“Janji Ditepati” - itu lah tema yang paling bangang
dalam sejarah 55 tahun Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan.
Logo yang
hodoh seperti dibuat oleh pelajar yang baru berjinak-jinak dengan
aplikasi Photoshop ini pula menjadi pelengkap kepada kurangnya daya
intelek kepimpinan Malaysia. Ditambah pula dengan lagu yang tidak
langsung membawa mesej kemerdekaan.
Apabila dilihat logo, tema dan
lagunya, penulis tertanya-tanya ini adalah untuk sambutan Hari
Kemerdekaan Malaysia atau untuk sambutan ulang tahun UMNO?
Kita tinggalkan perihal logo, tema dan lagu tersebut. Siapa yang
komen lebih-lebih, itu dikira minda tertutup dan keras hati bak kata
Datuk Seri Rais Yatim.
Siri Kemerdekaan 1: “Merdeka” vs. “Hidup Melayu”
|
UMNO Lama Dato’ Onn Jaafar yang telah terkubur | | | | |
UMNO yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar bukan untuk mencapai kemerdekaan tetapi bertujuan untuk menentang Malayan Union.
Ini adalah fakta. Seperti yang dititahkan oleh Almarhum Sultan Sir
Ibrahim semasa penubuhan UMNO di Istana Besar pada 11 Mei 1946 – “Umno tidak dilahirkan di tepi jalan tetapi di istana”.
Walaupun bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo pernah
mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO sebenarnya di lahirkan di Selangor.
Mungkin anak Toyo ini keliru antara sedang mengandung (cadangan penubuhan di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor) atau telah dilahirkan (UMNO ditubuhkan secara rasmi). Kecoh UMNO Johor termasuk Datuk Shahrir Samad menghentam anak Toyo.
|
Keratan akhbar The Argus bertarikh 10 Disember 1945 | |
Memang benar rakyat Johor berbangga UMNO di lahirkan di dalam istana. Tetapi
faktanya adalah kerana Sultan Sir Ibrahim adalah merupakan Raja Melayu
pertama yang menandatangani persetujuan Malayan Union tanpa sebarang tentangan di hadapan Sir Harold MacMichael pada 20 Oktober 1945.
Mengikut Christopher Bayly dan Tim Harper di dalam buku Forgotten Wars – “The Sultan quickly consented to MacMichael’s proposal scheme, which was motivated by his strong desire to visit England at the end of the year.” Bermakna
disini tiada tentangan dibuat. Dan memang benar, pada akhir tahun 1945,
Sultan Sir Ibrahim dan Sultanah Marcella berangkat ke London.
|
Adakah Sultan Sir Ibrahim terlepas pandang perkara pertama yang amat penting itu atau sememangnya tidak kisah? |
|
Penentangan Malayan Union di Perak diketuai Raja Perempuan Kelsom |
Sejarah menunjukkan hanya 2 orang Raja Melayu sahaja yang
menentang Malayan Union secara terang iaitu Sultan Kedah, Sultan
Badlishah dan Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz.
Semasa
MacMichael mengadap Sultan Badlishah pada 29 November 1945, beliau
mengggunakan nama Sultan Sir Ibrahim yang lebih awal bersetuju dengan
Malayan Union. Sultan Badlishah menyawab, “Tidak semestinya Kedah mengikut apa yang dibuat oleh Johor!”.
Satu jawapan yang berani dan mengejutkan MacMichael. Walau bagaimanapun
akhirnya kedua-dua Sultan Kedah dan Sultan Perak terpaksa juga untuk
menandatangani persetujuan Malayan Union.
Sultan Terengganu, Sultan Ali yang anti-British awal-awal lagi telah di terajang
turun takhta dengan cara yang paling hina sekali. Bukan itu saja,
baginda dituduh mengahwini seorang pelacur dan menghidapi penyakit
sifilis.
