Monday, May 16, 2011

GEMPAR : Najib bertemu Ketua Hakim selama 6 jam sebelum keputusan bela diri Anwar ?

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didakwa bertemu Ketua Hakim Negara baru-baru ini, yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penulis politik dan juga Ketua Editor akhbar Siasah, Sayuti Omar di dalam blognya memberitahu, pertemuan tersebut didedahkan seorang tokoh dan juga bekas pemimpin kanan negara.Pertemuan itu tulis sayuti, berlaku selama enam jam dan mempunyai kaitan dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah semalam, yang memutuskan supaya Anwar membela diri dalam kes fitnah liwat yang dihadapinya.


“Bohong dia (tokoh itu) bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan kredibiliti yang ada kepada sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau perolehi, baik disebut atau tidak ternyata benar.

“Hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan negara juga meletakkan dirinya sebagai berstatus boleh dipercayai. Berpandukan kepada track rekodnya tahap kebolehpercayaan itu melebihi 90 peratus dan lebih baik dari Dr Mahathir,” tulis beliau.


Tulis Sayuti, menurut tokoh berusia lebih 70 tahun itu, pertemuan itu diatur sebelum Najib berlepas ke luar negara baru-baru ini. Namun tokoh berkenaan tidak menyebut di mana pertemuan itu berlaku samada di pejabat Perdana Menteri atau di tempat lain.


Sayuti berkata, tokoh itu juga memberitahu adalah menjadi amalan biasa apabila Perdana Menteri bertemu individu penting seperti Ketua Hakim Negara atau Ketua Polis Negara sebelum berlepas ke luar negara.


Namun kata tokoh berkenaan tempoh pertemuan selama enam jam itu terlalu lama dan beliau yakin pertemuan itu membawa tujuan dan maksud yang besar.


Selain itu, Sayuti berkata, beliau juga difahamkan Najib turut berbincang mengenai blogger, Raja Petra Kamaruddin dan beberapa perkara lain.


Ia berhubung kemungkinan Raja Petra tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang selepas dikatakan berpaling tadah dan ‘menjilat segala ludahnya’ selama ini./
KD
Addin:
Dah dinamakan konspirasi.. macam tu lah jalan ceritanya.. lagi pun Ketua Hakim Negara bekas ahli UMNO.. apa yang herannya.. moga puak-puak ini dilaknat oleh Allah S.W.T..

Read more ...

2000 dengar ceramah Anwar di Felda Purun, 20 pencacai UMNO berdemo tak dapat sambutan

Sejurus selesai Dato' Seri Anwar menghadiri Wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk di Kuantan semalam, beliau telah bergegas pula untuk menghadiri satu program ceramah di kawasan Felda Purun di dalam Parlimen Bera. Sebelum itu, beliau sempat memberikan tazkirah maghrib di Masjid Batu 1, Temerloh.

Markas PAS Felda Purun

Sebelum ini, sekumpulan penunjuk perasaan yang kununnya mewakili suara masyarakat felda mengadakan demontrasi untuk menghalang program ceramah oleh Ketua Umum PKR tersebut. Namun PKR Negeri Pahang bertegas untuk mengadakan program yang dijadualkan malahan mencabar sesiapa sahaja dari golongan yang menentang kehadiran Dato' Seri Anwar agar hadir mengikuti ceramah bagi mendengar sendiri penjelasan isu semasa oleh Dato' Seri Anwar samada ianya boleh menggugat keselamatan negara atau sebenarnya menggugat kedudukan Umno/Bn.

Ceramah di Felda Purun hanya dibenarkan di dalam kawasan Markas PAS di situ walaupun telah dijangka kehadiran orang ramai pastinya tidak boleh ditampung oleh Markas PAS, namun pihak penganjur terpaksa mengadakan juga program tersebut dengan menyediakan kawalan keselamatan oleh Unit Amal PAS yang telah menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. Ketibaan Dato' Seri Anwar seperti diduga telah cuba diprovokasi oleh beberapa kumpulan yang menjerit umpama orang hilang akal dengan menghamburkan kata-kata lucah terhadap beliau. Alhamdulillah, kematangan dari pihak kita Pakatan Rakyat telah mengelak terjadinya sesuatu yang tidak diingini walaupun kedapatan pihak Polis di situ yang mengawal keadaan.

Sambutan orang ramai di luar jangkaan samasekali, lebih 2,000 telah memenuhi ruang dalam dan luar Markas PAS Felda Purun bagi mendengar pidato yang terdiri daripada Sdr Mazlan Aliman, Dato' Fauzi Abd Rahman, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan amanat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Adun Teriang, YB Leong Ngah Ngah juga turut hadir bersama lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat Pahang.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Orang ramai di luar Markas

Sdr Mazlan Aliman banyak menyentuh tentang isu nasib Peneroka Felda yang seringkali terkeliru dengan janji-janji pihak kerajaan. Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya, apa jua yang diperjuangkan oleh ANAK akan dilaksanakan. Pengerusi PKR Negeri Pahang menyebut tentang komitmen Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang ini bagi merampas Negeri Pahang dari Umno/Bn. Beliau turut menyentuh tentang betapa takutnya pemimpin Umno kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak pernah berehat dari diserang dengan berbagai fitnah. Selaku bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli kabinet di dalam Kerajaan Bn, beliau lebih mengenali Dato' Seri Anwar dan siapakah musuh-musuh di sekelilingnya.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula lebih banyak mengupas tentang kaedah dan perundangan di dalam Islam berkaitan kes tuduhan zina/liwat dan bab bersumpah di dalam Islam. Beliau menjelaskan di dalam Islam, tiada pilihan lain bagi seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina melainkan dengan membawa 4 orang saksi yang adil melainkan sekiranya ada pengakuan dari mereka yang berzina.

Hukum ini Allah tetapkan adalah kerana Allah teramat menjaga maruah hamba-hambanya dan mereka yang terlepas dari hukuman di dunia ini, mereka tidak boleh lepas dari hukuman di Akhirat kelak. Di dalam isu sumpah, di dalam isu menuduh orang berzina Islam tidak tidak menetapkan sumpah sebagai bukti menuduh. Jika amalan ini diamalkan, nescaya porak poranda masyarakat kerana Allah telah jelaskan akan ada golongan yang sanggup bersumpah kerana ingin menegakkan fitnah mereka.




Dato' Seri Anwar malam itu sungguh bersemangat walaupun keletihan kerana sehari suntuk program yang beliau hadiri. Beliau menjelaskan tentang apa yang terkandung di dalam Buku Jingga dan komitmen Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai Putrajaya nanti. Beliau tidak hiraukan betapa banyak tekanan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, malahan semakin melampau sehingga menekan isteri, anak dan keselamatan cucu beliau tetapi demi nasib rakyat beliau tetap akan lawan rejim Umno/Bn.

