Sunday, June 10, 2012

APA NI UMNO KEDAH!!! Nak perintah Kedah macama mana, Tadika Kemas pun tak boleh nak urus



Siapa la yg uruskan tempat belajaq tadika kemas kg tok seron nie....

Isu tahun 2011 lagi surau tu suruh cari tempat baru depa nak perbesaq surau.. Jadi dok nganga apa lagi masa berbulan-bulan tuu... atuq la strategi nak kasi seattle camna masalah nie.....

awat umno tak ada duit dah ka nak buat bangunan sendiri...takpon pie la sewa rumah tang mana2.. bukannya susah nak buat semua tu...Mintak budget bina sendiri tempat yang selesa utk budak2 belajaq.... kan UMNO nie duit banyak......

Nie yang dok biaq budak-budak nie belajaq bawah bumbung plastik nie apa kejadahnya....

takan benda nie pon tak reti pikiaq..JKKKP & PENYELIA KEMAS makan gaji buta kaa...sembang kemas tapi tadika kemas pon tak terurus.... ada hati nak ambik balik KEDAH...


Kedah La

Read more ...

NAK HABIS UMUR!!! Jangan pelik tengok UMNO meraban



Oleh ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)

Umno meraban lagi. Kali ini membawa peralatan pembinaan tahun 70an seperti kereta sorong dan penyodok pasir untuk disumbangkan kepada kerajaan negeri Kelantan bagi membina lebuhraya yang diumumkan oleh Menteri Besar baru-baru ini. Nawaitu mereka hanya satu, menyindir dan menghina pihak lawan walaupun perbuatan yang dipamerkan hanya menonjolkan kebodohan diri sendiri.

Ia adalah lanjutan dari tindakan terencat akal yang dilakukan oleh rakan-rakan seperjuangan mereka antaranya; menghantar kepala lembu dan mangkok jamban ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, menghantar 'najis manusia', kek hitam dan bunga hitam ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, berniaga burger dan senaman tonggeng punggung di hadapan rumah Datuk S. Ambiga.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam nada sinis mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pihak tersebut kerana telah berjaya memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik’.

Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan pihak yang lain (kerajaan negeri).


"Jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah.


"Percayalah, Umno sendiri akan malu dengan perbuatan ini satu hari nanti. Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka," tajam sekali pukulan tuan guru.

Segala episod drama politik bikinan Umno mutakhir ini membayangkan kegelabahan yang tidak terbendung lagi. Lalu lahirlah tindakan di luar kewarasan manusia, namun mereka yang melakukannya tidak merasai apa-apa persis orang hilang akal yang kencing di tengah jalan. Orang yang merasa malu ialah orang yang menyaksikannya bukan si gila itu.

Puncak kepanikan Umno ialah apabila PAS berjaya menghimpunkan lebih 100 ribu penyokong di Stadium Darul Aman baru-baru ini. Ia hampir menyamai kehadiran peserta Bersih kali pertama diadakan pada 2007. Apa yang lebih menyakitkan Umno ialah kehadiran para peserta himpunan Hijau Ke Putrajaya 1 Jun lalu, tanpa pembiayaan pihak parti. Mereka datang dengan tambang, penginapan, makan dan minum sendiri. Sedang Umno terpaksa menghabiskan jutaan ringgit duit rakyat untuk menghimpunkan ahli-ahlinya dalam jumlah yang kurang sedikit dari PAS, di Bukit Jalil.

Kenyataan Timbalan Presiden Umno bahawa PAS terpaksa mengadakan perhimpunan di Kedah untuk mengembalikan sokongan rakyat yang hilang hanya menyerlahkan kegusarannya terhadap kebangkitan rakyat menyokong PAS. Ia mengingatkan kita kepada kenyataan bekas Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mahdzir Khalid sewaktu PAS mengadakan muktamar tahunan di negeri ini tahun 2006. Katanya, tindakan PAS itu tidak menggugat kekuatan BN. Tidak sampai dua tahun selepas itu beliau hilang jawatan Menteri Besar dan negeri sekali.

