Thursday, May 10, 2012

VIDEO TERKINI!!! SB polis belasah peserta Bersih 3.0




Baju biru tutup muka tue pun SB. Tumpang belasah sekali. Abaikan kasut boot, atau orang2 yang berdiri disekeliling polis. Tumpu pada yang tutup muka jek. Kalau nampak dia belasah pendemo, insya-Allah dia SB yang kita cari. Dan jika dia juga terlihat melakukan provokasi dan ada video kantoi dia membelasah pendemo, sebarkan. 

Ini baru betul2 punya SB. Siap dengan seluar pendek. Tutup muka dengan kain. Pakai topi. Aku dah yakin amat. Ini adalah SB. Kalau korang tengok video kat bawah neh, korang akan dapati SB tue membelasah pendemo bersih beramai2 bersama sekumpulan polis yang lain.

SB tue confirm sedang menyamar sebagai pendemo. Memang confirm. Sebab apa?

1. Dia pakai pakaian kasual.

2. Dia pakai topi dan kasut bukan boot.

3. Dia tutup muka.

Aku sedikit sebanyak bersetuju dengan idea aduka taruna bahawa untuk next 4.0 pendemo2 bersih di larang tutup muka. Apa jek ko nak tutup muka kalau ko sungguh sokong bersih kan? Kenapa nak cover2 muka ko apa seme? Kalau pompuan pakai purdah tue lain citer. Tapi lelaki sepatutnya dilarang tutup muka. Merbahaya. Mereka mungkin adalah sang penyamar.

Sekarang, kita kena bersatu padu cari mamat SB neh. Sapa cam SB tersebut? Sapa ada duduk sebelah SB tersebut? Sapa ada nampak dia melakukan atau memulakan provokasi? Sama2 kita sebarkan untuk mengumpul maklumat. Tolong share video kat bawah neh sebanyak mungkin. Kita kena lakukan penyiasatan online beramai2. Bersatu kita boleh selesaikan misteri, kalau sorang2 haram lah jawapan nya.


Ameno : Ini baru betul2 punya SB.

Read more ...

KANTOI!!! Pengerusi SPR dan Timbalan terperangkap kerana mengaku awal jadi ahli UMNO


Ternyata jika si penipu yang mengeluarkan kenyataan, lambat laun kebenaran akan terbongkar juga.

Begitulah nasib yang menimpa Nazri Aziz yang menjadi Nenteri de-facto bagi undang-undang, kerana mahu menjaga Aziz Yusof, kedua-duanya kini saling memperbodohkan diri masing-masing di khalayak ramai.


Berikutan dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Aziz bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan lagi ahli Umno adalah pembohongan bertujuan mengelirukan rakyat.


Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, selepas pendedahan, Abdul Aziz Yusuf tidak pernah mengisytihar keluar Umno, sebaliknya mendakwa telah terlucut keahlian kerana tidak membayar yuran tahunan.


"Pengakuan itu sekadar mengesahkan Abdul Aziz memang menjadi ahli Umno," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.


Ahli Parlimen Machang itu berkata, berdasarkan pengalaman beliau yang pernah menjadi Setiausaha Pemuda Umno, untuk mendaftar menjadi ahli Umno, seseorang itu hanya perlu membayar yuran keahlian.


Menurut Saifuddin, yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan kerana yuran keahlian hanya dibayar sekali seumur hidup.


"Sekiranya seseorang itu tidak membayar yuran tahunan, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat agung dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pemilihan.


"Walaupun tidak membayar yuran, seseorang itu tetap menjadi ahli Umno sehingga dia membuat keputusan untuk keluar parti," katanya.


Beliau juga mendedahkan terdapat 11 Wan Ahmad Wan Omar berdaftar sebagai ahli Umno.


Justeru, beliau mencabar 10 nama lagi untuk tampil menafikan 'Wan Ahmad Wan Omar' bukan Timbalan Pengerusi SPR.


"Sekiranya peniaga bernama Wan Ahmad Wan Omar mendakwa dia menganggotai Umno, itu tidak mengapa.


"Dalam senarai saya, masih ada 10 lagi nama yang sama. Jadi saya cabar kesemua nama ini tampil menafikan sehingga 'Wan Ahmad Wan Omar' mengaku dia adalah Timbalan Pengerusi SPR," tegas beliau.


Tambah Saifuddin, beliau telah menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri tengah hari tadi mendesak tribunal ditubuhkan bagi memecat Abdul Aziz dan timbalannya.