Beliau kesal kerana saban hari beliau diaibkan dan dituduh dengan berbagai tuduhan yang kadangkala tidak masuk akal, tetapi beliau kerapkali dikenakan sekatan untuk berjumpa rakyat bagi menjawab segala tuduhan jahat mereka. Cabaran debat yang tidak pernah disahut oleh Najib menunjukkan betapa takutnya pemimpin Umno itu sekiranya rakyat tahu bahawa di bawah Kerajaan Bn rakyat sebenarnya ditindas dan dihimpit dengan berbagai kesulitan. Sekali lagi Dato' Seri Anwar memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, beliau hanya mahu tempoh satu hari sahaja sebelum mengumumkan harga minyak petrol diturunkan.

Secara berjenaka, beliau turut menyentuh tentang isu video seks yang membuatkan `wajah dan perut' beliau kini menjadi perhatian ramai. Tentang isu jam Omega, beliau tidak mahu melayani pertanyaan tentang isu berkenaan kerana terang-terangan itu merupakan satu cerita yang direka kerana terbukti jam tersebut berasal dari Taiwan dan dibeli sekitar tahun 2004. Ketika itu beliau masih dipenjara, mana mungkin ketika itu beliau boleh keluar dari penjara? Cubaan sabotaj terhadap kenderaan beliau dan ugutan terhadap anak beliau Nurul Izzah dan keluarganya sedikit pun tidak menggoyahkan semangat mereka sekeluarga untuk menentang kezaliman Umno/Bn.

Di akhir ucapannya, Dato' Seri Anwar mahu rakyat bangkit dan bekerja kuat demi kesejahteraan bersama. Beliau menasihati rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media pencacai yang berada di bawah telunjuk rejim Umno/Bn. Tentang nasibnya di dalam kes fitnah Liwat II, beliau yakin jika Hakim memutuskan untuk menerima fakta memang jelas dan nyata bahawa kes tersebut wajib dibuang ke dalam tong sampah. Tetapi jika berlaku sebaliknya, beliau sudah bersedia untuk berdepan menentang kezaliman ini.

Beliau merasa bersyukur kerana semakin beliau diaibkan dan difitnah, sambutan rakyat terhadapnya bertambah kuat dan ini menguatkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga rejim Umno/Bn dapat dikuburkan di dalam Pilihanraya Umum nanti. Dato' Seri Anwar turut mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sokongan dan doa dari rakyat berbagai bangsa dan agama samada di dalam mahu pun di luar negara.

Ternyata, provokasi dari kumpulan yang berdemontrasi menentang kehadiran Dato' Seri Anwar ke Felda Purun malam semalam tidak memberi kesan kepada rakyat jelata yang ingin mendengar sendiri apakah benar Ketua Umum PKR ini seorang pengkhianat atau pemecah belah masyarakat. Rata-rata yang hadir menunjukkan kepuasan di wajah masing-masing selepas selesai program ceramah malam itu dan ini menandakan kawasan felda tidak selama-lamanya selamat buat Umno/Bn./blogger PKR Pahang

Read more ...

Jika takut jadi saksi nanti jadi sasau


ADAKAH MEREKA BERANI MENJADI SAKSI ATAU PENAKUT MACAM MADEY KUTTY?

Read more ...

Guru tak hadiah tetapi perintah

Guru Besar Naik Gred: BN Hendak Pegang Kepala2 Sekolah Utk PRU13?

Oleh: mazwandi

"Semalam adalah hari Guru. Mengapa ianya dibuat pada 16 Mei, hamba tidak tahu. Namun, apa yang pasti, hari guru disambut semalam. Balik dari sekolah, isteri hamba dapat hadiah kusyen, bawa balik cokelat dan sekotak kecil kek. Kenyang hamba malam tadi.

Cuma apa yang hamba hendak ketengahkan ini, bukannya berkenaan apa yang dibuat oleh seluruh sekolah di Malaysia semalam.

Yang pastinya, tiada satu pun kelas yang membuat pembelajaran. Kiranya, murid dicutikan seharian semalam. Apa yang hendak diketengahkan adalah 'hadiah' istimewa yang akan diberi oleh kerajaan bn kepada guru untuk gula-gula PRU 13 nanti.

Hamba tidak dengar secara terus apa yang pm dan tpm katakan apakah yang akan dinikmati oleh guru. Tetapi apa yang pasti, hamba dapat dari akhbar-akhbar versi maya.

Hamba tidak akan ambil dari akbar MalaysiaKini atau HarakahDaily, nanti ada yang mengatakan akhbar itu akan bias dan hanya cakap benda yang tidak molek sahaja kepada kerajaan bn. Tetapi hamba akan merujuk kepada akhbar utusan.

Sila baca ini; Terima kasih Perdana Menteri dan ini; Kenaikan pangkat guru diberi nafas baru

Dapat dilihat, apa yang hendak digula-gulakan kepada guru bukannya dapat hari ini atau bulan depan, tetapi tahun hadapan. Ianya seperti hadiah yang bersyarat. Dan apa yang lebih pasti, apa yang dikeluarkan oleh akhbar umno itu adalah, yang pastinya, ianya hanya menguntungkan Guru Besar, Pengetua dan GPK. Bukannya guru yang mengajar, tetapi cikgu yang mentadbir sekolah sahaja.Puas hamba membelek-belek akhbar2 maya, ada tidak 'hadiah' yang diberikan kepada guru yang benar-benar mengajar, namun tiada. Cumanya, apa yang hamba dengar, dari mulut ayah hamba, bahawa guru-guru, yang sudah mengajar 5 tahun, akan naik gred secara automatik. Jika sekarang DG41, dan sudah mengajar menjangkau 5 tahun, tahun depan automatik naik DG44. Ayah kata beliau dengar dari rakan di masjid. Betul atau tidak, kepastiannya hamba akan beli akhbar pagi ini.Namun jika betul, mengapa tiada satu cerita pun di akhbar maya yang menceritakan tentang cerita ini. Jika benar sumber yang ayah hamba beri, mengapa utusan online tidak membesar-besarkan cerita yang maha menguntungkan warga pendidik di seluruh Malaysia? Maka hamba akan anggapkan, ianya hanya gosip-gosip liar di verenda masjid.Yang pastinya, kerajaan bn sedang melaksanakan satu modus operandi memegang kepala di setiap sekolah, agar ikut cakap bn, dan memastikan semua kepala-kepala disetiap sekolah akan menekan guru-guru dibawahnya agar mengikut telunjuk kepala-kepala ini yang mungkin telah terjurus kepada arahan menyokong bn. Itu yang hamba nampak.

Maka, siap siagalah wahai semua warga pendidik, jika pengetua sekolah atau guru besar sekolah anda semua adalah pendokong umno apco, maka sesuatu arahan yang 'gila' dan kurang waras pasti akan dilaksanakan kepada anda semua. Kepada guru-guru yang aktif didalam PAS atau PKR, siapkanlah diri anda semua dengan kekuatan luar biasa kerana pengetua2 dan guru2 besar cap ayam ini pasti akan melaksanakan perintah 'khas' dari tpm.

