah ahli ekonomi, kenaikan itu, terutamanya tarif elektrik, secara tidak langsung akan membebankan pengguna apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada golongan itu.

Sementara itu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Syazana Shah Lan, 21, memberitahu, beliau kini terpaksa berfikir terlebih dahulu sebelum membeli makanan.

“Terasalah (peningkatan harga), yang itu memang terasalah. Sebab (saya) duduk universiti, duduk asrama, hendak makan kena fikir. Makanan memang mahal, makan sekali, dua kali (sehari) macam itulah,” katanya.

NONENamun bagi seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Alvin, kehidupan hariannya tidak terjejas secara langsung dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan itu.
Mahasiswa sebuah kolej swasta di Sungai Buloh itu, bagaimanapun, mengakui beliau masih tidak puas hati kerana keluarganya kini merasai tempiasnya.
Mahu tukar kerajaan

“Kalau waktu cuti, saya bantu ayah (kerja sambilan),” katanya lagi.

Justeru, Alvin, 22 berharap agar kerajaan dapat menggalakkan lagi pelaburan asing ke dalam negara bagi menstabilkan semula kenaikan harga barang.

NONEKeadaan ini hampir sama dengan nasib seorang pelajar German Malaysian Institute (GMI) Mohd Amiruddin Roslan yang masih tinggal bersama keluarganya.

“Saya tak rasa mana, saya tinggal dengan mak ayah,” kata Mohd Amiruddin, 18, sambil memberitahu orang tuanya merupakan seorang guru.

Bagi Harzuki Ismail – pegawai teknikal di sebuah pengeluar minyak terkemuka – pula, kenaikan harga petrol tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi itu.
Harzuki, 53, berpendapat, keadaan sekarang amat merungsingkan kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam keadaan nilai pendapatan makin menurun.
NONELebih drastik lagi, beliau merasakan sistem pemerintahan negara perlu ditukar.

“(Tetapi) demonstrasi tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah. Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting,” katanya.
'Kerjaaan juga perlu berjimat'
Bagi Alan Tan – seorang orang kurang upaya (OKU) – pula, walaupun beliau tidak bersetuju dengan kenaikan yang berlaku, beliau berharap tujuan kerajaan melakukannya dapat diselami terlebih dahulu.

“Mereka juga ada komitmen (pada rakyat), ada (beri) subsidi,” katanya yang diberhentikan kerja setelah lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sebelum ini.

Manakala seorang jurujual Norjamilah Mohd Halim juga mengaku turut terkesan dengan kenaikan harga barang-barang tersebut kerana gaji orang kebanyakan “tak sebesar mana”.

NONE“Dari segi makanan tidak berbaloi, ambil sikit (pun) harga mahal,” katanya wanita berusian 29 tahun itu.

“Kalau boleh turunkan harga barang,” katanya lagi.
Sebahagian besar mereka juga berkata selain subsidi rakyat yang dikurangkan, kerajaan juga harus membuktikan kesungguhan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menghentikan projek mewah serta tidak membawa manfaat kepada orang ramai.

Read more ...

Utusan nak menipu lagi

Utusan bohong lagi, DAP tak campur tangan masjid

GEORGETOWN, 6 JUN – Pembohongan terbaru Utusan Malaysia cuba mengaitkan DAP dengan cadangan mengadakan pemilihan bagi jawatankuasa masjid di Pulau Pinang.

Laporan berita Utusan mendakwa kononnya pemilihan itu “dilihat bakal menjerumuskan institusi masjid ke kancah politik kepartian”.

Berita Utusan itu menambah, “jika dilaksanakan sepenuhnya, ‘pilihan raya masjid’ itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu”.

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari berkata DAP tidak terlibat sama sekali dengan soal pengurusan masjid di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

“DAP tidak ada wakil yang menduduki MAIPP. Jika MAIPP sendiri yang berpendapat langkah itu sesuai, ia terpulang kepada MAIPP dan umat Islam di Pulau Pinang. DAP tidak ada sebarang penglibatan dalam usaha itu,” katanya kepada Roketkini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng telah sedaya upaya mengangkat martabat Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi lebih peruntukan kewangan berbanding dengan pentadbiran Barisan Nasional dahulu.

Menurutnya, peruntukan bagi hal-ehwal agama Islam telah berganda dan kian meningkat setiap tahun sejak pentadbiran Pakatan Rakyat mengambil alih negeri pada 2008.

