Sunday, February 6, 2011

Video panas di Sarawak : Rakyat Sarawak semakin papa, Taib Mahmud semakin kaya !




KUALA LUMPUR: Sebuah video dokumentari bertajuk ‘Bloody Wealth’ atau ‘Harta Berdarah’ Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di laman youtube, hari ini hampir mencecah 30,000 penonton dalam masa singkat.
Video yang mengulas kronologi pentadbiran Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu itu dimuat naik dari akaun ‘tarnaktaib’ sejak 18 Disember 2010.

Antara yang didedah dalam klip hampir lima minit itu adalah persoalan mengenai kekayaan Taib Mahmud sedangkan rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia.

Video dengan suara latar berbahasa Melayu, mengupas dakwaan kerosakan di Sarawak, termasuk pengambilan tanah orang Penan, monopoli pembalakan dan peranan keluarga Taib Mahmud dalam pentadbiran di Sarawak.

Ia turut memetik laporan dari blog Sarawakreport.com yang mendakwa Taib mempunyai harta kekayaan berjumlah USD80 juta di Kanada dan USD60 juta di London.

Selain itu, peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai ‘Chief Minister & Sons’ dipapar melalui montaj imej dan didakwa ‘menyapu’ semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina kilang.

Turut disentuh ialah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak dan kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak dengan memperalat polis dan samseng. Sidiqin Omar

Read more ...

Tan Keng Liang yang tidak matang

‘Kenyataan berat sebelah’

http://media1.malaysiakini.com/232/0f2844041b754f7c7fba6cc35553c846.jpgALOR SETAR, 6 Feb. : Tindakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mengecam Pas dan PKR kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina sebagai berat sebelah dan berbaur perkauman.

Naib Pengerusi PKR Kedah, V Arumugam berkata, sekiranya Keng Liang benar-benar meletakkan kepentingan menghormati perayaan sesuatu kaum sebagai asas penghujahan, beliau seharusnya memprotes tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di Galas pada 4 November lalu, sehari sebelum perayaan Deepavali yang disambut kaum India.

Arumugam berkata, Keng Liang tidak seharusnya melihat sesuatu perkara berdasarkan kepentingan parti dan kaum tertentu, sebaliknya perlu telus dan meneliti kepentingan semua pihak.

“Adakah disebabkan demonstrasi itu berlaku pada sambutan Tahun Baru Cina dan dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR), tindakan itu dianggap biadab? Sekiranya perkara sama berlaku pada hari perayaan lain dan dibuat Kerajaan Pusat, adakah Keng Liang akan mengecamnya atau hanya membisu?

“Saya minta Keng Liang lebih matang dan adil dalam mengeluarkan kenyataan kerana tindakan beliau akan mencerminkan Gerakan sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina dan bukan semua kaum,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kenyataan Keng Liang mengecam Pas dan PKR kerana mengadakan demonstrasi pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina, perayaan utama di negara ini yang dirayakan oleh semua rakyat Malaysia.

Atas sebab itu, Pemuda Gerakan Kedah kesal kerana pemimpin Pas dan PKR serta ahlinya mengadakan demonstrasi sebelum ini bagi menyokong gerakan prodemokrasi di Mesir.SH

Read more ...

Pemuda Melaka tekad tawan Merlimau

JASIN, 7 Feb: Pimpinan dan ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka bertekad untuk menawan Merlimau pada pilihan raya kecil (PRK) Dun itu yang dijadualkan pada 6 Mac ini.

Hasrat itu dinyatakan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek pada Himpunan Pemuda PAS Melaka sempena PRK Dun Merlimau yang berlangsung di Madrasah As-Solihin, Merlimau di sini semalam.

"Pemuda Negeri Melaka akan berjuang habis-habisan bagi menggempur BN dan menerangkan kepada rakyat akan kepentingan mereka mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil ini, insya Allah.

"Sudah sampai masanya PAS menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri Melaka pimpinan Umno yang nyata gagal mentadbir dan menjaga kepentingan umat Islam di Melaka," ujarnya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dalam ucapannya menggesa pemuda supaya bekerja kuat bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil ini.

"Pemuda mesti turun ke segenap ceruk berjumpa dengan pengundi agar risalah Islam ini dapat disampaikan kepada mereka.

"Umat Islam Melaka mesti diselamatkan dari cengkaman dan kezaliman Umno yang bermaharajalela sejak lebih 50 tahun di Melaka ini.

“Insya Allah, PAS mesti menang supaya suara kita dapat berkemundang di Dun Melaka bagi memberi peringatan dan nasihat kepada Umno," tambahnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani.

Dalam ucapannya Azman mengingatkan ahli pemuda PAS Melaka supaya berjuang dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana cabaran amat getir kepada PAS dan Pakatan Rakyat di kubu kuat BN.

"Pemuda Pusat seperti biasa akan mengarahkan seluruh jentera pemuda seluruh negara bagi membantu calon PAS di Merlimau, kita tidak akan undur dan akan terus mara walau apapun dugaan yang datang," kata Azman penuh semangat.

Azman diberi penghormatan menyampaikan bendera PAS kepada semua Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan sebagai simbolik bermulanya gerak kerja pemuda di Dun Merlimau.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, seluruh pimpinan PAS negeri dan pemuda negeri.

Program tersebut turut diserikan dengan lagu-lagu nasyid penuh semangat daripada Azhan Atan.

Read more ...

Skandal Ketua Umno berkhalwat dengan bini orang

Ketuanan UMNO : Anak gadis saksi maksiat ibu

Anak saksi maksiat ibu

Sebelum ini cerita di atas telah disiarkan oleh beberapa blog, sila klik di sini dan di sini. Hari ini HARIAN METRO telah menyiarkan berita tersebut


KESAL...Razif menunjukkan laporan polis berhubung tangkapan khalwat isterinya.

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.

Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun.

Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya,” katanya.

Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka.

“Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.
“Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya,” katanya.

Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. “Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini,” katanya.

Ahli Jawatankuasa masjid, Harun Nayan yang terbabit serbuan khalwat itu berkata, tiga ahli kariah termasuk imam masjid di situ membuat serbuan selepas menerima aduan suami wanita terbabit yang mendakwa isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam sebuah rumah.
Menurut Harun, suami serta anak perempuan wanita itu turut serta serbuan berkenaan dan sebaik pasangan terbabit ditahan, mereka dibawa ke balai polis.
“Laporan polis mengenai tangkapan pasangan khalwat itu dibuat imam yang mengetuai serbuan. Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan lanjut selepas ini.

“Selepas laporan dibuat kami semua beredar dan kebiasaannya polis akan merujuk kes itu kepada Jais yang kemudian akan memanggil kami untuk mendapatkan butiran kes berkenaan, namun setakat ini kami belum dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid, berkata pihaknya belum menerima laporan kes terbabit, namun akan membuat tindakan susulan termasuk siasatan terperinci terhadap tangkapan itu.

“Walaupun tangkapan dilakukan pegawai masjid bersama penduduk, Jais masih mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan susulan termasuk pendakwaan kerana pegawai masjid dilantik oleh Jais dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Bilal, imam, nazir dan siak adalah pegawai masjid yang dilantik Jais dan tindakan yang diambil mereka tidak boleh dipertikaikan. “Dalam siasatan ini kami akan dapatkan keterangan saksi dan laporan daripada pihak sepatutnya seperti pihak masjid sebelum mengambil tindakan lanjut untuk pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, jika ada bukti menunjukkan pasangan terbabit melakukan kesalahan syariah mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Read more ...

Najib perlu nasihat APCO Worldwide untuk pertahan kuasa!!

Kenapa Najib Terpaksa Guna Khidmat APCO Worldwide


KOMENTAR : Najib Razak mungkin telah melakukan kesilapan besar. Jika beliau tidak menggunakan khidmat APCO Worldwide untuk menaikkan imej beliau dan partinya, mungkin polemik beliau menggunakan khidmat perunding yang ada hubungkait dengan Zionisme itu tidak timbul. Beliau juga pasti dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya RM77 juta wang rakyat mengalir keluar Negara.

Itu akibatnya jika tidak berfikir semasak-masaknya sebelum bertindak. Jika Najib berusaha untuk menilai keupayaan tenaga komunikasi profesional tempatan mungkin beliau akan akur bahawa APCO tidak sehebat mana. Malah APCO ternyata menjadi liabiliti kepada beliau dan parti pimpinannya.

Jika Najib perhatikan kemampuan sumber dalam negara, mungkin beliau akan dapat menyandarkan bukan sahaja strategi menjaga imej beliau dan partinya, malah akan dapat nasihat pakar perunding strategi politik yang ampuh dan faham keunikan politik Malaysia. Namun ini semua tidak berlaku kerana Najib mungkin masih mengkagumi kepandaian orang asing. Maklumlah beliau lebih banyak habiskan masa belajar di luar negara.