Namun yang pastinya, hamba yakin, apalah sangat tekanan yang boleh diberikan oleh kepala-kepala sekolah ini, berbanding dengan tekanan yang sedia ada diperolehi oleh para guru di sekolah sekarang. Lantakkanlah mainan politik kepala sekolah yang kuat membodek untuk menaikkan pangkat sendiri. Mereka bukannya pedulikan masalah guru-guru di sekolah pun. Yang penting nama sekolah naik, bukannya akhlak dan pengetahuan murid yang naik.

Betul tidak wahai guru?

Mahu baca cerita lagi, layari; http://ibnmustaffa.blogspot.com/

Read more ...

Zahid Hamid yang angkuh



SHAH ALAM 17 MEI : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menyarankan agar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambilkira sifat kemanusiaan tatkala mengulas tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan Jumaat lalu.

Zahid sebelum ini dipetik sebagi berkata, tindakan Izzah itu hanya 'dibuat- buat' semata- mata mahu meraih simpati orang ramai.

Izzah dalam laporan polisnya menjelaskan beliau menerima ugutan SMS, menggertak akan menculik anak sulongnya jika bapanya iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berundur dari dunia politik.

"Sebagai seorang menteri dia tidak wajar berkata demikian dan tidak langsung menujukkan simpati kepada ibu bapa yang menghadapi ancaman sedemikian. Ini juga menunjukkan dia mempolitikkan semua perkara dan tidak bertanggungjawab."

Tian berkata Zahid sepatutnya menunjukkan rasa hormat dan bersimpati kepada Izzah, memandangkan ugutan yang diterimanya melibatkan nyawa dan bukan ingin menarik perhatian mana-mana pihak.
"Saya rasa dia bukan sahaja sepatutnya tarik balik kenyataan tersebut tapi dia juga harus tunjukkan hormat dan sensitif kepada perkara yang serius ini."

Tegas Tian, sungguhpun terdapat perbezaan ideologi dari sudut politik, namun Zahid tidak wajar memperlekehkan dan menghina keprihatinan seorang ibu kepada anaknya kerana tiada seorang ibu yang sanggup mempermainkan perkara sebegini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula berharap agar Zahid berhati- hati dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas Izzah.

Ini kerana Zahid suatu ketika dulu merupakan individu yang paling rapat dengan keluarga Anwar dan lebih mengenali keluarga tokoh politik itu.
"Saya juga minta supaya Datuk Zahid jangan main politik, ini soal nyawa jadi takkanlah hilang langsung perasaan simpati Zahid terhadap Anwar Ibrahim dan keluarganya. Apa pun jua perbezaan politik dan pandangan dengan Anwar, saya minta Zahid ada sedikit simpati."

Beliau juga kecewa dengan tindakan Zahid yang cuba mempolitikkan ugutan yang diterima Nurul Izzah.

"Janganlah korbankan sikap rasa hormat berhubung kes ini, ini soal nyawa jadi saya harap Zahid ada sempadan untuk berpolitik."

Read more ...

Demo UMphorNO: Dulu, Kini & Selamanya (Bodo - Part 1)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAzdt7MlnLrE-CHUcJfPkEv4pZ63X6OEPKDxfEtWXU4NyU9DjN763rg418lXntqq3sUEy4FjsKNk0aoad7Yw1Oz85HBN2oO8V8bN6j68hIGqRFUeDqhKUO_oFlmN0151Q38Rg6JFSHsoc/s1600/Copy+of+umno.jpgSebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Pagi 16hb. Mei, 2011 seperti yang diwar-warkan melalui sms, beberapa kumpulan yang mendakwa diri mereka ialah Badan Berkecuali (NGOk) telah berdemo di hadapan Bangunan SUK Kelantan.

Antara Banner yang dinaikkan ialah "bila nak selesaikan masalah air? serabut doh weh!!!".

Bodo 1: Puak-puak yang berdemo tu mengaku masing-masing sebagai NGOk tapi sekor-sekor yang datang pakai baju T'Shirt tertulis "Gelombang Merah" siap ada lambang 1Malaysia.

Bodo 2: "Gelombang Merah" tu Gerakan dari mana..? Gerakan Pil Kuda..? Gerakan Pandey Kutty..?

Bodo 3: "1Malaysia" tu motto NGOk mana..? NGOk Pil Kuda..? NGOk Pandey Kutty..?

Bodo 4: Masalah air di Kelantan ni berpunca dari siapa..? apa punca masalah air di Kelantan tak dapat diselesaikan 110%..?

Puak-Puak Pandey Kutty Bodo mungkin tak tahu bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dah mohon bantuan kewangan dari KERAjaan Pusat berjumlah lebih dari RM11 juta untuk selesaikan masalah air di Kelantan tapi sampai hari ini permohonan Kerajaan Negeri Kelantan masih tidak diluluskan oleh KERAjaan Pusat.

Apa yang ditawarkan oleh KERAjaan Pusat ialah "Skim Pinjaman" dan bukannya Peruntukan Khas sebagaimana yang diterima oleh Negeri-Negeri dibawah Pemerintahan UMphorNO/Beer eNd.

"Skim Pinjaman" yang ditawarkan oleh KERAjaan Pusat kepada Kerajaan Kelantan juga menghendaki supaya Pinjaman tersebut dibayar beserta dengan "bunga" sebanyak 4%.

Jadi dalam hal ni siapa yang menimbulkan masalah..?
  1. Pandey Kutty
  2. UMphorNO
  3. KERAjaan Pusat
  4. Beer eNd

Perisik Rakyat

Read more ...

Nak rampas DUN Manir. UMNO beli anak muda dengan harga RM 200 ke atas

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita47/uhtlancardunmanir.jpgHULU TERENGGANU - Umno yang 'kononnya' sedang beriya-iya untuk menawan DUN Manir daripada PAS telah melakukan pelbagai usaha termasuk membawa Presiden Umno Dato' Seri Najib Razak melawat DUN tersebut.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib mendedahkan, pada kedatangan Ketua 'musuh PAS' itu, Umno menggunakan 'taktik' baru dalam usaha menawan DUN Manir.

"DUN Manir pada tahun ini, ketua 'musuh' mari sendiri, jentera Umno pada kedatangan Perdana Menteri, Presiden Umno dan (Pengerusi) Barisan Nasional nak bawa cara (taktik) baru,

"cara baru dia adalah membeli anak-anak muda dengan harga dua ratus ringgit keatas,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Peringkat DUN Manir, di Markaz tarbiyah Kubang Lembek, semalam Isnin 16 Mei.

Menurutnya, yang juga Penasihat Majlis Tindakan DUN Manir, PAS memang tidak mampu 'membeli' sebagaimana yang dilakukan oleh Umno, namun begitu, Umno juga bukan parti yang 'kaya' dan boleh membelanjakan wang begitu banyak.

Tetapi, beliau mendakwa, Umno telah menggunakan kewangan kerajaan yang diperuntukkan melalui pelbagai peruntukkan.