Perbandingan peruntukan Kerajaan Negeri untuk hal-ehwal agama Islam

2008 (BN)

2009 (PR) 2010 (PR)

2011 (PR)

RM12.5 juta

RM20.5 juta RM24.3 juta

RM33.3 juta

“Sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz juga diberi peruntukan tahunan di mana kerajaan BN dahulu tidak begitu bersungguh-sungguh melaksanakannya. Di samping itu, kerajaan negeri Pakatan juga memperuntukkan elaun tambahan sebanyak RM100,000 setahun kepada guru-guru KAFA,” tambah beliau.

Menurutnya, laporan Utusan itu hanya mencerminkan sikap tuan mereka UMNO yang terus mencari jalan untuk membangkitkan kemarahan orang Islam dengan mengaitkan DAP yang dituduh mereka sebagaii cauvinis Cina, mahu campur tangan dalam hal-ehwal masjid.

Sebelum ini Guan Eng telah dituduh mengeluarkan nama Yang di-Pertuan Agong dari khutbah jumaat, menyembelih lembu Hari Raya Korban dan mengharamkan perarakan Maulidur Rasul. Semua tuduhan itu dibuktikan palsu.

Zairil mengingatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak mudah percaya dengan dakyah Utusan yang sanggup bermain dengan fitnah demi kepentingan politik UMNO.

“Sikap bijak dan berani yang ditunjukkan oleh pemimpin dan ahli PAS yang tidak percaya kepada Utusan yang cuba campur tangan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini patut menjadi contoh kepada semua rakyat khususnya orang Melayu,” tambahnya. – Roketkini.com

Read more ...

Beza tulisan jawi PAS dan tulisan jawi UMNO



"
Semenjak UMNO mengambil alih semula kerajaan di Terengganu, banyak usaha-usaha agama (Islam) telah dilakukan bagi menandingi hati rakyat.



Ini papan tanda zaman PAS




dan ini pula zaman UMNO (sekarang)



Perhati betul-betul perbezaannya, sudah pasti anda tahu bahawa terlalu jahil UMNO ini. Terlalu bodoh agamanya!! Inilah mungkin Islam Hadhari!

Read more ...

PAS Larut beri masa 14 hari kepada Pemuda UMNO Larut untuk minta maaf

http://pru12.pas.org.my/profil_calon/sederhana/perak/p056.jpgLARUT, 6 Jun : Pemuda UMNO Larut digesa membuat permohonan maaf secara terbuka atas tuduhan melulu dan dakwaan mengenai kejadian bakar bendera UMNO pada sambutan Ulang Tahun UMNO ke 65 oleh UMNO Bahagian Larut, Mei lalu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman berkata, berdasarkan siasatan yang dibuat oleh polis mendapati, individu yang terlibat bukan dari ahli Pas.

Menurutnya, lima individu yang ditahan polis berhubung isu itu adalah budak-budak nakal yang tiada kaitan langsung dengan Pas.

“Saya telah hantar satu surat kepada Pemuda UMNO bagi mendapatkan penjelasan mereka mengenai tuduhan itu dan mereka perlu mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di dalam Sinar Harian

“Jika tiada permohonan maaf dalam masa 14 hari dari tarikh surat dihantar, saya tidak teragak-agak untuk memfailkan saman di mahkamah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Dhari berkata, tuduhan itu keterlaluan dan boleh mengundang pergaduhan antara kedua-dua parti.

Menurutnya, pihak yang menuduh perlukan pastikan dahulu fakta sebenar bukan mengikut emosi semata-mata sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.

Beliau berkata, fitnah yang dilemparkan oleh Pemuda UMNO itu secara tidak langsung menjejaskan nama baik Pas yang digambarkan seolah-olah mengamalkan cara dan tindakan budaya samseng.

“Walaupun perjuangan parti masing-masing berbeza, ia bukanlah tiket untuk menabur fitnah dan mengada-adakan cerita untuk memburukkan orang lain.

“Saya harap apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran kepada semua orang supaya jangan mengamalkan fitnah,” katanya.SH

Read more ...

Negara Berkebajikan Ro$mah dan Kroni

Benarkah perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan ?

Dalam bidang pendidikan - wujud PTPTN

kesihatan -subdisi perubatan ditarik, ubat-ubatan kena bayar

subsidi makanan dan minyak - harga naik, GST dilaksanakan

Malang sekali jadi ahli UMNO Baru, mempunyai pemimpin lidah bercabang.



