Sunday, July 1, 2012

AYAHANDA PEKIDA BERSUARA HEBAT!!! Tapi sayang diperlembu UMNO


Ingat lagi krisis Perak pada tahun 2009? Masih ingat lagi satu kumpulan manusia yang datang membuat provokasi ketika Sidang Tergempar DUN Perak pada masa itu? Cuba perhatikan gambar dibawah.


Di Perak, ini adalah kumpulan yang dipanggil “untouchables” atau pun kumpulan yang tak boleh disentuh. Polis pun takut kepada kumpulan ini. Kalau di India, kumpulan yang dipangil “untouchables” ini adalah golongan kasta paling bawah.

Siapa lelaki yang dihadapan sekali yang seolah-olah menjadi boss ini? Dia adalah Pengerusi Majlis Ayahanda Negeri Perak. Mohd Israq. semasa Krisis Perak, dia lah yang menjadi taiko kepada Umno.

Pasal apa gambar dia aku keluarkan balik?
Gambar dari Blog Hamidah

Semalam, blog Hamidah mengeluarkan kenyataan Mohd Israq yang memberi amaran kepada Lee Boon Chye berkaitan dengan Sekolah Agama Rakyat Taman Aman yang menjadi kontroversi.

Mohd Israq memberitahu,”Lee Bon Chye dan parti yang bersekongkol dengan pemimpin kafir harbi diingatkan agar jangan bermain dengan api kerana kesabaran umat Islam ada hadnya. selama ini kami hanya mengikuti dari jauh perkembangan dalam isu ini.”

Aku cukup sokong kalau Majlis Ayahanda Perak mahu mempertahankan Islam di Perak. Tapi Islam juga ada hukum hakamnya, negara juga ada undang-undangnya.
Mengaapa bila Tanah Perkuburan Islam di Batu Gajah dimansuhkan wartanya, Majlis Ayahanda tak ambil tindakan?

Mengapa bila Zambry memberikan tanah rizab Melayu kepada tauke Cina seluar hampir 2,000 ekar, Majlis Ayahanda buat tak tau?

Mengapa bila Zambry merampas tanah yang sepatutnya diberikan kepada penduduk Melayu/Islam Perak di Kg. Redang Sawa dan diberikan kepada jutawan MCA, Majlis Ayahanda buat tak tau?

Mengapa bila tanah kubur untuk orang Islam di Mukim Selama seluas 1.1 hektar ditarik balik oleh Zambry, Majlis ayahanda buat tak peduli?

Mengapa  bila tapak surau seluas 919 meter persegi di Hulu Kinta dirampas oleh Zambry, Majlis Ayahanda buat tak tau?

Apakah kerana isu Sekolah Agama Rakyat ini  membabitkan Hamidah..maka Majlis Ayahanda baru nampak muka?MSK

Read more ...

UMNO TAK PANGGUNG KEPALA!!! MCA belasah Adun UMNO yang cadang hudud kepada bukan Islam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxNwWZqPDOOItx-FBiw-3qQxkjIX7sRcWfsj6nfgkNc3uwbqHrznxAMID2wFUE0Z_O-2bhSM36Ky_9riSZSd6rXf7FfryhtGYxB3Xn9xPbgyJ5CkEsR0SzCh4PXu3Z_4SHY1FCVTx4jCc/s1600/Hudud+PAS-CSL.JPG
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" (gila) kerana mengemukakan perkara tersebut.

Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.


"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.


Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.


Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.


Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.


Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan).


Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam.


Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar.


MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing.


MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP. 


Kedah La

Read more ...

TU DIA!!! Hanya lima kerusi DUN selamat untuk BN di Kedah?



Oleh: Mat Kering Bakaq Bata


Berdasarkan kajian terkini yang dibuat oleh sebuah fakulti di UUM (kajian menggunakan geran kajiselidik UUM) yang membuat kajian untuk BN Kedah, BN atau lebih tepat lagi UMNO hanya selamat untuk lima buah kerusi di Kedah.


