Monday, November 12, 2012

UMNO TERDESAK!!! Video Ketua Cawangan UMNO serang ceramah PAS tapi digagalkan orang ramai



Benarlah kata-kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, bukan setakat Sabah dan Sarawak kini goyang dek kemaraan Pakatan Rakyat, bahkan di negeri tiang seri Umno pun, perubahannya sudah semakin kuat dirasakan.


Malam tadi, satu ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Dataran PAS Parit Yaani, dalam parlimen Sri Gading yang diwakili oleh ahli parlimen yang terkenal dengan 'peluru kosong' di parlimen, Mohamad Aziz.

Merasakan tergugat dengan sambutan hebat penduduk sekitar, seorang pemimpin setempat dipercayai pemimpin Umno cawangan tiba-tiba meluru dan cuba menyerang ke arah penceramah yang sedang berucap.

Menurut Pengarah Pusat Aduan Rakyat (PAR) DUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan, tindakan pemimpin Umno peringkat akar umbi ini tidak menggambarkan sikap demokratik mereka.

"Bagi saya, Umno ketika ini sangat tertekan dengan sambutan rakyat terhadap ceramah dan program-program yang dianjurkan oleh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga mengganggu ceramah dan program-program yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

"Mereka mengganggu ceramah yang dianjurkan semalam apabila pemimpin mereka cuba untuk merampas mikrofon ketika mana ceramah dijalankan. Ini menunjukkan mereka langsung tidak demokratik", ujar beliau lagi ketika dihubungi.

Tambahan beliau lagi, selain ceramah yang diganggu, Umno juga telah menganggu program edaran sumbangan bantuan banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Teluk.

"Mereka juga turut mengganggu program edaran bantuan kepada mangsa banjir yang kami lakukan. Saya bersama Yang DiPertua PAS Kawasan Sri Gading, Hasim Jusoh cuba dihalau sedangkan kami sudah mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak Ikatan Relawan Rakyat (RELA) untuk hadir ke sekolah terbabit bagi menyampaikan sumbangan"

"Saya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Umno ini. Sepatutnya mereka harus lebih terbuka kerana kita menyampaikan sumbangan kepada orang-orang susah yang sangat memerlukan bantuan ketika ini. Ini jelas menunjukkan kepada orang ramai bahawa pemimpin Umno bersikap tidak rasional sebagai pemimpin masyarakat di sini", jelas beliau lagi. (Ihsan Nusajayakini)

Read more ...

UMNO YANG BERPURA-PURA !!! Sanggup fitnah Izzah kerana sayang Soi Lek

Chua Soi Lek dipertahan kerana menentang hukum hudud, manakala Nurul Izzah di dikaitkan dengan isu 'murtad' satu gejala yang dilihat boleh mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN dan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO. 
 
Betul kata Tun Mahathir, UMNO dilihat lebih busuk daripada usus (tahi).

Itu adalah satu 'kecelakaan' sedang menimpa umat Islam di Malaysia, apabila ada pihak secara terang menolak 'undang-undang Islam' dilaksanakan. 
 
Nampak sangat UMNO begitu kecut perut kepada MCA, hanya kerana untuk mengekalkan beberapa ribu orang pengundi cina maka sanggaup mempertahankan cadangan CSL supaya kerajaan Malaysia menolak perlaksanaan hukum hudud. 
 
Kini UMNO telah memesongkan isu dan menghala targetnya kearah Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Perlimen Malaysia dengan berbagai-bagai ejekan dan tuduhan yang melampau apabila Nurul Izzah dikaitkan dengan isu murtad. 
 
Satu isu yang diputar belit dengan harapan rakyat menolak PR dalam PRU13 nanti.
UMNO cuba membantu PR supaya penganut ugama lain di Malaysia ini akan terus memberi sokongan padu kepada Nurul Izzah dan PR, yang mana melayu sudah pun berpihak dan telah pun memilih parti mana yang mereka hendak sokong pada PRU kelak. 
 
Apa pun isu yang dimainkan oleh UMNO dan BN, rakyat sudah tahu parti mana yang telah melakukan kemungkaran dan mengamalkan rasuah dan kroni.
 
Untuk melalaikan rakyat dari terus berbincang soal isu hudud, isu RM40 juta kononnya untuk UMNO Sabah yang didedahkan oleh Rafizi tentang ada hubung kait dengan Nazri Famili maka Nurul Izzah dijadikan tempat untuk membalas dendam, yang mana satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh UMNO dan penulis yang pro UMNO kerana Nurul Izzah telah bersebati dengan masyarakat Islam yang tulin dan akan bersama Nurul Izzah bagi menjatuhkan kerajaan BN dalam PRU nanti..
 
