Friday, March 23, 2012

TAK SALAH!!! (video) PAS pecat Hasan Ali kerana perangai buruk sebijik macam UMNO


Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam digegarkan dengan satu pendedahan mengejutkan dimana bekas Exco Agama, Infratruktur Dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Ali telah didapati menyalahgunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dengan mengeluarkan senarai persendiriannya sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR.

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali semasa perbahasan titah diraja.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.

"Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua kontraktor berdaftar dengan UPEN mulai tahun 2009 dengan kementerian kewangan dan PKK dan tender terbuka,"

"Walaupun sudah ada arahan dari kerajaan negeri secara bertulis kepada semua pihak, exco infrastruktur dan kemudahan awam (Hassan Ali) menggunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dan mengeluarkan senarai persendirian sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR membelakangkan prosidur, membelakangkan perundangan, membelakangkan arahan sedangkan ada arahan perbendaharaan yang hanya memberikan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi perolehan dimana hanya Pegawai kewangan Negeri yang berkuasa untuk memberikan kelulusan termasuk rundingan terus. Itu memang ada dalam arahan Perbendaharaan

"Tetapi apa yang berlaku yang memberi arahan ini bukan pegawai kewangan negeri tetapi exco infrastuktur dan kemudahan awam dengan mendapat kerjasama beberapa individu tertentu di dalam pejabat perbendaharan negeri memberikan kelulusan dan memberikan senarai kepada JKR negeri sebanyak 83 syarikat," dedah Azmin.

Beliau menyatakan nilai kontrak ini setiap tahun berjumlah RM35juta.

"Maka persoalan saya dimana Islam, dimana Melayu dimana prinsip raja-raja Melayu yang diangkat hari ini sedangkan ketika kamu berkuasa ini yang kamu lakukan?" tanya Azmin

"Saya bukan nak bawak fitnah, saya bawa dokumen untuk membuktikan dimana bila audit jalankan siasatan dalaman, apa dapatan audit negeri?

"Pihak audit telah membuat semakan berkaitan carta aliran kerja JKR, didapati senarai kontraktor telah diterima dari exco berkenaan melalui satu surat bertarikh 6 Jan 2010," tambahnya lagi.

Menjawab soalan ADUN BN Permatang, Tuan Sulaiman bin Abdul Razak yang ingin tahu mengapa tidak dilakukan pendedahan lebih awal dan apakah ia boleh dianggap bersubahat, Azmin menjawab pendedahannya itu sepatutnya dilakukan lebih awal jika beliau sudah mempunyai bukti lengkap sebelum exco berkenaan, Dato Hassan Ali tidak lagi menjadi exco.

Azmin dengan sinis menyatakan beliau gembira kerana UMNO mempunyai sahabat baru dan kerana itu sahabat barunya itu perlu dipertahankan UMNO sebagai membuktikan semangat kesetiakawanan.

"Tetapi kalau nak pertahankan biarlah yang benar dan hak," katanya.

"Saya bersetuju kalau saya ada maklumat ini lebih awal, saya boleh dedahkan, tak ada masalah, tetapi proses (mengumpul bukti) mengambil masa," jelas Azmin.

Read more ...

SIMPANAN TETAP SELANGOR!!! Bawah PR RM1.9 bilion, zaman UMNO hanya RM500 juta sahaja



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sepanjang empat tahun memerintah negeri Selangor, simpanan tetap bagi negeri itu meningkat walaupun membelanjakan hampir RM600 juta untuk pelbagai program pembangunan demi rakyat.

Abdul Khalid menjelaskan simpanan tetap itu diperoleh kerana penggunaan wang dibuat dengan cermat berasaskan ‘value for money’ berbanding sikap boros berbelanja ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.


Beliau berkata, untuk rekod simpanan tetap kerajaan negeri Selangor berjumlah RM1.9 bilion sepanjang 2011 iaitu peningkatan lebih 26 peratus berbanding di bawah pentadbiran BN yang hanya mampu menyimpan kurang dari RM500 juta sebelum 2008.


“Negeri Selangor juga merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya.


Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mulut Datuk Satim Diman (BN-Seri Serdang) mengenai pencapaian dan perancangan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dilantik pada 2009 pada sidang Dewan Undangan Negeri, kelmarin.


‘Kita cermat guna wang’


Abdul Khalid menegaskan, “dari pengalaman saya sepanjang empat tahun ini, kita menggunakan wang dengan cermat berbanding kerajaan terdahulu. Jika dulu kalau projek RM20 juta, dibuat dengan harga RM40 juta.


“Walau bagaimanapun kerajaan negeri pada 2008-2009 memantau kegunaan dana dan oleh sebab itu walaupun kita guna untuk belanja sehingga RM600 juta tapi jelas simpanan tetap kita masih tinggi dan sedang meningkat.


“Sumbangan negeri Selangor kepada ekonomi Malaysia pula adalah sebanyak 22-23 peratus atau 1/5. Negeri-negeri lain hanya menyumbang tidak lebih dari sembilan peratus.


“Kita penyumbang yang tertinggi malah makin lama simpanan tetap kita semakin banyak. Kita akan minta kerajaan persekutuan beri pulangan daripada hasil yang kita berikan kepada negara.


“Kita beri hasil 22 peratus tetapi pulangan yang kita terima tidak sampai dua peratus, jika 10 peratus tidak mengapa. Maka kita akan jaga simpanan tetap dan berdikari,” katanya.

Read more ...

IKUT TELUNJUK YAHUDI AMERIKA!!! Malaysia henti import minyak dari Iran

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.

Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.


"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.



Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.


Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.


Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini.


- Bernama

Read more ...

TERDEDAH PERANGAI MEMBAZIR HASAN ALI!!! Ceramah tinggal 19 orang, dibatalkan konon tak dapat permit

Dr Hassan Ali

SHAH ALAM: Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali didakwa menyalahguna wang kerajaan negeri mencecah lebih RM800, 000 untuk kegunaan program dan pengubahsuaian pejabat ketika menjadi exco kerajaan negeri Selangor,

Perkara itu didedahkan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) ketika membahaskan usul titah Sultan Selangor dalam sidang dewan undangan negeri hari ini.

Azmin mendakwa Hasan yang juga exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, ketika itu berbelanja lebih RM500 , 000 untuk pelbagai program di bawah Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT).

Beliau juga mendakwa Hasan menggunakan RM300, 000 untuk mengubahsuai pejabat exco.

“Saya mendapat maklumat awal kerana jabatan audit telah menjalankan siasatan menyeluruh. Ia fakta dan bukan tuduhan. Tindakan beliau (Hasan) tidak boleh dimaafkan.

“Pembaziran ini jika dikaitkan dengan perjuangan dibawa Hasan (Islam, Raja, Melayu). Islam mana yang dibawa jika guna wang rakyat dengan tidak berhemah?” katanya kepada pemberita di luar lobi bangunan Annex, bangunan SUK Selangor

`Exco tidak bertanggungjawab’

Azmin turut menuduh Hasan sebagai exco yang tidak bertanggungjawab apabila membelakangkan dasar kerajaan negeri untuk mengamalkan tender terbuka.
Dakwa Azmin tindakan sedemikian adalah percubaan sabotaj yang dilakukan Hasan terhadap kerajaan negeri.

“Beliau sebagi exco membelakangkan dasar kerajaan negeri dengan menghantar terus senarai kontraktor kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melantik kontraktor menyelenggara jalan di Selangor.

“Perkara ini tidak dapat diterima kerana kerajaan negeri mempertahankan sistem tender terbuka dan telus. Sedangkan ada exco kanan sabotaj dasar ini. Maka tindakan tegas perlu di ambil seperti mana kenyataan saya sebelum beliau dipecat,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa BN yakin merampas Selangor, Azmin berkata ia amalan biasa yang dilakukan seperti yang terjadi di Perak.