Kajian ini agak tepat kerana ia bukan setakat membuat random sokongan pengundi tetapi juga mengkaji aspek perpecahan dalaman UMNO serta menyediakan pula tahap kroniknya perpecahan itu. MK pun salute puak2 UUM ni sebab ini kali pertama dengar orang buat kajian sampai ke tahap itu. Juga dimasukkan faktor undi pos yang dianggap undi penyelamat BN.


MK baca semua kajian tu, boleh dikata semua bahagian UMNO ada masalah dalaman dan yang paling teruk masalah dalaman ialah Padang Serai. Boleh jadi laa kot walaupun MK tak tau apa-apa pasai masalah dalaman UMNO Padang Serai. Kalau MK yang buat analisa, UMNO yang paling teruk berpecah ialah Kuala Kedah dan Pokok Sena sebab MK ada banyak maklumat dari depa... almaklumlah hari2 dok minum kopi dengan rakan2 UMNO kedua-dua kawasan tu.


Lantaklah pilah kajian tekorok cai depa tu, cuma yang MK berminat tak citer ialah lima buah kerusi DUN yang masih selamat untuk BN tu, iaitu:


1. Bukit Kayu Hitam

2. Jitra
3. Kuah
4. Bayu
5. Tanjung Dawai (undi pos)

Jadi MK nak nasihatkan anggota UMNO yang dok gila nak jadi calon... hangpa pi berebut lima kerusi cukuplah.


Kepada Pakatan Rakyat pulak, MK nak nasihat jangan percaya sangat hasil kajian tu... boleh jadi ia strategi UMNO untuk lalaikan kita. Semuanya serba mungkin.


Changloon 3.55 pm

Kedah La

Read more ...

TERKINI!!! Pelakon Sabree Fadzil bakal mengarah Filem Syaheed beri semangat kepada Hairie Othman



  • salam....semuanya!!.......adik saya Hairei Othman nok pi dungun pi ramai-ramai...bagi sokongan pada nya....insyaallah dik Abg Sabree suka tengok kau dik....habis selesai tugas jumpa abg yaa .....SYAHEED menunggu mu dik....kembali syaheed  
    salam adik ku Hairei Othman.....abg Sabree rasa Hairie buat satu perkara yang betul abg sokong abg nie ahli Pas sungai mulia bt 5 Gombak dah lama..dik...apa nak takut sekiranya tak laku..rezeki allah nie luas....kan cantik warna hijau ..warna di dalam syurga....hidup ISLAM.......kini dan selamanya.....
     
    Filem SYAHEED....arahan sabree fadzil bersama tenaga-tenaga produksi yang PROFESIONAL.....Di gabungankan semua martial art...dunia.....ALLAHUAKBAR...... FB Sabree Fadzil

Read more ...

SEMAKIN RAMAI SERTAI PAS!!! Kali ini Datuk Ramli Buyung bekas Naib Presiden Kanan Felcra Berhad


TEMERLOH: Memandangkan Pahang penuh dengan kawasan peneroka, PAS Pahang berjaya menarik seorang tokoh pembangunan tanah iaitu Datuk Ramli Buyung, bekas Naib Presiden Kanan Felcra Berhad menyertainya.

(Ramli [kanan sekali] berada di pentas bersama Datuk Fauzi dan Tuan Guru Abdul Hadi)

Penyertaan Datuk Ramli diumumkan pesurujaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Himpunan Hijau Pahang malam ini.

Ramli menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS kepada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang di depan puluhan ribu rakyat Pahang yang memenuhi Dataran Kerdau.


Tuan Ibrahim ketika mengumumkan penyertaan Ramli berkata, PAS Pahang mempunyai 10 tokoh yang ingin menyertai PAS.


"Malam ini kita umumkan satu dahulu," Tuan Ibrahim dengan disambut teriakan takbir dan kibaran bendera PAS.


(Puluhan ribu yang memenuhi Dataran Kerdau dalm Himpunan Hijau peringkat negeri Pahang)

Kibaran bendera di majlis anjuran PAS merupakan fenomena baru. Ia bermula di Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Alor Setar sebelum ini.