Lagi hebat racauan Tun Dr. Mahathir yang menyifatkan jumlah besar kehadiran himpunan PAS tidak akan bertukar menjadi undi kerana kehadiran mereka dibayar. Inilah jenaka terhebat yang pernah dikeluarkan oleh seorang tokoh Umno.

Hari ini adalah zamannya di mana para pemimpin Umno bercakap sesuatu yang tidak lahir dari lubuk hati. Rakyat tidak lupa dengan keangkuhan Presiden Umno, Datuk Seri Najib ketika berucap di hadapan ribuan penyokongnya di Bukit Jalil. "Rasanya macam besok saja saya pergi mengadap Agong untuk bubar Parlimen," ujarnya. Namun selepas sebulan berlalu tanda-tanda pilihanraya nampaknya semakin jauh. Maka rakyat semakin nampak bahawa Najib sebenarnya takut untuk menghadapi pilihanraya sebab tak yakin akan menang. Maka tidak pelik jika keyakinan terhadapnya merudum teruk hasil kajian yang dibuat oleh Merdeka Center.

Di celah-celah ketakutan bukan kepalang yang menghantui para pemimpin Umno, tiba-tiba terdengar khabar dari jauh sana bawa rakan seperjuangan mereka Hosni Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Mesir. Inilah yang membuatkan para pemimpin kerajaan Pusat berada di puncak kegelisahan. Gelisah dan takut boleh menyebabkan seseorang hilang kewarasan. Sebab itu jangan ambil hati jika Umno meracau teruk ketika ini. Tindakan mereka menyekat PTPTN terhadap pelajar Unisel adalah contoh manifestasi kegelisahan yang tidak terkawal.

Inilah juga ketikanya rakyat Malaysia kena berwaspada kerana orang yang terlalu takut biasanya akan jadi terlebih berani. Macam sipenakut yang berani melompat pagar berduri kerana dikejar anjing. Itulah watak kerajaan Malaysia sekarang.

Kedah La

Read more ...

KEMPUNAN!!! Mahkamah tolak saman UMNO Penang terhadap Guan Eng



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.


Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu dalam kamar pagi ini.

Peguam Jardeep Singh, yang mewakili Lim, memberitahu pemberita
bahawa hakim bersetuju dengan bantahan awal yang difailkan oleh peguam utama Karpal Singh, yang berhujah bahawa Zainal (kiri) tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.

Dalam berhujah Karpal Singh berkata Zainal Abidin tidak mempunyai locus standi (kepentingan mencukupi) untuk memulakan saman terhadap defendan dan perbicaraan harus dihentikan kerana sepatutnya pegawai awam atau ahli, didaftarkan sebagai pihak yang boleh menyaman dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Zainal Abidin memfail saman itu pada 24 Oktober 2011, dengan menamakan Lim yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily, dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.

Mereka didakwa mengaitkan Umno dengan itu demonstrasi di Komtar dan pada Jambatan Pulau Pinang, serta cubaan membakar ibu pejabat negeri DAP tahun lepas.

Read more ...

TERKINI!!! Leman Raja Lawak serah borang ahli PAS seumur hidup


Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak muncul di pentas Pakatan Rakyat malam tadi Ahad 10 Jun, menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup kepada wakil Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub iaitu Ishak Surin untuk menerima borang berkenaan. Bergambar bersama Dato Tarmizi Mohd Jam dan Dato' Tamrin Ghafar Baba sebaik selesai ceramah di Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves.
 
ManjungMari

Read more ...

HANYA FITNAH!!!!'Tuduhan Anwar sorok RM3b tidak berasas' -Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus





Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.


Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.


Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.


Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.



"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad,
-Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus

1:38PM Nov 11 2009-LAPURAN MALAYSIAKINI


LAPURAN BERITA DAKWAAN MAHYUDIN & PERKASA DIBAWAH:


Muhyiddin gesa Anwar jelas dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk

June 09, 2012
MUAR, 9 Jun — Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.

"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu...pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.

"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di sini, hari ini.