Sumber: Freemalaysiatoday

Ini pula peristiwa ceramah Hasan Ali selepas pendedahan membazir dalam DUN Selangor

Gambar Hiasan

Ceramah Hasan Akidah di Puncak Niaga Shah Alam malam tadi terpaksa dibatalkan kerana tidak ada sambutan. Yang diharap hadir lebih 300 tetapi yang ada 19 orang termasuk penjaga PA sistem dan tukang bawa kereta Hasan. Kerana cderamah itu gagal dihebuh-hebuhkan kononnya ia tak ada permit polis. Fasal apa pula perlu permit polis untuk belasah Anwar dan Pas tak payah permit polis. Kan parti yang Hasan dokong hari ini kebal? Auhummmmmm...

Mohd Sayuti Omar

Read more ...

ADIL BAGI UMNO!!! Rakyat beratur panjang tengah panas nak dapat RM 500, kroni UMNO senang-senang goyang kaki dapat lebih RM 500 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.

Sumber:harakahdaily

Read more ...

BELASAH PENGAWAL KESELAMATAN!!! Dengan Samseng UMNO pun polis takut, nak harapkah polis berani dengan Samseng anak Menteri UMNO?


Satu lagi jenayah tersembunyi yang dilindungi UMNO bakal berlaku,kali imi melibatkan anak lelaki Nazri Aziz, menteri di jabatan perdana menteri.

Anak Nazri,Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memandu Porsche nya ke satu bangunan kondominium di Mont Kiara diekori pengawal peribadinya dengan sebuah MPV,terlibat dalam satu pergaduhan dengan penyelia keselamatan bangunan tersebut,


Ini bukan kes keganasan pertama melibatkan anak lelaki Nazri. Tahun 2004, seorang pelajar undang-undang berusia 23 tahun Darren Kang dipukul hingga mati oleh sekumpulan pekerja restoran di Desa Sri hartamas, berhampiran Mont Kiara, setelah satu selisih fahan yang melibatkan anak Nazri. Pekerja-pekerja tersebut- 10 warga Thai dan seorang warga tempatan ditangkap. Manakala anak Nazri dibebaskan selepas soaslsiasat polis.


“Ketika ini, untuk berlaku adil pada semua pihak, perlu ada siasatan lanjut.Lapuran yang dibuat kepada polis oleh kedua dua pihak dan maklumat mesti didedahkan. Tidak harus ada apa-apa yang disembunyikan.Apa berlaku dimasa lalu tidak harus dibiarkan berulang samula- bukan sekrang di tahun 2012,” Timbalan Presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

“Tambahan lagi, harus ada penjelasan kenapa anak lelaki Nazri mempunyai banyak wang dan memandu Porsche, perlukan pengawal peribadu yang memamdu MPV. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut terus bertindal dan bukan purapura tidak sedar keadaan ini. Kes jenis ini menunggjukkan keangkuhan keluarga elit Umno. Malah kerabat diraja juga tiada hak untuk membuli orangramai, tanpa mengira samada mereka rakyat Malaysia atau pekerja asing, golongan profesional atau buruh.”

Tahap keangkuhan yang mengejutkan



Ketua Polis Daerah Brickfieds Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahjan menerima 2 lapuran polis berkaitan insiden itu. Anak lelaki Nazri,Mohd Nedim Mohd Nazri Aziz, didakwa memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium pada malam Selasa lepas.

“Kes ini diklasifikasikan dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan melakukan kekecohan di tempat awam,” Ketua Polis Wan Abdul Bari dilaporkan berkata.Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Kedua laporan polis tersebut dipercayai dibuat oleh pengawal peribadi Nediam dan penyelia keselamatan berusia 50an dan mengalami lebam. Penyelia itu yang awal membuat lapuran di Balai Polis Jalan Travers, pada malam kejadian selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital.


Menurut lapuran berita, penyelia tersebut mahu Nedim mendaftar nama sebelum membenarkan nya memnadu masuk dengan Prosche nya, tetapi Nedim enggan menurut. Nedim dipercayai baru mendirikan rumahtangga. Pengawal peribadi nya kemudian memberithau pengawal keselamatan Nedim ialah seorang’Tengku’ atau kerabat diraja, tetapi penyelia itu masih berkeras.
Naik marah, Nedim didakwa turun dari kereta, mencekik leher penyelia dan menumbuk kepala nya sementara pengawal peribadi nya memegang penyelia tersebut. “ Penyelia itu tidak dapat melawan kerana dipegang oleh pengawala peribadi,” satu sumber dari pengurusan kondominium dilaporkan berkata.