Read more ...

UMNO JOHOR TERTEKAN!!! Kerusi campuran majoriti di Johor

BN Johor, benar-benar tertekan dalam menghadapi PRU 13. Ini kerana majoriti kerusi-kerusi Parlimen dan Dun di Johor adalah kerusi campuran antara Melayu dan Cina. 

Kebanyakan kerusi hampir 50:50 antara bilangan pengundi Cina dan Melayu. 

Hanya beberapa Parlimen sahaja yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang agak ramai antaranya Mersing, Kota Tinggi Ini yang membuatkan Ghani Othman tidak tidur malam. Alangkah eloknya jika Ghani Othman tidak payah memeningkan kepalanya, lebih baik beritahu Najib bahawa dia nak 'surrender' dan pencen.

Elok kerana kemarahan orang Cina terhadap BN semakin meluap-luap khususnya selepas Bersih 3.0 maka dijangkakan BN akan menghadapi mimpi ngeri pada PRU 13 nanti. Pengundi Cina sudah tidak takut lagi untuk mengundi PAS seperti yang ditunjukkan oleh mereka di Dun Sg Abong dan Maharani yang dimenangi PAS pada PRU 12 dahulu. 


Pada PRU 13 kali ini, adalah dijangkakan 80-90 % pengundi Cina akan mengundi DAP dan 70-80 % dari mereka akan mengundi PAS. Jika keadaan ini benar-benar berlaku sudah tentu BN akan tergolek dan bungkus di Johor.


Sementara itu PAS negeri Johor yang  menang dua kerusi undangan negeri (DUN) pada 2008  meletakkan sasaran realistik sesuai dengan sokongan pengundi kepada parti itu dalam pilihan raya umum 13.
“Sasaran realistik ialah menang 15 kerusi negeri berdasarkan fokus parti sebaik selesai pilihan raya umum 2008 dan sokongan pengundi.
“PAS akan meletakkan calon di 28 kerusi tetapi pontesi menang adalah 15. Ini sasaran yang realistik dan terjangkau,” kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed, orang nombor satu PAS Johor.
“Jika menang lebih daripada kerusi itu, ia bonus. Kemungkinannya tetap ada” katanya kepada Portal FMT baru-baru ini.
Bagaimanapun, Dr Mahfodz tidak menyebut kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh PAS itu.
Parti itu bertanding 33 kerusi negeri dalam pilihan raya umum lalu tetapi cuma menang dua kerusi negeri – Maharani dan Sungai Abong.
PAS  tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen walaupun meletakkan sembilan calon.

3 calon bukan Islam
“Kali ini kita (PAS) akan bertanding lapan kerusi Parlimen, antaranya Pulai, Pagoh, Simpang Rengam dan Air Hitam.
“Kita ada peluang untuk menang kerana Umno sendiri mengakui ada sembilan kerusi yang kelabu dan hitam dalam pilihan raya kali ini.
“Ini bermakna, kawasan tradisi Melayu itu kemungkinan dimenangi calon PAS tetap cerah,” katanya.
Menurut Mahfodz lagi,  PAS negeri sudah menghantar senarai nama calon kepada pejabat agung PAS di Kuala Lumpur.
Katanya, dalam senarai tersebut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dicadangkan untuk bertanding dua kerusi iaitu Parlimen dan negeri.
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan itu mengesahkan akan pulang dan bertanding di Johor dalam pilihan raya umum 13.
“Banyak muka baru kali ini, Johor juga menghantar beberapa nama bukan Islam, tiga muslimah dan muka-muka baru.
“Kita sedang merangka manifesto bersama Pakatan Rakyat. PAS akan menggunakan manifesto ini di kawasan-kawasan yang kita tandingi.
“Kita tahu, PAS tidak akan menang secara sendirian. Kita bertanding secara bersama (Pakatan Rakyat),” tambahnya.

Read more ...

BUKTI !!! Video Ustaz Azhar Idrus juga turun Bersih 3.0

Ramai yang dok kata Ust Azhar Idrus tak pergi ke himpunan Bersih 3.0. Peminat Ust Azhar Idrus yang masih bermazhab UMNO paling ramai minta bukti. Sekarang bukti dah ada, nak hujah apa lagi?

Read more ...