ASTANA (KAZAKHSTAN) 7 JUN : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa Umno-Barisan Nasional sudah pun memperjuangkan negara berkebajikan yang mahu ditubuhkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

Najib berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesihatan, subsidi makanan dan minyak yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.

Bagaimanapun Perdana Menteri tidak menjelaskan kenapa kemudahan-kemudahan itu semakin ditarik balik, khususnya pemberian subsidi untuk barangan keperluan manakala subsidi dan ganjaran untuk syarikat-syarikat kaitan Umno tidak diusik.

“Perubahan slogan tagline PAS yang bukan lagi untuk mewujudkan negara Islam tetapi negara kebajikan bukan perkara baru tetapi labelling baru saja,” katanya dipetik Bernama Online.

Najib mengadakan lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev dan akan menghadiri pula Forum Pembangunan Ekonomi Islam (WIEF) Ketujuh Rabu dan Khamis ini, di mana beliau akan turut menyampaikan ucapan bersama beberapa ketua negara lain.

Najib mengulas mengenai keputusan pemilihan pada muktamar PAS yang berakhir semalam.

Najib berkata barisan kepimpinan PAS itu mencerminkan kesediaan parti itu menghadapi pilihan raya berbanding perjuangan membangunkan sebuah negara Islam atau untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Pengerusi BN ini berkata terbukti apabila mereka telah menguar-uarkan kononnya pilihan raya akan berlangsung pada bulan Julai sehingga mengakibatkan banyak perwakilan PAS melihat soal pilihan raya dan membuat pertimbangan berdasarkan hal itu, yang menguntungkan pihak yang ingin mengambil alih kuasa dalam PAS.

Bagaimanapun Najib tidak memberikan sebarang alasan untuk menyokong hujah kononnya PAS mengabaikan perjuangan Islamnya untuk kemenangan politik.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan matlamat dan hala tuju PAS tetap berpaksi kepada sebuah negara berkebajikan yang akan membebaskan rakyat daripada pemerintah yang mengaut hasil negara untuk memperkayakan diri dan keluarga serta rakan sebagaimana yang berlaku sekarang.

Read more ...

Pemuda PAS Parit Buntar ucap tahniah kepada PASTI Perak

PARIT BUNTAR, 7 Jun : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar mengucapkan tahniah kepada Pasti Negeri Perak kerana menduduki tempat kedua anugerah Pasti terbaik di Malaysia selepas Pasti Negeri Selangor. Anugerah tersebut disampaikan kepada Ketua Pemuda PAS Perak Zawawi Hassan sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang berlangsung di Shah Alam.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar Ahmad Fairus Muhammad berharap anugerah tersebut menjadi pemangkin semangat kepada pengurusan Pasti Negeri Perak untuk meningkatkan prestasi pada masa hadapan.

" Anugerah yang begitu bermakna ini sebagai bukti komitmen dan usaha bersungguh-sungguh jawatankuasa pengurusan dan guru-guru Pasti di Perak memberikan khidmat yang terbaik.

" Anugerah ini datang dengan tanggungjawab agar Pasti - Pasti di Perak khususnya termasuk Pasti Parit Buntar melipatgandakan usaha untuk memberi perkhidmatan dan penyampaian yang terbaik, setanding dengan permintaan daripada masyarakat umum" katanya

Ahmad Fairus berkata, jawatankuasa dan guru-guru Pasti di Perak telah berjaya menjadikan Pasti sebagai pusat asuhan yang terbaik dengan menampilkan bidang pengajian berunsurkan tarbiyah dan kokurikulum.

" Kurikulum Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) adalah yang terbaik berbanding tadika dan kelas pra sekolah yang lain. Malah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Pasti kerana yakin anak-anak mendapat didikan agama dan akademik yang seimbang.
'' Kurikulum yang disediakan oleh Pasti amat bertepatan dengan saranan pendidikan awal anak-anak untuk mengenal Allah. Di samping itu, kajian juga telah membuktikan bahawa murid-murid lepasan Pasti menjadi murid yang cemerlang semasa mereka berada di sekolah rendah" katanya

Tambahnya, tanggungjawab guru-guru Pasti kini semakin besar kerana mendidik anak-anak yang terpaksa berhadapan dengan perkara-perkara melalaikan di persekitaran mereka.