Ramli dilahirkan, dibesarkan dan bersekolah di Temerloh sebelum melanjut pelajaran ke universiti dalam bidang ekonomi.


Beliau merupakan tokoh teknokrat terbaru yang menyertai PAS menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.



Hak demokrasi



Turut berucap dalam himpunan kali ini adalah Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.


Dalam ucapannya, Fauzi menyeru rakan sepasukannya sebelum inin sebagai pihak pelaksana undang-undang  memberikan keadilan kepada semua.


Beliau juga menyeru semua pihak agar melaksanakan sepenuh tuntutan Islam dan bersabar dalam menghadapi kerenah semua pihak dalam menyeru ke arah kebaikan.


"Bila saya isytihar masuk PAS, ada orang tuduh saya pengkhianat kepada negara.  Suka saya tegas saya tidak khianat. Kalau sebelum ini saya menjalankan tugas setimpal dengan gaji yang saya terima. Sekarang saya menjalan tugas dan hak demokrasi saya untuk menyuarakan pandangan saya," kata Fauzi.


Pada sebelah petang, dalam majlis Ekpresi Hijau Anak Muda, penyanyi yang baru menyertai PAS, Aishah turut memberikan ucapan.

Read more ...

MAI TENGOK!!! Banner kutukan PERKASA terhadap Guan Eng, rupanya di belakang mereka ada pemimpin UMNO


Ini adalah banner yang telah digantung oleh pihak Perkasa Pulau Pinang dihadapan kolpleks MPPP Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Dari apa yang tertulis memang jelas bahawa pihak yang mengantungnya terdiri dari orang-orang yang bodoh kerana ejaan 'racist' ditulis dengan 'resis'..

Utusan Malaysia melaporkan kononnya sekumpulan penduduk bersama NGO telah membantah kehadiran Guan Eng ke kawasan mereka..
BALIK PULAU 30 Jun - Sekumpulan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) setempat hari ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah kehadiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng ke kawasan mereka di Teluk Bahang, di sini.
Mereka berkumpul seawal pukul 7.30 pagi bagi menyatakan tidak puas hati terhadap corak pentadbiran Guan Eng yang dikatakan tidak telus dan menindas rakyat, khususnya orang Melayu.

Kumpulan itu juga membawa kain rentang yang antaranya tertera perkataan-perkataan seperti Guan Eng Rasis dan Guan Eng hanya pandai perkudakan semua bangsa - Utusan

Hakikatnya program santai bersama rakyat ini telah diganggu oleh PERKASA Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Bukit Gelugor (kalau tak silap).


Mohd Ridzuad Azuddin, Ketua Perkasa Pulau Pinang suatu masa dulu pernah disergah oleh Jingga 13 ketika mahu mengadakan demo di Komtar, bagaimanapun akibat dari sergahan tersebut membatakan hasratnya mahu mengadakan demo itu.

Video sila lihat di ( SINI )


Sumber dalaman UMNO yang tidak boleh menerima tindakan provokasi oleh Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang mendedahkan bahawa Mohd Ridzuad adalah Ketua Pemuda UMNO samada dari Bahagian Bukit Gelugor ataupun Bayan Baru..


Menurut sumber antara dua Bahagian UMNO itu beliau kurang pasti tetapi beliau pasti Mohd Ridzuad adalah Ketua Pemuda UMNO.


Provokasi yang dijalankan oleh Mohd Ridzuad terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah atas arahan beberapa pemimpin UMNO di Pulau Pinang yang kecewa dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Kekecewaan mereka adalah kerana Kerajaan Negeri yang sedia ada tidak meneruskan dasar yang diguna pakai oleh UMNO semasa diperkuda oleh Gerakan sewaktu memerintah Pulau Pinang dulu..


Dimana dasar mereka adalah memberikan projek kepada kroni tanpa melalui tender terbuka.


Dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini telah menyebabkan banyak Syarikat yang dikuasai oleh pemimpin-pemimpin UMNO gagal dalam persaingan sebt harga.. kerana mereka telah biasa dengan memberikan sebt harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.


Oleh itu mereka tersingkir dalam kebanyakkan tender terbuka bagi setiap projek Kerajaan Negeri.ASD

Read more ...

WAHAI PEMIMPIN ISMA!!! Mai dengar Video ni, keluar dari kepompong yang mengelirukan umat Islam


Photo: Saya mulakan dgn ARAHAN ALLAH ini;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang beriman! Apabila kamu bertemu dengan pasukan musuh [serta tipu daya mereka] maka hendaklah kamu teguhkan pendirian kamu, dan sebut serta ingatilah Allah sebanyaknya supaya kamu berjaya mencapai kemenangan".
[Al-Anfal: 45]

ARAHAN ALLAH utk mereka yg ceburi 'amal dakwah ini utk pegang kuat [tsabat] apabila suatu pendirian dah dibuat, atau disyurakan! Kenali "musuh" dlm muwajjahah silmiyyah [politik pilihanraya] adalah KEWAJIPAN utk du'at, dan istiqamahlah. Musuh itu adalah dasar [millah] dan manusia itu menjadi mad'u.

Oleh itu;

1- Seorg da'ie diharuskan menggunakan apa jua tool, atau platform utk kerja dakwah disampaikan. Selagi tidak diharamkan, maka pelbagai tool yg ada di pasaran itu diharuskan. Malah jadi wajib bila tiada tool lain. Tidak timbul istilah: "ini kerja Islam, itu bukan kerja Islam" dlm 'amal dakwah.

2- Juga dlm politik. Du'at harus keluar dari definasi politik kebencian yg menjadi persepsi manusia. Du'at wajib warnakan politik itu dgn cahaya Islam. belajarlah dari 'ibrah lampau bagaimana utk mewarnakan poltik itu.

3- Mukmin hanya terlibat dlm politik utk amar makruf nahi munkar. Tiada matlamat lain. Tapi seorang fajir muslim atau bukan Islam masuk politik utk kuasa, harta & wanita. Semua itu mampu dibezakan. Keikhlasan diterbitkan oleh Allah tatkala kita bersungguh dlm dakwah itu. Sebaliknya kehinaan ditimpakan buat mereka yg bersama kefasadatan. Itulah fitrah alam. Dah banyak dibentang depan mata kita.

4- Mesir melalui zaman fitrahNya. Bumi anbiyak itu juga adalah rumah fir'aun. Pelbagai tamadun silih ganti. Lama bagaimanapun kuasa, Allah akan jatuhkan. Tuhan pinjamkan kuasa pada sahabat kita Ikhwanul Muslimin utk mereka bebaskan kezaliman & penghambaan makhluq itu secara 'amali, bukan lagi kata-kata. Susah sebenarnya mahu keluarkan si arab itu dari penghambaan fir'aun utk kembali pada risalah nubuwwah. Sasarannya utk manusia Islam & bukan Islam. Selebihnya tunggulah hidayah Allah yg bakal tiba...


BESAR SUNGGUH AMANAH kamu wahai Mursi & ikhwah di sana!
Kami menjejakimu sekarang ini di bumi Malaysia...!
Du'akan kami!

=================

Teka-teki di tanahair makin dekat. Kita dah tak ada masa. Peperangan ini memerlukan FOKUS dan ambillah posisi & peranan masing2. Buatlah sekecil mana sekalipun dlm jihad ini, walau utk bancuh kopi, pasang bendera, kerja cula, Unit 'Amal atau kawal pondok panas sekalipun. Atau tidak mampu juga; cukuplah utk tebarkan du'a buat mereka yg di medan ini.