"Kita (PAS) ada duit tapi tak banyak, dia pun tak guna duit Umno (kerana sebenarnya) Umno miskin, tapi dia menggunakan duit kerajaan yang diperuntukkan melalui pelbagai peruntukkan, tapi digunakan untuk kepetingan Umno,"jelasnya.

Sehubungan itu, menurutnya lagi, Umno yang telah mendakwa DUN Manir 'dalam tangan' mereka ditentang dengan gagasan 'PAS Ganti Umno'

Oleh itu, kata Ustaz Harun, ketika Najib datang, beliau telah mengajak PAS menyertai Barisan Nasional dan keluar dari Pakatan Rakya kerana menurut Najib, PAS tidak mendapat apa-apa dalam Pakatan Rakyat.

Beliau telah menafikan dakwaan Najib kerana katanya, bersama Pakatan Rakyat, PAS telah dapat mengetuai negeri Perak dan Kedah serta mempertahankan negeri Kelantan.

Selain itu, katanya, PAS dapat bergerak bebas menyampaikan dakwah dimasjid-masjid lebih mudah dinegeri-negeri yang diperintah Pakatan rakyat berbanding negeri yang diperintah Umno-BN.

Ketua Dewan Ualamak PAS itu turut mendakwa, tindakan Najib mengajak PAS menyertai Barisan Nasional adalah mengulangi tindakan ayahnya, Allayarham Tun Razak.

Menurutnya, apabila Umno sudah kehilangan kawan-kawan sebelepas berlakunya peristiwa 13 Mei, 1969, Tun Razak telah mengajak PAS menyertai Umno.

"Umno hampir kehilangan kawan, MCA dan Gerakan hendak tingglkan Barisan, jadi Najib seseorangan, dia tak ingat (kepada parti) lain (hanya) ingat kepada PAS,

"macam arwah ayah dia dulu, bila berlaku 13 Mei, tak ada arah nak pergi, tak ada cara lain (kecuali) ajak PAS (bersama BN),"katanya.

Justeru, beliau bertegas, sekiranya Umno mahukan PAS menyertai Barisan Nasional, Umno perlu mengubah dasarnya terlebih dahulu kepada dasar Islam.

Read more ...

Kes Anwar : Selesaikan dengan hukum Islam

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita47/lancardunmanir%20017.jpgHULU TERENGGANU - PAS tetap dengan pendirian tegasnya mahukan kes melibatkan pertuduhan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihadapkan dengan hukum Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya menggunakan ‘kuasa’ bagi menyelesaikan masalah dengan hukum Islam.

“PAS tetap mengatakan supaya selesaikan dengan Islam. Kes ini tidak boleh selesai melainkan dengan hukum Islam. Barisan Nasional ada kuasa, sepatutnya menggunakan kuasa untuk menyelesaikan masalah dengan hukum Islam.

“Ini bukan sahaja kes Dato’ Seri Anwar. Bahkan, termasuk kes Najib (Dato’ Seri Najib Tun Razak) mesti ada empat orang saksi ikut cara Islam.

“Kes (itu) sama sahaja, jika kes Anwar kena empat orang saksi begitu juga dengan kes Najib pun perlukan saksi juga. Termasuklah tuduhan demi tuduhan yang dibuat oleh semua pihak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Manir, di Markaz Tarbiyyah PAS Kubang lembek, Manir, 16 Mei lalu.

Menurutnya, bukan sahaja kes Anwar tetapi jika tuduhan terhadap Perdana Menteri juga perlukan saksi yang ‘adil’ mengikut cara Islam.

Sehubungan itu, Dato’ Seri Abdul Hadi menyifatkan perundangan negara telah ‘bercelaru’ serta tidak mempunyai asas yang betul khususnya bagi orang Islam.

“Nampaknya kita (rakyat) sudah bercelaru dan sudah tidak mempunyai asas yang betul khususnya kepada orang Islam.

“Mereka sepatutnya menunjukkan satu contoh yang baik. Contoh yang baik ialah kembali kepada Islam yang ada dalam al-Quran dan diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW,” ujarnya.

Justeru itu, katanya barulah dapat memulihkan imej Islam dan orang bukan Islam kepada pandangan semua pihak.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Dalam penghakiman lebih dua jam itu, Hakim Zabidin berkata beliau mendapati keterangan Mohd Saiful boleh dipercayai, kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media tersebut Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman dan Timbalan Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu, Ismail Osman.

Read more ...

Mari tengok muka pengganas UMporNO yang pukul aktivis GEGAR di Kelantan

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Pagi Jumaat 13hb. Mei, 2011 lebih kurang jam 11.00 pagi, lokasi - dihadapan Masjid Telipot, Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan.

Seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) Hisyamuddin Ghazali sedang memasang kain rentang tertulis "Kami Tokse Wang Ehsan, Kami Nak Royalti Minyak" dengan ditemani oleh ibu dan juga isterinya sekembalinya dari Kuliah Pagi di Jalan Dato' Pati apabila secara tiba-tiba berhenti sebuah kereta Perodua Viva berwarna putih.

Sebaik Perodua Viva berwarna putih tersebut berhenti dibelakang kereta Syam, meluru keluar 2 orang lelaki dalam lingkungan umur 40-50an dan terus menyerang Syam dengan tumbukan dan pukulan ala-ala Komando di muka, perut dan beberapa bahagian badannya.

Ibu Syam yang berada berhampiran dan cuba menghalang perbuatan Gila ke-2 lelaki terbabit terjelepok jatuh ke bahu jalan setelah ditolak dengan kasar oleh salah seorang lelaki terbabit. apa daya seorang ibu tua untuk melawan kederat seorang lelaki Gila..?

Isteri Syam yang juga berada berhampiran tidak dapat berbuat apa-apa akibat terkejut dengan kejadian sepantas kilat itu.

Selesai membelasah Syam, ke-2 lelaki terbabit pantas kembali ke kereta Perodua Viva yang dinaik oleh mereka, Syam yang separuh pitam bangkit beberapa ketika kemudian dan mendapati lelaki terbabit masih belum beredar segera mengambil gambar mereka dengan telifon bimbitnya.

Nasir Abdullah@Nasir Uban mengangkat tangan memberi amaran kepada Syam sebelum mendapatkan Syam kembali dan memukulnya setelah gambarnya dirakam.

Menyedari gambar mereka dirakam, salah seorang lelaki terbabit yang berambut putih kembali mendapatkan Syam dan memukul Syam buat kali yang ke-2 mungkin kerana tidak puas hati kemudian beredar.

Syam kemudiannya segera ke IPD Pengkalan Chepa untuk membuat laporan polis atas apa yang berlaku sebentar tadi.

Cerita dekat atas tadi bukan cerita rekaan, bukan khayalan dan bukan mitos. itu kisah benar yang berlaku pada seorang aktivis NGO di Kelantan. hasil siasatan awal beberapa sahabat, Samseng tersebut merupakan seorang ahli UMNO atau UMphorNO. Beliau Ketua Kampung (UMNO/UMphorNO) Kampung Sireh.

