Sunday, May 9, 2010

Umno rosakkan perpaduan kaum

















JERANTUT, 9 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman rasis Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.

Justeru, katanya Pakatan Rakyat (PR) tidak akan membenarkan mana-mana pihak yang memainkan sentimen perkauman yang boleh memecahkan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini.

“Pakatan Rakyat tidak akan benarkan mana-mana orang yang mengapi-apikan isu perkauman yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini. Apa yang merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini antara antara orang Melayu dan Cina, Melayu dan India adalah Umno.

“Mereka mengamalkan fahaman rasis yang merosakkan usaha menyatu padukan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam anjuran Pakatan Rakyat Jerantut, di sebuah hotel di sini malam tadi.

Menurut Nizar, isu perkauman yang dimainkan oleh Umno kerana mereka berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang begitu konsisten kepada Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.

”Umno sekarang ini berada dalam keadaan yang amat tersepit akibat kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama dari masyarakat Cina di Hulu Selangor. Kita dapati sokongan orang bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat begitu konsisten. Oleh sebab itu mereka mainkan isu perkauman,” katanya.

Mengenai masa depan untuk menguasai politik negara, Nizar berkata Pakatan Rakyat begitu berkeyakinan pada pilihan raya umum akan datang rakyat akan memberikan sokongan sehingga membolehkan berlakunya perubahan politik besar-besaran.

”Kalau kita tengok keadaan semasa dan kalau kita boleh urus sokongan rakyat yang ada kita amat berkeyakinan masa depan Umno BN akan berkubur selepas pilihan raya umum ke 13 akan datang,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai 500 tetamu kebanyakannya masyarakat Cina dan India memenuhi dewan dan memberikan tepukan gemuruh setiap kali Nizar menyatakan PR akan menang pilihan raya umum akan datang.

Turut berucap ialah Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pahang, Balasubramaniam, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, Yang Dipertua PAS Jerantut, Dr Hamzah Jaafar serta pimpinan setempat.

Read more ...

Khalid Samad jadi bintang di Sibu


















SIBU, 9 Mei:
Calon Pakatan Rakyat dari DAP terpaksa menentang arus dalam pilihan raya kecil Sibu dan mengharapkan keajaiban untuk menang dalam pilihan raya ini.

Ini kerana, mereka terpaksa menentang parti pemerintah yang kuat di negeri Sarawak ini di samping masyarakat Cina yang masih lagi percaya dengan isu seperti negara Islam yang dimainkan oleh BN di negeri ini.

"Jangan terkejut kalau di sini isu negara Islam yang sudah lapok di Semenanjung masih menjadi isu utama di kalangan masyarakat Cina di sini. Jadi peranan penceramah PAS penting untuk menjelaskan isu ini," kata seorang wartawan yang aktif menulis untuk akhbar DAP, Rocket.

Mungkin atas dasar ini, anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad antara tokoh utama yang digunakan DAP untuk berkempen bagi pihak calon mereka.

Khalid hari ini diberikan peluang berucap dalam satu gereja Khatolik untuk menerangkan dasar PAS. Beliau berucap selepas ucapan utama dalam perhimpunan agama Kristian hari ini.

"Khalid jadi bintang kan Sibu ini," kata seorang petugas PAS, Wan Johari Wan Omar kepada Harakahdaily.

Sebaik sahaja menang dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Khalid telah memberikan ucapan yang bersejarah dalam sebuah gereja di Shah Alam. Sejak itu, beliau sangat diingati oleh penganut Kristian di negara ini.

Sementara itu, para pemimpin PAS yang lain sibuk berkempen di kawasan Melayu iaitu di dalam Dun Nangka.

Pagi ini, dua naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Hilir.

Turut serta adalah Firdaus Jaafar, Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS yang juga anggota Parlimen Jerai di samping para Muslimat PAS.

Kesemua mereka turut serta mengiringi calon Pakatan dari DAP, Wong Ho Leng. Selain mereka, turut mengiringi calon itu semalam adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pilihan raya kecil ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Wong yang juga Pengerusi DAP Sarawak menentang calon BN, Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron.