Dalam Negara pun banyak bakat yang boleh memberi input politik pada Najib. Cuma mungkin Najib tidak rajin membaca akhbar tempatan. Jika tidak, tentu beliau sudah temui pakar perunding yang sudah berabad lama digunakan oleh pemimpin-pemimpin Melayu sebelumnya. Jika dia meneliti saranan politik dibuat oleh akhbar Utusan yang diwarnai oleh penulis yang menggunakan nama samaran Awang Selamat, tentu Najib tidak gusar hadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.

Tulisan Awang dalam Mingguan Malaysia, membentangkan strategi komprehensif bukan sahaja untuk mengisi kepentingan Umno-BN dan Najib, malah ia boleh menjadi pelan induk untuk gerakan parti pembangkang - Pakatan Rakyat sekaligus.

Betapa hebatnya Awang Selamat boleh dinilai daripada tulisan 6 Februari lalu. Cuma dengan satu tulisan, Awang dapat menghuraikan masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat. Beliau mencadangkan supaya Anwar Ibrahim beralih ke tepi dan beri laluan kepada Hadi Awang untuk memimpin Pakatan Rakyat. Kata Awang, sokongan kepada Pakatan Rakyat sekarang semakin merosot sekarang kerana Anwar dan Nik Aziz. Setiap kali kedua-dua pemimpin ini buka mulut, lebih ramai orang akan menarik sokongan mereka untuk Pakatan Rakyat.

Begitu yakin Awang dengan pendiriannya hingga berani menyimpulkan, orang Melayu akan sokong Pakatan jika Haji Hadi yang memimpin. Mengkagumkan!

Kalau Najib sejak awal menjadi Perdana Menteri lagi sudah merujuk kepada Awang Selamat untuk merungkai cabaran politik yang beliau hadapi, tentu mudah baginya menyahut cabaran Pakatan Rakyat.

Betapa tidaknya, Awang mempunyai formula bagaimana hendak menyatupadukan orang Melayu, khususnya. Awang yakin Melayu cuma boleh bersatu jika Umno dan PAS bekerjasama dalam politik. Tidak kiralah jika ia dinamakan kerajaan campuran atau apapun.

Namun Awang mengesan usaha ini tidak mungkin berhasil jika masih ada penentang dari dalam dan luar PAS terhadap usaha ini. Maka dinamakannyalah Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am Pas dan Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat sebagai penentang idea Melayu bersatu itu.

Hujjah Awang, jika Hadi yang memimpin Pakatan Rakyat, undi Melayu pasti akan mengalir sama ada kepada Umno atau pun PAS. Dan, jika Umno dan PAS bekerjasama, undi Melayu akan utuh dalam dua jemaah yang mempunyai tujuan yang sama - perpaduan Melayu. Selagi ada Anwar dan Nik Aziz, kerjasama itu tidak mungkin jadi kenyataan.

Memang bijak Awang. Dia ada strategi politik tersendiri. Malah ini adalah lebih baik daripada strategi Dr Mahathir yang mahu pencinta perpaduan Melayu "ketuk sahaja kepala Anwar dan Nik Aziz" kerana jadi penghalang perpaduan Melayu. Beza pendekatan Awang dengan Dr Mahathir ialah mantan presiden Umno ini kurang sabar; beliau mahu guna cara kekerasan. Awang lebih sopan - ketepikan Anwar dan Nik Aziz dalam Pakatan Rakyat, orang Melayu akan bersatu.

Mungkin ini bukan pertama kali Najib mendengar syor seperti ini. Mungkin juga itulah sebabnya Najib terpaksa menggunakan khidmat APCO sebab idea Awang ini kurang cerdik . ini kerana idea itu cuma boleh digerakkan oleh Pakatan Rakyat sendiri. Soalnya, tidak mungkin DAP dan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR begitu dangkal hendak mendengar dan melaksanakan idea Awang. Ini kerana mereka insaf bahawa pakatan itu wujud kerana pengaruh dan kepemimpinan Anwar dan Nik Aziz.

Mungkin Najib merumuskan jika Awang dan akhbar Utusannya gagal meyakinkan pembacanya akan kebijaksanaan barisan editor dan penulis seperti Awang dengan dalil jualan akhbar berkenaan semakin merosot, bagaimana beliau boleh percaya kepada idea usang Awang itu?

Tambahan pula, idea Awang ini salin tak tumpah dengan idea Dr Mahathir. Apapun Najib yakin dia adalah perdana menteri bukan Dr Mahathir lagi. Oleh itu, mengapa perlu ia mendengar cakap Awang atau Dr Mahathir? Lebih baik dengar cakap APCO; jika ideanya kurang bernas pun, ia adalah syarikat perunding antarabangsa berbanding Utusan akhbar kampungan yang semakin merosot pengaruhnya.

Read more ...

Respons tidak begitu ghairah terhadap jambatan bengkok

Jambatan Bengkok: Idea Mahathir, Umno Johor 'Tidak Ghairah'


KUALA LUMPUR 7 Feb.: Idea membina semula jambatan bengkok yang cuba dibangkitkan semula oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan respons yang kurang oleh Ketua Bahagia Umno Johor minggu lalu.

“Respons tidak begitu ghairah,” kata seorang pemimpin bahagian yang menghadiri pertemuan itu lapor The Malaysian Insider.

Beberapa pemimpin negeri juga tidak menghadiri pertemuan tersebut termasuk Ahli Parlimen Johor Baru Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dan rakan sejawatannya dari Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Usaha menghidupkan semula idea membina “jambatan bengkok” bagi menggantikan Tambak Johor.

Difahamkan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah memanggil satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Umno bahagian di mana Dr Mahathir telah meminta akar umbi memberi tekanan ke atas kerajaan pusat supaya meneruskan projek tersebut.

Pentadbiran Najib yang telah pun menekankan beliau mahu meneruskan hubungan mesra dengan Singapura kemungkinan tidak akan meneruskan projek itu tanpa persetujuan bersama republik tersebut.

Idea itu dilontarkan oleh Dr Mahathir ketika di peringkat akhir kepimpinannnya tetapi dibatalkan oleh pengganti beliau Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pembinaan jambatan itu yang mempunyai ketinggian 25 meter dari tanah akan membolehkan bot serta kapal kecil berlayar dari Timur dan Barat Selat Tebrau.

Selepas bersara Dr Mahathir telah beberapa kali membangkitkan semula idea tersebut.

Pada Mei lalu misalnya, Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu meneruskan pembinaan jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau.

Read more ...

Wanita muda Indonesia gugur dalam pergolakan di Mesir

Pesan Terakhir WNI Imanda Amalia Sebelum Gugur di Mesir

JAKARTA (voa-islam.com) – Berita mengejutkan datang menimpa warga Indonesia di Mesir. Seorang rakyat Indonesia dilaporkan maut di tengah pergolakan politik di Mesir.

Imanda Amalia, seorang warga Negara Indonesia diberitakan gugur dalam kegawatan di Mesir . Manda, panggilan akrabnya, adalah staff UNRWA (United Nations Relief and Works Agency), sebuah badan PBB yang bertugas menangani wilayah konflik di Palestin dan Lebanon.

Seperti dinyatakan group facebook Science of Universe, Khamis (3/1/2011), sebelum diberitakan gugur wanita berusia 28 tahun itu terjebak dalam kejadian tembak menembak antara para pendemo, Rabu (2/1/2011) malam. Di saat akhir hidupnya, ketika terjebak dalam rusuhan itu, Manda sempat menuliskan pesanan terakhir yang dikirimkan ke Blackberry Messenger (BBM).

BBM terakhir Manda itu disampaikan oleh tkawannya Pumy Kusuma di laman group facebook Science of Universe, Khamis (3/1/2011).

Inilah BBM terakhir almarhumah pada pukul 21.45 waktu Kairo, Rabu (2/1/2011):

Doakan Manda,
Kami tjebak dalam baku tembak
...Ambulance tertembak
Terkena lemparan batu
Blom bisa d evakuasi karna massa makin memanas ..
Please doakan manda dan kawan-kawan.

Berita meninggalnya Imanda Amalia itu, cepat saja menarik perhatian para facebooker. Hal ini boleh dilihat dari banyaknya ucapan belasungkawa yang ada di Science of Universe.

Ucapan bela sungkawa itu di antaranya berasal dari Nana Ade Sugiana “Selamat Jalan Sahabatku Manda, semoga engkau diterima disisi Allah. Allahu Akbar...”, selain itu adapula ucapan bela sungkawa dari Najieb Solasido “inanalillahi wainnalillahi raji’un. Semoga almarhumah Imanda Amelia diterima di sisi-Nya, Amiiin!” [taz/dbs]

Read more ...