JANGANLAH GANGGU FOKUS MEREKA!
Saya ajak semua rakan dakwah utk bantu, bukan berseteru! Saya kecewa sejak tahun kebelakangan ini, ketika PAS & Gerakan Islam ber-muwajjahah silimiyyah, sekelompok manusia dari ISMA sanggup tak berpendirian melontarkan tembakan "PAS hilang identiti", "PAS dlm kecelaruan", "PAS diperalat", "PAS tak mahu negara Islam", kaji semula tahaaluf siyasi, etc... Semua ditujukan buat PAS yg sdg berjuanga, bukan pada musuh. 

Semakin parah dua minggu ini, tatkala mereka terpaksa cari redho musuh yg "dikatakan fasik" itu utk kuatkan keris perkauman mereka.

Siapa sebenarnya yg CELARU & KELIRU? Slogan perkauman ISMA itu disambut gembira [dalam photo] oleh mereka. Beratnya slogan perkauman itu, sampai ISMA menggelupur lebih 7 kecelaruan mempertahankan kecelaruan itu;


[1] PERTAMA - Sebaik Mac 2008, serangan pertama utk PAS+UMNO bersatu penuh, bermula di Perak, dan merebak ke tempat2 lain demi melawan DAP dan non-muslim lain yg kafir dan anti Islam.

[2] KEDUA - Selepas tidak popular, datang seruan PAS & UMNO tak perlu bersatu sbg parti, cukuplah berpakat dlm perkara yg menguntungkan Melayu & Islam. Masa itu keluarlah slogan perkauman Melayu Sepakat Islam Berdaulat sbg dasar perkauman mereka.

[3] KETIGA - Bagi yg dah keliru, mereka datangkan pendirian masing-masing; kami setuju dgn tahaaluf itu, cuma kami mahukan PAS lebih menonjol dan jangan diperkudakan oleh DAP atau Anwar. Nampak menarik!

[4] KEEMPAT - Tidak lama keluar pula kenyataan "BN itupun pun adalah tahaaluf siyasi juga". [Masya Allah!] Berdegar PutraJaya dgn ucapan itu. Hudhaibiyyah disamakan dgn BN! Kezaliman disandarkan pada sirah nabi? Atas dasar BN itu tahaaluf siyasi; berkatalah qiyadah lain mengguna usul fiqh "mudhorat yg lebih kecil" maka Pakatan Rakyat itu lebih bahaya jika menang dlm PRU13 kelak.

[5] KELIMA -  Keputusan rasmi syura diumumkan oleh Ketuanya sendiri "tolak UMNO, tolak DAP, sokong penuh PAS, tapi hanya sokong PAS yg tulen sahaja". Akhirnya cuba disangkal dalam tulisan di facebook bila dikritik hebat. Syura boleh berubah2 ikut suka hati? Ahli masih bingong dgn pendirian PAS tulen jelmaan Hasan Ali itu.

[6] KEENAM - Tatkala marah bila ditegur terbuka; datang asatizah Negeri Sembilan mengeluarkan fatwa yg panjang bahasa Minang [https://www.facebook.com/mohdhazizi.abrahman/posts/424767477556731?comment_id=5090022&notif_t=comment_mention].
Faham dari fatwa itu maka yg plg layak utk dipilih hanyalah jika yg bertanding itu adalah JATi atau ISMA sahaja. Tidak ada mana-mana pemimpin parti politik sekarang jatuh dlm kriteria yg diberikan itu.

[7] KETUJUH - Pasca KOMPAS yg sungguh membanggakan UMNO yg dikatakan "fasik"itu, dan selepas bualbicara Kelantan minggu sudah; tampillah arahan tunggu & lihat hinggalah keluar manifesto utk buat pendirian politik.


p/s - 
Saya TEGASKAN dgn sungguh di sini, kenyataan Us Fauzi Asmuni di Kelantan di hadapan umum yg dia dah baca "Kertas Kerja Tahaaluf Siyasi" PAS adalah tidak benar [bohong]. Saya serahkan "Garis Panduan Tahaaluf Siyasi" pada beberapa pimpinan ISMA yg minta, bukan Kertas Kerja. Garis Panduan itu dijadikan sisipan utk perbahasan muktamar dan dipelbagai peringkat dahulu.

