Tuan Hj. Azmi bin Awang, bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyerahkan borang keahlian PAS kepada YAB. Tuan Guru ketika majlis ceramah perdana memperingati Badr Kubra di padang Majlis Daerah Ketereh tadi.
Beliau yang sebelum ini juga pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah JPP Negeri Kelantan mengambil keputusan untuk menyertai PAS sebaik saja menamatkan perkhidmatan pada 1hb. Ogos 2012 yang lalu.
Read more ...
Hukuman tampal poster menghina
KUALA
LUMPUR: Tiga sahabat didenda masing-masing RM700 oleh Mahkamah
Majistret di sini, selepas mengaku salah atas tuduhan menampal poster
mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya
Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Februari lalu.
Majistret
Zulkpli Abdullah memutuskan demikian terhadap kerani hospital, Muhammad
Nizam Ali, 24, pemandu, Hamzah Mahmood, 32 dan juruteknik, Shahir
Saarani, 30, selepas mereka menukar pengakuan daripada tidak bersalah
kepada bersalah, semalam. Ketiga-tiga tertuduh turut berdepan dengan
hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.
Bagaimanapun
dua lagi tertuduh, juruteknik, Mohd Norizam Che Othman, 31 dan peniaga,
Mohd Jamil Jamaluddin, 36, masih mengaku tidak bersalah atas pertuduhan
sama.
Mengikut pertuduhan, semua mereka bersama lima lagi yang
masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu dengan menampal di tempat
awam poster mengandungi gambar dan perkataan sedemikian di Jalan Wan
Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.40 pagi, pada 4 Februari
2012.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta
Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama
yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih
RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -hm
BERITA SEBELUM INI
5 lelaki dituduh tampal poster hina Guan Eng, Ambiga
Lima
lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari
ini terhadap tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan
berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan
bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga.
Muhammad Nizam
Ali, 24, Hamzah Mahmood, 32, Mohd Norizam Che Othman, 31, Shahir
Saarani, 30, dan Mohd Jamil Jamaluddin, 36, didakwa bersama lima lagi
yang masih bebas melakukan kesalahan dengan menampal di tempat awam
poster mengandungi gambar dan perkataan seperti "Lim Guan Eng Racist",
"Lim Guan Eng Anti Melayu" dan "Undi Ambiga Undi Seks Bebas".
Muhammad
Nizam dan Hamzah, kedua-duannya penganggur, Mohd Norizam dan Shahir,
kedua-duanya mekanik, dan Mohd Jamil, seorang peniaga, dituduh melakukan
kesalahan itu di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di ibu negara
pada 3.40 pagi 4 Feb lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen
15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen
34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda
tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.
Majistret Zulkpli
Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang
penjamin dan menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula.
Pendakwaan
dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri, manakala peguam
Rezal Mazli Abdul Muin, mewakili kesemua tertuduh.- Bernama
Read more ...