Wednesday, December 12, 2012

NAJIB PANAS!!! Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwa bayar PI Bala untuk tandatangani akuan berkanun kedua


Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menamakan seorang adik perdana menteri Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.

Dakwanya lagi, beliau turut bertanggungjawab mempertemukan Datuk Nazim Razak dan Balasubramaniam, tetapi urusan pembayaran wang kepada Bala itu, dakwanya, dilakukan Nazim.

Read more ...

ANGKARA SAMSENG TAIK KUCING!!! Ketua PAS Cawangan ditikam, skrin bola pemuda PAS ditumbangkan


Ketua Pas Cawangan Lubuk Durian, Ismail Muhammad, 45, menerima tiga jahitan di punggung, selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki di hadapan sebuah kedai roti canai di Kampung Talak Ahad lalu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam, sementara menunggu pesanan roti canai, beliau membantu mengunting nombor bertuah untuk penyokong Harimau Malaya yang datang menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 bertemu dengan Thailand. 

Bagaimanapun, beliau dikejutkan dengan bunyi skrin besar yang dipasang Pemuda Pas Dun Wakaf Bharu untuk siaran langsung perlawanan bola tersebut tumbang. Ismail berkata, terkejut dengan bunyi kuat itu, beliau segera keluar dari kedai untuk ke lokasi kejadian dan ternampak seorang lelaki sedang memotong tali ikatan skrin.

Read more ...

TU DIA!!! Jutawan Jackpot intai peluang bertanding DUN Selama..

Di sebalik polemik yang cuba dicetuskan geng-geng daki Umno dalam PAS yang masih wujud dan belum disental habis.Kononnya PAS Larut sedang bergelora dan dilanda ribut kencang.

Semuanya bermula apabila terdapat ahli akar umbi yang hanya berapa peratus sahaja bilangannya tidak berpuas hati dengan calon yang diputuskan  PAS pusat untuk bertanding di DUN Selama pada PRU ke 13 nanti.Maka dipanggillah wartawan untuk menulis dan melaporkan tentang ketidakpuasan hati mereka itu.


Jumlah mereka yang melakukan protes dan pemulauan ini tidaklah banyak,namun setelah ditambah sedikit rencah dan perasa oleh media propaganda,maka terciptalah satu resipi dan ramuan yang direka-reka.

Kononnya 14 daripada 23 Cawangan dalam MTD Selama menolak calon yang telah diputuskan tersebut setelah dibuat satu undian pungutan suara.Nak menipu pun agak-agaklah,dalam MTD Selama hanya ada 17 Cawangan sahaja.

Read more ...

PAPA GOMO MEMANG PENGOTOQ!!! Deepak tak sebut pun nama Anwar Ibrahim, Papa Gomo yang letak di sari kata

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgxbxmKHlEb-qFP1qED5LqxLzfZKqlb76U3nkF71LmCZVZqgC4flkMMS3dJmzx6cRN4IjMbzwBuEngPWHs6LPkV1EMe3B98LYKv0639FNjBg78z_VCuFGUKAz91GOKnL9VKpE36VbyObg/s640/papa+gomo+parlimen.pngTuduhan Papagomo kononnya Deepak Jaikishan membuat beberapa pendedahan berkaitan Najib Tun Razak serta Rosmah Mansur kerana beliau ditaja oleh Anwar Ibrahim. 

Papagomo juga menyiarkan satu rakaman video yang kononnya menunjukkan Deepak menyebut nama Anwar Ibrahim.

Namun Deepak menafikan tuduhan Papagomo ini sama sekali. Mengikut laporan Freemalaysiatoday, antara hujjah Deepak adalah beliau tidak menyebut nama Anwar Ibrahim pun dalam rakaman video yang disiarkan.

Read more ...

SAKIT HATI KENA SAMAN!!! Empat kamera AES di Perak dirosakkan


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengesan empat kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lepas.

Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata ia melibatkan kamera yang dipasang di Km205.6 berhampiran Kamunting dan Km373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.


Beliau berkata sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di Ipoh juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.

Read more ...

JAGA AKHLAK!!! Tidak dianggap ceroboh hak bukan Islam


KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan Kelantan untuk menangguh penguatkuasaan Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut wajar dilakukan jika bertujuan untuk menjelaskan kes yang timbul.
“Peraturan itu sendiri tidak seharusnya diketepikan kerana prinsip menjaga kesopanan dan kesusilaan masyarakat seperti yang terungkap dalam Rukun Negara tidak boleh diremehkan,” kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.


Justeru, tegasnya Mapim berpendirian usaha untuk menjaga akhlak masyarakat adalah usaha yang murni dan tidak boleh dianggap menceroboh hak bukan Islam.

Read more ...

SUDAH MELAMPAU!!! Mai tengok perangai kurang ajar rakan baik UMNO cabar orang Islam Kelantan

Sudah melampau. 
 
Apabila masyarakat keturunan cina dari parti Gerakan Negeri Sembilan sengaja datang ke Kota Bharu s mahu mencabar MPKB BRI dengan niat untuk menghina rakyat negeri Kelantan.

Lelaki cina itu datang untuk mendandan rambut di premis gunting rambut wanita. Cina tersebut sengaja nak mencabar orang Islam Kelantan. 
 
Lelaki cina tersebut dikatakan dari parti Gerakan iaitu salah satu parti yang bersama dengan UMNO memerintah Malaysia.

Read more ...