" Program-program televisyen umpamanya banyak yang menyajikan rancangan melalaikan dan akan memadamkan didikan agama yang telah disemai semasa berada di Pasti.

" Oleh itu, saya juga menyeru para ibu bapa supaya dapat mengawal aktiviti anak-anak agar jiwa mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik" katanya

Read more ...

PAS yakin pembahagian kerusi di Perlis berjalan lancar

http://www.klpos.com/news/2008/09/16/8_1.jpgKANGAR - Pas Perlis yakin proses pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di antara parti itu, PKR dan DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berjalan lancar dan akan mencapai keputusan muktamad pada masa terdekat.

Pesuruhjayanya, Hashim Jasin berkata, walaupun mesyuarat pembahagian kerusi yang dijalankan sebelum ini masih belum mencapai kata putus, Pas yakin kuota peruntukan kerusi DUN dan Parlimen yang diagihkan sebelum ini tidak banyak berubah.

Menurutnya, Pas Perlis berharap isu pembahagian kerusi wakil rakyat akan dapat diselesaikan segera demi memberi tumpuan penuh terhadap jentera Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi PRU ke-13.

“Saya tidak tolak kemungkinan keputusan muktamad pembahagian kerusi di antara PR di Perlis akan dapat diselesaikan lebih awal dari dijangkakan kerana proses itu tidak banyak masalah setakat ini.

“Pada masa sama, setiap parti dalam PR saling memahami fungsi masing-masing dalam memastikan Perlis akan dapat ditawan dalam PRU akan datang. Mungkin ada berlaku sedikit perubahan, tetapi tidak begitu banyak,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.

Ditanya mengenai persiapan Pas menjelang PRU ke-13, Hashim menjelaskan Pas Perlis telah melaksanakan beberapa strategi yang tidak pernah diguna pakai sebelum ini untuk mendekati pemilih baru.

Bagaimanapun, strategi itu tidak akan didedahkan sehingga kempen pilihan raya bermula bagi mengelak tindakan itu memberi kelebihan kepada parti lawan.

“Berhubung usaha mendaftar pemilih baru di Perlis, Pas Perlis telah mewujudkan badan khas yang mengkaji dan melaksanakan program pendaftaran pemilih baru di setiap peti undi bagi memastikan ianya dapat dibuat secara agresif.

“Setakat ini, hampir 70 peratus daripada perancangan Pas Perlis berjaya dilaksanakan dan kita berharap usaha itu akan mendapat perhatian rakyat demi memastikan PR mampu membawa perubahan kepada masyarakat Perlis,” katanya.sh

Read more ...

Peranan Majlis Syura akan diperluas

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgGqFzS9hgmajUFBC9hVGE-TO73fgow90AcqRurvA054mxC6b9WgThVQQKfLBx6FurLUwG2UoNgt2bil4AMXSrFwmvALTz1PO6RWwpsJNmYoAMBiPzmuLot_HrNRBdXq-_IbUGw2yVxxPM/s1600/Mymaktabaty-Nik-zawawi-nik-salleh.jpgSHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas akan membincangkan cadangan Jawatankuasa Pusat supaya peranan badan tertinggi parti itu diperluaskan terutama terlibat sama dalam pelaksanaan parti.

Setiausaha Majlis Syura, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat 12 Jun ini.

“Muktamar kali ini berharap peranan Majlis Syura diperluaskan seperti keputusan disiplin parti dan tidak hanya membincangkan dasar parti semata-mata.

“Ini menunjukkan kepercayaan tinggi ahli kepada tanggungjawab Majlis Syura yang berjaya memantau garis panduan parti sehingga kini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, peranan utama Majlis Syura adalah menentukan dasar dan perjuangan parti supaya tidak lari daripada landasan prinsip Islam.

“Masyarakat mungkin kurang jelas kerana Majlis Syura kurang dipaparkan kepada umum dan merupakan badan yang paling dihormati dan tertinggi dalam parti,” katanya.

Ditanya mengenai peranan Majlis Syura dalam menjayakan negara kebajikan yang ditegaskan pada Muktamar Pas ke-57 yang berakhir kelmarin, Nik Zawawi menjelaskan, pihaknya sentiasa membantu dan mengawasi parti dalam penentuan dasar yang akan dilaksanakan.

“Majlis Syura akan membantu parti dalam memastikan setiap perkara berkaitan Islam mengikut acuan tepat dan mudah difahami seluruh masyarakat.

