Thursday, February 2, 2012

KEBIASAANNYA!!! Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor bakal dituduh bakar rumah dan kereta sendiri



AWAL pagi tadi rumah timbalan ketua Parti Islam se Malaysia, PAS Johor dibakar angkara perbuatan khianat pihak tertentu yang masih dalam siasatan.

Sebahagian rumahnya rosak. Turut mengalami kerosakan adalah sebuah kereta BMW milik beliau seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.




Nampaknya politik Malaysia sudah melangkaui satu lagi tahap jijik. Selepas politik lucah, dubur dan seks dijaja ke sana ke mari bagi meraih sokongan rakyat kepada United Malays No Otak, kini politik gangster pula cuba digunakan.

Sebelum ini ceramah Asal Bukan Umno, ABU diserang oleh sekumpulan penyokong Umno, hari ini rumah pemimpin Parti Islam, PAS pula dibakar.

Politik apa yang mahu dibawa oleh mereka? Adakah ini cara mereka meraih sokongan rakyat? Apa propaganda yang dibawa oleh mereka kali ini? Sama-sama kita nantikan.

Sebelum ini pelakon dan pengacara terkenal Wardina yang sering memberikan pandangan meyokong dasar Pakatan Rakyat dituduh berlakon apabila rumahnya dirompak.

Adakah kali ini pemimpin Parti Islam, PAS Johor ini akan dituduh sengaja membakar rumahnya sendiri seperti mana mereka menuduh mahasiswa cederakan diri sendiri dan Anwar Ibrahim menumbuk mata sendiri?

ReJaM© "Politik gangster pula digunakan untuk mengekalkan kuasa..."

Perbuatan Siapa ? Kereta, Rumah Timbalan P'jaya PAS Johor Dibakar..


Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.

Menurut laporan Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas


"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.



"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.

Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.

“Dahsyat! Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.

“Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” tulisnya.

Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Read more ...

TU DIA NEGERI UMNO!!!Johor Bahru saja ada 600 pusat hiburan, tak pa panggil Hasan Ali selesai masalah

Pengendali pusat hiburan di Johor Bahru mahu pihak majlis tempatan memberi sedikit kelonggaran berhubung larangan aktiviti hiburan pada hujung minggu ini yang kebetulannya jatuh pada hari keputeraan Nabi Muhammad SAW atau Maulidur Rasul pada Ahad ini.

johor bahru baru bharu 031106 old palacePihak berkuasa tempatan sejak Isnin lalu telah mengedarkan surat pekeliling kepada semua pengusaha dan pengendali pusat hiburan memaklumkan kepada mereka larangan itu akan dikuatkuasakan mulai jam 7 petang 4 Februari ini hingga jam 7 pagi keesokannnya.

Menurut presiden, Persatuan Pengendali Pusat Hiburan Johor, Tan Yam Meng, larangan itu meliputi semua kelab malam, pub, pusat karaoke, spa, rumah urut, pusat biliard dan semua panggung wayang.

Tan berkata meskipun persatuan itu "100 peratus" menghormati hari kelepasan cuti agama itu tetapi merayu pihak berkuasa "melonggarkan" larangan itu kerana tindakan berkenaan akan menjejaskan teruk sumber mata pencarian mereka.

azlanKatanya, mereka yang terbabit dengan industri hiburan itu menaruh harapan dan ingin mengambil kesempatan jumlah orang ramai yang akan keluar pada malam Sabtu ini kerana hujung minggu yang panjang. Ini kerana sesetengah negeri juga mengisytiharkan cuti umum sempena Thaipusam pada Selasa ini.

"Ramai pengendali pusat hiburan yang bercuti panjang semasa Tahun Baru Cina dan berharap sekarang masa terbaik bagi menjalankan perniagaan sebelum musim perayaan berakhir.

"Bagaimanapun, larangan pihak berkuasa itu telah merampas satu hari perniagaan yang penting dari kami," katanya sambil menambah bahawa kira-kira 500 hingga 600 perniagaan akan terjejas.


HELO FRENS.....DIMANA UMNO KUAT WARGA MELAYU HIDUP MEREMPAT...DIMANA UMNO GAGAH DAN KUAT DISITU BERSELERAK TEMPAT MAKSIAT...FUYOOOOOO... SUNGGUH DAHSYAT!!!