Nama beliau ialah Nasir Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan "Nasir Uban" di Kampung Sireh, bekas Ketua Pemuda UMNO/UMphorNO Cawangan Kampung Sireh dan hasil dari maklumat awal, beliau dikatakan bekerja dengan Dato' Fatmi, Setiausaha kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Jadi, bila gua dapat maklumat-maklumat berkenaan dengan Nasir Uban ni, terus hilang heran gua... mula-mula gua heran jugak, macam mana orang yang umurnya dah senja masih ada penyakit Gila Pandi Kutty..? bila gua tau Nasir Uban ni ahli UMNO/UMphorNO, terus gua paham. standard ahli UMNO/UMphorNO.

Kalau nak cerita pasal kejahatan dan UMNO/UMphorNO ni, 30 posting pun tak kan habis. kalau nak cari pembunuh yang masih bebas dan "dilindungi" carilah dalam UMNO/UMphorNO, kalau nak cari perogol yang masih bebas dan "dilindungi" carilah dalam UMNO/UMphorNO, kalau nak cari perompak, penyamun, perasuah, penerima rasuah, kaki pukul, kaki mabuk, kaki raba, kaki pelacur, kaki GRO, penipu dan lain-lain penjenayah berat masih bebas dan "dilindungi"...

Carilah dalam UMNO/UMphorNO...

Selama ini kita digula-gulakan "kununnya" UMNO/UMphorNO ialah pembela kepada Bangsa Melayu tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. aktivis NGO yang dipukul berbangsa Melayu, beliau menyumbang tenaganya dalam Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) yang selama ini memperjuangkan Hak Rakyat Negeri Kelantan dan Terengganu yang majoritinya ialah Bangsa Melayu.

Apa yang kita faham dekat sini..? seorang anak muda berbangsa Melayu yang memperjuangkan hak Majoriti Bangsa Melayu di Pantai Timur dipukul oleh Ahli UMNO berbangsa Melayu yang partinya dikatakan adalah 1-1nya pembela bangsa Melayu..?

Pembela Bangsa apa kalau macam ni..? Lagi baik jadi pembela BANGSAT..!

Daripada kejadian dekat atas tu, yang gua lebih paham ialah UMNO/UMphorNO takutkan Kain Rentang lebih daripada takutkan Allah dan Hukum yang dah Allah tetapkan. Kain Rentang yang tertulis kebenaran lebih ditakuti oleh puak-puak UMNO/UMphorNO berbanding dengan Hukuman yang bakal diterima di akhirat kerana tidak menunaikan janji sesama manusia.

Paling sedih dalam kes diatas ialah apabila 2 anggota polis yang melalui tempat kejadian sekadar melihat sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan walaupun terdapat beberapa orang saksi yang melihat dan melaporkan kejadian tersebut kepada anggota polis terbabit di tempat kejadian atas alasan "kenal sangat pelaku tersebut".

Sehingga artikel ini ditulis, pelaku (Nasir Uban) masih belum ditahan atau dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis.

Butir-butir lengkap maklumat mengenai Nasir Uban, nombor pendaftaran kereta dan alamat yang didapati dari JPJ, maklumat dari penduduk kampung yang mengenali Nasir Uban semuanya telah diberikan kepada pihak polis.

Apa kita pihak polis ketika laporan selesai dibuat..?
"Ala... kira setel je la..."
Muka dah bengkak, bibir dah pecah, badan lebam-lebam, ibu pulak cedera ditolak dengan kasar kira setel..? Negara apa ini..? Negara Polis...???

Jangan sampai Rakyat bangun melawan Penguasa Undang-Undang yang tak reti hormat dan tegakkan Undang-Undang.

Read more ...

Adakah keputusan sudah dibuat sebelum bicara, sebab tu terima semuanya ?

Kes Anwar : Hakim Terima Segala Keterangan Saksi Pendakwaraya


KUALA LUMPUR 16 MEI: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah dibidas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakannya menerima kesemua keterangan yang diberikan oleh saksi pendakwaan walaupun mendapati sebahagiannya tidak konsisten.

Mengulas keputusan Zabidin bersabit perbicaraan kes fitnah liwat 2 itu pagi tadi, Sankara Nair mempersoal kredibiliti hakim tersebut yang dilihat gagal menyaring maklumat kurang tepat yang dikemukakan 26 orang saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan.

Ini berikutan jelasnya terdapat beberapa insiden yang mencatatkan saksi utama, Saiful Bukhari Adzlan menukar kenyataan berhubung dakwaan perbuatan liwat oleh Anwar pada hari kejadian 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara.

"Kita dapati ianya menyedihkan kerana anda(hakim) boleh percaya kesemua yang dinyatakan saksi pendakwaraya. Mungkin ada satu atau dua yang anda tidak boleh percayai sebab bukan semua orang memberitahu perkara betul.

"Tapi ia amat mengejutkan kerana beliau percaya kesemuanya namun saya tidak dapat memberi komen lanjutan sebab kes ini masih pra-matang. Selepas kita masuk ke peringkat membela diri dan kita akan membuat komen selanjutnya," kata beliau sejurus keluar dari galeri awam.

Berdasarkan nota kes yang dibacakan oleh Zabidin dalam mahkamah, beliau mendapati cubaan peguambela menggambarkan saksi utama iaitu Saiful tidak berwibawa adalah tidak relevan.

Ini katanya, sekiranya mahkamah menerima cadangan tersebut maka tertuduh akan dibebaskan serta merta.

"Jika mahkamah mendapati PW1 (Saiful) sebagai saksi tidak berwibawa, maka tertuduh akan bebas. Tidak mengejutkan peguambela cuba menggambarkan PW1 sebagai seorang yang tiada kredibiliti. Denga rasa hormat, saya mendapati ianya tidak relevan," ujar Zabidin.

Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata telah dipaksa oleh Anwar melakukan liwat namun didapati seolah-olah selesa diperlaku sedemikian apabila hadir ke pejabat Ketua Pembangkang keesokkan harinya tanpa perasaan trauma.

Saiful juga mengaku minum kopi dan makan karipada di kondominium berkenaan selepas kononnya dipaksa liwat oleh Anwar.

Hakim menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 untuk mendengar hujah pembelaan termasuk saksi-saksi yang akan dipanggil.

Pasukan peguambela akan memanggil Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor sebagai saksi diikuti Mumtaz Jaafar dan Ezam Mohd Nor yang ditemui Saiful selepas kejadian.

Read more ...

Polis digunakan ugut saksi pembelaan Anwar



KUALA LUMPUR 16 MEI : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tindakan polis “menakut-nakutkan’ saksi pembelaan yang dijadualkan memberi keterangan apabila perbicangan bersambung bulan depan.

"Saya dengar ada kes saksi-saksi kami telah ditakut-takutkan oleh polis. Kita mahu hentikan ini dan kita mahu lihat hakim membuat keputusan dengan mengutamakan kebenaran tentang kedudukan saya sebagai dituduh," kata Anwar.