“Pendekatan negara kebajikan adalah tepat kerana lebih fokus dan tidak lari daripada konsep Islam berdasarkan hadis dan al-Quran,” katanya.

Menurutnya, tiga fokus utama negara kebajikan adalah pendidikan, keselamatan dan kesihatan dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat negara ini.

Kelmarin, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam penggulungan perbahasannya di Muktamar Pas ke-57 mengesyorkan supaya Majlis Syura diberikan kuasa audit untuk menilai prestasi barisan kepimpinan pusat yang dipilih pada pemilihan kali ini.SH

Read more ...

Nong Chik tunjuk kuasa




KUALA LUMPUR 6 JUN : Penduduk Ladang Bukit Jalil (LBJ) berang dan kecewa dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis yang sekali lagi menceroboh dan merobohkan papan tanda serta menggertak penduduk di kawawan berkenaan.

Menurut Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Ladang Bukit Jalil, Balakrishnan Kunjoo Nair sepasukan lebih 50 pegawai DBKL dan polis muncul di jalan masuk ladang kira-kira jam 10 pagi dan terus memecahkan papan tanda dan poster walaupun Mahkamah Rayuan telah memberikan injuksi kepada DBKL untuk menunggu sehingga keputusan pada Oktober.

Menurut Bala, apabila dibantah penduduk seorang pegawai DBKL bernama Abdullah menyatakan apa yang dilakukan mereka adalah arahan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

"Bila mereka datang, ambil banner dan papan tanda, penduduk datang dan tanya mengapa. Dia kata menteri bagi arahan. Saya bawa surat mahkamah dan tanya bagaimana anda boleh ingkar arahan mahkamah? Kalau menteri BN tidak boleh ikut arahan mahkamah, menteri apa macam itu" soalnya pada satu sidang media tergempar diadakan di Ladang Bukit Jalil hari ini.

Ini merupakan kejadian kedua pencerobohan oleh DBKL sejak 26 Mei lalu.

Penduduk Ladang bukit Jalil memohon 4 ekar tanah ladang asal sebagai hak kerana keluarga mereka telah berada di situ sejak sebelum merdeka lagi.

Malah satu memorandum telah dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri untuk masuk campur dalam perkara ini pada April lepas.

Pengasas NGO jaringan rakyat tertindas (JERIT) S. Arutchelvan menyatakan tindakan demikian merupakan bukti betapa kerajaan Barisan Nasional tidak menghormati perintah Mahkamah tersebut.

"Injuksi ini adalah antara dua pihak. DBKL dan penduduk Ladang Bukit Jalil, isu ini masih dibicarakan di mahkamah. Kami menganggap ini, satunya adalah pencerobohan dan satu lagi merupakan pencabulan undang-undang dan penghinaan kepada mahkamah.

"Kita telah adukan masalah ini kepada Jabatan Perdana Menteri tapi sehingga kini tiada tindakan. Tapi tindakan DBKL hari ini buktikan di manakah posisi Perdana Menteri dalam hal ini," tegas Arutchelvan yang juga ahli Majlis Perbandaran Kajang.

Lebih malang lagi, tindakan kasar DBKL dan polis kali ini dilihat oleh sekumpulan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang kebetulan melakukan kerja sosial di Ladang tersebut ketika itu.

Wakil Persatuan Pelajar India Malaysia (Misa) Gobi Krishnan menyifatkan hal itu sebagai memalukan BN.

"Kami pelajar, neutral dan tidak berpihak dalam politik, tapi bila lihat mereka begini beri persepsi buruk terhadap kerajaan DBKL dan Polis," tegas beliau.

Seorang lagi pelajar G. Vinothen mengakui gentar melihat tindakan agensi kerajaan yang sepatutnya memberi khidmat kepada rakyat itu.

"Kami rasa amat bimbang dan takut. Kami belajar di universiti dan sekolah untuk menghormati undang-undang. Tapi bila mereka (DBKL dan Polis) tidak melakukannya bagaimana masa depan rakyat di negara ini," ujar beliau yang bersama 35 pelajar dalam program kemasyarakatan itu.

Read more ...

Ahli DAP Melayu Kinrara hanya 60 orang , masuk UMNO 64 orang betul ka


PUCHONG 6 JUN: Tidak pernah timbul keinginan untuk menyertai Umno apatah lagi membuat dakwaan bahawa mereka merasa terpinggir dalam parti yang dipimpin dan dianggotai majoriti bukan Melayu di negara ini.

