Saturday, September 3, 2011

GEMPAR!!! Tragedi ngeri di rumah seorang Menteri UMNO, benarkah ditutup kes?

Oleh : CITRA MASADI

MARAH....Shafie sedang memarahi para peminta sedekah selepas tragedi malang yang cuba disembunyikan beliau. Gambar ehsan Hamba Allah.

MUNGKINKAH Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khan menutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri?

Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya?

Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan ‘Sedekah’.

Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan ‘Hilang’ keesokan harinya.

Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan.

Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak.

Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya.

"Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang),” teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang.

Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini.

Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan?

Tim Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube.

Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia!

Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini.

http://sabahkini.net/

Read more ...

Kenduri sakan UMNO, belasah wang rakyat

Setiap MP BN Dapat RM2.5 juta

Duit tu nak buat pi makan angin ke?

Jika duit tu benar benar nak membantu rakyat ke, rasanya bukan target kot, kalu nak jamu kroni pun rasanya bukan jugak ,nak buat belanja pilihanrya umum laa kot, tapi selalu kedengaran duit pasang poster dan sebagainya yang tahun dulu pun tak seattle jugak..hahaha

Alih alih calon yang tewas kata ‘nasib baik aku sempat save’..hahahaPKB

MP BN dapat dana khas hingga RM2.5juta hadapi PRU-13

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) disediakan dana wang tunai khas oleh kerajaan pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan prasarana secara langsung di bahagian Parlimen masing-masing ─ ketika pilihan raya umum ke-13 semakin dekat sudah hangat diperkatakan.

BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.

Akhbar harian Sin Chew Daily melaporkan bahawa peruntukan yang disediakan boleh mencecah sehingga RM2.5 juta bagi sesetengah bahagian.

Bagaimanapun tiada dana bagi kawasan yang dikategorikan sebagai “hitam”, di mana BN hilang kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.

Beberapa ahli Parlimen yang dihubungi mengesahkan mereka telah disediakan peruntukan khas, yang dibayar antara RM500,000 dan RM2.5 juta ─ bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi terbabit dimenangi BN ataupun sebaliknya.

Seorang wakil rakyat berkata, pembayaran sudah mula dikeluarkan sejak sebelum sambutan Aidilfitri dan akan terus dibayar secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

Mengambil kira perkembangan itu, The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum ke-13 dijangka akan berlangsung akhir suku pertama ataupun awal suku kedua tahun depan.

“Peruntukan ini membolehkan wakil rakyat mengadakan aktiviti mengikut keperluan kawasan dan pengundi masing-masing,” kata wakil rakyat itu sambil menambah, “malah ia memudahkan kami menjalankan aktiviti dengan cepat dan segera, yang menggembirakan pengundi.”

“Itu kelebihan. Pengundi dapat melihat permintaan mereka ditunaikan dengan segera. Mereka dapat respons positif,” kata sumber itu.

The Malaysian Insider difahamkan, jika seorang ahli Parlimen diperuntukkan RM2 juta, mereka sudah pun menerima peringkat pertama peruntukan sebanyak RM400,000 sebelum Aidilfitri. Difahamkan, mereka yang diperuntukan RM1 juta telah disalurkan RM250,000.

“Kawasan yang BN kalah pada pilihan raya umum lalu hanya disalurkan RM500,000. Kepimpinan BN telah mengadakan satu taklimat khas mengenai peruntukan ini pertengahan bulan lalu,” kata seorang lagi wakil rakyat.

Katanya, pada taklimat itu tujuan dan kaedah penyaluran dana telah diperjelaskan kepada ahli-ahli Parlimen BN.

“Bagaimanapun jika kawasan BN yang pengundinya melebihi 60,000 orang, misalnya, wakil rakyat akan dibayar lebih RM2 juta. Ini yang dijanjikan, mungkin RM2.5 juta dan sebagainya,” kata pemimpin itu lagi.

Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN Datuk Bung Mohtar Radin menafikan adanya peruntukan sedemikian.

“Tidak ada, tidak. Kami tidak menerima apa-apa peruntukan seperti ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dalam laporannya malam tadi, Sin Chew Daily menyebut BN mengklasifikasikan sesuatu bahagian seperti “hitam”, “kelabu” dan “putih” – di mana BN dan Pakatan Rakyat menguasai kerusi atau BN menang dengan majoriti kecil – akan menerima antara RM1 juta dan RM2 juta.

Peruntukan akan diagihkan mengikut kawasan “putih” di mana BN memegang kedua-dua kerusi persekutuan dan negeri.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa wakil-wakil BN di Selangor menerima peruntukan bulan lalu.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Adun Januari lalu tetapi tidak kepada wakil rakyat BN.