RUPANYA RM 15 000 DUIT PINJAMAN PENEROKA!!!! Peneroka gadai tanah -> bank bagi pinjam RM -> Peneroka bagi RM kepada FGV -> FGV bagi RM kepada Najib ->Najib bagi balik RM kepada peneroka

Semalam, ketika upload satu gambar yang juga adalah salah satu dokumen yang terkandung dalam 66 [ atau 88, kurang pasti berapa helai sebenarnya ] dokumen perjanjian peneroka felda dengan felda, terdapatlah beberapa individu2 yang agak bangang memberikan komen bahawa dokumen tersebut adalah ;

1. Fitnah.

2. Rekaan sendiri. Aku cipta guna word.

3. Takde bukti itu dokumen benar.

4. Tipu

Aku mula2 cuba gak bersabar. Tapi last2 aku dah hilang sabar bila terdapatnya individu BANGANG yang cakap nak REPORT polis sebab aku upload dokumen tersebut. Dia nak report yang aku rasa alasannya sebab sebarkan dokumen palsu. Apa lah bangang sangat manusia tue. Korang boleh lihat kisah selanjutnya disini.
Sekarang neh, meh kita bincang isu neh dalam2. Jangan dok pongpang cakap orang nak mendengki korang dapat rm15k atau apa. Takde masa aku nak DENGKI kejayaan korang dapat rm15k pun. Sedangkan rafizi cakap korang boleh dapat rm50k. Orang nak tolong korang dapat rm50k, korang cakap orang nak dengki korang dapat rm15k? 
Kalau dengki, kita orang biarkan je lah korang bangang2 dapat rm15k. Apa nak susah? 50k lagi banyak dari 15k apa. Yang kena TIPU, TERTINDAS dan DIPERDAYA tue korang. Bukan aku. Yang RUGI tue korang, pun bukan aku. 
Aku rasa takan ada orang yang BANGANG2 nak merelakan diri DI MAKI2 dan DI HINA2 oleh orang2 yang berotak BAHLOL macam korang neh semata2 sebab DENGKI. Tapi disebabkan kita orang bukan ORANG BANGANG tapi orang yang sedang MENENTANG penipuan dan KEZALIMAN, maka kita orang terpaksa juga sedikit sebanyak berhadapan dengan orang BODOH dan BEBAL ketika menunjukkan korang perkara sebenar. 

Seterusnya samada korang nak akur DITIPU atau mahu membebaskan diri daripada ditipu itu korang punya pasal. Ingat, yang RUGI tue korang bukan aku. Aku satusen pun takde effect apa2 bila korang tanggung kerugian apa seme pada masa akan datang. Ketika itu janganlah korang melalak2 meroyan sebab rm15k yang piem bagi dah habis, harga saham pula tak konsisten sebab turun naik dan terpaksa pula menanggung beban pembayaran di bank. Aku taknak campur pada saat itu. Sendiri yang pandai2 buat keputusan so sendiri lah tanggung.
Sebelum segalanya terlewat, kita bagi dulu langkah2 keselamatan. Kita neh sekadar nak membantu sesama rakyat. Takan lah kejam sangat kita orang neh pada korang, after all kita seme neh terkelompok dalam satu kumpulan yang sama iaitu RAKYAT MARHAEN. Kalau bukan kita yang nak TOLONG kita, sapa lagi?

Dalam isu FELDA neh, korang lihat dulu beberapa dokumen perjanjian yang aku dapat menerusi EMAIL.







Sapa yang bagi neh? Takan orang LUAR pula. Mestilah orang2 dalam FELDA sendiri. Jadi jangan SEMBANG kencang kononnya pihak luar yang cuba nak melaga2kan warga felda. Takde masa aku nak buat kerja BODOH tue.
1. Dokumen neh ada banyak. Dia cuba scan beberapa yang penting. Lebih tepat KEYPOINT kenapa perjanjian neh dianggap FISHY.
2. Semua orang tahu HARGA SAHAM mana ada KONSISTEN = STATIC. Kalau ada TURUN mestilah ada NAIK kan. Dan begitu juga sebaliknya. Apatah lagi ia melibatkan KOMODITI seperti MINYAK MASAK SAWIT neh hah.
3. Kat atas neh mengisahkan perjanjian pinjaman dengan BANK. Pinjaman neh merujuk kepada PEMBELIAN SAHAM oleh peneroka felda ke atas saham terbitan FGVHB. Memang kalau dah berani pinjam kena lah berani tanggung risiko kalau gagal bayar balik kan. BANK sudah tentu akan membuat perjanjian2 yang menyebelahi mereka. Aku tak salahkan bank kat sini. Ini adat orang berniaga. Mana ada orang nak RUGI. Tapi aku persoalkan pegawai2 felda yang terlalu mendorong peneroka2 neh agar sign. Kenapa?