Hakim Zabidin Mohamad Diah menetapkan 6 hingga 30 Jun 2011 sebagai perbicaraan pembelaan dengan tiga puluh saksi disenarai pendekkan bagi memberi keterangan.

Ini termasuk pegawai perubatan Hospital Pusrawi, Dr Osman Hamid iaitu individu pertama memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008.

Pemeriksaan itu mendapati dubur Saiful tidak menunjukkan sebarang tanda atau kecederaan untuk menyokong dakwaan liwat yang dibuat oleh beliau.

Dr Osman, seorang warga Myanmar, turut memberi perakuan bersumpah bahawa beliau diugut oleh polis untuk bekerjsama dengan pihak berkuasa jika tidak mahu menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Peguambela juga dijangka memanggil Hassanuddin Abdul Hamid iaitu pemiilik unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, di mana jenayah liwat itu di dakwa berlaku.

Hassanuddin dilaporkan berada bersama Anwar dan beberapa orang lain sepanjang petang 26 Jun 2008.

Hassanuddin dan isterinya tidak dipanggil sebagai saksi oleh pendakwaraya.

Dalam satu ceramah, baru-baru ini, Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution mendedahkan kenapa pendakwaraya tidak memanggil Hassanuddin.

Berikut petikan penuh ceramah Saifuddin :

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Bila Saiful buat aduan, polis serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini.”

“Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada".

“Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama."

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". Sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat Saiful. Masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar," kata Saifuddin.

Read more ...

Hakim 'berwibawa' dan pendakwaraya bersokongkol



SHAH ALAM 17 MEI : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima segala keterangan saksi pendakwaraya dilihat sebagai sebagai sebahagian daripada agenda untuk menjayakan pendakwaan politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar, kata Professior Dr Aziz Bari.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangs itu berkata keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan liwat adalah satu keperluan untuk memastikan beliau disabit kesalahan fitnah itu bagi kali kedua.

"Rakyat melihat bahawa hakim dan pendakwaraya mencari seboleh-bolehnya ingin mengenakan Anwar ini kerana terdapat saksi dan bukti yang mana selalunya tidak diterima, jadi untuk kes Anwar ini jelas kes yang ganjil," kata Dr Aziz kepada TvSelangor.

"Dakwaan dan tuduhan yang dikenakan keatas Anwar ini jelas satu pendakwaan politik," tambah beliau.

Hakim Zabidin pagi tadi mengejutkan ramai pihak apabila menerima semua keterangan saksi-saksi pendakwaraya walaupun ada antaranya mencurigakan dan bercanggah antara satu sama lain.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata hakim gagal menyaring keterangan saksi dengan cermat. Pertubuhan Peguam Untuk Kebebasan pula menyifatkan perbicaraan Anwar sebagai "memalukan."

Aziz berkata keputusan Zabidin sekali lagi menunjukkkan badan kehakiman negara ini masih belum belum adil dan bebas terutama jika ia melibatkan pemimpin pembangkang.

"Sesiapa pun yang mengikuti perjalanan kes ini dari awal termasuk orang biasa yang tidak tahu undang-undang sekali pun sudah menjangkakan atau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perbicaraan itu,"katanya.

Pendakwaan terhadap Anwar, kata Dr Aziz, adalah berasaskan kepada keperluan melumpuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu dan bukannya dibuat atas pertimbangan undang-undang.

"Apa yang berlaku dan dihadapi oleh Anwar ini berbeza dengan pertuduhan untuk orang lain, pada cara beliau diburu polis, cara beliau dilayan mirip dengan kes ketika beliau dipecat dari kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr mahathir Mohammad,"ujar beliau.

Perbicaraan kes liwat fitnah itu akan bersambung 6 Jun. Jika disabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara hingga 20 tahun.

Read more ...

Seorang lagi ditahan ISA

http://loyarburok.com/wp-content/uploads/2010/07/ISA.jpgKUALA LUMPUR 16 MEI :Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengecam penahanan ahli perniagaan dari Singapura Abdul Majid Kunji Mohammad, 60 tahun di bawah Seksyen 73(1), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mendesak kerajaan membebaskan beliau dengan segera atau membicarakannya di mahkamah keadilan.

Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, penahanan tanpa bicara Abdul Majid pada 6 Mei lalu atas tuduhan yang tidak terbukti melanggar prinsip asas hak asasi manusia, keadilan, agama dan piawaian antarabangsa..

“Penahanan Abdul Majid Kunji Mohammad adalah malafide kerana polis sendiri mengakui bahawa mereka tidak mempunyai sebarang bukti terhadap Abdul Majid,"kata Syed Ibrahim pada satu sidang media yang diadakan di ibu negara hari ini.

Abdul Majid yang sudah lebih 10 tahun menetap di Malaysia ditangkap pada 7 malam 6 Mei lalu atas tuduhan menyalurkan dana kepada kumpulan militan di Selatan Filipina.

Tuduhan berkenaan menurut GMI amat meragukan kerana Abdul Majid yang merupakan ahli perniagaan tekstil kini menghadapi masalah kewangan dan hampir muflis.

"GMI menilai tinggi keselamatan negara dan tidak merelakan aktiviti pengganas, tetapi hak seseorang terhadap perbicaraan yang adil tidak boleh dinafikan dalam keadaan apa pun. Sekiranya kerajaan memiliki bukti terhadap suspek, kami menggesa kerajaan untuk mendakwa mereka dalam mahkamah terbuka, sesuai dengan hak mereka untuk membela diri, hak mereka untuk mendapatkan khidmat peguam dan hak terhadap perbicaraan yang adil.

"Jika tidak, maka sesiapa pun termasuk Abdul Majid perlu dibebaskan tanpa tangguh dan tanpa syarat. Penahanan yang dibuat tidak menjustifikasi kepentingan ISA. Penahanan yang dibuat tanpa bukti dan tanpa bicara sebenarnya menjustifikasi akta zalim ISA. Menuduh seseorang melakukan jenayah tanpa mengemukakan bukti yang kredibel adalah fitnah. Menahan seseorang tanpa bicara dan tanpa peluang membela diri adalah tidak bertamadun,"katanya.

GMI turut menuntut pihak kerajaan menghentikan niat menghantar pulang Abdul Majid ke negara asalnya, Singapura tanpa sebarang proses perbicaraan.

"GMI juga menuntut sebarang undang-undang tanpa bicara dimansuhkan serta merta meliputi ISA, EO dan LLPK/DDA (1985),"katanya lagi.

Read more ...

Mari tengok video bukti UMNO Selangor mampu rampas Selangor



Inilah bukti sokongan orang Melayu kepada UMNO. Ini juga jawapan kepada Noh Omar yang kata boleh tawan 30 kerusi DUN untuk rampas Selangor.