Dilaporkan juga pihak pengurusan kondominium diberi tekanan hebat untuk melindungi ke sini.


Cerita dari pengawal peribadi


Satu lagi laporan polis oleh pengawal peribadi Nedim bagi pihak majikan nya di balai yang sama. Pengawal itu mengaku ada kekecohan dan menuduh penyelia itu menimbulkan provokasi dengan berkelakuan biadap.


Menurut sumber dari pihak Nedim, penyelia itu yang mula menumbuk pengawal peribari dan mencabar pengawal tersebut untuk bertumbuk. Pengawal peribadi Nedim kemudian menendang perut penyelia itu manakala penyelia itu menumbuk muka pengawal peribadi.


Dipetik dari Malaysia Chronicle

Read more ...

HUTANG PTPTN!!! BN perintah diburu sampai lubang cacing, Pakatan perintah PTPTN dibatalkan

Anwar Ibrahim Club (AIC) menyambut baik kesediaan Pakatan Rakyat membatalkan PTPTN jika diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum yang ke 13, seperti kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu dilihat selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga dan sebagai satu lagi langkah ke hadapan untuk membantu menaikkan taraf pendidikan tinggi di negara Malaysia ini.


AIC percaya bahawa rancangan ini bukan sekadar retorik semasa tetapi adalah satu pelan komprehensif yang membuktikan sekiranya ekonomi diurustadbir dengan baik, maka melalui perolehan hasil negara yang banyak dapat terus dimanfaatkan bersama dan dinikmati oleh keseluruhan rakyat.

Read more ...

UMNO KHIANAT (VIDEO)!!! Bukti UMNO Selangor gadai Tanah Rizab Melayu



SHAH ALAM 23 MAC : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali hari ini mendedahkan kes kerakusan Umno-BN sebelum tahun 2008 dalam penjualan tanah rizab melayu di Sungai Sering.

Azmin dalam perbahasannya berkata sebanyak 76 ekar tanah dikawasan Parlimen Gombak dirampas oleh Umno-BN dan diserahkan serta dipindah milik ke salah satu syarikat, Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian di kawasan lain.

Katanya, syarikat itu gagal membangunkan tanah berkenaan malah turut berdegil menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah itu telah ditukar.

Bagaimanapun setelah Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengambil keputusan untuk merampas kembali kesemua tanah itu dan mengembalikannya sebagai status tanah rizab melayu selepas meneliti kes itu.

"Ini membuktikan bahawa Umno-BN apabila diberi kuasa telah mengkhianati dan mencabuli kepentingan orang melayu di negeri Selangor,"katanya.

Pendedahan itu juga turut disokong oleh Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut mendedahkan permohonan Umno bahagian Puchong kepada Kerajaan Negeri untuk menjual tanah rizab melayu kepada syarikat bukan melayu.

Bagaimanapun permohonan pada tahun 2010 itu ditolak oleh Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Jelas Azmin, perkara itu penting untuk didedahkan berserta fakta di DUN supaya rakyat tidak keliru kerana pihak Umno-BN hanya mendabik dada dan mendakwa mereka adalah pejuang melayu.

"Semua itu hanya sandiwara, apabila diberikan kuasa merekalah yang merampas hak orang melayu. Saya memohon Kerajaan Negeri memaklumkan terus kepada Sultan Selangor mengenai perkara ini," katanya.

Tambahnya lagi, Umno-BN juga dalam menguruskan hal tanah rizab melayu seringkali dengan menukar tanah rizab dikawasan bandar dengan tanah dikawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal.

"Hal ini menyebabkan tanah rizab melayu di Negeri Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu. Inilah amalan khianat Umno kepada orang Melayu di Negeri Selangor ketika mentadbir negeri ini.

