Saturday, May 19, 2012

AZAN DI PADANG KOTA!!! Berkumandang di zaman DAP perintah, tidak pernah wujud semasa BN/ UMNO perintah




(Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud)

GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012.


Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman.

Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing, tempat riadah bagi warga emas, memancing di tepi laut atau datang menghirup udara segar di tebing laut sambil makan serta minum bersama keluarga di medan selera yang disediakan.

Namun, situasi program anjuran kerajaan negeri menerusi Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Abdul Malek Abdul Kasim itu berjaya mengubah landskap dengan lautan manusia yang datang.

(Ribuan manusia tekun mendengar tazkirah dari Ustaz Azhar Idrus)

Mereka mendengar persembahan bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Penyanyi Ali XPDC, Gitaris Sham Kamekaze, pemain bass Spring, Jon, Imam Muda, Asraf yang menyampaikan kuliah magrib serta Ustaz Youtube, Ustaz Azhar Idrus.


Kesemuanya gembira setelah melihat lautan manusia datang membanjiri padang yang pernah menjadi lokasi mereka membuat persembahan hiburan sebelum ini.

Hanya Ustaz Azhar Idrus yang hanya melintasi kawasan ini ketika di jemput mengadakan kuliah bulanan di Pulau Pinang atau keluar bersama rakan merakam gambar terindah sekitar Georgetown.

Sepanjang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) program seumpama ini tidak pernah diadakan dan yang mereka tahu hanyalah hiburan kononya untuk mendekati anak muda.

Lebih memalukan kepada pihak yang selalu membuat kacau terhadap pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta taburan fitnah yang berterusan mengatakan pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng anti Islam akhirnya suara azam boleh berkumandang di Padang Kota iaitu luar kawasan masjid.

Jiwa anak muda kini walaupun mereka 'rock' tetapi dalam hati mereka terbuka luas untuk Islam dan mahukan perubahan politik yang telah lama membelenggu kehidupan rakyat dengan kenaikan harga barangan, petrolium, kemudahan asas dan seumpamanya.

Bob Lokman dalam ucapan permulaan majlis berkata, berbelas kali beliau memijak kaki di Padang Kota tetapi malam ini satu kelainan yang tidak pernah terbayang dipemikirannya.

Tapak untuk muda muda bersuka ria malam itu penuh dengan insan yang mahukan pembersihan jiwa.

"Dulu kami sebagai penghibur gembira bila ramai yang datang memberikan sokongan dengan jiwa yang kosong.

Malam ini lebih gembira sebab ramai yang datang dengan jiwa yang tenang untuk mengisi soal keagamaan, " jelasnya.

Begitu juga Sham Kamekaze, Ali XPDC dan Jon dari Spring walaupun mereka bukan penceramah atau ustaz tetapi alunan bunyi gitar dan kemerduan suara sudah cukup menyentuh perasaan bahawa kemunculan mereka di pentas sedemikian ada kelainan berbanding dulu.

Suara lunak Ali yang pernah menjadi vokalis Terarossa di era rock 1990 an tiada bezanya apabila menyampaikan lagu-lagu berirama ketuhanan hasil ciptaan Ustaz Azhar Idrus sendiri.

Para hadirin yang datang bukan hanya untuk mendengar jawapan dari berbagai persoalan yang ditanyakan oleh para pengunjung malahan dapat membeli barangan yang dijual peniaga.

Program berbentuk santai itu, membolehkan keluarga duduk makan minum di atas padang bahkan terdapat pengunjung bukan Islam datang untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan.

Walaupun antara mereka tidak memahaminya namun mereka percaya golongan yang hadir pada program tersebut merupakan golongan yang baik jauh dari sikap ganas sepertimana yang digambarkan.Kedah La

Read more ...

ANGKARA SAMSENG TAIK MINYAK!!! Kereta 2 Adun PR kena belasah



Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga dihadiri sekumpulan pemarah yang tidak berpuas hati.

ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong berkata kumpulan pengacau itu menyerangnya dan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew apabila mereka meninggalkan tempat acara itu.

"Batu dan telur mengenai kereta kami. Cermin depan anggota kami turut pecah," katanya.

Salah satu daripada tayar kenderaan Tey juga dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Merlimau.

Read more ...

DI PAHANG SAHAJA!!! 60 pegawai dan anggota Polis terlibat dengan kes dadah dari 2010 hingga April 2012

KUANTAN - Seramai 62 pegawai dan anggota polis dari Kontinjen Pahang ditangkap kerana terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah sepanjang tempoh kajian dua tahun empat bulan bermula 2010 hingga April 2012.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, perbuatan segelintir pegawai dan anggota polis dari kontinjen Pahang itu mencalarkan usaha pucuk pimpinan dalam memperjuangkan maruah pasukan.


Menurutnya, masih ada pegawai dan anggota menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi walaupun tahu bahawa perbuatan itu menyalahi undang-undang.

