Himpunan protes bantah Video Klip Onederful Malaysia oleh tidak sampai 7 orang berlaku di perkarangan Masjid Umar Bin Aktab, Bayan Baru, Pulau Pinang selepas selesai bacaan doa solat Jumaat .
Seperti biasa mesti ada muka Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang dan 2-3 orang kuat Persatuan Mukabuku Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR 14 FEB: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik
Ahmad kesal dengan sekatan terhadap kebebasan berekspresi di Malaysia,
yang kini melibatkan karya seni.
Beliau
merujuk laporan media bahawa dua karya seni yang merupakan sebahagian
daripada pertandingan seni perdana di Balai Seni Visual Negara di Kuala
Lumpur yang ditarik balik, kelmarin.
Satu daripadanya ialah catan oleh Cheng Yen Pheng yang mengandungi
perkataan “ABU=ASHES” manakala satu lagi baju-T yang dicetak dengan
huruf Arab ‘Fa’ dan ‘Qof’, oleh artis Izat Arif Saiful Bahri.
“Jika hasil karya ini menyinggung, kenapa mereka mempamerkannya sejak
Oktober tahun lalu? Seni adalah medium untuk menceritakan atau luahan
yang menggambarkan kebimbangan dan isu-isu lazim dalam masyarakat,” kata
Nazmi dalam kenyataan.