Betul ka MPM, bukankah muka-muka ni yang kuat sokong 'Ust. Kamal' di Hulu Selangor ?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwUIN1HgtAOYS39-grB3iJEoYQA6FrBzuX9CKmVWxeQu46U1DVajhRoVcHL1IqyARMC94IpGZ7zMKRoxOz2HSEdLIMNfrxfLm4yB95WlEL8H8GdkyRN2HSluGQ3wDfUybSdIFnVDJuraE/s1600/paklah_sign.JPGArtikel : BICARA Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang terdiri dari 100 NGO mereka tidak akan menyokong mana-mana calon India dalam pilihan raya umum akan datang. Penolakan itu dicapai dalam satu ikrar bersama.

Alasan diberikan kerana pemimpin India berjaya memutar belitkan isu novel Interlok sehinggakan kerajaan akur kepada kehendak mereka, orang India. Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin membuat keputusan pindaan akan dilakukan ke atas novel berkenaan yang dijadikan buku teks sastera tingkatan lima. Pindaan itu didesak oleh orang India.

Saya hanya tersenyum tatkala membaca berita ikrar MPM berkenaan. Bukan apa, mudah dan ringkas sangat keputusan dan tindakan mereka. Tidak akan sokong mana-mana calon India baik dari UBN atau Pakatan Rakyat.

Dalam kata mudah mereka tidak akan undi calon India. Kalau nak undi juga mereka akan undi Cina ataupun Melayu. Saya nak tanya berapa ratus ribu ahli MPM yang komited dengan pengundian dalam pilihan raya. Rasanya keahlian MPM tak ubah masih bueh dilautan saja. Kalau ia memang berskala besar tentu kerajaan akan akur kepada desakan mereka bukan India.


Apakah tindakan itu memberi kesan dan menggambarkan tindakan mereka profesional? Sejauh manakah tindakan mereka itu akan dipeduli? Saya merasa pelik dengan MPM ini kalau itulah tindakan yang mereka lakukan.


Tindakan seperti itu tidak ubah seperti tindakan budak-budak saja. "Kalau kau tak nak bagi aku kueh itu, kau tidak boleh ikut aku". Begitulah tindakan samseng budak-budak di masa kecil dulu. Suka mengugut. Dan ugut mengugut ini satu budaya Melayu. Nampaknya keputusan dan ikrar MPM itu samalah dengan samseng budak-budak.


Bukankah yang mempelopori MPM itu terdiri dari pemikir, cendekiawan, bekas pensyarah, golongan akademik dan penulis, apakah mereka tidak tahu berfikir. Kenapa mereka harus bergaduh dengan orang India. Mereka tetap akan memepertahankan hak mereka walaupun menggunakan apa cara sekalipun.


Puter belit, kelentung, tukar fakta, rasuah, bodek atau apa-apa adalah cara untuk mencapai matlamat perjuangan. Jadi tidak timbul orang India berjaya dalam puter belitnya atau menjadi pemutar belit kerana matlamat mereka mencapai perjuangan mereka. Itu yang penting.


Mereka mahu menghapuskan perkataan-perkataan yang meletakkan mereka di bawah tapak kaki bangsa dan kaum lain. Orang India mahu menyapu sejarah yang mereka adalah golongan imigran ke negara ini. Perjuangan itu adalah satu kewajiban kepada mereka. Itulah kaum yang berani, yang peka dan tidak mudah mengaku kalah seperti bangsa Melayu!


Yang patut MPM lakukan ialah bertindak ke atas kerajaan, bukan menghina orang India. Mereka patut berikrar menolak kerajaan atau Muhyiddin yang pengecut dan takut untuk membuat keputusan. Tolak orang India tidak guna sedikitpun. Kenapa takut nak tolak kerajaan atau Muhyiddin?


Jawabnya (bukan puter belit) kerana mereka tidak mahu kehilangan kepentingan dalam badan-badan tertentu milik kerajaan yang mereka pegang. Makanya kalau kita makan pun orang suap usahlah sesekali menunjukkan keberanian mengkritik tuan kita. Bukankan kerajaan itu majikan sesetengah ahli MPM itu?


Kesimpulan mudahnya kalau kita masih bergayut kepada kerajaan, kepada Muhyiddin usahlah nak jadi hero melawan orang India. Kalau kita hanya kumpulan invertebrate usahlah cuba bangkit menjadi pejuang bangsa.


Ataupun tindakan dan suara lantang MPM hanya menjalankan sebahagian babak sandiwara kononnya mereka menjaga kepentingan Melayu dan sejarah negara ini. Untuk dikatakan bahawa kerajaan hari ini tidak berbuat apa-apa atas tuntutan India itu. Walhal kedudukan sebenarnya mereka telah dan sedang makan komisyen?


Saya berani mengatakan ikrar MPM itu tidak ke mana pun. Lepas Najib atau Muhyiddin panggil makan malam, selesailah segala-galanya. Jangan hairan kalau selepas ini mereka akan gelajah ke seluruh negara mengatakan usaha kerajaan buat pindaan ke atas novel itu sebagai bijak.


Sudah ada sejarah sebelum ini. Seorang ahli akademik yang telah bersara dan berjuang dalam NGO bukan main lantang lagi menentang kerajaan, menyesali korupsi dan penyalahgunaan kuasa serta sikap tidak peka kepada nasib orang Melayu. Dalam sebuah wacana dicadangkan untuk mengadakan manifesto sendiri menolak Umno. Alih-alih selepas beliau dilantik menjadi dekan di sebuah IPTA, sauaranya entah hilang ke mana dan cadangan untuk mengadakan manifesto rakyat (Melayu) itu pun berkubur tanpa nisan.


Ditegaskan kalau pun kerajaan mengekalkan kejayaan dan kemenangan India, mereka tidak akan memberi apa-apa impak kepada calon India kelak. Orang India boleh bersatu menyokong kaum dan kumpulan mereka, bukan seperti orang dalam MPM meleset tahi ke muka kawan Melayunya sendiri.


MPM tidak ubah seperti Merlayu Pukul Melayu saja. Bubar sajalah!
Mohd Sayuti Omar

Read more ...

Awang Selamat boleh belah!!!

Awang Selamat Tidak Layak Berbicara Isu PR


SHAH ALAM 6 Feb.: Umno-BN jelas kehabisan modal untuk memecah belahkan PR hingga sanggup berlakon menyokong parti Pas dalam cubaan terdesak untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata dakwaan kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat bahawa kekalahan calon PAS di Tenang kononnya berpunca dari masalah-masalah yang dihadapi oleh Anwar adalah taktik jijik untuk memenuhi agenda Umno.

Malah cadangan Awang Selamat bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang patut dijadikan Ketua Pembangkang, menggantikan Anwar tidak lebih daripada satu lagi kenyataan berbentuk politik mengadu domba.

"Apa yang Awang Selamat kata itu bagi saya, memang saya lihat sebagai usaha adu domba, menjadi batu api, dan dalam usaha itu, dia macam mengakui Umno ini, Melayu pun dah tak nak dan hanya menunggu alternatif yang lagi baik, maka alternatif yang lagi baik itu PR," kata beliau.

Beliau berkata, cadangan Awang untuk menjadikan Hadi Awang sebagai ketuqa pembangkang harus disusuli dengan kesediaan Umno dan Utusan Malaysia untuk menerima kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Sekiranya dia nakkan Tuan Hadi melonjak menjadi pemimpin kepada PR, maka dia harus menyeru orang Melayu untuk undi Pas dan menangkan calon-calon Pas," kata beliau lagi.

Naib Presiden PKR, Tian Chua membidas kenyataan Awang dengan menyatakan Awang tidak layak walaupun untuk berbincang berkenaan isu-isu PR ataupun PKR.

"Awang Selamat tak ada kredibiliti untuk komen tentang hal ehwal pembangkang. Dia bukan pembangkang, dia pro kerajaan (Utusan), apa hal dia nak komen pasal hal ehwal PR?" tegas beliau.

Katanya Awang langsung tidak faham konsep kerjasama dan semangat perpaduan yang menjadi landasan utama Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan politik.

"Bukan tempat dia untuk komen tentang macam mana PR uruskan diri, dia tak faham apa maksudnya kerjasama, apa maksudnya semangat perpaduan di dalam satu pakatan atau satu perikatan dan dia juga tidak faham fungsi Ketua Pembangkang," tegas beliau.

Read more ...

Majlis Presiden ditubuhkan bagi kukuhkan PKR Sabah

PKR Tubuh Majlis Presiden Pacu Halatuju Jelas Di Sabah


SHAH ALAM 6 Feb.: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan penubuhan Majlis Presiden bagi memberi fokus dan halatuju jelas kepada PKR di Sabah bagi menghadapi pilihanraya umum dan negeri itu.