The Malaysian Insider membawa laporan Julai lalu bahawa Putrajaya telah meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di PWTC.

Laporan itu menyebut dana itu dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir Ogos.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan ‘kubu’ pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar.

Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing.

tmi

Read more ...

UMNO peralat Utusan ubah sejarah


SHAH ALAM 3 SEPT : Pakatan Rakyat mendakwa Utusan Malaysia diperalatkan oleh kerajaan bagi memutar-belitkan fakta dengan menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis.

Satu kenyataan media yang dikeluarkan Pakatan Rakyat hari ini mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh Kerajaan UMNO-Barisan Nasional, yang telah memalsukan fakta sejarah Malaysia yang hanya mahu sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.

"Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?"

Mengikut sejarah, tokoh-tokoh ini turut mempelopori dan berjuang bersama pelbagai pertubuhan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu.

Malah, usaha itu turut menujukkan penduduk tanah Melayu telah mampu bersatu tanpa mengira warna kulit, ras dan agama sepertimanya Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA)

"Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara."

Kenyataan Media bersama Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS, Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR dan Liew Chin Tong dari DAP hari ini Pakatan Rakyat mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.

Utusan sejak awal Syawal telah menyerang Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu bertubi-tubi dan didakwa sebagai 'tali barut DAP dan Komunis' oleh akhbar milikan UMNO tersebut.

Kenyataan media tersebut turut mendakwa satu sejarah yang selari berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.

Malah, Pakatan turut mendakwa buku-buku sejarah kontemporari yang digunakan dalam sukatan pelajaran hanya memaparkan bab-bab yang berkepentingan untuk UMNO menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka selama lima lebih lima dekad.

"Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan."

"Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia...kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis."

Read more ...

SEDIA!!! Selepas ini pelakon Mustapa Kamal pula akan diserang

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/313286_186488461422495_148340505237291_423524_4908589_n.jpg

Pelakon Mustapa Kamal menghadiri program ‘Bual Bicara’ bersama penulis blog dan pengguna facebook di Balai Islam, Kota Bharu pada hari Jumaat, 2 September.

Program yang bermula jam 9 malam ini dihadiri oleh Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.

Menurut penganjur., program ‘Bual Bicara’ ini memberikan ruang kepada pengguna facebook dan penulis blog bertemu pemimpin secara langsung.

Di samping itu, orang ramai melontarkan persoalan dan pandangan dengan jawapan langsung diterima dari setiap ahli panel.

Seperti yang berlaku kepada Wardina dan selebriti lain yang diserang pencacai umno. Pastinya , selepas ini Mustapa Kamal juga perlu bersedia diserang pencacai umno kerana menghadiri program anjuran Kerajaan Kelantan ini.


Read more ...

TU DIA!!! Tugu Negara tapi nama askar orang Inggeris



SILA lihat tugu negara (sebut tokong negara) ini baik-baik! Selama ini, setiap kali hari pahlawan, perdana menteri akan meletakkan kalungan bunga di tugu ini kononnya sebagai tanda memperingati pejuang kemerdekaan yang terkorban.

Kononnya inilah pejuang kemerdekaan yang terkorban atas nama keamanan dan kebebasan. Malah terpahat tulisan "May the blessing of Allah be upon them". Pejuang-pejuang ini didoakan agar memperolehi rahmat dari Allah.

Namun hakikatnya, siapa yang percaya bahawa nama-nama pejuang yang terpahat di tokong negara ini sebagai pejuang, maka dia telah berjaya ditipu oleh British. Lihat bukti di bawah ini.


Kenapa banyak nama Mat Saleh? Mat Saleh penduduk majoriti Tanah Melayu ke? Orang Melayu semua pergi mana? Kah kah kah...

Rupanya negara ini negara British! Sebab itulah pejuang kemerdekaan adalah askar-askar British! Orang Melayu semua dipanggil komunis kah kah kah...

Kenapa ukiran wajah muka patung macam muka orang putih? Orang Melayu zaman dulu macam muka orang putih ke? Kah kah kah...

United Malays No Otak kata, ini fakta sejarah, siapa tak percaya sejarah ini dia penyokong komunis kah kah kah...

Mari sama-sama kita doakan askar-askar kafir British ini semoga roh-roh mereka dicucuri laknat kah kah kah... (kalau ada askar British yang beragama Islam doa ini terbatal)


ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tau British tu penjajah bukan pejuang!"


Read more ...

Bakal besan Rosmah terlibat kes kehilangan usahawan terkenal Kazakhstan?