Dalam dok kata DAP anti Melayu tiba-tiba UMNO buat perhimpunan di sekolah Cina. Inilah rupa sebenar UMNO, pejuang Melayu konon. Piiiirah......

Read more ...

4000 rakyat berhimpun sokong ladang rakyat, 200 orang UMNO berhimpun bantah ladang rakyat

TUMPAT, 16 Mei: Lebih 4,000 peserta Ladang Rakyat berhimpun di Koperasi Ladang Rakyat sempena program hari himpunan anggota koperasi ladang rakyat di Wakaf Baru.

Biarlah sekitar 200 peserta Umno berdemo di hadapan Kota Darulnaim pagi ini untuk menyerahkan ‘memo rakyat’ tetapi di sini mereka yang menyertai himpunan begitu ramai untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri dan Ladang Rakyat.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Eksekutif Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi.

Dua deklarasi dicapai iaitu menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di samping memperkukuhkan Ladang Rakyat sebagai satu badan untuk membantu rakyat dan memperteguhkan kerajaan dipimpin ulama.

Deklarasi itu disampaikan oleh Nazmi Ghazali.

Pagi tadi juga, kira-kira 200 Pemuda Umno berhimpun di perkarangan Kota Darul Naim, pejabat SUK Kerajaan negeri bagi membantah projek Ladang Rakyat.

Sejak akhir-akhir ini, Umno menghalakan serangannya kepada dua projek utama kerajaan negeri iaitu Ladang Rakyat dan Bazar Tok Guru. Ladang Rakyat dibuat untuk membantu para penduduk miskin dengan cara memberikan dividen bulanan antara RM200 hingga RM300 untuk setiap peserta ladang itu.

Bazar Tok Guru pula bakal menjadi mercu tanda baru pusat perniagaan untuk peniaga kecil Kelantan tidak lama lagi. Ia sudah siap dibina namun Umno dengan menggunakan pihak lain sentiasa sahaja mempertikaikan projek itu.

Penduduk akui Ladang Rakyat tak rampas tanah

GUA MUSANG, 16 Mei: “Ladang Rakyat tidak pernah rampas tanah rakyat. Kalau ada tanaman mereka tidak masukkan dalam kawasan projek.

“Lagi pun kawasan yang diambil Ladang Rakyat kesemua tanaman yang pernah ditanam tidak menjadi akibat dimakan binatang liar,” kata Ramli Abdul Rahman, 57 ketika ditemui di Kampung Baru Star.

Kampung tersebut terletak kira-kira 25 km dari bandar Gua Musang. Kedudukannya di laluan yang menghubungkan Gua Musang dan Jeli melalui Jelawang, Dabong.

Di sebelah timur bukit di kampung itu, tidak jauh dari masjid terletak projek perladangan sawit diusahakan Ladang Rakyat.

Kelapa sawit yang ditanam tiga tahun lalu kini ada yang sudah berbuah.

Ramli memberitahu Ladang Rakyat tidak pernah merampas tanah penduduk kampung seperti didakwa sesetengah pihak melalui media massa sebelum ini.

”Saya masih ingat lagi sewaktu Allahyarham Chek Hashim Sulaiman menjadi Penyelia Dun Galas acap kali beliau datang menemui penduduk membincangkan cadangan Ladang Rakyat membangunkan ladang sawit di sini.

”Kalau tidak silap enam kali beliau datang. Perjumpaan diadakan di masjid Star Baru dan Madrasah di Kampung Kalai,” katanya.

Menurutnya dua tahun berbincangan diadakan dan penduduk berpuas hati apabila kawasan yang sudah ditanam dikeluarkan daripada projek Ladang Rakyat.

Beliau juga meluahkan rasa pelik selepas lebih empat tahun projek Ladang Rakyat dijalankan mengapa pula baru sekarang ada penduduk di sesetengah tempat mempertikaikan.

Oleh itu beliau mengsyaki ada orang tengah yang menjual tanah milik kerajaan cuba menimbulkan pelbagai dakwaan bukan-bukan terhadap Ladang Rakyat.

Seramai 10 penduduk ditemui di Kampung Star Baru Sabtu lalu menjelaskan perkara serupa seperti diberitahu Ramli.

Di majlis berasingan pada malam bertempat di padang Majlis Daerah Gua Musang lebih 1,000 penduduk hadir mendengar penjelasan mengenai isu membabitkan Ladang Rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi tampil menjelaskan isu tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Turut hadir Penyelia Parlimen Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamad dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Jusoh.

Biar pun hujan pada sebelah petang, namun orang ramai tetap hadir bagi mendengar penjelasan sebenar mengenai isu Ladang Rakyat selepas diberi imej negetif media harian proUmno.

Dr Nazmi berkata, sejak daripada awal lagi pemimpin Umno cuba menggagalkan projek Ladang Rakyat apabila mereka menentang ketika Enakmen Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dibentang pada persidangan Dun Kelantan.

Katanya, selama dua hari setengah enakmen tersebut dibahas dan akhirnya perbadanan tersebut berjaya diwujudkan dengan undian 23 Adun PAS menyokong dan 22 Adun BN menentang.

”Umno menentang kewujudan program Ladang Rakyat kerana program ini memberi kebajikan kepada rakyat di mana sehingga akhir tahun lepas sebanyak RM40 juta dibayar kepada lebih 4,300 peserta.

”Kejayaan program ini dapat dilihat apabila pada pilihan raya umum Mac 2008 Adun BN yang menentang penubuhan Ladang Rakyat kecundang dalam pilihan raya sehingga tinggal enam orang,” ujarnya.

Beliau juga menjelaskan biar pun Umno mendesak kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih kononnya berlaku penyelewengan membabitkan Ladang Rakyat, namun audit yang dilakukan Jabatan Audit Negara tidak menemui sebarang penyelewengan.

Menteri Besar pula menyokong cadangan Ladang Rakyat menyaman pihak yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap agensi terbabit.

Read more ...

Jihad 'hutang' tak bayar

Ibrahim, nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali diingatkan agar tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli.

AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan terbuka Ibrahim bahawa beliau dan Perkasa sanggup melancarkan ‘perang salib’ atau ‘jihad’ untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita.

“Saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan Umno BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pertama, katanya isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah sedangkan Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.

Kedua, ujarnya Perkasa sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan rule of law, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno BN selama ini.

Bahkan, kata beliau hanya menggunakan isu-isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak yang menunjukkan Perkasa tidak berpijak atas ajaran Islam yang syumul dan tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih.

“Sebagai contoh, di manakah Perkasa apabila Presiden MCA selaku rakan utama Umno dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam,” katanya.

Ketiga, ujarnya kekeliruan yang berlaku dalam politik negara pada hari ini ialah kerana kebimbangan Umno BN kehilangan kuasa hasil ‘kemungkaran’ politik dan ekonomi yang berterusan yang telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Menurutnya, jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno BN adalah lebih utama diperbetulkan.

