Kenyataan Media
14 November 2012
Penyelewengan Baitulmal: Dr Juanda Letak Jawatan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perlis telah mendapat berita
dari sumber yang dipercayai bahawa Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr
Juanda Jaya telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa
Baitulmal.
SAMM Perlis juga difahamkan perletakan jawatan Dr Juanda dalam agensi
pengurusan zakat negeri adalah ekoran daripada sikap pemimpin negeri
yang telah berkali-kali membelanjakan wang zakat tanpa mengikut prosedur
sebenar dan mengarut antaranya ialah pergi melancong tanpa terlebih
dahulu dibawa berbincang dalam mesyuarat Baitulmal.
Malah, perbelanjaan wang zakat oleh Baitulmal Perlis tidak meletakkan
keutamaan yang saksama kepada pecahan – asnaf dan dalam banyak keadaan
ia nampak lebih menjurus kepada agensi perniagaan berbanding kebajikan.
Apakah Baitulmal Perlis hanya membuat keuntungan di sebalik kutipan zakat yang diperolehi?SAMM Perlis di sini ingin mendedahkan Laporan Audit Negara tahun ini telah meletakkan Majlis Agama Islam Perlis di tahap paling rendah berstatus hanya 2 bintang dari kalangan agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan Perlis. Ini satu pencapaian dari pentadbir yang tidak cekap dan mungkin tidak amanah.
Saban tahun rakyat Perlis yang beragama Islam ikhlas membayar zakat kepada Baitulmal pastinya akan berasa kecewa melihat siri-siri penyelewengan wang zakat yang sepatutnya disalurkan kepada asnaf-asnaf yang ditetapkan mengikut hukum Islam.
Bagi anak muda SAMM Perlis, menyalah-guna wang zakat untuk kepentingan sendiri adalah sangat keterlaluan dan wajib disiasat.

Nampaknya, tidak banyak dapat diperkatakan lagi apabila Mufti
sendiri pun sudah sampai ke tahap kehabisan toleran tidak sanggup untuk
berkompromi sehingga meletakkan jawatan.
SAMM Perlis memuji tindakkan
Dr Juanda Jaya yang mengelak untuk bersubahat, namun menggesa Mufti
Perlis membuat aduan agar wang zakat negeri Perlis selamat diagih kepada
yang sepatutnya.
Baitulmal sebagai agensi di bawah MAIPs, justeru Kerajaan Negeri
Perlis tidak dapat lari dari menjawab dakwaan penyelewengan wang zakat
ini.
Kertas Putih wajar dibentangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis.
Asrul Nizam Abd Jalil
Penyelaras SAMM Perlis
0194342244
Abunasrullah@gmail.com
Kertas Putih wajar dibentangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis.
Asrul Nizam Abd Jalil
Penyelaras SAMM Perlis
0194342244
Abunasrullah@gmail.com