Itu tegas Pengerusi baru DAP cawangan Lembah Kinrara apabila timbul dakwaan bahawa 64 ahli DAP berbangsa Melayu di kawasan itu bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana menyedari parti itu tidak memberi kepentingan kepada masyarakat Bumiputera.

“ Di sini saya bersama dengan rakan-rakan Melayu DAP di Lembah Kinrara ingin menegaskan bahawa kami langsung tidak pernah dimaklumkan tentang penyertaan kami dalam Umno, dan kami merasa hairan kenapakah Pak Harun (Harun Abdul Wahab) mengheret kami tanpa kebenaran dan pengetahuan kami,"soalnya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Akhir bulan lalu, bekas pengerusi DAP cawangan Lembah Kinrara, Harun Abdul Wahab mendakwa 63 ahli Melayu DAP di Lembah Kinrara bertindak menyertai Umno bersama-samanya.

Malah mendakwa kehadiran ahli DAP Melayu di kawasan itu hanyalah semata-mata sebagai 'pencukup kuota' untuk parti itu menunjukkan bahawa ada orang Melayu yang menyokong DAP.

Walau bagaimanapun menurut Azhar, mengikut siasatannya hanya beberapa ahli yang mengikut jejak Harun menyertai parti itu dengan menyerahkan keahlian pada Majlis Mesyuarat Mingguan Umno bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Dagangan Dunia pada 31 Mei lalu.

Pada majlis tersebut, beliau mewakili 63 yang lain menyerahkan borang keahlian Umno kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Malah jelas Azhar, tidak pernah timbul isu bahawa ahli parti itu merasa terpinggir dengan layanan yang diberikan oleh kepimpinan DAP di kawasan itu termasuk dari ADUN kawasan itu, Teresa Kok.

Bahkan ujarnya, pelbagai skim yang disediakan oleh kerajaan negeri di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti skim mikro kredit, tuisyen percuma, sumbangan kepada warga emas dan golongan miskin, seminar keusahawanan dan pelbagai lagi sudah cukup untuk meringankan beban penduduk yang dihimpit dengan kenaikan harga barangan yang tidak terkawal di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Kami ahli Melayu DAP tetap tolak Umno yang asyik memainkan isu kaum, agama dan merosakkan masyarakat di negara kita ini. Kami sokong perjuangan DAP yang menjaga kepentingan semua kaum dan kami akan terus bersama dengan DAP,"tegas beliau.

Sementara itu ADUN Kinrara yang juga Exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok Kinrara berkata, jumlah orang Melayu yang menjadi ahli DAP Lembah Kinrara ialah 60 orang.

Beliau hairan dengan kenyataan bekas pengerusi cawangan itu, Harun Abdul Wahab bahawa sebanyak 64 ahli DAP menyertai Umno.

"Kalau mengikut data dalam sistem, maklumat di ibu pejabat DAP di cawangan Lembah Kinrara kita hanya ada 60 oarang sahaja.

"Jadi saya rasa hairanlah di mana datangnya 64 ahli DAP. Jadi maklumat ini tidak betul. Ini ada laporan dari Utusan Malaysia yang dikatakan mengikut bekas Pengerusi Cawangan ini iaitu Encik Harun yang kata lebih 100 penduduk yang jadi ahli DAP cawangan Lembah Kinrara dijangka mengikut jejak mereka dalam masa terdekat. Ini tidak betul. Ahli DAP Melayu di kawasan ini hanya 60 orang," tegas Teresa lagi.

Malah ujarnya, DAP akan terus menjaga kebajikan ahlinya tanpa mengira kaum.

Bahkan katanya, laporan seumpama itu hanya menguatkan lagi usaha DAP untuk menjalankan kempen menambah ahli termasuk dari kalangan masyarakat Melayu.

Read more ...

Hisamuddin terkedu dengan skandal cetak mata wang libatkan adik sendiri

Skandal cetak mata wang libatkan adik Hishamuddin, sepupu Najib- The Age

KUALA LUMPUR: Skandal rasuah dalam pemberian kontrak mencetak mata wang negara didedah melibatkan sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Menurut laporan akhbar Australia, The Age, Reserve Bank Australia (RBA) melantik sebuah syarikat yang dimiliki Haris Onn Hussein, pemegang saham terbesar dalam firma, Liberal Technology.