Bertambah gawat lagi kepada UMNO dan BN apabila rakyat telah memilih bahawa isu murtad yang dikaitkan terhadap Nurul Izzah dianggap sebagai isu politik murahan kerana apabila rakyat mendengar keseluruhan ucapan dan dailog maka rakyat membuat keputusan bahawa ucapan tersebut tidak menjurus terkeluar akidah. Kerana Nurul Izzah tidak mengajak umat Islam supaya menganut ugama lain.
 
Betul dah pendapat rakyat Malaysia, pilihanraya ke 13 itu adalah pilihanraya terakhir bagi kerajaan BN kerana apabila BN jatuh pada pilihanraya ini, BN tidak mampu bangun lagi kerana jelas PAS lebih dihayati dan diyakini oleh rakyat semua bahawa PAS adalah sebuah parti untuk orang yang berugama Islam berbagai lapisan masyarakat.
 
UMNO lebih menyokong Chua Soi Lek daripada Nurul Izzah sehingga ulasan Nurul Izzah mengulas ayat al Baqarah diputar belit semata-mata nak mengaibkan seorang 'gadis Islam' sedangkan CSL menghina hukum hudud dipertahankan.
 
Ekoran isu murtad yang dikaitkan oleh UMNO dan Balaci UMNO terhadap puteri Islam Nurul Izzah itu , Sdr Rosdi Mustapha seorang usaha muda telah, telah menghubungi UTTV dan memberi kesanggupan untuk membiayai satu debat supaya diadakan diantara Dr. Asri (MAZA) bekas mufti Perlis dengan Ulama UMNO dan di moderator oleh Hassan Akida Ali, yang mana kos perbelanjaan beliau sanggup keluarkan.Rakyat Marhaen

Read more ...

UNDI TAK PERCAYA!!! Menanti Najib di Perhimpunan Agung UMNO?

Seperti yang telah dinyatakan dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini, timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin mendesak presiden Umno supaya membubarkan parlimen selewat-lewatnya 30 November ini, iaitu semasa perhimpunan agung parti itu atau berdepan dengan penentangan Umno besar-besaran di seluruh negara.

Telah jelas kebimbangan Najib bahawa pilihanraya kali ini merupakan pertempuran paling getir Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak negara mencapai kemerdekaan dari tangan British pada 1957.


Perkembangan terkini yang semakin tidak memihak BN ekoran beberapa pendedahan siri skandal membabitkan pemimpin Umno sendiri, bermula daripada cincin RM24 juta milik Rosmah Mansor, penyelewengan wang menternak lembu oleh keluarga Shahrizat Jalil, skandal membabitkan kemewahan luar biasa artis Zahida Rafik dari Shafie Apdal, kontrak sistem kawalan penerbangan membabitkan anak Jamaluddin Jarjis dan terbaru pemberian kontrak pemasangan sistem penguatkuasaan trafik AES milik anak bekas pemimpin Umno Johor.


Setiap kali Najib berkira-kira mahu membubarkan parlimen, ada sahaja isu yang terkena kepada batang hidung Umno menyebabkan 'perancangan' yang sudah dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa ditangguhkan.


Puak Muhyiddin yang seakan tidak sabar terus menekan Najib tidak kira apa juga risikonya mengenai peluang BN sendiri mempertahankan Putrajaya asalkan cita-cita bos mereka menggantikan Najib tercapai.


Penampilan jelek pemimpin Umno memperlihatkan kemewahan melampau menyebabkan rakyat tertanya-tanya dari manakah sumber yang diperolehi bagi membiayai belanja hingga mencecah jutaan ringgit.


Sebab itu apabila ketua menteri Melaka, Ali Rustam mengadakan majlis perkahwinan anaknya yang dianggar mencecah RM1.3 juta, rakyat terfikir dari mana datangnya wang bagi menampung kos tersebut sedangkan gaji dan elaunnya cuma kira-kira RM75 ribu sebulan?


Sehingga kini, laporan yang dibuat terhadap Ali Rustam oleh pemimpin Pakatan Rakyat terus dipeti sejukkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Maklumat terbaru yang diperolehi dari sumber yang rapat dengan pemimpin Umno Cheras mengatakan bahawa satu gerakan melobi supaya Najib berdepan undi tidak percaya perwakilan sedang bergiat aktif di seluruh negara.


Kumpulan yang sama juga didakwa menyebarkan poster menuntut supaya Muhyddin menjadi perdana menteri di beberapa kawasan sekitar selatan dan barat Johor beberapa bulan lalu.