Wan Azizah mengumumkan perkara ini selepas mengadakan mesyuarat bersama-sama pimpinan PKR di Kota Kinabalu petang tadi.

Menurut Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang dihubungi oleh TV Selangor menjelaskan penubuhan Majlis Presiden ini yang mirip kabinet bayangan kerajaan Sabah adalah untuk memastikan gerak kerja menjurus menghadapi pilihanraya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

" Maka dengan itu tadi Presiden mengumumkan penubuhan Presidential Council iaitu bagaimana Presidential Council ini akan fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan Sabah dan ianya mirip kepada portfolio kabinet bayangan kerajaan BN di Sabah sekarang ini," katanya.

" Maka dengan fokus membawa isu yang berkaitan kewangan di Sabah,perumahan,berkaitan dengan kerajaan tempatan,perhutanan, keselamatan dan sebagai jadi itu tujuan Presidential Council supaya fokus berhadapan pilihanraya umum ke-13 dan pilihanraya negeri supaya kita menjuruskan segala tenaga kita untuk meletakkan sasaran untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional," jelas Fuziah lagi.

Menurut Fuziah lagi, Majlis Presiden akan diketuai oleh Datuk Seri Wan Azizah sendiri yang kini memimpin Majlis Pimpinan Sabah.

" Presidential Council akan diketuai oleh Presiden sendiri sebab ia adalah permintaan orang Sabah supaya Presiden menjadi Ketua Majlis Pimpinan Negeri dan ini buat tempoh sementara dan buat sementara ini akan driven by objective untuk kita membuatkan program high impact yang akan memberi peluang kepada pimpinan untuk lebih fokus," katanya.

Semalam Pajuddin Nordin yang baru memimpin MPN Sabah tidak sampai sebulan mengumumkan keluar parti selepas 18 daripada 25 Cabang menyatakan tidak bersetuju dengan perlantikan itu.

Tambah Fuziah lagi, kejayaan mesyuarat hari ini merupakan titik penting ke arah memperkukuhkan gerak kerja PKR Sabah ekoran kemelut politik yang dihadapi mutakhir ini.

"Yang menjadi kejayaan mesyuarat pada hari ini ialah turning point dimana sebelum ini ketua-ketua cabang agak tiada arah strategi yang jelas tetapi pada hari ini perlu memberi tumpuan dan mengenalpasti isu yang penting kepada pengundi, berkenaan menyiapkan manifesto , untuk menawan Sabah dan sebagainya," katanya.

Read more ...

Ada juga puak-puak sejenis Songkok Tiga Jengkal buat kacau di Mesir

Kroni Mubarak adalah para penyokong serta ahli National Democratic Party. Ada lebih kurang 3 juta ahli parti itu di mesir. Mereka ini macam BN kat sini juga mempunyai ketua-ketua bahagian serta kawasan yang kaya-raya.

Mereka sapu liau-liau semua projek kerajaan. Mereka rompak duit rakyat. Rasuah perkara biasa dan mereka amat kebal dengan undang-undang. Macam kita jugalah, kalu nama ketua pemuda bahagian, rumah musti kurang-kurang 1 juta, jam musti Rolex, kereta musti lebih 3 buah, Merz, BMW atau Harrier musti mau ada.

Mesir kaya dengan warga susah separa gila. Buta huruf. Terdesak dengan kehidupan. Tinggal kat pendalaman juga separa pekan. Mereka tak ada apa yang nak ditakutkan. Takut susah jauh sekali, memang dah susah.

Satu lagi golongan adalah para pekerja kroni-kroni parti yang kaya raya tu. Mereka cari makan dan bergantung hidup dengan tauke-tauke korup dan lama. Mereka dah selesa dengan bantuan dan gula-gula.

Golongan pertama dapat upah sekitar USD14 ke USD20 untuk angkat kayu, batu serta pisau untuk pergi serang para pendemo perubahan. Mereka juga dapat janji manis lebihan upah selepas menang. kalu tak menangpun apa mereka perduli, duit dapat mereka serbu saja. takmada apa yang rugi. Dengar kata senang-senang 4,000 orang dikumpulkan pergi serang pendemo.

Golongan kedua ini yang serbu pendemo dengan kuda, motosikal dan kereta. Mereka golongan pertengahan pencacai kroni mubarak, sanggup buat apa saja dengan tawaran istemewa. Mereka masih rasa kebal dengan undang-undang. Mereka tak mau perubahan. nanti mereka susah tak biasa cari makan cara bersih.

Satu lagi yang kroni peringkat tinggi pencacai Mubarak buat untuk sabotaj kebangkitan dan perubahan ialah dengan lepas semua penjenayah dari penjara. Berita laporkan seramai 14,000 penjenayah brutal dilepaskan. Mereka memang kaki pukul, kaki buli. Bunuh orang jadi mainan, apa lagi kalau dapat upah.

Geng-geng di atas serbu untuk sabotaj kebangkitan. Untuk beri message pada rakyat dan pada dunia, bahawa mereka tak mau berubah. nanti mereka pulak yang susah. Ayam daging kalau dah lama makan suap, tak reti cari makan sendiri dengan bersaing sihat.

Aaaai!!!, macam biasa dengak saja....! sendiri mau pikir la !!!.

Read more ...

Gobala didesak lepaskan jawatan Ahli Parlimen

PADANG SERAI, 6 Feb: Desakan supaya Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan tersebut memuncak apabila sebahagian besar pengundi mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabatnya di hadapan Taman Kobis, Jalan Paya Besar, Lunas awal pagi tadi.

Demonstrasi aman yang bermula seawal jam 8 pagi tadi turut mendesak Gobala supaya bersikap 'gentleman' dan profesional supaya melepaskan jawatan yang disandang oleh beliau semasa mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai, Ustaz Mohd Fauzi Tahir yang berucap pada pagi tadi, turut mendesak Gobala supaya berundur dengan cara hormat.

"Dulu beliau melompat dan lantang membantah tindakan Adun Lunas, Radzhi Salleh yang menjadi wakil rakyat Bebas. Kini apabila beliau sendiri bercakap tidak serupa bikin, maka tunjukkan kejantanan beliau, memang beliau berani melepaskan jawatan.

"Jika benar beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi kenapa tak nak letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, letak dan undur. Kita adakan pilihan raya kecil. Tengok dan lihat. Apakah beliau akan dapat sokongan semula atau kecundang atas tiket Bebas. Saya harap beliau berani menerima cabaran ini," katanya lagi.

Manakala Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Padang Serai, Rohaya Yusof yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa beliau dengan tindakan Gobala mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

"Kami yang mendokong beliau. Kami juga yang membantu beliau untuk memenangi kerusi Parlimen Padang Serai pada tahun 2008 yang lalu. Kini beliau bukan lagi wakil rakyat yang kami sokong.

"Oleh itu sahutlah cabaran pengundi kawasan ini, supaya lepaskan jawatan sebagai wakil rakyat. Berikan mandat kepada pengundi kawasan ini untuk meletakkan kedudukan sebenar beliau samada masih diterima atau tidak dalam kawasan ini," tegasnya lagi.

Para peserta penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang pelbagai mendesak Gobala supaya berundur.

Antara sepanduk yang dibawa berbunyi 'Jangan tipu pengundi', 'Jangan jadi barua politik', 'Padang Serai bukan hak MP bebas', 'MP gila wang tak layak jadi pemimpin' dan sebagainya.

Pihak polis turut membuat sekatan jalan raya berhadapan jalan masuk ke Taman Kobis, Paya Besar di mana demonstrasi aman diadakan.

Read more ...

Tanggung sendiri: Najib tidak boleh tuduh kerajaan difitnah

KUALA LUMPUR, 6 Feb: PAS menyambut baik jaminan kerajaan untuk menanggung semua kos bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir kembali ke tanah air seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan tersebut bagaimanapun agak lewat dibuat kerajaan sehingga timbul kekeliruan berkaitan perkara tersebut sebelum ini.

Ekoran kelewatan tersebut juga, maka Najib katanya tidak boleh menganggap tuduhan bahawa kerajaan tidak mempunyai wang membiayai kos membawa pulang pelajar terbabit sebagai fitnah.

"Kita sambut baik jaminan kerajaan itu tapi Perdana Menteri tak boleh anggap dakwaan ibu bapa pelajar, dan rakyat bahawa kerajaan tiada wang dan pelajar kena tanggung tambang balik, sebagai fitnah.

"Saya difahamkan mereka mendapat maklumat dari Wisma Putra dan Kedutaan sendiri bahawa kos tambang balik dari Jeddah ke Malaysia kena tanggung sendiri sehingga ada yang telah membeli tiket sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Perkara tersebut juga kata Mahfuz turut dilapor media perdana sebelum ini.

