Saturday, November 20, 2010

Ajk Masjid pimpinan Umno ditangkap khalwat tapi tidak didakwa ?

TAIPING, 21 Nov. : Baru -baru ini seorang pengadu datang bertemu DS Nizar meminta pertolongan agar kes isteri beliau yang didakwa ditangkap duduk berdua-duaan dengan AJK Masjid Daerah Kg Jambu cepat diadili oleh Mahkamah Syariah Taiping.

Pengadu turut menyertakan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Simpang atas kes tersebut.

Dakwa pengadu kerana yang terlibat juga merupakan Naib Ketua Cawangan UMNO dalam bahagian ,jadi kes isteri beliau bersamaAJK Masjid Daerah Taiping dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan.

Menurut pengadu yang tinggal dalam DUN Pokok Assam itu ,AJK Masjid yang juga Naib Ketua Cawangan UMNO itu memang "kaki perempuan" dia suka duduk bersama isteri orang.

Pengadu menjelaskan isteri beliau ditangkap di rumah sewa berdekatan Taman Ria,dalam Dun Changkat Jering.Jadi pengadu mahu DS Nizar membantu menyelesaikannya.

Dikatakan isteri AJK Masjid itu turut serta dalam tangkapan duduk berkhalwat bersama itu pada pukul 9.20 malam.Kini difahamkan Naib Ketua Cawangan itu telah dilucutkan jawatan AJK Masjid ,hasil bantahan jemaah.


Dia tidak mahu si lelaki tadi dibiarkan begitu sahaja tanpa dihukum.Bagi pengadu dia sudah memfailkan perceraian talak satu ,di pejabat agama.

Sementara itu DS Nizar meminta semua pihak perlu diadili dan didakwa jika cukup bukti .Bagi Nizar keadilan perlu untuk semua tanpa pilih kasih.Sisi Bukit

Read more ...

Penghulu di Perak dibasuh Umno

My Photo

IPOH, 20 Nov. :
Setiausaha Perhubungan PAS Perak Ust. Misbahul Munir Haji Masduki memberitahu seluruh penghulu-penghulu negeri Perak telah dikumpulkan di Cameron Highland dua minggu yang lepas dalam satu program anjuran Kerajaan BN.


Program tersebut diisi oleh Majlis Keselamatan Negara. Program yang asalnya berupa taklimat isu-isu keselamatan negara menjadi medan politik kepada para penceramah untuk memastikan UMNO BN terus kekal memerintah negeri Perak.

Para penceramah telah menyentuh isu-isu yang boleh dianggap menghasut para penghulu dengan membangkitkan perasaan perkauman.

Kerajaan PR yang telah memerintah Perak hampir setahun dihentam oleh mereka, sebagaimana biasa bagi menimbulkan kebencian peserta kepada PR Perak mereka mendakwa kononnya DAPlah yang menguasai Perak, PAS dan Hj Nizar hanya boneka semata-mata. Anwar Ibrahim juga menjadi sasaran mereka.

Para penceramah tidak segan silu memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin PR terutamanya Anwar Ibrahim.

Pada mereka hanya UMNO BN sahajala yang mampu dan boleh memerintah Perak dan negara. Negara akan hancur sekiranya PR memerintah negara.

UMNO BN sememangnya sudah terdesak dengan situasi politik Perak dan seluruh negara, mereka tidak yakin mampu mempertahankan kerajaan Perak yang dirampas mereka.

Para penghulu dihimpunkan untuk ditanam bibit-bibit benci kepada PR.


Mereka meletakan harapan kononnya para penghululah yang boleh mamainkan peranan bagi memastikan UMNO BN kekal mengekalkan kuasa mereka.

Mereka sendiri tidak yakin, Adun-adun mereka masih boleh terima oleh rakyat Perak, sebab itulah para penghulu diperdaya konon menghadiri taklimat isu-isu keselamatan negara, pada hal mereka dihasut oleh para penceramah untuk membenci PR.

Perkara ini amat dikesalkan sama sekali, duit rakyat yang besar bagi membiayai program tersebut digunakan untuk program politik UMNO BN atas nama Majlis Keselamatan Negara.

Difahamkan selepas ini, Ketua-ketua Kampung seluruh Perak juga akan dikumpulkan bagi tujuan program yang sama, begitu para pengetua dan guru-guru besar sekolah-sekolah seluruh Perak juga akan dikumpulkan.