Difahamkan, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad menggunakan Muhyiddin untuk menumbangkan Najib yang semakin tertekan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang kini memasuki fasa akhir siasatan oleh dua hakim Perancis.

Kesempatan persidangan Umno yang dijadual berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember ini pasti akan diambil Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib Altantuya dan berjanji kepada perwakilan bahawa Umno akan diperkuatkan semula bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.


Kesannya terhadap Najib sungguh besar, selain hilang jawatan sebagai perdana menteri, kekebalan (imuniti) terhadapnya sebagai ketua negara turut terlucut membolehkan tindakan pendakwaan terhadapnya diteruskan tanpa mengeluarkan waran tangkap berstatus merah melalui Interpol.


Saya tidak bercadang mendedahkan siapa dalang di sebalik gerakan ini buat masa sekarang tetapi cukuplah saya katakan kem Muhyiddin semakin agresif menggunakan jentera parti dan kerajaan bagi merealisasikan hasrat mereka.


Rata-rata di antara mereka merupakan bekas pengkagum Najib yang kecewa dengan ketiadaan projek dan kontrak untuk mereka menyebabkan gerakan tersebut kini semakin besar dan mampu menggoncang seluruh tiang seri Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jika didedahkan secara terpeinci.


Kini sama-samalah kita menunggu apa perkembangan selanjutnya seminggu dua lagi tetapi yang boleh saya simpulkan, Umno dan BN pasti akan menempuh zaman kegelapan (Dark Ages) seperti mana yang pernah dialami Eropah sebelum ketibaan era Reinassance awal abad ke-15.


JALAN PULANG

Read more ...

NAJIB MAKIN RISAU!!! 2 Ahli Parlimen keluar BN 24 Nov ini?

Sejak kebelakangan ini, kedai mamak dan warung-warung kopi telah menjadi tumpuan ramai ahli-ahli politik untuk menjual air liur dan memancing pengaruh. 
 
Antara berita paling hangat yang dijaja ialah bakal kemunculan dua lagi Ahli Parlimen BN di Majlis Ceramah Perdana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 November ini di Tawau, Sabah.

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai dan kini dijaja dari bibir ke bibir, sms ke sms, facebook ke facebook, twittter ke twitter dan segala media elektronik dan ICT, telah hangat diperkatakan bahawa '2 MP' yang sebelum ini disebut-sebut Anwar akan muncul pada 24 November ini

Antara dua nama yang dijaja termasuklah Rakan Karib Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO; iaitu 'Brother Ghapur', nama jolokan kepada Ahli Parlimen Kalabakan ketika Anwar di kemuncak kegemilangan.


Seorang lagi Ahli Parlimen yang dijangka berani menunjuk muka ialah yang pernah digossipkan dengan artis.


Menurut sumber, kedua-dua Ahli Parlimen daripada UMNO itu masih samar-samar menyertai parti Pakatan Rakyat dan mungkin mengikut jejak Bumburing dan Lajim yang bersetinggan di luar BN; tetapi bibit perpecahan dengan pucuk pimpinan UMNO Sabah sudah ketara kerana sejak akhir-akhir ini tidak sehaluan.


Sejak kebelakangan ini, Sabahkini.net Wilayah Sandakan banyak menerima dan mengumpul maklumat mengenai tingkah laku beberapa orang Ahli-Ahli Parlimen dari UMNO yang akan keluar daripada kengkangan UMNO/BN secara bergilir-gilir pada masa terdekat ini.


Menurut satu sumber, semakin ramai Ahli-Ahli Parlimen di Sabah akan meninggalkan BN jika senarai calon telah diumumkan Perdana Menteri; kerana sudah pastinya 10 daripada 25 Ahli Parlimen akan digugurkan pada PRU-13.


Walaupun tidak banyak isu yang boleh menjadi senjata pembangkang pada PRU 13, namun 'pemuja politik' masih mengharapkan untuk mengitar semula isu 20 Perkara, Perjanjian Malaysia, Royalti Minyak, PTPTN; namun yang agak menyengat ialah tanah adat (NCR) dan PATI.


Seolah-olah tidak nampak isu pembangunan dicanangkan kerana tradisi 'Gambar Agong' akan menjadi katalis kepada pemangkin undi di Sabah. Kata-kata kapitalis bahawa "Wang Adalah Tuhan Manusia. Tiada kata-kata yang berjaya menakluki manusia selain wang!"; mungkin akan menyebabkan Pakatan Rakyat berputih mata sekali lagi untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 Kerusi Parlimen untuk memudahkan mereka mencapai Visi Tawan Putrajaya!