Najib sewaktu mengumumkan jaminan tersebut di Masjid Jamek Kampung Baru semalam menganggap dakwaan kerajaan tidak mempunyai wang, adalah pembohongan dan fitnah besar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau seperti dilapor media berkata, isu tersebut telah dipolitikkan oleh PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seharusnya memberi kerjasama bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyebar fitnah.

Mahfuz juga tidak menolak kemungkinan, pengumuman jaminan tersebut dibuat Najib ekoran malu kepada Putera Raja Arab Saudi, Putera Turki Abdullah Al Saud, kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Seperkara lagi kata Mahfuz, kerajaan juga tidak sepatutnya mengumumkan untuk merujuk dan berurusan dahulu dengan pihak swasta lain seperti Lembaga Tabung Haji, Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia berhubung pembiayaan kos terbabit.

Tindakan tersebut katanya hanya hanya akan memberi gambaran bahawa kerajaan tidak bersedia untuk menanggung sepenuhnya kos misi tersebut.

"Kita setuju pihak swasta tunai tanggungjawab sosial, tapi tak kan kerajaan nak tengok dulu swasta boleh bagi berapa.

"Sepatutnya umum tanggung penuh la, lepas tu bincang la nak cari duit dari mana," katanya lagi.

Read more ...

Gelombang Merah, angan-angan Mat Jenin

KUALA LUMPUR, 6 Feb: PAS berpendapat hasrat BN merampas semula Kelantan dengan pelancaran Gelombang Merah bagi memikat sejumlah besar anak muda negeri itu sebagai angan-angan Mat Jenin.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata beliau yakin anak muda Kelantan yang terkenal sebagai golongan terpelajar dan memenuhi pusat-pusat pengajian tinggi sukar menerima BN yang telah terbukti gagal mengurus tadbir negara sejak lebih 50 tahun lalu.

"PAS berpandangan harapan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang hendak memikat 400,000 orang muda Kelantan hanya angan-angan mat jenin sahaja.

"Orang muda Kelantan adalah generasi yang sedar dan bermaklumat. Mereka anti penindasan, diskriminasi dan penyelewengan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelancaran projek Gelombang Merah oleh Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan untuk merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Umno mensasarkan 400,000 belia Kelantan akan bersama mereka pada PRU itu nanti.

Strategi tersebut juga dilihat sama sewaktu Gelombang Biru yang dilancar Umno Terengganu pada tahun 2004 untuk merampas kerajaan negeri yang pada waktu itu diterajui PAS.

Kata Idris lagi, orang Kelantan juga sangat sukar untuk menerima Umno BN ekoran beberapa fakta diskriminasi oleh kerajaan pusat ke atas negeri itu.

Ianya termasuklah isu peruntukan kepada kerajaan negeri, isu sekatan 118 projek sejak Rancangan Malaysia ke enam pada tahun 1991dan terbaru isu royalti yang sehingga kini sangat perit dirasai rakyat negeri itu.

"Kenapa pemimpin Umno Kelantan yang berada di peringkat pusat telah mengkhianat rakyat Kelantan sehingga sanggup menyalurkan minyak ke Songkla Thailand, padahal lebih ekonomik ia mendarat di Kelantan.

"Kesemua sikap ini tidak boleh diterima oleh orang muda Kelantan untuk menerima Umno memerintah semula di Kelantan, kenapa mereka hendak menyerahkan diri mereka ke mulut naga untuk merosakkan sistem yang sudah dibina selama 20 tahun," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Mustapa, agar melihat dahulu negeri-negeri di bawah BN termasuk Sabah dan Sarawak yang masih tinggi kadar kemiskinan.

"Pulihlah ekonomi negara yang menghadapi kadar inflasi yang semakin tinggi, semuanya gara-gara kegagalan kerajaan BN.

"Kelantan sudah selesa di bawah kepimpinan PAS yang boleh bersaing dengan negeri-negeri di bawah pemerintahan BN. Umno janganlah jadi tikus membaiki labu," nasihatnya.

Read more ...

Pulau Pinang patut dapat RM5 bilion daripada Pusat

PULAU PINANG : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mempersoal kenyataan bekas Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa Pulau Pinang akan mendapat manfaat besar daripada Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEA).

“Ini kerana Pulau Pinang sendiri tidak mendapat walau satu pun daripada 19 Projek Permulaan (EPP) yang melibatkan RM67 billion dalam bentuk pelaburan, 35,000 peluang pekerjaan baru, serta peningkatan Pendapatan Kasar Negara sebanyak RM35 bilion,” kata Guan Eng dalam kenyataan beliau hari ini.

Tindakan tersebut, kata Guan Eng, adalah tidak adil, satu bentuk diskriminasi, serta tidak boleh diterima kerana dalam Malaysia hanya terdapat 13 buah negeri sahaja tidak termasuk Wilayah Persekutuan.
Walaupun begitu, kerajaan Pulau Pinang akan tetap percaya kepada Dr Koh bahawa Pulau Pinang akan mendapat manfaat daripada 19 EPP tersebut, kata Guan Eng.

“Berdasarkan pelaburan RM67 bilion tersebut, Pulau Pinang sepatutnya mendapat pulangan sekurang-kurangnya RM5 bilion berdasarkan perkadaran sebagai salah satu daripada 13 buah negeri yang terlibat. Dr Koh juga perlu memberikan butiran bila dan ke mana RM5 bilion tersebut akan diagihkan secepat mungkin,” kata Guan Eng.

Selain itu, Guan Eng juga mahu Kerajaan Pusat menjelaskan kos yang tinggi dalam mewujudkan peluang pekerjaan di bawah NKEA.

“Kerajaan Pusat perlu menjelaskan sebab RM67 bilion dalam bentuk pelaburan hanya menghasilkan 35,000 pekerjaan ataupun RM2 juta untuk setiap pekerjaan,” kata Guan Eng.

“Jika dibanding dengan pelaburan swasta dalam dan luar negeri tahun 2010 sebanyak RM47,177 juta yang menghasilkan 97,319 pekerjaan atau kurang daripada RM500,000 setiap pekerjaan. Jurang yang sebegitu luas memerlukan penjelasan tentang jenis pekerjaan yang diwujudkan di bawah 19 EPP tersebut yang memerlukan RM2 juta untuk menghasilkan satu pekerjaan,” kata Guan Eng.

NKEA diuar-uarkan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Oktober lepas.

Read more ...

Kata tarik subsidi sebab tak ada dana tapi ada pula RM6 bilion bina kapal TLDM

Tony Pua : Kerajaan Diminta Perjelas Belanja RM6 Bilion Bina Kapal TLDM


SHAH ALAM 6 Feb. : Kerajaan Umno-BN perlu menjelaskan keutamaan kerajaan kerana sanggup membelanjakan RM6 Bilion untuk pembinaan enam buah kapal peronda untuk Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) tetapi menarik balik subsidi rakyat dengan alasan kerajaan tidak mencukupi dana.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan membelanjakan RM6 Bilion bagi membina enam kapal peronda TLDM generasi kedua dengan Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

Tegas beliau, tindakan ini langsung tidak mencerminkan polisi kerajaan Umno-BN yang sentiasa melaungkan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

"Perlukah kerajaan Malaysia membuat pelaburan membeli kapal pada masa ini walaupun ekonomi kita masih belum pulih dengan sempurna dan walaupun kerajaan pada masa ini kerap memberitahu rakyat bahawa kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi dan wang untuk subsidi rakyat pula dikurangkan," kata beliau.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan ketelusan kontrak ini kerana kerajaan mahu memberikannya kepada sebuah syarikat mempunyai rekod korupsi yang amat kronik hingga kerajaan terpaksa mengeluarkan dana tambahan untuk 'menjamin keluar' syarikat tersebut.

"Bukankah kerajaan sepatutnya lebih teliti dengan penawaran kontrak supaya kontak-kontrak yang ditawarkan juga perlu ditawarkan kepada pihak yang paling berkebolehan untuk menyiapkan kerja," tegas beliau.

Sebelum ini, syarikat milikan kerajaan, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) telah diberi kontrak yang serupa pada tahun 1998, iaitu membina dan membekal enam kapal peronda bagi TLDM dengan harga RM5.4 Bilion.

Tetapi, disebabkan korupsi yang kronik dalam PSCI menyebabkan PSCI tidak dapat menyiapkan kapal-kapal tersebut dan terpaksa meminta kerajaan untuk mengeluarkann modal tambahan.

Korupsi dalaman PSCI menyebabkan kerajaan terpaksa 'menjamin keluar' syarikat tersebut merombak semula pengurusan serta bergabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

"Saya rasa perkara ini, sepatutnya kalau menteri ingin mengumumkan perkara ini sepatutnya memberikan maklumat yang lebih terperinci agar rakyat dapat menilai samada kontrak ini adalah munasabah, wajar," kata beliau.