Semuanya diperkudakan oleh UMNO BN bagi memastikan UMNO BN terus kekal memerintah Perak.Misabah

Read more ...

Syarikat kroni malukan Zambry ?


IPOH, 20 Nov. :
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat isu kesilapan cetakan di dalam banner-banner bersempena Hari Raya I'dul Adha Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berlaku kesilapan tarikh Hijrah terus menjadi perbualan di dalam blog-blog terutamanya blog pro Umno yang marah dengan suasana tersebut.

Tarikh Hijrah yang sepatutnya pada 10 Zulhijjah bersama 17 November yang lalu di cetak dengan tarikh 17 Zulhijjah adalah amat memalukan.

Sumber-sumber yang memberitahu DPPN Pk, syarikat percetakan tersebut bukannya baru mendapat projek-projek daripada Pejabat Menteri Besar, tetapi sejak perlantikan Datuk Seri Zambry pada tahun lepas lagi.

Difahamkan juga terdapat dakwaan bahawa syarikat tersebut ada terbabit dengan salah seorang pegawai di Pejabat Menteri Besar?

Hari Raya I'dul Adha atau Hari Raya Qurban lazimnya di sambut pada 10 Zulhijjah tetapi agak pelik kerana seluruh Negeri Perak

Banner tersebut di pasang dengan memaparkan tarikh pada 17 Zulhijjah. Walaupun usaha memperbetulkan tarikh tersebut dapat dilihat, tetapi daripada integritinya syarikat tersebut tidak sepatutnya diberikan lagi projek di masa hadapan kerana jelas telah memalukan Datuk Seri Zambry .

Read more ...

Saham bumiputera hilang entah ke mana

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiD1wFkDQLG8qTv_zKE2UG01ndhwWi3iT7Iq1ssM3M_v0ksdQxYBKjALieCTILzZeO5vhL_GlfjLDX8wb6qBMSnXi_Dg15kAcFMtukTjXV2dR6-xBGYk5WxpWXcjNJ5JeZbMDZYEMXTMobj/s400/2706-najib-1malaysia-2.jpg
















KUALA LUMPUR, 21 Nov. : Saham Bumiputera Malaysia Kena Songlap!!Ini bukannya cobaan, tetapi telah heboh di Dewan Rakyat Malaysia tempoh hari di mana pendedahan melibatkan kehilangan RM52 bilion saham bumiputera Malaysia.

Magic show berlaku lagi. Hilang entah ke mana.

Sebab apa kakitangan awam marah sangat? Gaji mereka bukan persoalan utamanya. Ketirisan semakin menjadi-jadi.


Itu sebabnya mereka marah. Kalau ketirisan tidak berlaku, bukan sahaja kakitangan awam yang dapat tempiasnya, malah seluruh rakyat Malaysia dapat manfaatnya.

Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham bumiputera Malaysia yang dilaporkan ‘hilang’ daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim Guan Eng berkata permohonan penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.


Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata,

“daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Lim menggesa kerajaan menyiasat apa yang berlaku dengan saham bumiputera berkenaan yang didakwa lazimnya diagihkan kepada kroni Barisan Nasional.

Read more ...

Pusat lindungi Syabas kerana Umno

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mendedahkan kerajaan negeri tidak dapat mengambil tindakan mahkamah itu kerana pindaan ke atas undang-undang mewajibkan persetujuan Kerajaan Persekutuan diperolehi untuk menyaman Syabas.

Kerajaan Persekutuan sebaliknya mahukan kerajaan negeri mengadakan rundingan penstrukturan bersama pemegang konsesi air tetapi rundingan itu menemui jalan buntu sehingga ini akibat sikap tamak Syabas, Puncak Niaga dan Kerajaan Persekutuan.

Pada Jun 2005, SyabaS melanggar perjanjian dengan menggunakan paip yang diimport daripada Indonesia bernilai RM 375 juta.

Kerajaan Negeri menyifatkan pengurusan Syabas telah melampaui batas, dan bersedia untuk mengheret konsesi itu ke mahkamah.

Pihak kerajaan negeri diberitahu, Kerajaan Pusat tidak bersedia untuk menyaman Syabas.

Perkara ini didedahkan di program taklimat air di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)hari ini, yang diadakan seiring dengan Kempen Mengumpul Tandatangan untuk Memorandum yang bakal diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong, 5 Disember depan.