Dalam pada itu, nasib tidak baik berlaku kepada penyelaras pilihan raya PAS untuk pilihan raya kecil ini apabila Datuk Wan Abdul Rahim terpaksa berehat selepas demam.

Beliau yang terpaksa tidur sahaja selepas penamaan calon disyaki terkena serangan virus sebaik sahaja tiba di sini beberapa hari lalu.

"Memang masa nak mari pun dah tak berapa sihat," kata Wan Rahim ketika dihubungi Harakahdaily.

Namun begitu, kempen pilihan raya ini berjalan dengan lancar. Malam ini, Mahfuz dijangka memberikan ceramah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sambutan terhadap ceramah Anwar cukup baik apabila beliau mula datang ke sini semalam," kata Wan Rahim.

Read more ...

Muslimat PAS adakan program dekati masyarakat


PARIT BUNTAR , 9 Mei : Dewan Muslimat PAS Parit Buntar meneruskan aktiviti mendekati masyarakat dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan kaum hawa.


Ketua Penerangan Muslimat PAS Parit Buntar Norijan Omar berkata, program bersama wanita sempena Karnival Pakatan Rakyat ini menyajikan banyak aktiviti seperti demontrasi masakan, ceramah kesihatan, pertandingan masakan dan lipatan serta pertandingan mewarna dewasa.


“ Program dimulai dengan demontrasi masakan menggunakan alatan atau produk dari sebuah syarikat. Pelbagai menu menarik disediakan dalam waktu yang singkat.


“ Antara menu yang ditunjukkan adalah Nasi Briyani, Ayam Briyani, dan Kari Ayam. Selain itu, mereka turut menunjukkan cara-cara untuk membuat Roti Kaya (bun) dan Pizza Sayur” katanya ketika ditemui semasa program di Tanjung Piandang.


Norijan berkata, program diteruskan dengan ceramah tentang kesihatan bertajuk ‘peranan makanan tambahan untuk kesihatan’.


“ Pelbagai jenis makanan tambahan serta khasiatnya diperkenal dan diterangkan kepada para hadirin.


“ Sebahagian besarnya adalah untuk merawat penyakit-penyakit kronik yang kebiasaan dihidapi oleh masyarakat kita seperti gout, kencing manis dan darah tinggi” katanya


Menurutnya, program diteruskan dengan pertandingan-pertandingan yang sememangnya disukai kaum wanita iaitu pertandingan masakan dan lipatan tuala.


“ Semua peserta yang terlibat mempertaruhkan bakat dan kemahiran mereka dalam penyediaan "kerabu", iaitu sejenis makanan berkhasiat, awet muda dan juga dikenali sebagai makanan tradisional orang melayu.


“ Para peserta dan penonton yang melihat begitu teruja kerana masing-masing menunjukkan persaingan sengit dan menarik” katanya


Tambahnya, pertandingan yang menarik perhatian ialah pertandingan mewarna khas untuk kaum-kaum ibu. Biasanya, pertandingan ini hanya untuk kanak-kanak.


“ Pertandingan lipatan tuala juga tidak kurang hebatnya, semua peserta berusaha memberikan persembahan terbaik bagi memenangi hati juri-juri.


“ Kami juga menyediakan cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah-hadiah misteri, antaranya perserta terawal mendaftar, peserta termuda, peserta paling veteran, peserta paling ceria dan peserta paling comel” katanya


Beliau berkata, memandangkan sambutan dari kaum wanita amat memberangsangkan. Dewan Muslimat PAS Parit Buntar akan terus mengadakan program yang sama di lokasi yang lain.


Warna-warni acara wanita :






























Read more ...

