Abdul Hadi Awang Ust. Hadi menyampaikan hujah pada program Bicara Minda dan Sesi Berdialog. - Foto Sinar Harian
 
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Sementara demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terus meningkat dengan kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) sudah mengumumkan manifesto masing-masing, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir BN sambil berkata ia baru berjanji untuk menurunkan harga kereta.

Kata Hadi, beliau hairan kerana BN yang memerintah negara sejak 1957, baru sekarang mahu bertindak demikian, itu pun selepas PR mengumumkan manifestonya akhir Februari lalu.

Bila cakap tentang manifesto, bermakna ia tentang janji. Barisan Nasional memang macam itu, yang dia janji itu, dia tak buat lagi," katanya dalam program Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian.

Hadi ditanya, sama ada manifesto yang dibentangkan BN Sabtu lalu sebagai manifesto yang menjamin kebajikan negara.