Rujuk artikel jurnal bertajuk Tengku Ali, British dan Takhta Terengganu tulisan Nik Anuar Nik Mahmud. Dan
nampaknya Kesultanan Terengganu hari ini turut mempunyai fahaman
British dengan tidak mengikhtiraf Sultan Ali sebagai Sultan Terengganu.
Nama Sultan Ali tiada dalam senarai nama Sultan Terengganu di Muzium
Terengganu dan di laman web Sultan Terengganu hanya ditulis sebagai
Tengku Ali. Bermakna Kesultanan Terengganu tidak mengikhtiraf Sultan Ali
pernah menjadi Sultan Terengganu!
Mungkin pada fahaman mereka seseorang
Sultan itu hanya sah jika ditabalkan oleh British! Atau ingin
menyembunyikan fakta tertentu?
|
Dari laman web http://www.istana.terengganu.gov.my |
Kita tinggalkan Kesultanan Terengganu. Kita teruskan dengan Malayan Union.
Sejarah penentangan Dato’ Onn Jaafar tidak banyak yang menulis kenyataan amarah beliau kepada Sultan Sir Ibrahim yang berbunyi “rakyat telah menjadi raja, dan raja telah menjadi rakyat” (the rakyat have become the raja, the raja have become the rakyat).
Rujuk The End of Empire and the Making of Malaya. T. N. Harper (1999) muka surat 85 dan Malaysia: Islam, Society and Politics
muka surat 172. Buku-buku sejarah berbahasa Melayu tidak melaporkan
kenyataan Dato’ Onn Jaafar tersebut, mungkin berbunyi sebagai
penderhaka?
Apa yang ingin disembunyikan, Dato’ Onn Jaafar telah
lama menjadi Hang Jebat. Derhakanya mempunyai sebab, derhakanya
mempunyai martabat.
Mengikut kajian Noorita Abdul Hamid (2005) bertajuk Politik Melayu daripada Perspektif Warta Negara 1946 untuk thesis Sarjana Sastera Sejarah Universiti Malaya, akhbar Warta Negara bertarikh 7 Februari 1946 memetik kenyataan Mufti Johor, Haji Hassan Yunus seperti berikut,
“Kerajaan dan bumi ini bukanlah Sultan yang empunya bahkan rakyat negeri, dan Sultan hanya menjadi ketua.”
Di dalam akhbar yang sama, Menteri Besar Johor pada ketika itu, Ungku
Abdul Aziz Abdul Majid mendakwa Sultan Ibrahim tidak langsung
berbincang dengan beliau atau menteri dan pegawai yang lain sebelum
menandatangani persetujuan Malayan Union.
Warta Negara bertarikh
15 Februari 1946 pula menyatakan Ungku Aziz dengan lantang dan berani
menuntut supaya orang Melayu Johor tidak lagi menumpahkan taat setia
mereka kepada Sultan Sir Ibrahim kerana perbuatan itu melanggar amanah
yang diberikan oleh rakyat.
Selain daripada itu, mengikut Biografi Tun Dr. Ismail: Kejora Timur Yang Mengerdip tulisan Thajunnisa Mohamed di muka surat 18 menceritakan bapa Tun Dr. Ismail iaitu Dato’
Abdul Rahman Mohd Yassin bersama-sama “Orang Tujuh” dari Muar termasuk
Datuk Kosai Mohd Salleh dan Mufti Haji Hassan Yunus, juga pernah
menuntut Sultan Sir Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor.
|
Ahli UMNO Baru yang tidak faham erti derhaka |
Persoalannya, adakah nama-nama ini adalah penderhaka kepada
Raja? Datuk Kosai Mohd Salleh pernah menerima biasiswa Sultan Sir
Ibrahim menuntut di Universiti Oxford juga menentang Sultan.
Penderhaka
kah beliau dan orang yang tidak mengenang budi? Hanya ahli-ahli ‘UMNO
Baru’ yang buta sejarah dan buta hati saja yang hanya nampak
derhaka-derhaka-derhaka dan berjuang demi sekeping plat bernombor WWW1.