Katanya lagi, penerangan juga perlu diberikan kerana rakyat juga perlu tahu spesifikasi kapal yang melonjakkan harga kapal peronda ini hingga mencecah RM1 Bilion seunit.

"Harga RM 1 bilion setiap kapal merupakan harga yang mungkin munasabah dan mungkin terlalu mahal. Ini tertakluk kepada samada kapal ini mempunyai jenis senjata ataupun jenis misil yang canggih ataupun radar yang tak sama, kerana menurut maklumat yang saya dapat, harga kapal ini adalah antara RM100 juta hingga RM1 Bilion pun boleh," jelas beliau.

Read more ...

Cerita sebenar daripada peserta demo : Polis ni berkhidmat untuk sapa? Hosni Mubarak atau rakyat Malaysia?

Artikel : Saya menerima SMS yang mendakwa seorang peserta himpunan membantah sokongan Amerika terhadap pemerintahan Hosni Mubarak di Kuala Lumpur hari ini yang menceritakan detik-detik yang membawa kepada kekecohan. Berdasarkan pemerhatian saya, suasana kecoh itu sengaja diwujudkan melalui provokasi.

Di bawah ini saya perturunkan SMS berkenaan.


“Polis sembur dengan gas dan dua orang kena tangkap masa kecoh itu kerana jalan sempit dan polis sekat pula. Yang kesian ada bapa yang dukung anak kecil, nasib baik orang ramai lindungi dia masa semburan polis itu. Polis suruh kami turunkan sepanduk kutuk Hosni Mubarak tetapi tak dipedulikan.

“Masa itu polis berseragam dan SB terus serbu dan menangkap orang ramai yang masih berada di depan bangunan TH. Ada yang lari masuk dalam bangunan, itupun polis kejar. Ada polis yang masuk ikut pintu belakang TH. Di dalam bangunan, saya nampak betul seorang kena pukul oleh dua atau tiga orang, kemudian kena gari oleh polis sedangkan mereka tak buat apa-apa, itu yang saya kesian.

“Dalam hati saya tertanya-tanya, polis ni berkhidmat untuk sapa? Hosni Mubarak atau rakyat Malaysia?

"Bayangkan kat tingkat bawah bangunan TH ada dewan tempat keluarga menunggu rombongan pengantin.Mereka tunggu di luar dewan. Itupun kena tengking polis dan suruh mereka balik. Saya lihat takut budak kecil perempuan tu. Kat situ ada makcik, budak kecik dan mereka yang tak sepatutnya diherdik."


sumber : http://selamatkanpahang.blogspot.com

Read more ...

Revolusi Mesir: Di mana kedudukan Ikhwan Muslimin?


Artikel : KEBANGKITAN rakyat Tunisia sehingga dapat menggulingkan diktator Zine El Abidin Ben Ali dalam waktu begitu singkat kini menjalar ke Mesir, dan berpotensi cerah meranapkan banyak lagi pemerintahan kuku besi di rantau Arab. Siapa pun tidak dapat menduga, anak-anak muda yang membesar dalam ledakan dunia maklumat tanpa sempadan, yang sentiasa dikongkong dan dikurung oleh budaya takut, berjaya menghalau Ben Ali dan keluarga.

Di Timur Tengah, hampir semua kerajaan yang memerintah tidak dipilih rakyat melalui sistem demokrasi. Sama ada ia sebuah republik atau sistem monarki, memihak Barat atau memusuhinya, mengadakan hubungan dengan Israel atau tidak, namun rakyatnya sentiasa ditindas dan dinafikan hak. Elit penguasa membolot dan menimbun kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni. Negara kaya tetapi majoriti penduduknya merempat. Pengangguran, kemiskinan dan rasuah bermaharajalela. Manakala maruah umat tergadai dengan pergantungan kepada kuasa-kuasa luar.

Tumpuan kini tertumpu ke Mesir. Regim zalim Hosni Mubarak, yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat dan zionis Israel hanya menunggu masa untuk runtuh. Diberitakan keluarga presiden yang memerintah selama 30 tahun itu sudahpun melarikan diri ke luar negara. Hosni tidak berupaya lagi membendung amarah rakyat, yang terus melancarkan protes tanpa henti biarpun berdepan risiko tinggi. Medan Tahrir menjadi saksi pertumpahan darah tidak dapat dielakkan, apatah lagi rakyat berdepan dengan dalang keganasan yang dicetuskan Parti Nasionalis Demokratik pimpinan Hosni.

Keaiban detik-detik akhir kehidupan presiden sebelumnya, Anwar Sadat yang dibunuh di hadapan publik dan disiar secara langsung televisyen, mungkin berulang kepada Hosni. Anwar ditembak mati seorang anggota tentera, Leftenan Khalid Islambouli ketika beliau berdiri menerima tabik hormat daripada perbarisan ketenteraan pada 6 Oktober 1981. Ia berpunca daripada kemarahan rakyat terhadap perjanjian Mesir dengan Israel, dalam Perjanjian Kem David, selain penentangan terhadap amalan rasuah dan kenaikan harga barangan.

Apabila rasa gentar dan takut sudah hilang daripada sanubari rakyat tertindas, tiada apa lagi yang mampu menghalang tercetusnya revolusi dan pemberontakan. Regim yang diperkasakan oleh pasukan keselamatan, khususnya polis rahsia yang dulunya digeruni kini terpaksa melutut dengan suara keramat rakyat. Pukulan belantan, perintah darurat, arahan berkurung, tembakan gas pemedih mata, peluru getah hatta ratusan kes pembunuhan oleh agen pemerintah; semuanya dianggap enteng apabila kepompong budaya takut pecah berkecai.

Malah balai polis diserbu penunjuk perasaan dan mereka bertindak nekad membakarnya. Satu simbol nyata bahawa ketakutan yang membungkus gerak kehidupan rakyat selama ini telah turut terbakar. Rasa hormat dan maruah diri yang dipijak-pijak sejak sekian lama mula bangkit mengisi roh generasi baru rakyat Mesir. Mereka kini sedang berusaha mencipta sejarah, bukan hanya untuk membebaskan negara yang "terjajah" sekian lama, juga bagi membawa obor semangat buat negara-negara jiran dan ummah seluruhnya.

Sejarah pembebasan negara-negara Arab, termasuk Mesir dan Tunisia, daripada belenggu penjajahan, memang luar biasa. Pengaruh Mesir terhadap orang-orang Melayu juga tidak kurang hebatnya. Akhbar-akhbar Melayu, seperti al-Ikhwan, Saudara, al-Imam, Idaran Zaman dan Suara Melayu sejak awal abad 20 telah melaporkan pergolakan politik dan gerakan kebangsaan rakyat Mesir. Nama-nama pejuang dan pemikir Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani (1838-1897), Muhammad Abduh (1849-1905) dan Rashid Ridha (1865-1935) tidak asing lagi kepada orang Melayu, yang seterusnya menimbulkan polemik Kaum Muda di Tanah Melayu.

Menurut Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam bukunya, Islam dan Masyarakat Melayu; Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, gerakan Pan-Islamisme yang dipelopori Jamaluddin Al-Afghani telah mencetuskan kesedaran kebangsaan rakyat Mesir. Ketika di Mesir, Afghani berjaya mempengaruhi generasi muda dan ramai pengikutnya muncul memainkan perana penting dalam perkembangan sejarah Mesir moden. Gagasan ideanya -- yang menyeru umat Islam kembali kepada ajaran sebenarnya -- lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan pergerakan nasionalisme Arab atau Mesir.

Selain itu, dua institusi besar Mesir yang juga cukup dekat-akrab dengan masyarakat Islam di Malaysia ialah Universiti Al-Azhar dan gerakan Islam, Ikhwan Muslimin. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merumuskan: "Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya' yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia."

"Sayangnya," tambah Ustaz Nik Aziz, "Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran."

Isu Palestin juga begitu dekat dengan umat Islam sedunia dan rakyat negara ini. Di kala zionis Yahudi bertindak zalim sewenang-wenangnya, dibantu pula oleh Amerika Syarikat, maka peranan negara-negara jiran, sekurang-kurangnya untuk tidak sama-sama menekan amat diharapkan. Mesir pula pernah menunjukkan komitmen dan kekuatannya untuk berperang dengan Israel.

Malangnya Mesir mengkhianati amanah dan harapan ummah. Ia turut melakukan pengepungan ke atas wilayah Gaza, Palestin. Talian hayat rakyat Palestin dipotong. Bantuan dunia luar tersekat. Mesir memang terbukti menjadi sekutu rapat dan talibarut Israel memerangi kumpulan Islam di Gaza. Benarlah rumusan Ustaz Nik Aziz:
"Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya."