OMAK KAU

Read more ...

KHIANAT!!! Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dibakar, kereta musnah



GELANG PATAH - Rumah Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkifly Ahmad di sini, dibakar dan salah satu kereta miliknya rosak teruk, dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi tadi.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDVTEzT7_td4seJ6NESYTrgXIA71YRQ5qEjr2rQWmP4CgrvCK1lUFexMw7tlS51Z36FWqPov8cLmKDdQTh8cBiV5QdawNNwP79YoNMpdC5kV-ZEUmUM2LRLN7GmOQe1emYwdQ1i4iSN_Hi/s200/Hj+Zul+TPJ+Johor+jpg.jpgBagaimanapun Zulkifli bersama isteri dan dua anaknya selamat dengan bertindak keluar menerusi pintu belakang rumah mereka di Taman Universiti di sini.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.40 pagi tadi.


"Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu, dan letupan menyebabkan keluarga beliau sedar dan bertindak keluar.


"Beliau (Zulkifli) ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang. Anggota polis dan unit forensik ada menemui botol minyak tanah lima liter di kawasan rumah Haji Zulkifli," kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Mazlan Aliman ketika dihubungi Sinar Harian Online.


Mazlan yang berada di tempat kejadian ketika dihubungi berkata, pihaknya percaya ia perbuatan khianat pihak-pihak tertentu.


"Haji Zulkifli akan membuat laporan polis pagi ini," katanya lagi.

Read more ...

DIPERGUNA UMNO !!!! Benarkah Samseng Kepala Lembu , Samseng dan NGO ciptaan UMNO urus road show Hasan Ali?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuCLdQ2g_mjlcsocE02ZwrqpSj5Hf9kF5FI9cRF2zjk06SLX_ttlW80aUbhkbAq4b4jZQ728HzkXT0PRJk5Nye3OkQafjLMq7tO_CumqjMgv1gXcP5a8kOe_ngKUfARod8-G4zRbFGGJc/s1600/Hasan+Ali-umno+syaitan.PNGSejak kebelakangan ini wajahnya,ceritanya dan semua tentang Dato’ Dr Hasan Ali panas diperkatakan di media massa arus perdana dan di setiap program UMNO nama Dato’ Dr Hasan Ali akan disebut-sebut oleh penceramah dan pemimpin UMNO dalam ucapan mereka.

Tambahan pula Dato’ Dr Hasan Ali sekarang sibuk dengan program menjelajah seluruh negara demi bertemu orang ramai yang mungkin ingin tahu hala tuju perjuangan beliau selepas ini serta ditambah pula dengan tertubuhnya NGO baru dari ilhamnya “JATI”.

Sekarang ini setiap persinggahan program Dato’ Dr Hasan Ali pasti akan ditaja oleh badan-badan NGO konon-nya. Tapi hakikat yang jelas dan nyata penaja utamanya ialah UMNO yang dilihat kantoi dalam lakonan bertopengkan NGO.Orang ni

Ketahuilah bahawa semua road show Hasan Ali diuruskan oleh UMNO di kawasan yang terlibat.

Di Seksyen 17 Shah Alam, yang urus adalah team kepala lembu dan samseng yang mengamuk di MBSA dulu


Di Jalan Kebun , diurus semua oleh samseng-samseng UMNO yang mengamuk terhadap orang India baru-baru ini. Admin

Penulis pernah beberapa kali terjah ke lokasi program Dato’ Dr Hasan Ali,apa yang pasti di lihat ialah beberapa orang pemimpin UMNO setempat berada dikerusi hadapan pentas dan mejoriti yang hadir ialah ahli UMNO dari pelbagai lapisan seperti Pemuda UMNO dan Puteri UMNO.

Penulis berpendapat bahawa Dato’ Dr Hasan Ali sekarang sudah menjadi ikon utama dalam UMNO, Dato’ Dr Hasan Ali juga hero baru dalam UMNO, Dato’ Dr Hasan Ali juga dipandang sebahagian daripada kepimpinan UMNO dan Dato’ Dr Hasan Ali juga di pandang sebagai penyelamat dalam mengembalikan sokongan terhadap UMNO.

Bertepatan pula dengan gaya penyampaian Dato’ Dr Hasan Ali dalam ceramahnya yang tiada had sempadan untuk menghentam semua pemimpin PAS,PKR dan DAP.