Berita mengenai penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union
dan terhadap Sultan Sir Ibrahim akhirnya sampai ke pengetahuan baginda
pada 22 Februari 1946 yang ketika itu menetap di Grosvenor House London.
Akhirnya Sultan pulang ke Johor.
Malayan Union diisytiharkan
juga pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor yang
pertama dipulaukan oleh Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu terus
menentang. Dan ini akhirnya membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei
1946.
Itu kisah UMNO Lama yang telah terkubur. Tujuan penubuhannya
adalah untuk menghimpunkan semua orang Melayu untuk menentang Malayan
Union. Jadi, slogan “Hidup Melayu” memang releven dengan perjuangan UMNO
pada ketika itu.
Itu kisah UMNO dan Malayan Union. Lebih awal daripada UMNO, telah lahir Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai sebuah pertubuhan berunsur politik pada tahun 1937. KMM
yang ditubuhkan secara sulit ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran
kemerdekaan orang-orang Melayu, disamping melancarkan perjuangan
anti-British.
Di zaman pendudukan Jepun, KMM pernah meminta kemerdekaan Tanah Melayu dengan rasminya daripada Jepun walaupun ditolak. Fakta disini ialah KMM adalah badan politik yang pertama berbuat demikian, bukan UMNO!
Walaupun
KMM bukanlah pro-Jepun tetapi cuba mengambil kesempatan dari keadaan
politik dunia masa itu untuk menuntut kemerdekaan seperti yang dilakukan
oleh Sukarno di Indonesia dan Subhas Chandra Bose di India.
|
Rumah Merdeka versi UMNO kini diambil alih oleh Arkib Negara |
KMM menjana penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang
ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf
(API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
Dalam kongres kebangsaan di Rumah Merdeka, PKMM telah meluluskan laungan “Merdeka” sebagai slogan dan matlamat perjuangannya.
Rumah Merdeka yang terletak di Kampung Baru itu adalah merupakan
markas PKMM.
Berkenaan Rumah Merdeka, dalam Memoir Abdullah C.D.
ditulis,
“Nama Rumah Merdeka yang diberikan oleh Pak
Sutan Djenain kepada kediaman kami di Kampung Bahru itu memang sesuai.
Ia satu nama yang penuh bersemangat dan mencerminkan semangat dan
cita-cita kami. Dari Rumah Merdeka inilah kami melancarkan perjuangan menuntut kemerdekaan. Rumah Merdeka
selalu dikunjungi orang. Mereka yang mahu berhubungan dengan PKMM
kebanyakannya datang ke sini. Ada seorang pemuda (tak ingat namanya)
selalu datang ke sini untuk membaca buku. Yang menarik perhatian saya
ialah semua buku di situ dibacanya. Dia menjadi salah seorang anasir
cergas PKMM.” - Abdullah C.D.
Bukan hanya slogan “Merdeka” digunakan, hingga ke nama rumah atau
markas PKMM juga dipanggil “Rumah Merdeka”. Itu lah sebenarnya
diperjuangkan oleh ahli-ahli PKMM. Matlamat mereka hanya satu iaitu
mencapai kemerdekaan tanah air.
Kesimpulan
Siapa kata slogan tidak penting? Slogan adalah penting bagi mencerminkan apa yang diperjuangkan.
Berbalik semula kepada slogan kemerdekaan ke-55 berbunyi “Janji
Ditepati”, ini bermakna tiada apa lagi yang ingin diperjuangkan oleh
kerajaan kerana semua janji yang ditaburkan oleh mereka telah dipenuhi.
Sekali lagi ditekankan slogan bukan hanya sepatah dua
perkataan yang tidak membawa apa-apa maksud. Slogan mempunyai makna yang
begitu besar.
Slogan PKMM adalah “Merdeka”, bermakna
perjuangan mereka adalah untuk memerdekakan tanah air dengan apa-apa
cara sekali pun termasuk menumpahkan darah. Slogan “Hidup Melayu” UMNO
pula adalah untuk mengumpukan umat-umat Melayu pada ketika itu untuk
bangun menentang Malayan Union.