Liberal Technology diupah syarikat Securency, sebuah anak syarikat RBA sebagai agen bagi memenangi kontrak berkenaan.

“Pendedahan muncul ketika sensitiviti memuncak dalam kerajaan persekutuan berhubung siasatan Polis persekutuan Australia (AFP) terhadap Securency dan potensi hubungan antarabangsa Australia menjadi bahaya jika pegawai asing yang dikatakan terlibat dengan rasuah RBA dinamakan,” lapornya.

Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia pada 2009. Kali terakhir syarikat itu memenangi kontrak bagi mencetak mata wang negara pada 2004.

Laporan itu juga menyebut seorang lagi ahli perniagaan turut terlibat dinamakan sebagai Abdul Kayum Syed Ahmad yang juga bekas pemimpin Umno.

The Age melaporkan Abdul Kayum pernah ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu dan pemberian komisen yang diterima dari firma RBA berkenaan.

Menurut The Age, AFP memulakan siasatan terhadap Securency pada Mei 2009, selepas akhbar itu mendedahkan pembayaran komisen berjuta dollar kepada orang tengah yang mempunyai kaitan rapat dengan ahli politik di Nigeria, Vietnam dan India.

Menurut laman web itu, di bawah undang-undang Australia, adalah satu kesalahan jenayah bagi sesebuah syarikat atau individu untuk membayar, atau menawar faedah kepada pegawai kerajaan asing atau kenalan rapat untuk mendapatkan kepentingan perniagaan.

Namun The Age juga melaporkan, ia menjadi perkara biasa bagi ahli politik di negara Asia melantik saudara mara mereka sebagai ejen kepada syarikat-syarikat asing.

Akhbar Suara Keadilan tahun lalu pernah mendedahkan skandal berkenaan, yang dikatakan melibatkan komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer Securency dan Note Printing Australia.

Dua anak syarikat RBA itu didakwa merasuah ahli perniagaan Malaysia, yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Umno, namun individu itu tidak pernah didedahkan sebelum ini meskipun kes itu dikatakan pernah disiasat SPRM.

Ahli perniagaan itu juga sebelum ini dikatakan bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.

Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila Securency dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia bagi mendapatkan kontrak pencetakan mata wang.

Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.

Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail baru-baru ini sekali lagi menimbulkan isu itu dengan mendakwa ia bukan hanya melibatkan skandal rasuah yang menyamai pembelian kapal selam selam Scorpene, tetapi juga dipercayai berkait dengan sindikit mencetak mata wang berganda.

Lambakan wang kertas yang mempunyai nombor siri yang sama itu dibimbangi menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan mengheret negara kepada inflasi.

Senator Tunku Abdul Aziz sebelum ini pernah menggesa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang turut terpalit dengan skandal berkenaan.



Short URL: http://www.keadilandaily.com

Read more ...

Najib makin gelabah dengan pendedahan Tan Sri Ani Arope

Najib mesti jawab mengenai pendedahan Tan Sri Ani Arope

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjawab pendedahan yang dibuat oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal subsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Ani yang memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.

Katanya, EPU telah memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (independent power producer –IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16 sen/kWh.

Tambahnya, Ani dalam pada itu, turut menggelar EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’ dengan menaikkan tarif elektrik sewenangnya, menyatakan bahawa agensi janakuasa tersebut telah memaksa syarikat janakuasa nasional untuk menandatangani perjanjian pembelian berat sebelah hampir 20 tahun yang lalu di mana Tenaga mesti membeli tenaga yang tidak diperlukan.

“Hal ini menyebabkan Malaysia mengalami margin simpanan elektrik yang tertinggi di dunia iaitu 52.6% pada tahun 2010,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sehingga akhir tahun 2010, Petronas telah menjengkalkan subsidi gas asli terhadap sektor janakuasa dan sektor bukan janakuasa sebanyak RM131.3 bilion.

Beliau berkata, sekiranya harga gas asli tidak berubah (dalam sektor janakuasa pada RM10.70/MMBTU; sektor bukan janakuasa pada RM15.35/MMBTU), sejumlah RM27 billion terpaksa ditanggung pada 2011.

Tambahnya lagi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dibenarkan untuk menaikkan 7% kenaikan kerana Tenaga perlu membayar lebih untuk harga gas asli yang naik sebanyak RM3 se MMBTU, di mana ianya akan mengurangkan kos subsidi kepada RM25.64 bilion daripada RM27.22 bilion.