DAP lancar manifesto












SIBU, 9 Mei : DAP hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang menyentuh beberapa isu antaranya isu pekerjaan di negeri ini.
Calonnya Wong Ho Leng, yang melancarkan manifesto itu di sini, mendakwa bahawa peluang pekerjaan kepada golongan muda di negeri ini tidak mencukupi sehingga memaksa mereka mendapatkan pekerjaan di tempat lain.
Beliau juga menyenaraikan tujuh agenda lain termasuk menyelesaikan masalah banjir yang tidak berkesudahan di Sibu dalam tempoh dua tahun.
Katanya parti itu akan melabur dalam modal insan dan infrastruktur bagi menjadikan bandar ini sebagai pusat dalam industri perkapalan, kejuruteraan marin dan pelancongan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara yang hadir.
Pilihan raya kecil pada 16 Mei itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Robert Lau Hui Hew, Wong dan calon bebas Narawi Haron. - BERNAMA

Read more ...

Pertahan tindakan Pemangku Raja

























KUALA LUMPUR, 9 Mei : Dua kekanda Sultan Kelantan dalam kenyataan terbuka yang pertama, mempertahankan tindakan Pemangku Raja Kelantan menghantar baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan susulan sejak Selasa lalu.

Tengku Datuk Rozan Sultan Yahya Petra dan Tengku Datuk Salwani, yang muncul pada sidang media sehari sebelum Mahkamah Khas bakal mendengar permohonan habeas corpus difailkan Tengku Temonggong, juga mahu krisis Istana Kelantan diselesaikan dalam semangat kekeluargaan.

Tengku Rozan dan Tengku Salwani masing-masing merupakan kekanda kedua dan ketiga Sultan Kelantan.

“Saya dan adinda saya Tengku Salwani merasa amat sedih dan duka cita di atas musibah yang menimpa keluarga diraja Kelantan khususnya yang menimpa adinda saya Tuanku Al-Sultan Kelantan.

“Bagi saya penyakit yang menimpa baginda Al-Sultan tidak patut berlaku pada seorang Sultan.
“Saya yakin ada sesuatu yang tidak kena pada peringkat awal sebelum baginda jatuh gering. Ada orang yang cuai dalam menjaga hal ehwal kesihatan baginda,” kata Tengku Rozan pada sidang media yang diadakan di Rumah Kelantan di sini tengah hari ini.

Kenyataan kedua-dua mereka juga mempertikaikan peranan Raja Perempuan Kelantan khususnya dalam isu rawatan kepada Sultan Kelantan.

Kali terakhir kedua-dua mereka menziarahi Sultan Kelantan di HUSM adalah pada 3 Mei lalu.
Tengku Rozan mendakwa kekanda sulong Sultan Kelantan, Tengku Merjan dan Raja Perempuan Kelantan sentiasa dalam wad dan mengawal setiap orang yang keluar masuk HUSM.

“Mereka bertindak menyekat orang lain dari melawat Tuanku Sultan.

“Keadaan ini berlaku sejak Tuanku Sultan dirawat di Singapura dan HUSM. Saya dan adinda saya Tengku Salwani tidak dibenarkan melawat Tuanku Sultan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura walaupun kami berada di Singapura.

“Selama sembilan bulan kami tidak dibenarkan melawat baginda Sultan walaupun telah beberapa kali kami berusaha untuk melawat tapi dihalang,” katanya.

Selain itu kata Tengku Rozan, panel doktor dan jemaah ulama telah beberapa kali cuba untuk melawat baginda tetapi dihalang.

“Percubaan lawatan mereka tetap dihalang walaupun permohonan rasmi telah dibuat.
“Insiden halangan yang terakhir di Singapura adalah pada 3 Mac 2010.

“Persoalannya mengapa panel doktor dan jemaah alim ulama ini dihalang dari melawat baginda Sultan?

” kata beliau sambil bertanya, sama ada ada pihak yang cuba melindungi kesihatan Sultan Kelantan.

“Walhal pada masa yang sama ada pihak yang mendedahkan keadaan Tuanku Sultan sehingag mengelirukan orang ramai,” kata Tengku Rozan yang merujuk kepada sambutan Majlis Mesra Bersama Anak Yatim di Kota Baru, bulan lalu.