“Ada juga dalam kalangan warga kontinjen Pahang terlibat dalam kesalahan jenayah sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.,” katanya melalui teks ucapan yang dibacakan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff sempena perhimpunan bulanan IPD itu di sini, kelmarin.


Sharifuddin berkata, sikap segelintir mereka yang menyalahgunakan kuasa ini menyebabkan pasukan dipandang sinis oleh sesetengah pihak sekali gus memberikan gambaran serong bahawa polis Pahang memiliki integriti yang rendah.


“Penekanan kepada penyeliaan hendaklah sentiasa berterusan dan sentiasa diadakan bagi mengawal gejala ini daripada berleluasa,” katanya.Kedahkini

Read more ...

SEDIA JADI CALON!!! Mahukah Najib nak terima Fathul Bari jadi calon ? untuk diperkuda bolehlah..

Ulama Muda Umno tidak menolak untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sekiranya mendapat lampu hijau dari kepimpinan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan jika parti memerlukan mereka, bagaimanapun menegaskan, pihaknya bukan jenis yang meminta-meminta, tetapi sedia membantu jika diperlukan bagi memperjuangkan prinsip Islam.


"Kami tidak akan menolak. Kami bukanlah jenis yang meminta-minta, jika parti perlukan kami, kami sedia berkhidmat untuk memperjuangkan prinsip Islam," jelasnya.



Kewujudan cabang ulama muda di dalam Umno dilihat masih baru berbanding PAS yang mempunyai Dewan Ulama sendiri, khusus untuk pemantapan ahli PAS dan penyertaan politik yang aktif.

Bagaimanapun, ulama muda Umno ini menjelaskan, kewujudan mereka tidak seharusnya dilihat sebagai satu entiti semata-mata, sebaliknya perlu dilihat dari konteks yang lebih luas.

"Kami bukan berjuang atas dasar peribadi, politik. Tetapi kami berjuang demi agama," tegas Fathul Bari.

Menurut bekas Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN) ini lagi, pihaknya tidak berat sebelah dalam mengeluarkan kenyataan, sama ada melibatkan pembangkang mahupun kerajaan pimpinan Umno-BN, parti yang dianggotai mereka.

"Suara kami tidak pernah disekat. Umno tidak pernah menghalang kami, bahkan, kami turut mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak kepada parti, tapi kami tidak pernah disekat," katanya lagi membandingkan kebebasan bersuara di dalam PAS.

"Bukan seperti PAS. Ramai ulama PAS yang dihalang daripada mengemukakan kenyataan yang bercanggah dengan pemimpin mereka. Kita lihat mereka bercakaran dalam Pakatan Rakyat (PR), tapi mana suara ulama, pemimpin PAS?", soal beliau lagi.

Fathul Bari turut menegaskan, segala kenyataan yang diutarakan ulama muda tersebut juga bukanlah atas telunjuk Umno, sebaliknya atas inisiatif mereka sendiri selaku umat Islam.

"Adakah kami keluarkan kenyataan mengikut kepentingan Umno?" Tidak," tegasnya, dan menambah, perjuangan kumpulan ulama muda tersebut adalah semata-mata kerana Islam dan masyarakat Melayu di negara ini.


# memang la suara tak disekat sebab tak sentuh Najib dan Rosmah, tak kacau dasar UMNO. Cuba bersuara tentang dasar sekular UMNO. Tak lama la ko kena.... 

Read more ...

SOKONG GEGAR!!! Anuar Musa dipecat dari UMNO ?



Ahh !! kasar bunyi tajuk ini...

Tetapi ia ada  berkemungkinan beliau di pecat atau menghadapi jawatan kuasa disiplin Umno ..kerana sekeping gambar ini  memperlihatkan Tan Sri Anuar telah menyertai  satu kumpulan NGO (Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan ) semalam dalam usaha menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.
Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu dari Anwar musa sendiri ( gambar atas) .

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anuar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh Parti Pas, sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari puak puak Umno ( kita tunggu dan lihat ) .
Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti  minyak ini datangnya dari Umno Parti yang di sertai oleh Anuar Musa bukannya dari Petronas.
Sebagai  yang terjadi dan apa yang pernah berlaku diTerenganu  bila mana perjanjian di cabuli oleh Kerajaan Pusat (UMNO) apabila mereka tewas pada Pru ke 10 pada tahun 1999 dengan merampas hak kerajaan baru Trangganu di bawah Pas pada masa itu.

Menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu Royalti diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan ? 
 sedangkan kita mengetauhui bahawa Anuar Musa adalah diantara orang kuat Umno Kelantan dan pernah menjadi Adun Merlor serta pernah memegang jawatan Menteri Belia  dan Sukan serta pernah menjawat jawatan ahli majlis tertinggi Umno.

Adakah  tindakan Anuar Musa benar benar ikhlas atau hanya sekadar  dia menagih sokongan dari peminatnya di Bukit Jalil ,kerana  kerana kita tahu pada  5 april 2012 beliau telah di gantung oleh FAM selama 30 bulan dari bergiat dalam bola sepak negara. Ianya menjadi satu tanda tanya buat diri saya . 
Jika Anuar Musa benar benar ikhlas menanda tangani saya ucapkan syabas kepada beliau.

