SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan
hari ini berbalas tembak di kawasan sempadan perairan yang dipertikaikan
dengan pihak tentera Korea Selatan mengatakan ia bertindak balas
terhadap bom yang jatuh ke kawasan perairannya dari kawasan latihan
tentera Korea Utara."Sebahagian daripada bom yang dilepaskan oleh Korea Utara jatuh ke kawasan kami dan kami membalasnya dengan tembakan," kata jurucakap ketua turus angkatan tentera Korea Selatan kepada AFP.
Tidak ada sebarang petunjuk kedua-dua pihak mensasarkan sasaran tertentu.
Pihak berkuasa di Pulau Yeonpyeong dan Baengnyeong memaklumkan penduduk terlibat sudah dipindahkan ke tempat perlindungan sebagai langkah berjaga-jaga.
Latihan menembak Korea Utara bermula pada pukul 12.15 tengahari waktu tempatan (11.15 pagi waktu Malaysia) dan pihak Korea Selatan membalas tembakan dalam masa setengah jam.

BATU KURAU – Penduduk Kampung Ulu Sepetang, di sini, mengugut mahu
berhimpun setiap hari berikutan tidak berpuas hati dengan corak
pemilihan ahli Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK)
berkenaan.
PARIT BUNTAR - Seorang bekas pesara tentera bersama dua rakannya
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan
merusuh dan merosakkan harta benda dengan menggunakan senjata berbahaya
di rumah bekas Adun Selinsing, Datuk Zaili Cha, 20 Mac lalu.



"Sudah
tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda
telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan 'Langkah Kajang'
berjaya.





























