Sungguh mengejutkan apabila kontroversi isu "Hina Rasulullah" dala filem "Hantu Bonceng" tiba-tiba dianggap tiada apa-apa oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN),
Terbaru, bila Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap (foto) berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.
Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" . Paling mengejutkan bila dia tergamak kata "Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh. "Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu".
Masalahnya, memanglah Zizan terhenti menyebut tetapi bukakah ia telah terkandung dalam skrip yang terpaksa diucapakan. Apakah sudah tiada ayat atau idea lain untuk babak itu, Apakah wajar perlu dibaca khalimah syahadah kemudian "syaitan".
Bukankah ia adalah membawa makna satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu sendiri.
[Persoalannya, kenapakan pihak LPF boleh meluluskan adengan tersebut tanpa ada perasaan sensitif terhadap agama?. Bukankah yang menjadi ahli lembaga itu majoritinya adalah orang Islam itu sendiri.
Mereka harus sedar bahawa filem berkenaan juga ditonton oleh orang bukan Islam. Maka, apakah persepsi dan tanggapan masing-masing bila perkataan itu diucapkan secara berulang-ulang oleh Zizan Raja Lawak?.
Ini akan mengelirukan dan pasti ditertawakan oleh mereka. Penulis skrip dan pengarah filem berkenaan juga perlu bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka akibat keterlanjurann ini.
Meletakkan kesalahan atas bahu Zizan juga adalah tidak wajar dalam kes ini. Dia hanya mengikut arahan mereka yang berada dibelakang tabir.
Siapakah ulamak dalam Lembaga Penapis Filem (LPF) yang dirujuk oleh Pengarah filem tersebut?].PDO
Read more ...