Tengku Rozan mendakwa beliau juga ada menerima maklumat tentang penggunaan khidmat bomoh untuk merawat Sultan Kelantan dan ada ditemui barang-barang yang diragui dari segi hukumnya yang mungkin membawa “kita terpesong dari akidah Islam.”

Sambil menerima nasihat Perdana Menteri agar krisis istana diselesaikan secara kekeluargaan dan semangat anak-beranak, Tengku Rozan berkata, “janglah kita buka pekung di dada sebagaimana selama ini dibuat oleh sesetengah pihak yang sering saja bertindak tanpa berfikir kesan dan akibat daripada perbuatan beliau.”

Dalam kenyataan memperlihatkan sokongan kepada Pemangku Raja, Tengku Rozan juga berkata, beliau cukup kagum dengan tindakan baginda untuk mendiamkan diri menangani isu kesihatan Sultan Kelantan supaya tidak mengaibkan Tengku Temenggong.

“Saya juga berharap agar kita dapat memberi kepercayaan kepada Pemangku Raja Kelantan yang melaksanakan apa yang terbaik untuk keluarga diraja Kelantan.

“Terimalah hakikat bahawa semua ini adalah takdir Allah s.w.t. dan terimalah qada dan qadar-Nya,” katanya.

Sambil mendakwa rakyat sudah kenal perangai Raja Perempuan Kelantan, Tengku Temenggong dan kerabat-kerabat yang lain, Tengku Rozan mengajak semua kembali kepada kehendak agama Islam dan fasal-fasal dalam perlembagaan.

“Marilah kita kembali bersatu di bawah Pemangku Raja Kelantan yang berusaha untuk menyelamatkan keluarga diraja Kelantan dengan bimbingan dan panduan oleh alim ulama dan pemimpin-pemimpin negara kita berlandaskan hukum-hakam dan undang-undang yang diterima pakai,: katanya lagi.

Read more ...

Nafi tidak peduli krisis Istana Kelantan




















KOTA BHARU, 9 Mei : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar)nafi telahan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri seolah-olah tidak mempedulikan krisis Istana Kelantan.

Sebaliknya dalam reaksi ringkas Mursyidul Am PAS ini menyifatkannya sebagai konflik keluarga.

“Ini krisis anak-beranak, bukan kerajaan tidak mahu caro (ambil peduli,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Orang Kurang Upaya di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan di Padang Tembak, Pengkalan Chepa dekat sini.

Beliau menjawab soalan pemberita bahawa sikap berdiam diri kerajaan negeri secara tidak langsung telah menimbulkan pelbagai spekulasi rakyat negeri ini terhadap istana dan kerajaan negeri itu sendiri.

“Saya nak kata maca mana? Orang kata kerajaan negeri tak nasihat, itu silap kerana diam itu lah sebahagian daripada nasihat,” katanya bersandarkan hujah ayat al-Quran mengatakan ‘diam’ juga adalah sebahagian daripada nasihat mengikut keperluan situasi tertentu.

Beliau membaca ayat berkenaan hal yang berkaitan.

Dalam pada itu Nik Aziz tidak menafikan kerajaan negeri belum melawat Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra sejak dimasukkan ke hospital lima hari lalu.

“Belum melawat lagi, kita sedang minta Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri uruskan jadual atau masa lawatan itu supaya kerajaan negeri dapat melawat tuanku bersama exco semua sekali,” katanya.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini Selasa lalu setelah dipertikaikan rawatan susulannya di Singapura.

Esok, Mahkamah Khas akan mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh Tengku Temenggong Tengku Muhamad Fakhry untuk membawa keluar Sultan Kelantan dari HUSM atas alasan baginda dikurung.

Read more ...