“Kontraknya sudah ada dan kita mahu ambil tindakan. Namun dalam terma kontrak, ia adalah perjanjian tiga pihak. Pentadbiran lalu memeterai perjanjian yang menetapkan bahawa kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan terhadap Syabas. Perlembagaan telah dipinda yang menetapkan kerajaan negeri tidak boleh bertindak bersendirian kerana rawatan dan pembekalan kini adalah tanggungjawab bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan,” jelas Charles.

SelangorKini difahamkan bahawa syarikat Indonesia tersebut dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail.

“Syabas mengambil alih pada Januari 2005, dan pada Mac atau April, Syabas mencetuskan kontroversi dengan mengimpot paip dari Indonesia, seraya melanggar perjanjian yang menetapkan penerima geran kerajaan wajib membeli barangan buatan Malaysia.

“Dua minggu selepas itu, saya bermesyuarat bersama Menteri Lim Keng Yaik dan tanya sudahkan beliau menghantar surat amaran kepada konsesi. Beliau rujuk pada seorang pembantunya dan pembantunya itu mengatakan surat itu tidak pun dihantar,” katanya.

Read more ...

Laporan polis terhadap polis tembak mati remaja 15 tahun






















PETALING JAYA, 20 NOV:
Belum reda kes remaja Allahyarham Aminulrasyid Amzah, 14 tahun ditembak mati secara rambang oleh polis, pada 26 April lalu, kini Polis Diraja Malaysia (PDRM), berdepan dengan satu lagi kes tembak mati remaja berusia 15 tahun Mohd Shamil Hafiz Shafie.

Hari ini keluarga mangsa tampil ke ibu pejabat Polis Petaling Jaya untuk membuat laporan ekoran anak mereka antara tiga yang mati ditembak kerana disyaki terlibat dalam satu kes rompakan sebuah stesen minyak di Glenmarie, Shah Alam pada pukul 4.15 pagi 13 November lalu.

Peguam yang mewakili keluarga mangsa, N Surendran mengesahkan sebanyak 2 laporan dibuat hari ini oleh Ibu Mohd Shamil dan kakak kepada Khairul Nizam.

"Daripada fakta-fakta dari laporan pihak polis dan dari keterangan yang jelas ini adalah satu kes pembunuhan oleh pihak polis," katanya kepada media di luar bangunan IPD Petaling Jaya.

Surendran menyifatkan kenyataan polis yang melepaskan tembakan kerana mahu mempertahankan diri berikutan ketiga- tiga mangsa dikatakan bertindak ganas dengan memegang parang, merupakan satu pembohongan.

"Kita menyatakan ia adalah satu penipuan semata-mata dari pihak polis kerana keterangan yang kita dapati tidak logik mereka yang mempunyai parang akan menyerang polis yang mempunyai pistol," tambahnya lagi.

Dalam pada itu,Ahli Parlimen Subang, Sivarasa rasiah turut hadir memberi sokongan moral kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Sivarasa berkata beliau akan membawa isu ini ke parlimen untuk menuntut keadilan kepada keluarga mansga.

"Saya akan bawa isu ini dan saya akan mohon kerajaan wujudkan satu suruhanjaya diraja bukan sahaja untuk kes ini tetapi kes berpuluh lagi yang dibunuh.

Apa yang kita lihat sekarang nampaknya macam ada unsur-unsur dalam pihak polis yang ingin jadi penjenayah penjenayah yang memakai pakaian seragam," katanya lagi.

Beliau menambah, semua anggota yang terlibat dalam operasi tersebut perlu dikenakan tindakan tegas dan digantung kerja.

Sivarasa juga menggesa suoaya diadakan saisatan bebas dan mendakwa mereka dibawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Turut hadir memberikan sokongan adalah Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya, Lateefa Khoya dan Exco Selangor Elizabeth Wong.

Read more ...

Laksamana Cheng Ho ikon hubungan kaum di Malaysia























KOTA BHARU 21 NOV :
Cheng Ho perlu dikenang sebagai ikon penting dalam sejarah manusia yang menjadikan perjuangan untuk keamanan dan kemakmuran bersama jauh mengatasi kepentingan puak dan bangsa.

Pengerusi Ekspo Cheng Ho yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Datuk Husam Musa berkata watak besar dari China ini akan pasti dikenang kerana jasanya dalam memperkenalkan nilai persahabatan dan kebajikan yang membelakangkan persoalan puak, agama dan keturunan dalam membangunkan tamadun.