Secara peribadi, saya lebih terasa intim dengan Ikhwan Muslimin (ditubuhkan pada 1927, di Isma'iliyyah, Mesir), yang dianggap guru buat semua gerakan Islam moden. Saya kira hampir semua aktivis dakwah di negara ini sedikit sebanyak, secara langsung atau tidak langsung, dipengaruhi Ikhwan. Malah kebangkitan harakah Islamiyah di negara-negara lain, seperti Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, Parti Refah di Turki, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Malaysia juga mendapat inspirasi daripada Ikhwan, yang kemudiannya diikuti Hamas di Palestin dan banyak lagi gerakan Islam di seluruh dunia.

Pengasasnya, Assyahid Hassan Al-Banna (14 Oktober 1906 - 12 Februari 1949) dibunuh regim Mesir melalui satu tipu helah jemputan perundingan dengan kerajaan. Imam yang agung itu terkena tujuh tembakan tetapi masih mampu berjalan memanggil ambulan. Bagaimanapun pihak tentera tidak membenarkan doktor merawatnya, sehinggalah Al-Bana sengaja dibiarkan mati dengan tumpahan darah yang banyak.

Tiada sesiapa dibenarkan menguruskan jenazahnya. Hanya ayahnya, Syeikh Ahmad Abdul Rahman, berusia lebih 90 tahun memandi dan mengafankan jenazah Al-Banna. Syeikh Ahmad bersama tiga anak perempuannya mengusung jenazah ke masjid dengan kawalan ketat tentera. Pengikut dan anak murid Al-Banna kemudiannya diburu bagaikan pengganas. Al-Banna bukan sahaja meninggalkan puluhan karya ulung untuk umat, tetapi lebih penting menunjukkan teladan unggul mengatur organisasi secara tersusun bagi melaksanakan perjuangan Islam di medan.

Kisah kezaliman dan penderitaan bukan hanya ditanggung Al-Banna tetapi seluruh generasi Ikhwan seterusnya. Penyeksaan yang ditanggung mereka terlalu perit untuk diceritakan. Penuh dengan air mata, penjara, darah, tali gantung, pengharaman dan pembunuhan kejam. Tokoh-tokoh Ikhwan lain yang harum namanya, dan terus disebut-sebut, selain meninggalkan khazanah pemikiran berharga, seperti Assyahid Syed Qutb, Assyahid Abd Qader Audah, Hassan Hudaibi, Umar Tilmisani, Mustafa Masyhur, Mustapha al-Siba'i, Said Hawwa, Syed Sabiq, Muhammad Al-Ghazali, Yusof Al-Qaradawi dan ramai lagi.

Memang ada pihak yang sangsi, apakah Ikhwan yang sering diperalatkan pemerintah akan "dipergunakan" sekali lagi apabila Mesir berdepan krisis besar? Apatah lagi Mesir merupakan negara paling strategik di Timur Tengah, malah bagi Napolean Bonaparte, ia negara terpenting di dunia. Regim Mesir sentiasa menekan dan menindas Ikhwan, sejak Raja Farouk, Jamal Abdul Nasser sehinggalah Anwar Sadat dan Mubarak. Walhal Nasser dan Sadat merupakan orang yang pernah rapat dengan Ikhwan.

Mohamad Fauzi Zakaria dalam, Aqidah Yang Menggoncang Dunia, yang merupakan kajian di peringkat sarjana terhadap pengaruh pemikiran Syed Qutb, menjelaskan Ikhwan terbabit secara aktif dalam Revolusi Julai 1952 menumbangkan tirani monarki, Raja Farouk. Malahan Syed Qutb ditawarkan beberapa kedudukan penting dalam kerajaan revolusi termasuk Menteri Pelajaran, memandangkan pengalamannya yang luas di bidang pendidikan. Namun beliau menolaknya.

Syed Qutb, dalam satu majlis yang dihadiri para pegawai tentera Mesir menegaskan: "Sesungguhnya revolusi telah berlaku ... keluarnya seorang raja tidak bermakna berakhirnya revovulsi. Bahkan matlamat terakhir revolusi ini ialah mengembalikan negeri ini kepada Islam ... Sesungguhnya diriku semasa pemerintahan beraja telah kusediakannya untuk dipenjarakan. Malah tidak aman diriku pada zaman ini pun untuk terus kusediakannya kepada penjara lebih daripada persediaanku sebelumnya." Dengan spontan, Jamal Abdul Nasser yang turut berada dalam majlis sama mencelah: "Saudaraku Syed, demi Allah, tidakkan sampai kebimbangan itu padamu melainkan langkahnya mayat kami. Kami berjanji padamu dengan nama Allah bahawa kamilah tebusan kepada dirimu sehingga maut!"

Realitinya, apa yang dibimbangi Syed Qutb itu terbukti benar. Atas konspirasi terancang, melalui fitnah terhadap gerakan itu, Ikhwan diharamkan pada 13 Januari 1954, pimpinan dan ribuan anggotanya ditangkap. Kenyataan rasmi regim Nasser, dua hari selepas itu: "Pengumuman penting Majlis Pimpinan Revolusi tentang Ikhwan Muslimin, hubungan mereka dengan Inggeris dan mengadakan pertubuhan sulit di dalam pasukan polis dan tentera dalam usaha menggulingkan kerajaan dengan berselindung di sebalik pergerakan agama." Syed Qutb akhirnya terkorban syahid di tali gantung pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, selepas dua kali dipenjarakan.

Saya yakin, suasana kini sudah banyak berubah. Generasi Ikhwan yang terlatih, berakhlak dan berdisiplin, serta kaya dengan pengalaman -- dibantu arus globalisasi dan dasar langit terbuka yang mempercepatkan proses pendemokrasian dan boleh menyulitkan berulangnya konspirasi jahat terhadap Ikhwan -- pasti bersedia menyumbang khidmat menyelamatkan Mesir secara lebih berkesan. Buat masa ini mereka lebih bersedia menonjolkan Mohamed El-Baradei, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2005, ke hadapan. "Kemahuan kami adalah kehendak rakyat," kata salah seorang pemimpin Ikhwan di Kaherah.

Insya-Allah, Ikhwan tidak dapat ditipu lagi, manakala pemimpinnya lebih berhati-hati dan bijaksana membaca realiti bagi mengatur rentak. Imej ekstrimis, militan dan teroris, walaupun masih cuba dipalit ke wajah Ikhwan, namun agak sukar mempengaruhi majoriti rakyat yang sudah bersatu hati menghambat Hosni. Dalam masa sama, dipercayai regim Hosni cuba "bertarik tali" dan berlengah-lengah untuk meletakkan jawatan, bagi mempastikan pembaharuan Mesir tidak diterajui Ikhwan. Pemerintahan Amerika Syarikat yang menyokong transisi politik di Mesir turut meminta Hosni bertahan, bagi memastikan proses pembaharuan berjalan secara lancar dan aman.

Sekiranya pilihan raya adil dan bebas diadakan di Mesir, seperti pernah berlaku di Algeria dan Lubnan, juga seumpama di Turki, Ikhwan seperti gerakan Islam lainnya, akan mendapat sokongan ramai. Cuma, kepentingan Amerika dan Israel (terbukti Ikhwan bersedia bangun menentang Israel termasuk memikul senjata di medan perang) di Mesir jauh lebih besar berbanding Tunisia yang dibiarkan jatuh. Justeru, strategi dan pendekatan terbaik amat diperlukan oleh gerakan Islam masa kini, agar segala ruang sabotaj ditutup serapat mungkin.


(IH)

Read more ...

Debat Buku Jingga serlah kebangangan pemimpin BN

Jelas kini kebangangan terserlah dalam "debat mini"!!

Debat Buku Jingga milik Pakatan Rakyat yang kita sangka antara Najib Altantuya dengan Anwar Ibrahim rupanya orang lain sudah mulakan!

Melihat antara ahli parlimen Hulu Selangor, Ustad Kamal aka P Kamalanathan dengan Rafizi Ramli, AMK PKR berhujah sungguh dapat kita lihat perbezaan antara langit dan bumi!

Rasanya semua puas dengan hujah-hujah yang dilontarkan oleh Rafizi berbanding dengan Kamalanathan yang banyak "kona baring" tersasar jauh dari topik perbincangan.

Dr Mahani pun nampaknya yang boleh dikatakan seorang bijak pandai kelahiran Umno-APCO pun meminta salinan Buku Jingga Pakatan Rakyat, seolah-olah sebelum hari ini dia tidak pernah langsung sentuh komputer berinternet atau "dimandulkan" pemikirannya yang totok Umno-APCO!

Nampaknya, perbincangan yang pada awalnya hanya strategi "2 lawan 1" telah berubah 360 darjah! Moderatornya juga terpaksa "cover line" membantu Kamalanathan dan Dr Mahani dari diserang bertubi-tubi Rafizi!