Muhyiddin (gambar) yang juga Menteri Pelajaran berkata kewibawaan dan integriti Anwar akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan tidak menjelaskan dakwaan itu.

Selasa lepas, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dilaporkan media menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad hampir 13 tahun lepas.


Kedahkini 

Read more ...

14 KALI GANGGU CERAMAH PAS!!! Polis tidak halang, Ceramah PAS tetap penuh, Ceramah UMNO terus kosong

Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja. Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke.

Pihak polis tidak pula menghalang ceramah UMNO BN yang dianjurkan tanpa permit dan kebenaran polis. 

Sedangkan ceramah PAS ada kebenaran polis dan ikut peraturan. Kehadiran mereka tidak lebih 50 orang pun, berbanding ceramah PAS yang dihadiri hampir 500 orang.

PAS tetap bersabar sekalipun diganggu dan diprovokasi sedemikan rupa. Inilah politik biadab dan kebinatangan UMNO BN. Sempit sangatkah bumi Sg Rapat sehingga mereka anjurkan program berdekatan dengan program PAS, kalaupun nak buat ceramah ditempat yang sama, UMNO boleh buat malam esok dan jawab semua hujjah kita.


Ceramah PAS, ratusan yang hadir tanpa disediakan pengangkutan dan duit.
 
 Ceramah UMNO, bas disediakan untuk mengangkut orang ramai dari luar, namun bawah khemah tetap kosong.Misabah

Read more ...

PANAS!!! 2 Ahli Parlimen BN, beberapa tokoh besar akan sertai PKR, Umno cuba sabotaj penerbangan Anwar?




pesawat kapal terbang anwar ,telah ngelencong ke tawau
kerana ribut taufan
anwar TIDAK sampai ke kota kinabalu
untuk pesta keaamatan di kota belud

semua menunggu!


Khabar angin bertiup kencang bahawa Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing dan pendokong Umno Sabah Datuk Seri Lajim Ukin akan menyertai majlis PKR hari ini, sekali gus menyertai pembangkang.

Ketua PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini (bawah) berkata, dua tokoh BN itu besar kemungkinan akan hadir ke perayaan Kaamatan di Kota Belud dan majlis makan malam PKR pada jam 8 malam ini di Kota Kinabalu.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah pada jam 1.40 petang ini dan dijadual menghadiri kedua-dua acara yang sama.


Thamrin berkata, walaupun sambutan Kaamatan mungkin terjejas ekoran banjir menenggelamkan jalan ke Kota Belud, majlis makan malam dijangka diteruskan kerana diadakan di pusat konvensyen mewah.


"(Presiden Parti Maju Sabah Datuk) Yong Teck Lee sudah tentu akan hadir ke majlis makam malam; dan terdapat kemungkinan besar Lajim dan Bumburing juga turut serta.


"Tetapi sama ada mereka akan melakukannya, kami tidak dapat sahkan," katanya ketika dihubungi.


Sumber: http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/06/umno-sabotaj-majlis-lompat-parti.html
 

Read more ...

KENYATAAN BANGANG PEMIMPIN BN!!! Gadis cantik tak keluar mengundi kerana dakwat kekal

                                                               Sumber : Malaysiakini


Memang bagus Ameno BN bela orang orang gini. Terserlah kebodohannya. Apa kaum kaum dari gerombolan ni asik skodeng pompuan cantik je ke? Sampai isu dakwat kekal pon nak kait pompuan cantik .. apa barang neyh? 

Lagi satu bukan 3 bulan la samdol, 3 hari je .. dan untuk orang Islam dah diputuskan boleh dibawa solat. 

Wa cadangkan Kayveas ni dilantik jadi menteri wanita ganti ah jib .. sebab dia peka dengan keinginan pompuan yang menjaga kuku.. tak pun wujudkan kementerian nikah kahwin macam cerita musang berjanggut, supaya dia dapat buat satu guideline supaya pompuan yang jumpa boyfriend mesti warnakan kuku masing masing ...