Malaysia lebih baik di bawah Pakatan

















KOTA BHARU, 9 Mei : Pemuda PAS digesa memberi tumpuan kepada pembentukan pemikiran politik Malaysia iaitu menyedarkan masyarakat khususnya golongan belia, bahawa Malaysia akan lebih baik di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemuda PAS di semua peringkat perlu mengambil peluang yang sedang terbuka luas pada hari ini, dikala Umno BN sedang berdepan penolakan rakyat.

"Ini yang harus diberikan keyakinan kepada masyarakat.
"Kita harus menghapuskan terus khurafat yang berakar umbi lebih daripada 50 tahun iaitu ‘khurafat’ yang berada dalam pemikiran masyarakat Islam khususnya di kalangan pengundi-pengundi bahawa seolah-olah mereka menganggap tanpa Umno-BN, negara kita ini akan mundur dan akan menjadi huru-hara," katanya.

Beliau berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Kali Ke-51 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan dekat sini kelmarin.

Mengakui ianya satu tugas yang sukar, Mahfuz berkata seluruh tenaga pemuda perlu dikerahkan semaksima mungkin lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka 2011 nanti.
Pemuda PAS juga perlu mempersiapkan diri khususnya dengan kemahiran-kemahiran terkini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dunia.
Ianya bagi memastikan golongan sasaran iaitu anak-anak muda dapat didekati sebaik mungkin menerusi kaedah yang tepat.
"Inilah yang harus dilihat oleh golongan muda yang harus memahami persoalan politik anak-anak muda, persoalan keperluan anak-anak muda serta memahami gaya hidup mereka.
"Dan saya yakin bahawa ia memerlukan kepada kemampuan dan keupayaan untuk memberikan satu keyakinan yang tinggi kepada masyarakat dan rakyat khususnya generasi muda di negara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya lagi, pemuda PAS juga bukan sekadar berdepan Umno BN, malah sedang berdepan strategi pihak asing yang dilantik kerajaan seperti Apco Worldwide.
"Umno-BN tidak terus membiarkan dirinya lemah, cuba mencari ubat dan tempat kebergantungan bagi mempastikan kelangsungan kuasa politiknya, tambahnya.
Turut hadir Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ahmad Subki Yusoff, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan Mohd Zaki Ibrahim (Timbalan Speaker Negeri Kelantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran).
Hadir sama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Abdul Latiff Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Ahmad Baihaki Atiqullah (Adun Pasir Tumboh) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Abdul Fattah Mahmood (Adun Bukit Panau)

Read more ...

Kabinet Tun Abdullah perlu disiasat















KUALA LUMPUR, 9 Mei : Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya Kabinet yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi disiasat, berhubung penjualan dua telaga minyak negara kepada Brunei.

Katanya, negara bukan sahaja kehilangan sumber hasil bernilai lebih RM320 bilion, tetapi turut menjejaskan maruah.

“Saya cadangkan satu siasatan ke atas Kabinet Tun Abdullah untuk menilai sejauh mana kewajaran untuk menjual telaga minyak itu kepada Brunei. Semua anggota Kabinet ketika itu juga harus disiasat, termasuk Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau yakin sebahagian besar anggota Kabinet ketika itu menjadi ‘pak angguk’ dan meluluskan usul terbabit, tanpa usul periksa.

Menurutnya, pendedahan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu amat wajar dan berharap lebih banyak pendedahan dibuat untuk mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran negara.

“Ini antara kesilapan terbesar Tun Abdullah, yang menyebabkan negara menanggung kerugian besar kerana hilang sumber pendapatan untuk membangunkan negara,” katanya.

Mahfuz berkata, beliau mahu Najib atau Timbalannya campur tangan dalam isu ini dan memberi maklum balas segera, dan tidak menutup kes ini daripada pengetahuan umum.

“Saya tidak pasti sama ada ini adalah sebahagian komplot yang dibuat untuk menjatuhkan Tun Abdullah, seperti yang didakwa penulis blog, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz. Atau mungkin kempen untuk menjatuhkan Najib yang didakwa bersekongkol dengan Tun Abdullah dalam isu penjualan telaga minyak itu,” katanya.

Read more ...