Pusingan pertama memang kesemua panel membincangkan dengan jelas terutama Rafizi yang sangat bersungguh-sungguh menjelaskan kandungan Buku Jingga yang ditawarkan kepada rakyat.

Akan tetapi malangnya Kamalanathan dengan bijak juga membodohkan dirinya sendiri dengan berkata Barisan Najis sudah buat semua yang terkandung dalam Buku Jingga!

Apakah ini standard seorang ahli parlimen Barisan Najis yang kunun mahu membela nasib rakyat?

Pertimbangkan dulu fakta dan keterangan Kamalanathan sebelum buka mulut tanpa membodohkan diri sendiri dengan fakta melalut tanpa tujuan!

Kasihan rakyat Hulu Selangor yang mengundi Barisan Najis!

Kasihan kerana kamu mengundi seorang yang dungu dan membodohkan diri sendiri!

Tahniah pengundi Pakatan Rakyat yang memangkah Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April 2010!

Anda memang bijak untuk tidak undi si badut belaan umno-APCO!

Read more ...

Doktor calon PAS DUN Merlimau ?

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/01/Merlimau-Melaka-300x202.jpgPAS Melaka dijangka tidak ketandusan tokoh berwibawa untuk diletakkan sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Dun Merlimau. Antara tokoh yang disebut-sebut sebagai calon Pas di Merlimau ialah seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri di Dun Merlimau.

Beliau seorang yang cukup dikenali dan disenangi oleh penduduk tempatan serta sering terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Bekas calon Pas sebelum ini ialah Mejar (B) Jasmee Tompang yang merupakan pimpinan Pas Kawasan Jasin.

Selain itu, seorang bekas pengetua perempuan yang pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di Dun Merlimau sebelum ini turut dicanang dan bakal dipertimbangkan sebagai calon.

Kedua -dua calon ini dijangka bakal memberikan saingan sengit serta imej positif kepada pengundi untuk merealisasikan impian Pas untuk menghantar wakil ke DUN Melaka.

sumber : Angkasanuri

Read more ...

Kenapa Rais takut saman Rocky's Bru ?

AMKPP kecam tindakan Rais Yatim

http://farm4.static.flickr.com/3527/3843225998_d0be321b50.jpgPENANTI , 6 Feb. : Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), semalam, mengecam tindakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyaman blogger, Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap beliau menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Ketuanya, Amir Mohd Ghazali berkata, mengapa Amizudin yang perlu disaman dan bukannya Datuk Ahirudin Attan atau Rocky's Bru kerana beliau yang mula mendedahkan isu berkenaan melalui tulisannya di blog.

Menurutnya, ia disusuli pula dengan artikel yang menyokong tindakan Ahirudin oleh beberapa blog lain seperti BigDogDotCom selang beberapa hari selepas artikel berkenaan disiarkan.

“Jadi, mengapa Amizudin yang dikenakan tindakan mahkamah dan bukannya Ahiruddin sedangkan yang memulakan isu ini adalah Ahiruddin. Adakah ia sebagai petanda untuk menakut-nakutkan blogger PR dari membangkitkan artikel berhubung isu melibatkan pemimpin UMNO?,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, di sini.

Hadir sama, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid.

Amir berkata, tindakan Rais kali ini jauh berbeza dengan tindakannya sebelum ini yang pernah menyaman Ahiruddin selepas beliau menyiarkan satu artikel berkaitan pemberian tender bernilai RM1 bilion kepada anaknya yang kemudiannya dinafikan dan dilabel sebagai fitnah.

Katanya, mengapa tidak tindakan sama sekali lagi diambil ke atas Ahirudin selepas tersiarnya artikel di Rocky's Bru, sebaliknya Sharpshooter yang mencedok artikel itu dari Harakahdaily dikenakan tindakan.

Terdahulu, pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger Amizudin Ahmat daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

Hakim Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan ex-parte untuk menghalang Amizudin daripada menerbitkan perkataan berunsur fitnah terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu menerusi blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim menetapkan 11 Februari ini untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes berkenaan didengar pada 22 Februari ini.SH

Read more ...

Kerajaan PR Kedah salur RM 100 ribu kepada pelajar Kedah di Mesir

RM100,000 bantu pelajar

http://pru12.pas.org.my/profil_calon/sederhana/kedah/n18.jpgALOR SETAR , 6 Feb. : Kerajaan Negeri memperuntukkan bantuan kewangan RM100,000 kepada pelajar Kedah di Mesir bagi membeli makanan dan barangan keperluan sepanjang mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Jeddah.

Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, bantuan itu dihantar bersama empat pegawai Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) Khamis lalu, untuk memantau keselamatan pelajar yang terkandas di sana.

“Sebagai permulaan peruntukan itu adalah bagi membeli makanan dan keperluan harian pelajar yang belum pasti bila akan jejak ke tanah air. Difahamkan, seramai 835 pelajar Kedah sedang mengikuti pengajian di Mesir,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa diminta bersabar kerana proses penghantaran pulang pelajar Malaysia sedang dilakukan Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan Negeri turut memantau perkembangan menerusi pegawai YINK yang berada di sana.

“Kita beri keutamaan pada pelajar yang berkeluarga, ada anak kecil, ibu mengandung, kurang sihat akan dibawa pulang terlebih dahulu. Bagaimana pun setakat semalam, dilaporkan keselamatan pelajar terjamin,” katanya.

Mohamed Taulan berkata, buat masa ini kesemua pelajar Kedah berkumpul di Jeddah dan kerajaan Arab Saudi memberi tempoh transit selama sebulan.

“Mungkin ambil masa sedikit untuk bawa mereka pulang ke Malaysia. Bagaimana pun mereka tetap akan dibawa pulang sama ada melalui pengangkutan udara mahupun laut. Mereka dijangka tiba di Pulau Pinang atau Port Kelang tapi tarikhnya saya tak pasti,” katanya.

Mohamed Taulan berkata, beberapa pegawai di Iskandariah turut memaklumkan situasi di sana tidak lagi genting seperti minggu lalu, dan sebahagian kedai runcit dan institusi bank telah beroperasi.

“Perintah berkurung masih berjalan. Pada waktu siang, sudah ada yang keluar membeli makanan, cuma waktu malam mereka tidak berani keluar rumah,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa terdapat pemimpin pembangkang mempolitikkan pelan tindakan menyelamat rakyat Malaysia di Mesir, yang dikatakan lambat bertindak, Mohamed Taulan berkata, isu ini mungkin dimanipulasikan pihak lain yang berkepentingan peribadi.

“Saya percaya isu itu bukan dipolitikkan oleh parti Pas, sebaliknya diprovokasi pihak tertentu yang sengaja mahu memburuk-burukkan parti pembangkang. Mungkin dakwaan bantuan lewat itu sekadar luahan ibu bapa yang bimbangkan keselamatan anak mereka,” katanya.

Mohamed Taulan berkata, Kerajaan Negeri mahupun pemimpin pembangkang tidak pernah mempertikai sama ada bantuan lewat diberikan atau sebaliknya, kerana yang penting kerjasama semua pihak bagi melancarkan proses perpindahan pelajar.SH

Read more ...

Salam tanda menghormati orang Islam, Umno sahaja dengki ?

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/nikzawis.jpgKUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menganggap tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengucapkan salam, adalah sebagai menghormati orang Islam.

Menurutnya, orang Islam seharusnya berbangga dengan perkembangan itu yang memperlihatkan orang bukan Islam sudah mula mendekati agama suci itu.

“Kita harap dia dekati Islam dan kita berdukacita dengan mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan itu, sedangkan sepatutnya kita berbangga.

“Ini adalah hasil kesedaran dia dan rasa dekat dengan Islam. Kita harap suatu masa nanti dia akan bersama-sama dengan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu ucapan ‘Assalamualaikum’ oleh Tian Chua ketika berceramah di Taman Gunung Emas di Labis 22 Januari lalu sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Nik Zawawi berkata, tidak menjadi sebarang masalah kepada orang bukan Islam untuk memberi salam kerana ia dianggap tidak bercanggah dengan prinsip Islam selagi tidak mempermainkan agama.

“Lainlah kalau dia kata ‘Assam-'alaikum’ kerana ‘Assa’ itu bermaksud celaka. Apa yang disebut Tian Chua tiada masalah,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tanggapan sesetengah pihak yang beranggapan ucapan tersebut sebagai mainan, beliau menganggap kenyataan sedemikian tidak berasas.

Beliau berkata, masyarakat Islam seharusnya mempelajari berhubung pengucapan salam sama ada ia diucap secara mengejek ataupun sebagai menghormati orang Islam.

“Bagaimanapun, tidak menjadi satu kewajipan kepada orang Islam untuk menjawab salam sekiranya orang bukan Islam yang memberinya tetapi hukumnya harus dan sebaik-baiknya kita jawab,” katanya.-SinarHarian

Read more ...