Sebaiknya Tan Sri Anuar Musa sebagai anak jati negeri Kelantan sepatutnya mengenepikan sentimen parti dalam isu tuntutan ini, Umno atau Pas  yang  memerentah yang penting kembalikan wang kepada yang hak . 
Jangan kamu  (Umno Pusat ) mencabuli perjanjian yang di menterai demi dendam kesumat serta berpolitik sempit.Kerana esok apa yang di lakukan akan di persolakan oleh Allah di Akhirat kelak. 
Di akhir kata apa yang berlaku du bukit jalil semalam  akan membuka lembaran baru di dalam kemelut ini tuntutan royalti antara negeri dan pusat.

** Taniah Kelantan  kerana menjadi juara piala FA semalam.

wallahualam..Batu vs Kayu

Read more ...

MUZAKARAH!!! Terima PR dulu - Jawapan terbaik dari Tuan Guru Nik Aziz


NONEKUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR)  - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.


Bercakap kepada media di sini, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya supaya Umno menukar dasar parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang usaha ke arah penggabungan antara dua parti.


“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.


“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.


Beliau berkata kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai di sini, hari ini.


Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, timbalannya, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar dan pimpinan Pas peringkat kawasan.


Terdahulu, Nik Aziz turut mengulangi kenyataan yang pernah dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa mengundi Barisan Nasional (BN) tidak akan masuk syurga.


Jelasnya, BN bukan parti yang berteraskan Islam, sebaliknya membawa unsur nasionalisme yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad.


“Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad saw,” katanya.


Sementara itu ditanya mengenai muzakarah, Nik Aziz memberi respon positif terhadap perkara itu dan menjelaskan ia lebih baik dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Nik Aziz sebelum ini pernah melahirkan syukur terhadap respons yang baik daripada Umno khususnya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan bersama Pas.

Read more ...

TERKINI!!! Bekas pelakon Gerak Khas berada di pentas PAS




Selepas Aishah, Dayangku Intan,,,,, Kini Giliran "Abby Abadi" Mengambil Tempat.. Jom Kita Turun Ramai-Ramai... ::.kikiki.::

Abby Abadi ( Isnp. Aliza) Bekas pelakon Siri GERAK KHAS akan bersama sama di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang



Baguslah macam nie.ada perubahan yang baik.Inilah parti pas.Orang yang mahu berubah kepada kebaikan akan menyertai pas manakala orang yang nak kepada keburukan akan menyertai Umno.Ko orang orang fikir-fikir la sendiri..
Apa pun aku ucapkan tahniah Abby abadi kerana bersama-sama dengan parti islam..Siasahkini

Read more ...

TAULIAH UST AZHAR IDRUS DITARIK!!! Ceramah di PICC batal, kenapa Najib dengki pengaruh Ust. Azhar Idrus?



Akibat takutkan akan aura UIA yang bakal menarik belia-belia di Putrajaya sempena dengan Himpunan Sejuta Belia yang bermula 23 mei ini, Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan tauliah UAI di PICC pada 26 mei ini.... 
 
Arahan itu telah dikeluarkan melalui surat yang telah di faks kepada Pengarah JAKIM semalam untuk menarik serta-merta tauliah tersebut...

So peminat-peminat Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang ternanti-nanti akan kehadiran UAI pada hujung 26 Mei di PICC terpaksa berputih mata le jawabnya... so nak tau cerita sebenar tunggu UAI di Shah Alam 27 Mei nie....dppwm.blogspot

Read more ...

TUMBANG BN!!!Ribuan hadiri ceramah DSAI di Tanjung Piandang

 
PARIT BUNTAR, 18 Mei; Ribuan hadirin membanjiri Dataran Pentas Merdeka Rakyat di pekan Tanjung Piandang untuk mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim pada malam ini. 

Sambutan yang hangat ini diberikan oleh pelbagai bangsa Melayu, Cina dan India telah meningkatkan semangat hadirin untuk membuat perubahan secara total dalam langskap politik negara. 

Kehadiran orang ramai di sini tidak pernah seramai pada malam ini. Ini menunjukkan gelombang rakyat semakin jelas dan bertambah kuat untuk menjatuhkan BN dalam piliharaya yang akan datang.

Nampaknya arus perubahan semakin jelas dan BN akan tumbang seandainya PRU 13 dijalankan secara bersih dan adil.
 
Rakyat sudah muak dengan BN  dan UMNO . Malahan UMNO dan BN  sudah tidak relevan lagi untuk diamanahkan mengurus dan mentadbir negara kerana pelbagai bentuk penyelewangan yang dilakukan oleh mereka. 

Kezaliman, rasuah, kroni dan sebagainya berlaku selama lebih 50 tahun mereka mentadbir negara. Kekayaan negara tidak diagihkan kepada rakyat sebaliknya hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang membolotnya.
DSAI berada diatas pentas Merdeka Rakyat di Tanjung Piandang

Read more ...