Menjelang PRU 13
 
SALAH satu kaedah terbaru dan canggih meramalkan atau memastikan sesuatu peristiwa adalah simulasi berkomputer atau dalam bahasa Inggeris, computer simulation. 

Kaedah ini juga dikenali sebagai permodelan berkomputer atau computer modelling.

Hari ini, pelbagai peristiwa dan kegiatan boleh disimulasikan. Misalnya penerbangan. Juruterbang dan juruterbang pelatih kini menghabiskan sama banyak masa “terbang” di dalam kamar simulasi dengan di dalam kapal terbang.