KUALA LUMPUR:
Dalam usaha melahirkan Pemuda PAS yang dinamik agar boleh meletakkan
diri di mana sahaja ia berada, maka sayap itu perlu ‘direbrandingkan’
dari pelbagai aspek agar memenuhi tuntutan semasa.
'Rebranding' itu perlu dilakukan dari sudut pendekatan, imej dan penampilan agar semua pihak yang berada dalam Pemuda PAS mampu memposisikan peranan masing-masing di arena nasional dan antarabangsa.
"Target saya untuk melahirkan anak-anak muda yang dinamik, agar boleh meletakkan diri masing-masing di mana sahaja ia berada, sama ada di peringkat nasional, antarbangsa, di kampung mahupun cawangan dalam memenuhi tuntutan semasa," tegas Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss kepada Harakahdaily, hari ini.
Itu antara harapan yang ingin dibawa calon Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia itu pada sayap terpenting parti Islam itu.
Tambah Raja Iskandar, Pemuda PAS perlu ke hadapan dalam usaha memimpin parti dengan memposisikan anak muda di arena antarabangsa yang dilihatnya begitu berkesan di negara-negara luar.