4. Kat sini yang aku FAHAM setelah meneliti kes neh ialah ;

- Peneroka kena setuju bahawa dorang mengadaikan/memajakkan tanah mereka kepada FGVHB. Itu satu kes yang lain. Bagi menyenaraikan FGVHB.

- Peneroka juga kena beli saham yang diterbitkan oleh FGVHB. Ini juga satu kes yang lain.
Betul tak? Aku dah timbang, selidik, baca dan analisis. Ini yang aku nampak. Oleh kerana dokumen kat atas neh diterbitkan dalam bahasa english, maka ramai juga peneroka2 yang tak faham. 
Namun, ada juga yang berjaya DIHASUT oleh pegawai2 FELDA agar SIGN jek perjanjian tersebut sebab diberitahu tidak akan merugikan sesiapa. Sekarang fikir. Ko SIGN = ko PINJAM. Lepas SIGN = ko dapat PINJAMAN = untuk beli SAHAM.
Lihat juga dokumen kat bawah neh ;
Surat tanggungan kerugian. Baca lanjut tentangnya disini.
Oke, selesai satu isu. Sekarang dari mana pula Najib razak cakap bagi RM15K kepada setiap peneroka2 felda tue? Yang neh lah aku percaya, duit yang korang dapat tue ialah HASIL PEMAJAKKAN TANAH korang kepada FELDA untuk disenaraikan sebagai FGVHB. So kalau ko pajak tanah = takan satusen pun ko tak dapat?
Kalau gitu, bak lah pajak tanah kat aku. Seronok gak aku dapat tanah percuma untuk beberapa tahun. So yang neh lah yang si RAFIZI dok pongpang2 cakap sepatutnya PENEROKA dapat 50ribu, bukan 15ribu. Yang bab tue korang baca sini lanjut.

Dan, setelah melakukan analisis, aku percaya bahawa kisah keseluruhan kes neh adalah seperti berikut ;

1. Mula2 peneroka kena pajak tanah. Pajak tanah = dapat duit = rm15k. Sapa tak setuju sign takan dapat duit = sekaligus penyenaraian FGVHB gagal. Jadi 15k bukan durian runtuh tapi duit korang sendiri setelah bersetuju untuk memajakkan tanah.

2. Selepas tue korang juga kena SIGN pinjaman untuk membeli saham. Korang kena SIGN dengan 8 BANK utama malaysia, yakni korang MEMINJAM untuk beli saham. 

3. Dan, duit pinjaman tue nanti akan disalurkan terus kepada FGVHB. Harga seunit saham ialah = rm4.65.

4. FGV telah mengeluarkan pelan perancangan yang menyatakan mereka akan menjual pegangan saham mereka sebanyak 59% kepada pelabur2 baru.

5. Dan FGV juga menyatakan bahawa mereka akan menerbitkan saham2 baru yang berjumlah 980,000,000. Saham2 neh akan dijual kepada pelabur2 baru.

6. Saham2 baru neh lah yang aku PERCAYA dijual kepada peneroka2 felda. 

7. Dan jika ini betul, ini bermakna peneroka2 felda telah meminjam untuk membeli saham2 dalam FGV yang juga akhirnya menjadi satu NILAI = WANG yang mana disifatkan oleh NAJIB sebagai DURIAN RUNTUH untuk disalurkan kepada peneroka semula.
Faham tak? Aku buat kesimpulan mudah.
Peneroka gadai tanah = bank bagi pinjaman beli saham = peneroka bagi duit pinjaman kepada FGV = najib bagi duit pada peneroka.
Nampak tak? Kalau lah ini benar, maka ini membuktikan dari awal lagi, tiada sesiapa pun yang dapat apa2 yang disifatkan sebagai durian runtuh.  Apa pun ini adalah analisis dan penaakulan aku sendiri. Korang boleh percaya dan boleh taknak percaya, tapi aku cadangkan sesiapa yang terlibat dalam hal neh bersegera lah melakukan siasatan mendalam untuk mencari kebenaran muktamad. 
Jika rasa ragu2, rasa kena tipu, dihasut agar sign, dipengaruhi untuk sign, sign tanpa faham butiran lanjut, atau apa sahaja, jangan lupa hubungi ANAK disini. Ingat, jangan biarkan diri sendiri DITINDAS atau DITIPU. Biar miskin, daripada hidup diperguna2kan oleh orang2 kaya.