Keempat, jelasnya Islam menganjurkan pendekatan yang menarik hati manusia lain contohnya sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam Surah ‘Ali Imran ayat 159 yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

“Jika diamati ayat ini, sekiranya Perkasa ingin menguatkan lagi Islam, ia boleh dilakukan bukan hanya dengan kata-kata yang berapi-api tetapi dengan polisi dan amalan yang selari dengan Islam seluruhnya seperti berlaku adil, dan good governance/tatakelola yang baik.

“Akhir sekali, nasihat saya kepada Datuk Ibrahim Ali, jika beliau ingin terus ‘berjihad’, saya sarankan beliau mengembalikan semula kerusi parlimen Pasir Mas terlebih dahulu kepada PAS yang beliau tandingi juga atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan secara sinis berkata, orang yang hendak berjihad adalah wajib membayar hutang terlebih dahulu kerana ruh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit.

“Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai ‘hutang’ Datuk Ibrahim Ali,” katanya.

Read more ...

'Percubaan liwat ' pun bela diri juga

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail perlu menggugurkan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pendakwa tidak mempunyai asas yang kukuh untuk meneruskan kes tersebut.

“Adalah amat jelas pertuduhan ini tidak berasas. Saya menyeru Peguam Negara untuk campurtangan dengan segera dan menarik balik dakwaan ini untuk mengelakkan malu yang lebih besar kepada negara,” kata Peguam Anwar, Karpal Singh.

Menurut Karpal, berdasarkan laporan proforma yang diisi doktor Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan, pihak pendakwa gagal menunjukkan bukti yang Saiful diliwat.

Ini kerana dalam laporan itu Saiful mendakwa hanya terdapat cubaan liwat sahaja menyebabkan keterangan itu bercanggah antara satu sama lain, kata Karpal.

“Laporan proforma jelas menunjukkan aduan Saiful adalah percubaan liwat, percubaan oral seks. Dia tidak (pernah) menyatakan perkara ini dalam mahkamah.

“Ia juga bertentangan dengan laporan pertamanya (laporan polis) yang menjadi asas kepada kes ini,” kata Karpal.

Justeru, Peguam Negara perlu masuk campur dan bertindak menghentikan pendakwaan kerana di Mahkamah Tinggi, hakim tidak diperuntukkan kuasa untuk menggugurkan pendakwaan.

“Di mahkamah rendah seperti Mahkamah Sesyen dan Majistret, terdapat peruntukan di bawah Kanun Acara Jenayah, Seksyen 173 (g), mahkamah mempunyai kuasa apabila dakwaan didapati tidak berasas, mahkamah boleh melepaskan orang yang dituduh.

“Walaupun begitu tiada peruntukan sedemikian di Mahkamah Tinggi. Oleh kerana itu, di sinilah pentingnya Peguam Negara campurtangan.

“Sebagai pendakwaraya, adalah menjadi tugasnya tidak meneruskan dakwaan yang tidak berasas berdasarkan kes yang dibentang pendakwa. Saya harap Peguam Negara campur tangan. Beliau wajib (berbuat demikian),” kata Karpal.

Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair berpendapat jika kes ini diteruskan, ia sebenarnya isyarat jelas bahawa tuduhan ini merupakan satu pendakwaan politik semata-mata.

“Jika mereka meneruskan dakwaan, ia sudah menjadi penganiayaan politik, bukan lagi dakwaan berdasarkan bukti yang kita lihat hari ini,” kata Sankara Nair.

Read more ...

Hakim ikut telunjuk pendakwa raya

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengikut telunjuk pendakwa raya apabila memutuskan beliau perlu membela diri dalam kes Fitnah II.

“Kita kesal kerana keputusan hakim itu seolah-olahnya begitu terikat sepenuhnya dengan hujah pendakwaan,” kata Anwar ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan itu dibacakan.

Hakim Zabidin hari ini memerintahkan Anwar untuk membela diri dalam kes berkenaan dengan menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 hingga 30 Jun 2011.

Beliau membuat keputusan itu selepas membacakan nota penghakimannya selama hampir sejam lima belas minit di dalam mahkamah.

Zabidin memutuskan Anwar perlu membela diri kerana saksi utama pendakwa, Saiful Bukhari Azlan boleh dipercayai dan berwibawa’ walaupun diketahui Saiful memberikan keterangan bercanggah dengan pertuduhan.

Pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah bersabit kes liwat tanpa kerelaan namun Saiful sendiri tidak melarikan diri walau pun beberapa kali berpeluang berbuat demikian.

Menurut Anwar, keputusan hari ini menunjukkan hakim bukan sahaja kelihatan seperti mengikut skrip yang sudah disediakan pendakwa raya tetapi juga beranggapan seolah-olah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sudah terbukti benar.

“Beliau bukan sahaja menentukan samada terdapat prima facie tetapi mengambil kesemua ‘rencah’ pertuduhan sebagai satu fakta dalam kes ini,” kata Anwar kepada wartawan di luar mahkamah hari ini.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata Anwar akan mengambil tempat sebagai saksi pertama pihak peguam bela apabila mahkamah bersidang 6 Jun ini.

“Anwar akan jadi saksi pertama. Beliau perlu jadi saksi utama,” kata Sankara.

Beliau seterusnya menegaskan keputusan mahkamah hari ini tidak bermakna peluang Anwar untuk membuktikan kebenaran sudah tertutup.

“Ada lagi peluang. Ini bukan keputusan akhir, kita sekarang berada di peringkat pertengahan,” kata Sankara.

Read more ...

Kad ahli UMNO bakal jadi rebutan untuk dapat diskaun

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjePYgVA6A9P7Yimu7xKFxOnpKxoOoz-1Ax7HscIo0ke4xaWat7d8ccVTEvhuUeu3ThuTSqXB9ptrw0756byER0MlqCqi23__RQOOy2eIZOMdj0aFcfhbAVjfnd3VMRmhyo4jMIrQTgFB25/s1600/ahli+umno.jpgGUA malas nak cakap banyak, gua cuma nak ucapkan tahniah kepada gerombolan songkok tinggi. Kerana sokongan padu lu orang semua yang kaya raya mengalahkan bill gate, lu dapat hadiah dari kerajaan yang baik hati dan mendahulukan rakyat. Harga minyak akan dinaikkan lagi maka lu orang kena stanby!

Kepada rakyat yang belum masuk ahli UMNO sila daftar segera, di cawangan-cawangan UMNO berhampiran untuk mendapatkan diskaun harga minyak. Harga minyak mahal kepada penyokong Pakatan Rakyat sahaja, ahli UMNO akan dapat harga murah, kalau lu orang bernasib baik lu orang akan dapat free minyak sebab jadi ahli UMNO [Utusan].

Tak sia-sia lu orang sokong UMNO, lu sendiri dapat diskaun harga minyak kah kah kah padan muka lu orang kah kah kah. Kepada gerombolan songkok tinggi cepat, cepat pergi celup kepala kat longkang muahahaha...

RentaP© "Rakyat nak mati, nak mampos anak gajah tetap gemok kedempol"

Read more ...