Itu bukan sesekali Kertas Kerja Dasar [strategy] yg ada di Ibu pejabat PAS, dan hingga kini ISMA belum mengotakan janji mereka utk jumpa & discuss dgn qiyadah PAS.


=================

SIAPA CELARU & KELIRU?
Saya geleng kepala dgn 7 pendirian oleh hampir 7 asatizah ISMA itu. Saya terpaksa pamerkan pendirian "merapu" ini disebabkan disiplin pemilihan ketua & khilafah bukan kecil dan dhowabitnya sungguh ketat. Saya benci pada mereka anggap PAS tak serious dlm tahaaluf ini, sampai melontar FITNAH tiada kertas kerja, tiada nas, berbohong pada ahli etc. Ada yg begitu 'ujub menunjukkan ilmu dari Mesir mereka.

JAWAPAN saya dari kecelaruan di atas saya nyatakan di sini
http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150949216144876


Mohon asatizah ISMA, ie; Abdullah Zaik, Aminuddin, Sharipudin, Hazizi, Fauzi dan lain2 mereka utk baca kecelaruan yg saya kongsikan ini.

Itu semua KALAM KAMU wahai asatizah atasan tatkala bercakap isu politik, tapi gagal berpijak pada realiti &  fitrah 'alam. Saya tidak berani menciptakan kata-kata sebegitu.

Ummah melihat, ahli2 jundiyyah ISMA melihat. Walau ada musuh2 Islam yg gembira & suka atas kecelaruan itu, TAPI kami sbg du'at dakwah & siyasah sungguh kecewa. Kami sgt sayangkan antum sebenar2nya kerana Allah, dan kami mahu kamu turut mengambil posisi dalam muwajjahah silmiyyah ini.


Bagi yg berjihad - TERUSKAN amanah kamu!

Jangan sesekali terpedaya atas apa jua helah mengangkat AlQuran ketika peperangan Shiffin ini. Kukuhkanlah pendirian kamu, Insya Allah janji Alaah itu adalah semakin pasti...!



Way forward! 
Irkam ma'ana ayyuhal ikhwatil kiram...!
Masanya belum terlambat...


_Pemimpin ISMA dah terlalu kerap membuat kenyataan mengelirukan mengenai slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Dah terlalu kerap mempersoalkan Tahaluf Siyasi yang dilaksanakan oleh PAS.

Dah terlalu kerap mempersoalkan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS.

Tapi tak pernah nak minta berjumpa , berbincang dengan pimpinan utama PAS mengenai Tahaluf Siyasi dan konsep Negara Berkebajikan.

Bercakap hebat seolah-olah jelmaan Ikhwanul Muslimin di Malaysia . Bila Ulama Muda UMNO membelasah Ikhwanul Muslimin , menuduh Imam Hasan Al Banna sesat. Tidak ada pemimpin ISMA yang berani menegur Ulama Muda UMNO secara terbuka seperti yang dilakukan terhadap PAS.

Malah , ada tempat di luar negara kerana nak menjaga hubungan baik dengan MSD dan UMNO. ISMA membiarkan anak usrah mereka berguru dengan Ulama Muda UMNO yang datang ke luar negara.

Kenapa jadi begitu? kerana mudah berjuang, takut ugutan dan tindakan kerajaan.Mahu pengiktirafan dari kerajaan. Bila diiktiraf maka mudahlah menarik seramai mungkin pelajar sertai ISMA. Mudah sungguh ISMA berjuang.


Rupanya, pemimpin ISMA suka kepada pengiktirafan sebagaimana peristiwa 'merebut pengiktirafan' Palestin

Wahai pemimpin ISMA, janganlah berselindung lagi. Zahirkan pendirian . Tubuh parti politik dan bertanding dalam pilihanraya. Barulah kamu tahu waqi' politik di Malaysia. Bukan syok sendiri dengan NGO dan kelompok kamu.