Setiap ungkapan serta mencemuhnya terhadap Pakatan Rakyat pasti akan mendapat tepukan gemuruh dan teriakan gegak gempita dari mereka. SIAPA MEREKA…??? Sudah tentu ahli penyokong UMNO.

Sepekara lagi ialah pihak pengajur program ceramah Dato’ Dr Hasan Ali sanggup bersusah payah menyewakan beberapa buah bas untuk digunakan mengangkut para tetamu.

Contohnya semasa Dato’ Dr Hasan Ali datang ke Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini,dengan mata Penulis sendiri melihat 3 buah bas disewa untuk tujuan tersebut,hebat sungguh mereka…SIAPA MEREKA ITU..??? Sudah tentu orang UMNO.

Siapa Dato’ Dr Hasan Ali sekarang ..? Ini bukan persoalan penting bagi Penulis, tapi apa yang penting dan terserlah ialah pemimpin UMNO setempat dan ahli-ahli UMNO seperti sangat mengharapkan Dato’ Dr Hasan Ali menjadi sebahagian dari mereka.

Adakah Dato’ Dr Hasan Ali bakal menerajui UMNO..? Mungkin juga ramai orang-orang dalam UMNO inginkan Dato’ Dr Hasan Ali menjadi ketua mereka,menjadi Presiden mereka atau mungkin mahu mengangkat Dato’ Dr Hasan Ali menjadi PM mereka…. SIAPA MEREKA ITU…??? *kali ini sendiri mau jawap…!!!Orang ni

Ceramah DHA di Bukit Gantang. Mereka ini orang UMNO Bukit Gantang sangat kenal.


Mereka yang ramai itu... Dr Hasan Ali tentu kenal dari parti mana mereka..


Read more ...

BONGKAR!!!! Inilah antara sebab Hasan Ali tuduh PR nak hapus hak Melayu

Sila klik pada foto untuk gambaran yang lebih jelas

Sekarang sudah jelas dan terang serta tak perlu nak menyuluh lagi.....siapa yang membela Melayu dan siapa yang pengkhianat dan petualang kepada bangsa Melayu....adakah UMNO pembela dan akan mempertahankan kaum Melayu....atau adakah gagasan Pakatan Rakyat terdiri dari PAS/PKR/DAP akan gadai Ketuanan Melayu kepada bukan Melayu?....


Sila lihat gambar diatas... sebagai satu contoh untuk semua rakyat membaca,berfikir dan membuat penilaian..


Umno Bahagian Puchong tanpa rasa malu dan bersalah telah memohon kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor pimpinan YAB Tan Sri Datuk Seri Abd Khalid Ibrahim, untuk memidah milik sekeping tanah Mukim Petaling kepada syarikat bukan Melayu Lagi Gemilang Sdn Bhd....

Syukur Alhamdulillah.. atas sudut kebertanggungjawaban dan mau mempertahankan harta Melayu terutamanya tanah tidak dengan mudah terlepas ketangan kaum lain....


Ini sudah pasti sudah kebiasaan dalam kerajaan UMNO/BN Selangor dulu...


Masihkah UMNO mau mendabik dada yang UMNO adalah parti pembela Melayu?....masihkah pengikut,penyokong, pendokong dan ahli-ahli UMNO masih buta dan jumud daya pemikiran, sampai tidak mampu berfikir dan menilai dan menerima kenyataan?...Tepok dada tanya iman....cuit minda tanya akal logik..

Omak Kau

Read more ...

TERDEDAH!!! Brahim Ali sengaja beri ang pow putih - Dr. Collin Tiew


Tiew dakwa Ibrahim Ali sengaja buat...
Pengerusi MCA cawangan Sri Desa MCA, Dr Collin Tiew mendakwa presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali sengaja memberi ang pau dalam sampul putih.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3Tiew, yang menjadi sasaran cemuhan selepas dia bergambar di sebelah Ibrahim pada insiden itu pada 29 Januari lalu, mendakwa presiden PERKASA itu memang menyedari tentang adat dan pantang larang orang Cina.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Jalan Kuchai Lama, Kuala
Lumpur hari ini , Tiew berkata beliau membuat kesimpulan itu selepas membaca berita mengenai kehadiran Ibrahim di satu majlis Tahun Baru Cina di Pasir Mas, Kelantan.