“Jelas sekali, tiada justifikasi untuk Putrajaya menaikkan tarif elektrik sebanyak 7% apabila kajian semula syarat asal IPP adalah memadai daripada pemotongan nilai subsidi tersebut,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya lagi, ‘Federation of Malaysian Manufacturers’ (FMM) telah menyatakan bahawa harga dalam sektor janakuasa Malaysia belum menjadi lebih kompetitif, walaupun bayaran untuk gas asli adalah lebih murah (RM13.70/mmBtu) berbanding Thailand (RM18.23), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04). Kos elektrik di Malaysia berikutan kenaikan kadar adalah menghampiri kadar di Thailand.

“Sekiranya kita membandingkan kadar tenaga elektrik di Thailand yang berkategori tenaga bervoltan rendah, sederhana dan tinggi, kadar tarif Malaysia antara kategori tersebut adalah lebih tinggi,” katanya.

Justeru, ujarnya Perdana Menteri harus menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa rakyat harus ‘membayar’ bagi kesilapan atau perjanjian yang tidak seimbang oleh EPU yang bertentangan dengan kepentingan nasional kerana ia hanya menguntungkan beberapa IPP dengan mengorbankan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia.

Hd

Read more ...

Mahkamah Perancis temui bukti kukuh, Najib pasti tak senang duduk

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri.Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis.Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu."Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Suaram adalah pihak yang membuat representasi agar mahkamah Perancis menyiasat pembelian Scorpean dengan kebimbangan adanya rasuah berlaku dalam pembelian itu.Ekoran itu, Mahkamah Perancis sedang membicarakan kes ini yang dikaitkan juga dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.Menurut Cynthia Gibrael (gambar kanan) , jika benar apa yang diperolehi dalam perbicaraan sekarang, bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi.

Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.

"Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya.

Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis.Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda.

Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis.Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu.

Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia.Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu.

Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang.

Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini.

Read more ...

Padan la berani kata 'polis bodo', rupanya Puteri Umno ?

Sekembalinya daripada membuat liputan Muktamar PAS ke -57 di KUIZM Taman Melewar, satu SMS dari arus bawah membawa khabar; seorang pemimpin kanan Umno Terengganu ditangkap berkhalwat dengan seorang janda, benarkah begitu?

Diperincikan, pemimpin Umno yang ditangkap khalwat dengan janda muda itu berlaku pada 26 Mei lalu, dalam sebuah rumah, di sebuah kampung dalam bandaraya Kuala Terengganu.


Khabarnya, gerak maksiat si pemimpin Umno itu sudah lama di'hendap' orang kampung, hanya tunggu masa dan ketika yang sesuai untuk diberkas.


Janda muda beranak satu itu dikhabarkan berasal dari daerah Besut, yang kini sudah kembali ke kampungnya, setelah diserbu orang kampung dan penguatkuasa.


Arus bawah juga membawa khabar, berita penangkapan pemimpin Umno itu digelapkan oleh media arus perdana, ada laporannya, ada visual keluar dalam televisyen, katanya, tapi wajah pemimpin Umno itu disembunyikan.


Minggu lalu, menjadi tajuk suratkhabar arus perdana, sehingga menjadi berita nasional, khabar membawa berita, seorang gadis memaki polis dengan perkataan 'polis bodo'.


Dengan mengeluarkan dua patah perkataan ‘polis bodo’ kepada seorang anggota polis selepas ditegur menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar, seorang gadis menerima padah setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret.


Tertuduh, Nur Shafa Watiha Wahab, 20, dari Perumahan Pemindahan, Kampung Telaga Daing, Seberang Takir dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak melebihi RM100 jika disabitkan kesalahan.


Gadis yang bekerja di sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) itu mengaku bersalah sejurus pertuduhan yang dijalankan oleh Pegawai Polis Inspektor Zainuddin Abd Ghani dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Rosila Nik.

Selepas pengakuan bersalah direkodkan dan mendengar rayuan daripada tertuduh yang memohon agar diringankan nilai jumlah jaminan dengan alasan tidak memiliki wang kerana pendapatan bulanannya hanya mencecah RM500 sahaja, Rosila memutuskan tawaran wang jaminan sejumlah RM1,000.

Khabar membawa berita, yang memaki polis 'bodo' itu adalah seorang ahli Puteri Umno Umno Terengganu, benarkah begitu?

apa khabar ganu kita

Read more ...