UMUM mengetahui bahawa anak perempuan Rosmah Mansor, Nooryana Najwa telah bertunang dengan anak saudara Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan.

Tunang Nooryana Najwa adalah anak lelaki Maira Nazarbayev yang juga merupakan bakal besan Rosmah dan Najib [TMI].


Seorang individu yang mendakwa berasal dari Kazakhstan telah memberikan satu link berita yang pernah disiarkan di portal berita terkenal negara itu pada 19 Ogos 2010, Kazakhstan Newsline.

Berita tersebut melaporkan kehilangan seorang ahli perniagaan terkenal Kazakhstan selepas bertengkar dengan Maira Nazarbayev [Newsline].


Edgar Salduzi, 34 seorang ahli perniagaan terkenal Kazakhstan dilaporkan hilang sejak meninggalkan rumahnya pada 14 Ogos 2010 lapor Kazakhstan Newsline.

Pertengkaran antara Edgar Salduzi dan ipar Presiden Kazakhstan, Maira Nazarbayev telah dilaporkan secara meluas dalam beberapa akhbar terkenal negara Kazakhstan sebelum itu.

Sebelum ini heboh di internet dakwaan bahawa bakal besan Rosmah ini ada kaitan dengan mafia Russia, rujuk sini [Mafia Russia]

ReJaM© "Satu persatu serpihan puzzles akan dicantumkan..."


Read more ...

Sah lagi sahih! Najib di Perth, Australia pada 31 Ogos!

DALAM artikel sebelum ini di MiLo SuaM, ReJaM© ada membangkitkan isu Najib Tun Razak ke Perth Australia di saat negara sedang menyambut hari kemerdekaan yang ke 54.

Dakwaan itu disokong oleh dua keping gambar jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan Najib yang dilihat mendarat di Perth Autralia. Jet peribadi itu dikenal pasti melalui logo 1 Malaysia di ekornya [Najib Perth Australia].

Ramai pihak yang mengecam dakwaan itu, kononnya ReJaM© membuat fitnah. Ada yang mendakwa jet itu tidak dinaikki oleh Najib dan sebagainya.

Kali ini ReJaM© berani mengesahkan bahawa Najib memang benar-benar ke Perth Australia pada 31 Ogos lalu. Di bawah ini bukti screenshot laman facebook Kelab Umno Western Australia.

Laman facebook itu mengalu-alukan kedatangan Najib ke Perth Australia pada 31 Ogos 2001 sehingga 4 September 2011 [Facebook].


Terima kasih kepada pemberi maklumat yang menggelarkan dirinya sebagai hamba Allah di bumi kanggaroo.

ReJaM© "Ada blogger kata Najib pergi buat rawatan lutut kah kah kah..."


Read more ...

Pejuang kemerdekaan sebenar bukan UMNO

PUTERA-AMCJA Pejuang kemerdekaan Malaya sebenar

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih dikenali sebagai Umno sebenarnya bukan pejuang kemerdekaan negara kita yang sebenarnya. Umno telah mengkhianati perjuangan kemerdekaan sejak daripada tahun 1946 lagi.

Setelah pentadbiran British di Malaya pulih ekoran daripada tamatnya penaklukan Jepun dan perang dunia kedua, pihak British telah bercadang untuk membentuk satu kesatuan yang menyatukan kesemua negeri-negeri Melayu yang bersekutu dan tidak bersekutu serta negeri-negeri selat di bawah satu payung pemerintahan pusat.

Hasil daripada itu pihak British telah mengilhamkan pembentukan Malayan Union untuk menyatukan beberapa bentuk identiti negeri-negeri Melayu tersebut.

Akan tetapi cadangan pembentukan Malayan Union tersebut ditolak dan dibantah oleh Umno dengan alasan kuasa orang-orang Melayu dan Raja-raja akan dikurangkan melalui pemerintahan pusat yang dikuasai oleh seorang Gabenor-Jeneral.

Ekoran bantahan demi bantahan yang dikelolakan oleh Umno di seluruh negara pada masa itu, kerajaan British di Malaya pada masa itu membatalkan hasrat pembentukan Malayan Union tersebut dan digantikan pula dengan suatu bentuk persekutuan yang longgar.

Dalam tahun 1946 itu juga, pihak British dengan rela hati telah menawarkan para pemimpin Umno untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya dan jesteru itu memberikan hak berkerajaan sementara kepada Umno.

Akan tetapi, Umno telah menolak tawaran kemerdekaan daripada pihak British pada masa itu dengan mengatakan bahawa mereka masih belum bersedia untuk menikmati kemerdekaan Malaya. Malah seorang pemimpin Umno pada masa itu pernah menyebut, “buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka?” Inilah merupakan kali yang pertama Umno telah mengkhianati kemerdekaan untuk negara kita pada masa itu.