"Cheng Ho yang mewakili kerajaan China yang amat berkuasa pada zamannya sentiasa merendah diri dengan memberi hadiah, membawa khidmat perubatan dan mengajak berkongsi teknologi baru dengan raja-raja dan rakyat yang dilawatinya di seluruh dunia,

" kata beliau ketika menutup Seminar Cheng Ho dan penyebaran Islam di Asia Tenggara di Balai Islam Lundang, semalam lapor Harakah Daily Online.

Seminar sehari itu menampilkan Prof Tan Ta Sen (Singapura), Prof. Hum Sin Hoon dan Mr. Zheng Zi Hai membentangkan kertas kerja masing-masing, manakala Prof. Madya Obaidellah Mohamad bertindak sebagai moderator.

Menurut Husam, semangat Cheng Ho perlu disuburkan semula dalam situasi masyarakat Malaysia yang dibina dengan kecurigaan perkauman selama berpuluh-puluh tahun.

"Kita mahu membina masyarakat baru, yang bersatu atas nilai-nilai tinggi, mengutamakan kebenaran, kebajikan, perkongsian dan semangat tolong menolong dan meninggalkan konsep mengapi-apikan perkauman sempit," ujarnya.

Bangsa, kata beliau memang sesuatu yang tidak mungkin hapus, namun asas persahabatan perlu dibina dengan asas yang lebih kukuh sebagaimana ditunjukkan oleh Cheng Ho.

"Cheng Ho beragama Islam, dia boleh berkhidmat memimpin armada milik maharaja China yang bukan Islam dan mengendalikan puluhan ribu angkatan laut yang memiliki pelbagai latarbelakang.

"Situasi ini tidak mungkin terjadi jika kita terbawa-bawa dengan pemikiran sempit perkauman dan tidak mengutamakan persahabatan dan kepentingan bersama," ujar beliau.

Ekspo Cheng Ho kata beliau, bukan sekadar mendominasi urusan perniagaan dan perdagangan tetapi juga meliputi pertukaran budaya dan pendidikan.

"Pelbagai pertunjukan tempatan dan antarabangsa di bawa bersama ekspo ini bagi menunjukkan mereka yang memiliki keyakinan diri yang tinggi mampu menjulang kecemerlangan dalam apa jua bidang," katanya.

Beliau turut mengumumkan beberapa pihak di negara China telah bersetuju untuk mengadakan program pertukaran pelajar dengan Kelantan.

"Kita telah diberi beberapa tempat untuk belajar di beberapa pusat pengajian dengan pembiayaan sepenuhnya oleh masyarakat di sana," tambah beliau.

Read more ...

Bajet Sabah tambah masalah, bukan selesai masalah rakyat

























KOTA KINABALU 21 NOV
: Bajet Sabah 2011 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Musa Aman semalam dianggap tidak realistik dan menyeluruh ulas Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr Albert Hiew King Cheu hari ini.

Malah beliau menganggap bajet sebanyak RM 3.07 Billion itu hanya menyumbang kepada lebih banyak masalah kerana tidak pernah digunakan untuk meningkatkan kehidupan atau menyelesaikan masalah rakyat.

Menurut beliau yang dihubungi TV Selangor berkata bajet itu juga tidak adil kerana menambah peruntukan ADUN Barisan Nasional jutaan ringgit tetapi hanya memenuhkan kantung kroni mereka sedangkan nasib rakyat Sabah makin terpinggir.

"Bila kita lihat bajet ini, ia tak berapa jelas dan spesifik. Kerajaan Negeri tiada wang, tapi mereka meningkatkan peruntukan untuk ADUN tapi hanya untuk ADUN BN tidak bagi ADUN pembangkang.

"Tapi melihat pada bajet defisit, Negeri Sabah tidak dalam keadaan baik, sebab itu mengikut laporan bank dunia, Sabah ialah negeri termiskin di Malaysia,"katanya lagi.

Dr Albert yang juga ketua DAP Sabah membidas cara pembentangan bajet oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah Datuk Musa Aman yang dianggap beliau sebagai kempen Barisan Nasional.

"Kenapa mesti letak gambar dia di muka depan dokumen ketika pembentangan bajet ? Itu dokumen rasmi kerajaan. Walau ketika pembentangan Bajet Nasional pun, Perdana Menteri Najib tidak letak gambar di dokumen itu. Ketika pembentangan pun, dia asik berkata Barisan Nasional. Ini bajet rakyat bukan bajet BN! Itu kesalahan yang besar." ujarnya.