Ameno : Kes neh sama macam sara1malaysia k

Read more ...

SPR TUKAR KUNING WARNA RASMI!!! Pilih warna biru gelab UMNO la, baru terang tak payah suluh

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menukar warna kuning yang menjadi warna rasminya dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjarakkan dirinya dengan BERSIH yang menggunakan warna sama.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar membuat pengumuman dalam sebuah majlis selepas didesak peserta bagi melakukannya.


"Kita akan pilih warna yang berkecuali. BERSIH sudah huru harakan negara dengan warna kuning," katanya.

Read more ...

BUKAN SAHAJA GANAS!!! Polis juga tidak benarkan peserta Bersih 3.0 yang ditahan bersolat

SHAH ALAM, 10 Mei: Ahmad Shukri Kamarudin, 22, memberitahu beliau bukan sahaja dibelasah dengan teruk sehingga mendapat kecederaan di muka tetapi tidak dibenarkan untuk menunaikan solat.


Ahmad Shukri yang ditemui Harakahdaily turut menyatakan pada hari kejadian himpunan Bersih, beliau telah ditangkap pada jam 7 malam di sekitar Masjid India.

Namum ketika itu beliau sedang berehat serta tidak mempunyai apa-apa bukti yang mengatakan beliau menyerta himpunan tersebut, malah ketika itu sudah ramai orang awam datang untuk membeli belah di kawasan berkenaan.

"Saya berhenti rehat di kawasan tersebut bersama adik saya sekitar jam 7 malam dan ketika itu peserta himpunan telah bersurai malah terdapat orang ramai yang menghampiri kawasan tersebut untuk membeli belah.

"Namun ketika saya sedang rehat, saya perhatikan terdapat sekumpulan polis lebih kurang dua puluh orang sedang berjalan di kawasan tersebut dan saya beranggapan segalanya telah selesai," jelasnya yang ditemui di Kota Kemuning.

Tambahnya lagi, tetapi jangkaan itu meleset apabila kumpulan polis tersebut telah menghampirinya dan terus memukulnya serta adiknya.

"Saya dibelasah teruk oleh sekumpulan sepuluh orang polis begitu juga adik saya, ditumbuk mahupun ditendang di badan.

"Malah ketika saya jatuh mereka turut menendang muka saya menyebabkan cermin mata saya patah dan lebam di bahagian muka serta kecederaan pada bahagian hidung," cerita beliau.

Ahmad Shukri berkata, keganasan polis tidak hanya sewaktu beliau ditangkap malah beliau terus dipukul apabila melintasi mereka.

"Kebanyakan polis yang sedang duduk di tepi-tepi jalan juga tidak melepaskan peluang memukul saya, malah cacian juga dilemparkan.

"Sepanjang saya ke Kelab Diraja Selangor dari Masjid India sepanjang itulah saya terus dipukul sehinggakan beberapa gigi saya telah longgar akibat ditumbuk," katanya.

Beliau turut didesak oleh pihak polis yang mahu mengetahui berapa ringgit dibayar bagi menyertai himpunan tersebut.

Katanya, jika mengatakan tidak dibayar dan tidak menyertai himpunan beliau terus dipukul kerana polis tidak berpuashati dengan jawapan itu.

Menurutnya lagi ketika sampai ke Kelab Diraja Selangor beliau terus dipukul dengan teruk sehinggalah ditempatkan bersama-sama tahanan yang lain.

"Saya teruk dipukul dengan kejam tanpa belas kasihan tetapi kekejaman mereka tidak terhenti setakat itu sahaja, malah saya juga tidak dapat menunaikan solat Maghrib sedangkan ketika itu waktu Maghrib akan habis.

"Kecewa dengan sikap polis yang beragama Islam kerana tidak peka dalam soal ibadat, mereka sepatutnya beri peluang bukan menafikan," sambungnya lagi.

Beliau yang cedera di muka telah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), kecederaan di hidung menyebabkan darah terus keluar dua hari selepas himpunan tersebut.

Read more ...

VIDEO TERKINI!!! Polis baling botol ke kenderaan awam semasa himpunan Bersih 3.0


Ini bukan video potong macam video polis. Ini betul punya video bukti bahawa polis yang buat provokasi baling botol. 

Video ni sahih tidak akan diambil sebagai bukti jika diberi kepada panel bebas yang tidak bebas diketuai oleh Hanif Omar yang anti Bersih.

Read more ...