Akibat penolakan tawaran kemerdekaan oleh para pemimpin Umno, dua gabungan parti-parti politik yang tidak bersekutu dengan Umno, iaitu PUTERA dan AMCJA telah mengambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan mereka biarpun tanpa Umno.

Mendalami gabungan PUTERA-AMCJA

Untuk pengetahuan, gabungan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) merangkumi beberapa buah parti-parti nasionalis Melayu yang berpengaruh pada masa itu yang terdiri daripada:

1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti nasionalis Melayu yang terbesar,

2. Angkatan Pemuda Insaf (API),

3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS),

4. Gerakan Angkatan Muda (Geram),

5. Barisan Tani SeMalaya (Batas) dan,

6. Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (Mata) atau lebih dikenali sebagai Hizbul Muslimin.

Manakala, gabungan di dalam AMCJA (Majlis Tindakan Bersama SeMalaya) terdiri daripada beberapa buah parti-parti politik pelbagai kaum dan kesatuan-kesatuan sekerja:

1. Kesatuan Demokratik Malaya (MDU),

2. Persekutuan Kesatuan-kesatuan Sekerja SeMalaya,

3. Kesatuan Perkhidmatan Perkeranian P.Pinang, Perak, Selangor dan Melaka,

4. Liga Pemuda Demokratik Baru Malaya,

5. Persatuan Bekas-bekas Gerila Anti Jepun Malaya,

6. Parti Komunis Malaya (PKM),

7. Kesatuan Buruh Am

8. Kongres India Malaya (MIC),

9. Dewan Perniagaan India Selangor,

10. Dan pelbagai pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan umum.

Sebelum pembentukan Umno, beberapa buah pertubuhan dan parti-parti politik di dalam dua gabugan ini telahpun mula memperkasakan perjuangan kemerdekaan mereka sejak seawal tahun 1940an lagi sehinggalah ke tahun 1948.

Perlembagaan Rakyat PUTERA-AMCJA

Hasil daripada usaha gigih para pemimpin PUTERA-AMCJA pada masa itu, maka termaktublah satu draf Perlembagaan Rakyat (People’s Constitution) yang telah disampaikan kepada kerajaan British pada tahun 1947, bagi memohon perkenan untuk mendapatkan kemerdekaan untuk negara Malaya.

Umno khianati kemerdekaan

Akan tetapi, adalah amat dukacita sekali pada masa itu, di mana Umno telah mengemukakan bantahan mereka terhadap cadangan Perlembagaan Rakyat dan Kemerdekaan Malaya yang diusahakan oleh PUTERA-AMCJA pada masa itu atas alasan ianya terlalu “kiri”.

Akibat hasutan demi hasutan yang dilakukan oleh Umno, kerajaan British mengambil keputusan untuk menolak terus cadangan Perlembagaan Rakyat dan Kemerdekaan Malaya yang dipelopori oleh gabungan PUTERA-AMCJA dan ini adalah merupakan pengkhianatan kali kedua terhadap kemerdekaan negara ini oleh Umno.

Pengharaman PUTERA-AMCJA dan Darurat

Berikutan hasutan yang berterusan para pemimpin Umno, pada awal 1948, kerajaan British Malaya telah mengambil keputusan untuk mengharamkan gabungan-gabungan PUTERA-AMCJA beserta dengan beberapa parti-parti komponennya dan memenjarakan beberapa pemimpin utamanya atas alasan gabungan tersebut telah bertambah “militan dan berbahaya” terhadap negara.

Akibat daripada pengharaman tersebut, seluruh usaha perjuangan kemerdekaan PUTERA-AMCJA terbantut dengan juga penangkapan beberapa pemimpinnya, manakala para pemimpin utama lain seperti Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Mat Indera dan sebagainya telah mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan mereka melalui peperangan gerila dengan menyertai PKM.

Oleh kerana perjuangan bersenjata telahpun bermula, maka kerajaan British Malaya mengisytiharkan Darurat pada tahun yang sama dengan alasan “PKM telah melancarkan perang terhadap kerajaan Malaya”.

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Umno sememangnya telahpun mengkhianati perjuangan kemerdekaan negara kita ini sejak dari awal lagi dan berjaya merampas peranan pada tahun 1957 tersebut hasil kerjasama mereka dengan pihak penjajah.

Dan sejak daripada itulah, Umno mengecap gabungan PUTERA-AMCJA sebagai komunis dan pengganas sehinggalah ke hari ini.

Malaysia Chronicle

Read more ...