Berita itu memaparkan gambar Ibrahim berbaju merah ketika meraikan warga emas di Kampung Pasir Tendang pada 21 Januari. Ibrahim adalah ahli parlimen Pasir Mas.

Menurut Tiew lagi, berita itu juga menyatakan bahawa Ibrahim menyampaikan ang pow (sampul merah) dan oren Mandarin kepada rakyat.

Oleh itu, tambah, tidak mungkin pada 29 Januari lalu, Ibrahim tidak tahu bahawa ianya adalah adat orang Cina.

HELO FREN....BARU TAU KA ITU PERKASA SATU SEN TAK DE GUNA PUNYA....YANG LU BOLOH MASUK CAMPUR DALAM ITU MAJLIS APA HAT!!!... SOHAI!!!!....LAGI BAWA OLANG TUA 50 OLANG....KIRA SUDAH BOLOH 50 KALI PUNYA SOHAI....LU SENDIRI PIKIRLAH PENGYU....UMNO PUN TAK MAU GENG SAMA INI PERKASA....LU PUNYA ITU DR ADA MUTUT KA?... BUKAN BELI PETALING STREET PUNYA...

OMAK KAU

Read more ...

TAK BOLEH MENGUNDI!!! Sebab tak bayar cukai tapi yang belasah duit pembayar cukai boleh pula mengundi


BERSIH bidas cadangan 'tak bayar cukai, tak boleh undi'
Cadangan menghalang rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan tidak membayar cukai daripada mengundi adalah tidak mengikut perlembagaan, kata kumpulan pendesak reformasi pilihan raya, BERSIH 2.0.

Dalam satu kenyataan media, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata cadangan SPR itu tidak mengambil kira peruntukan dalam perlembagaan persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa setiap warganegara mempunyai hak untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

"Ramai rakyat yang menetap di dalam negara juga tidak membayar cukai juga ... Pesara juga ramai yang tidak membayar cukai pendapatan dan mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 juga tidak perlu membayar apa-apa cukai pendapatan.

"Adakah kita akan mengecualikan semua mereka sebagai pengundi juga?" petik kenyataan itu.

Menurut jawatankuasa pemandu itu Akta Cukai Pendapatan 1967 menetapkan bahawa pendapatan yang diperolehi daripada sumber-sumber di luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai.

Justeru, BERSIH 2.0 berpendapat tindakan SPR yang tidak berperlembagaan adalah cubaan melucutkan hak mereka yang layak untuk mengundi.

Isnin lalu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Amerika Syarikat mempunyai sistem yang sama yang hanya membenarkan warganya yang bekerja di luar negara dan membayar cukai untuk mengundi.

Katanya, hak mengundi hanya perlu diberikan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada negara dan pulang ke negara dari semasa ke semasa.

Read more ...

RASA BERSALAH!!! Akibat dipergunakan untuk tujuan politik, Shaheizy Sam mohon maaf

SATU siri rakaman video ala dokumentari mengkritik dan mengutuk Perhimpunan BERSIH tersebar baru-baru ini. Apa yang menarik, rakaman itu menggunakan tiga orang artis terkenal, Shaheizy Sam, Faizal Hussin dan Osman Kering [Amenoworld].

Kalau kita fikirkan, apa rasionalnya artis digunakan dalam video propaganda politik seperti ini? Propaganda ini mudah dibaca, tujuan artis digunakan ialah untuk menarik rakyat Malaysia menonton video tersebut.

Shaheizy Sam mendedahkan bagaimana didirinya dipergunakan untuk propaganda ini. Di dalam laman peminat beliau di Facebook, beliau memohon maaf dan menjelaskan bahawa dirinya rasa dipergunakan.

Namun beliau yang mengaku jahil tentang politik menjelaskan bahawa dirinya sendiri tidak faham apa perjuangan BERSIH, malah merasa dirinya tidak layak untuk berpihak kerana menyifatkan ia sebagai bukan dunianya.






ReJaM© "Berhati-hati, anda mungkin dipergunakan sebagai propaganda selepas ini..."


Read more ...