Keluarlah dari kepompong . Jangan kelirukan umat Islam dengan slogan dan dunia fantasi. Masuk dalam dunia realiti perjuangan politik. 

Jika tidak mahu tubuh parti politik, zahirkan terus sokongan kepada UMNO. Jangan bermuka-muka kerana kepentingan kelompok. Admin

Read more ...

KRISIS PEMUDA UMNO JOHOR!!! Jangan salahkan Pemuda PAS untuk tutup bangkai yang busuk



JOHOR BAHARU -  Ketua Pemuda PAS, Saudara Suhaizan Kayat hari ini mengingatkan Pemuda UMNO Johor peringkat bahagian-bahagian  agar tidak  menyalahkan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor bagi menutup bangkai yang busuk. 
 
Mereka seharusnya berpijak di bumi yang nyata bahawa sememangnya berlaku perpecahan di dalam Pemuda UMNO Johor ketika ini. 

Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu Saudara Khalid Mohamad, Ketua Pemuda UMNO Tebrau Saudara. Syahrin Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pagoh Saudara. Ismail Mohamed  yang menafikan pergolakkan dalaman Pemuda UMNO Johor dan menuduh Pemuda PAS hanya mahu mencari populariti juga dinasihatkan meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Malaysia Dato Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.



"Dato Ahmad Maslan telah membuat kenyatan yang telah disiarkan oleh Sinar Harian pada hari Ahad, 1 Julai 2012. Beliau tidak menafikan berlakunya pergolakan dalaman Pemuda UMNO Johor . Malah beliau menasihatkan agar Pemuda UMNO Johor menyelesaikan masalahnya melalui dialog dan mesyuarat.  Jika tidak ada kemelut dalam Pemuda UMNO Johor masakan Dato Ahmad Maslan menasihatkan yang sedemikian rupa"

Mesyuarat Pemuda UMNO Johor Di Kuala Lumpur
"Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin juga tidak menafikan wujudnya kemelut dalaman Pemuda UMNO Johor. Malah beliau menyatakan Pemuda UMNO Johor termasuk dalam negeri-negeri yang dipantaunya  sendiri. Suatu keputusan akan dibuat sama ada merombak atau tidak kepimpinan UMNO Negeri Johor. Jika Pemuda UMNO Johor tidak bergolak masakan Khairy Jamaluddin terpaksa memantaunya. Ini membuktikan wujudnya 16 Ketua Pemuda UMNO bahagian di Johor yang tidak berpuas hati dengan Ketua Pemuda UMNO Johor Sdr. Mohd Fadil Muskon." jelas beliau lagi.

Menurut Suhaizan lagi, YB Khairy Jamaluddin juga telah menuduh Dewan Pemuda PAS Johor cuba mengalihkan isu bagi menutup masalah sendiri.  Beliau juga beranggapan bahawa YB Khairy Jamaluddin tidak diberi maklumat tepat oleh kepimpinan Pemuda UMNO Johor bahawa kehadiran lebih 10 ribu peserta Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Taman Dahlia, Kempas, Johor  telah membuktikan bahawa rakyat bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Johor. 


"Alhamdulillah, Himpunan Hijau Menuju Putrajaya anjuran PAS ini telah mengatasi himpunan yang telah dianjurkan oleh parti politik pemerintah dan NGO yang pro pemerintah di Negeri Johor sebelum ini. Ini membuktikan bahawa penerimaan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin baik"


"Kami juga ingin menasihatkan Ketua Pemuda UMNO Johor, Saudara Mohd Fadil Muskon bahawa ‘budak baik’ seperti beliau tidak sesuai berada dalam UMNO.  Beliau lebih sesuai berada dalam PAS bukan dalam UMNO. Kalau kita baik tetapi berkawan dengan orang jahat kita akan menjadi jahat. Sunggup pun kita jahat tetapi berkawan dengan orang baik. Insya Allah kita akan menjadi baik. Selamat dunia dan akhirat. Marilah berubah mulai sekarang." ujar beliau dalam satu kenyataan media petang ini.

Read more ...