Tambahnya, PR berikrar akan terus menjaga hal dan kepentingan orang melayu tanpa mengorbankan kepentingan kaum lain.

"Kerajaan Pakatan Rakyat terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Oleh itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merangka satu Pelan Strategik Pengurusan Tanah Rizab Melayu supaya dapat dibangunkan
secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan,"katanya.

KLIK: http://www.selangorku.com/?p=4148

Read more ...

UMNO PARAH!!! 40 ahli dan penyokong UMNO sertai PAS



Mohamad Sabu menerima borang permohonan menjadi ahli PAS.
40 bekas ahli dan penyokong Umno di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah telah meninggalkan parti mereka (Umno) dan menyertai PAS.

Mereka menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Unit Peti Undi (UPU) Bukit Meriam dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Merdeka sebelum beliau berceramah di situ baru-baru ini.

Salah seorang dari mereka adalah bekas penyokong tegar Umno, Mohd Noor Tayed 58. Di era tahun 70 - 80 an dahulu merupakan kemuncak penglibatan dirinya dengan Umno. Selepas itu beliau mengambil sikap pandang dan lihat.

Dahulu, di mana sahaja jentera Umno bertugas terutamanya di Parlimen Sungai Petani mesti kelibatnya ada untuk membantu jentera berhadapan dengan PAS yang dianggap musuh yang perlu di singkirkan.

Namun, hari ini sudah berbeza. Beliau tidak lagi mahu memberikan undi dan sokongan pada Umno dan BN.


Mohd Noor Tayed
"Dulu saya tidak tahu menilai malahan bertindak berdasarkan arahan ketua jentera yang saya ditugaskan tetapi hari ini saya telah sedar dan bertekad melawan parti yang saya pernah puja selama ini, " katanya.

Seorang lagi rakanya, Che Ani Mansor 72 berkata, apa yang beliau dapat selama menyokong Umno dan BN melainkan terus mengayuh basikal tuanya sahaja.


Che Ani Mansor
Masalah banjir kilat yang melanda kawasan rumah pun tambahnya, Umno dan BN ketika berkuasa hanya pandang sahaja tidak bertindak membantu mengatasi dengan membina longkang baru di kampung berkenaan.

"Bila hujan sahaja hati saya bimbang kerana rumah saya dan beberapa buah rumah jiran akan tengelam separas buku lali.

"Bukan baru tapi sudah lama walaupun ada beberapa orang kepimpinan Umno datang menjengguk," katanya yang sudah bosan dengan janji BN.

Beliau mengucapkan terima kasih pada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPk) kerana bertindak segera setelah membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat dengan membina longkang bagi menghindarkan banjir kilat berkenaan.

Dekati ahli baru

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sungai Petani, Ustaz Mazlan Osman meminta semua ahli PAS yang berada lama dalam perjuangan ini supaya mendampingi setiap ahli baru yang telah sedar untuk bersama membina kekuatan meruntuhkan empayar Umno dan Barisan Nasional (BN).


Ustaz Mazlan Osman
Ujarnya, jangan sekali-kali membiarkan mereka dengan haluan sendiri sedangkan banyak kepakaran yang mereka ada yang membolehkan ahli PAS lama mempelajari.

"Anggaplah ahli baru PAS sebagai rakan yang akrab jangan persiakan kesedaran mereka kerana mereka juga ada kepakaran yang mungkin tiada pada kita. Kita sebagai ahli PAS yang lama wajar menunjukan contoh terbaik supaya mereka bersama membina kekuatan meruntuhkan Umno dan BN," tegasnya ketika ditemui di pejabat Tahfiz Al Barakah, Tikam Batu bersama beberapa orang bekas penyokong Umno di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani semalam.

Tugas ahli dan pemimpin PAS bukan berdakwah pada bukan Islam sahaja sambungnya, malahan kepada mereka yang telah jinak dengan perjuangan agar mereka mendekati majlis ilmu dan masjid supaya kekuatan boleh dibina apatah lag dunia sekarang dunia meterial.

Sumber: Harakahdaily.net

Read more ...