Beliau turut merasakan walau betapa banyak wang ditaburkan, BN yang memerintah Sabah sejak 1995 telah gagal sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah negeri kedua terbesar di Malaysia ini.

"Secara keseluruhan, kerajaan BN telah gagal sama sekali menyelesaikan masalah di Sabah. Sebagai contoh, masalah IC haram, pendatang haram, penyeludupan rokok dan sebagainya." tambah Dr Albert.

Read more ...

Memang dah lama Zaid tidak boleh dipercayai

































SHAH ALAM, 20 Nov. :
"Apabila Zaid menyertai PKR (pada 2008), saya ada menyatakan pada Anwar Ibrahim (bahawa) orang ini tidak boleh dipercayai. Ini boleh disahkan oleh Anwar (sendiri)," Karpal memberitahu pemberita di Pulau Pinang.


Karpal lahirkan rasa simpati dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim atas tindakan Zaid mengkritik pimpinan PKR bertalu-talu sebelum bertindak keluar dari parti itu.

Pengerusi DAP Karpal Singh menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang cabaran daripada parti yang bakal ditubuhkan oleh Zaid.


Karpal berkata tindakan Zaid membuat pelbagai tuduhan dan kritikan terhadap Anwar amat dikesali memandangkan jasa Ketua Pembangkang itu menerima Zaid ke dalam PKR dan memberikan beliau ruang untuk menyerlah.

"Anwar memberi "perlindungan" kepada Zaid ibrahim. Tetapi apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim (dengan) perkataan-perkataan yang digunakan ke atas Datuk Seri Anwar adalah satu perkara yang tidak boleh dipertahankan", tegas Karpal.

Selain diangkat oleh Anwar untuk menjadi calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Zaid turut dipilih menganggotai Biro Politik selain menjadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Zaid kemudian menuduh Anwar dan pimpinan PKR lain sebagai kononnya tidak mendokong amalan demokrasi, malah meminta Anwar untuk meninggalkan parti itu.

Karpal berkata Zaid bebas untuk menubuhkan parti baru namun ia tidak sekali-kali akan mengusarkan Pakatan Rakyat.

"Jika Zaid Ibrahim mahu tubuhkan satu parti politik dia boleh, Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran dari zaid Ibrahim," kata beliau.

Read more ...

Sifat hasad dengki kerajaan pusat dikepalai Umno

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Tindakan kerajaan Pusat tidak mengiktiraf penggunaan Dinar dan Dirham Kelantan dibayangi sifat prejudis dan hasad dengki terhadap pemerintahan PAS, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengulas jawapan bertulis Menteri Kewangan terhadap soalan lisannya di Dewan Rakyat yang bertanya pendirian Kerajaan Pusat tentang pengenalan Dinar dan Dirham yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Menteri dalam jawapannya mendakwa penggunaan wang emas dan perak dalam urus niaga akan menyebabkan orang ramai menanggung risiko harganya yang sentiasa turun naik.

Selain itu, pengguna juga akan bermasalah untuk mengesahkan ketulenan emas atau perak serta kemungkinan berlakunya pemalsuan yang berleluasa.

"Amat malang sekali jawapan dari Menteri Kewangan adalah seperti tertera di atas.

"Ternyata apabila Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai instrumen kewangan selain dari mata wang – ’legal tender’, kerajaan BN terus mengecam seolah-olah ia satu kesalahan.

"Prejudis itu juga terserlah dengan memaparkan pelbagai aspek negatif dan risiko yang kononnya akan menimpa rakyat dan pengguna," kata Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kerajaan Kelantan melancarkan Dinar Emas pada 12 Ogos lalu atas penegasan ianya bukanlah matawang, tetapi hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade (perdagangan pertukaran).

Menurut Dzulkefly, prejudis tersebut jelas boleh dilihat apabila Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.

Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.

Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.

"Sungguh malang andainya pimpinan Umno terus menyimpan perasaan prejudis sehinggakan yang rugi ialah rakyat sementara kebaikan yang mahu disampaikan kepada umat terhalang kerana sikap yang sempit dan perasaan yang dilingkungi hasad.

"Pemikiran yang waras dan jiwa yang murni akan dapat mengenali betapa ’politik sempit’ dan kelonggaran pegangan kepada agama Islam akan meletakkan perhitungan kepentingan politik kepartaian mengatasi tuntutan kewajaran dan kebenaran yang dianjurkan oleh Islam," katanya.hrkh

Read more ...