BIAQ BETUL JAMIL KHIR!!! Lepas kebas duit zakat, kebas duit Yayasan Taqwa pula

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/03/jamil-khir-baharom.jpgKUALA LUMPUR, 2 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengecam keras tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang didakwa menggunakan wang Yayasan Taqwa untuk melaksanakan beberapa program di kawasan Jerai, Kedah.

Tindakan tersebut ternyata amat aneh kerana Yayasan Taqwa adalah sebuah agensi yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dananya adalah dari peruntukan MAIWP.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, disebabkan yayasan tersebut berada di bawah MAIWP, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kepentingan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Beliau mendakwa, namun Jamil ternyata telah melakukan tindakan aneh apabila telah membawa dana dari MAIWP ke kawasan Jerai dengan mengadakan beberapa majlis untuk memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan itu.

Katanya, pada hal bantuan dari MAIWP amat susah untuk diperolehi oleh penduduk di kawasan Wilayah Persekutuan sendiri, tetapi kini Jamil tergamak membawa keluar dana yayasan tersebut ke luar kawasan MAIWP khususnya ke Jerai.

"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sehingga sekarang sudah lima majlis bantuan kepada penduduk di kawasan Jerai yang menggunakan wang dari Yayasan Taqwa yang diadakan oleh Datuk Seri Jamil Khir.

"Dari majlis-majlis yang diadakan itu bermakna sudah cukup banyak wang dari peruntukkan MAIWP yang sepatutnya digunakan di Wilayah Persekutuan dibawa ke Jerai," dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Dana dari Yayasan Taqwa, menurutnya, diyakini datangnya dari wang zakat dan peruntukan MAIWP dan tindakan Jamil itu dibimbangi turut membabitkan penyalahgunaan wang zakat.

"Datuk Seri Jamil Khir tidak sepatutnya bertindak seperti itu. Beliau sepatutnya menggunakan wang tersebut dengan betul dengan menyalurkannya kepada mereka yang lebih berhak menerimanya di Wilayah Persekutuan sendiri," tegasnya.

Sebelum ini, Jamil juga turut dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat dengan menggunakannya bagi kepentingan peribadinya untuk pembiayaan kes mahkamah yang melibatkannya.

Dengan tindakannya yang menggunakan wang yayasan tersebut bagi memberikan bantuan kepada penduduk Jerai, tindakan-tindakannya kini semakin diragui banyak pihak.

Lebih diragui lagi, dakwa Nasie, apabila bantuan-bantuan yang diberikan oleh beliau kepada penduduk Jerai itu diyakini mempunyai kaitan dengan kepentingan peribadinya sendiri.

Read more ...

MUHYIDIN KENA JAWAB!!! Sabotaj program "Pelajar Emas" anjuran kerajaan Pulau Pinang

Hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyumbang RM100 kepada anak-anak Pulau Pinang yang belajar di darjah 1 dan 4 serta tingkatan 1 dan 4 tergendala sehingga sekarang.

Sumber kerajaan negeri memberitahu, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pulau Pinang dipaksa untuk tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Dilaporkan, dua kali usaha kerajaan negeri mahu berbincang dengan JPN sebelum ini ditolak mentah-mentah.

Sumber mendakwa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang mengeluarkan arahan yang tidak menguntungkan anak-anak Pulau Pinang itu.

Disebabkan itu, sumber berkata JPN dipaksa untuk tidak menyalurkan data mengenai seluruh pelajar Pulau Pinang yang layak menerima bantuan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Lang-Gar!, Mohammad Ikhwan Mohammad Nasser berkata pihaknya berhasrat untuk bertemu dengan exco kerajaan negeri sebelum merancang tindakan lanjut mengenai dakwaan amalan tidak demokratik oleh JPN dan KPM.

“Kita (Lang-Gar!) akan bincang dulu dengan exco (kerajaan negeri). Kalau boleh dengan YB Phee Boon Poh sendiri.

“Selebihnya sama ada kita nak usik emosi Muhyiddin atau pengarah JPN dengan desakan dan memo, akan diputuskan kemudian selepas ini,” ujarnya.

Sumbangan RM100 merupakan salah satu inisiatif ‘Kerajaaan Berjiwa Rakyat’ sebagaimana disebut dalam Belanjawan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2012 bagi menghargai pelajar-pelajar di negeri berkenaan.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Read more ...