Nota : 
Kesian PPP ada presiden tahap baham tanah gini
weyh.. bukan dia baru lepas kena saman kaa? so cemana nak jadi calon? 
tapi takpe .. BN memang ramai badut, memang tak mengherankan pon 

Bagan Utama

Read more ...

NUKILAN MAZLAN ALIMAN!!! 2 tokoh besar akan sertai PAS, 5 Dato' sedang berkira-kira, artis terkenal serah borang 16 Jun ini


Di antara kepuasan dlm perjuangan Islam ialah dakwah kita melangkaui sempadan politik, kaum dan agama. Kita dapat enggage dengan pelbagai golongan. Kalau dulu, mungkin dunia kita agak terbatas di premis parti, kini medan kita terbentang luas...

Saya dapat rasakannya. 

Bertemu kawan2 yg berbeza pegangan politik di kedai kopi, cafe hatta tempat2 ekslusif dan berbincang mcm2 topic. 

Dunia kita terbuka, medan bicara kian melebar topic ekonomi, pendidikan,kemiskinan dll.

Kesannya, masyarakat nampak kebaikan dan keterbukaan PAS. Berbondong2 mereka menyertai PAS. Minggu ni sahaja dah ada dua orang tokoh besar nak sertai PAS. Borang pun saya dah beri. 

Presiden PAS akan terima keahlian mereka dalam gelombang hijau di Johor 16 Jun dan Pahang 1 julai. Dlm list saya ada 5 orang lagi tokoh bergelar Dato' sedang berkira2 berbuat demikian.

Mereka bg tau saya nak habiskan sisa2 hidup bersama PAS. Mereka kata hanya PAS yg ingatkan mereka tentang makna sebenar kehidupan yg hakiki. 

Sbb itu saya tak pernah tolak kalau tokoh2 ini ajak saya minum. Saya mahu jd pendengar yg baik. Mereka selalu nasihatkan agar PAS kerja kuat yakinkan rakyat.

Terbaru, Bob Lokman hubungi saya pg td, ada artis terkenal nak serah borang PAS 16 jun ini. Tengahari td sorang lagi artis juga nak isi borang PAS. Semua bg tau, saya nak taubat... Nak jadi orang baik.

Subhanallah....nikmatnya berjuang di Jln Allah.Mazlan Aliman

Read more ...

PUNYA NAK GANGGU CERAMAH PAS!!! Kasihan Anjang Aki jadi sandaran UMNO melawan Ceramah Pak Jabit


Macam biasa.. Sifat meroyan seperti babun tercekik tulang.. Kak Midah sekali lagi malam ini akan ganggu ceramah PAS yang dihadiri oleh Pelakon Hantu Kak Limah, Pak Jabit dan Ustaz Misbahul Munir malam ini..

Kelihatan 5 khemah telah dipasang diatas tapak program PAS.. Kita terpaksa teruskan juga berselebelahannya dan pihak Polis bagi jaminan utk jaga keselamatan..

Malam tadi mereka dah pasang merata-rata banner ceramah mereka yang bertajuk, Ceramah Isu-Isu Semasa: Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh.


Penceramahnya ialah Dato' Baharuddin Omar yang lebih dikenali Anjang Aki [gambar]..

Hahaha... sorang lagi pelakon yang veteran diperlembukan oleh
Hamidah malam ini.. Kesian.. Baru-baru ini penjual gelang, Ac Mizal diperberukkan.. Malam ini giliran Anjang Aki pula.. Jatuh maruah seorang Dato' ini..

Kita bukan nak kutuk dia sokong mana, tapi tidak perlulah bodoh ganggu ceramah PAS.. Jangan dipergunakan.. Buat la hari lain...

Apa-apa pun, jangan lupa datang malam ni.. Dengo cerita Midah xde.. g Oversea.. haha.. Kita tengok Anjang Aki meroyan.. Jom ramai-ramai.. Dekat beno dengan rumah Midah!!

Berapa Bas mereka akan angkut malam ni? nantikan.. Sebelum tu pekena Kueytiaw goreng kt tempat ceramah Umno dulu.. Hehehe..Batu Gajah Mari

JOM BERAMAI-RAMAI!!

Read more ...