Salam Hormat,


SAIMON S JUMADI
 
addin

Read more ...

UMNO GADAI MELAYU!!! Tanah orang Melayu dah teroka 27 tahun , UMNO jual kepada tokey Cina



Ini bekas rumah seorang warga emas bernama Husin Osman.

Tanah seluas lebih  3 ekar telah beliau terokai lebih dari 27 tahun telah dirampas dan UMNO terus jual kepada towkey Cina.

Sebelumnya itu beliau telah dipaksa supaya berpindah oleh kerajaan UMNO Perak.

Lokasi tanah di Kg Setia, Taiping,  Perak, berhampiuran dengan Tol PLUS Taiping.

Tergamak sungguh UMNO lakukan sebegitu rupa kepada warga emas berbangsa Melayu beragama Islam ini.

Berhati perut kah para pemimpin UMNO kepada rakyat yang berbangsa Melayu?

Betul kah UMNO perjuangakan Ketuanan Melayu?

Benarkah UMNO sanggup bermandikan darah, tulang berkecai dan hancur tubuh badan demi pertahankan Ketuanan Melayu dan Hak Keistimewaan orang-orang Melayu?

Boleh percayakah lagi tanpa UMNO Melayu akan tergadai?

Atau sebenarnya, UMNO lah petualang dan pengkhianat Melayu paling tulin dan ori sekali dalam dunia!!!!!!

Tepuk dada tanya iman... cuitkan minda tanya akal logik.


UMNO TUMBANG... ISLAM DAN MELAYU GEMILANG....UMNO TIADA.. RAKYAT TIDAK LAGI DIANIAYA.OMAK KAU

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! 50 keluarga terima sumbangan Deepavali


PARIT BUNTAR : Lebih 50 keluarga memerlukan di Parit Buntar gembira apabila menerima sumbangan di rumah masing-masing bagi meringankan beban mereka dalam membuat persediaan menghadapi perayaan Deepavali.

Setiausaha Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, Pas Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar bekerjasama mengambil inisiatif dengan mengadakan kunjungan ziarah ke rumah masyarakat India.

" Kita menyampaikan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India miskin yang bakal menyambut hari perayaan mereka itu.  
 
" Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Husin mengetuai rombongan Pas Parit Buntar turun padang menemui masyarakat India bagi menyampaikan sumbangan disamping mengucapkan selamat pada mereka " katanya
 
Beliau berkata, rombongan yang menziarahi rumah masyarakat India ini dapat menyelami keperitan hidup mereka sekeluarga.

" Walaupun sumbangan kami tidak seberapa, akan tetapi kunjungan ke rumah mereka disambut senyuman dan meriah.

" Mereka berasa gembira dan terharu kerana pimpinan Pas datang ke rumah mereka untuk mengucapkan selamat dan menyampaikan sumbangan" katanya
 
Tambahnya, Pas Parit Buntar sentiasa mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan akan cuba membantu sedaya upaya meringankan beban rakyat tanpa mengira kaum.  
 
" Melalui konsep negara berkebajikan, kita  akan meneruskan usaha membantu golongan yang susah tidak kira masa.
 
“ Ini amalan tradisi Pas Parit Buntar sejak dulu lagi yang sentiasa berusaha membantu masyarakat India terutama ketika menyambut Deepavali” katanya
 
 
 
 
 

Read more ...

FITNAH DULU BAYAR KEMUDIAN!!! Itulah Utusan media fitnah dan propaganda UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmafLEtPDrBaZA4XuROB2hE17DWxCcdfJdmZd73Al8evweBea3cxNURCZXIivY6bj_4L0VWY4b-cLhx2aJASUa0vu0FMqqM0fuHkYi7VfrcxSI5gFnW04QoHq8bQZ-cHCfEt29ZsKTYHLs/s1600/utusan+tandas.jpgKETIKA Mingguan Malaysia diarah memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung sebuah cerpen yang memfitnah beliau, ramai di kalangan pembaca Melayu akhbar itu sudah melupai bilakah cerpen itu diterbitkan dan reaksi-reaksi menggila pemimpin Umno dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno terhadapnya.

Ramai juga yang tidak memperdulikan pengakuan penulis cerpen itu, Chamil Wariya bahawa karyanya telah diubah suai pengarang akhbar terbabit sehingga 'membunuh' imej Teresa sebagai wakil rakyat.

Malah ketika Utusan Malaysia diarah membayar ganti rugi kepada beberapa pemimpin PAS yang dilapor fitnah, ramai juga orang Melayu pembaca setia akhbar itu tidak lagi mengingati apakah isu yang diputarbelitkan Utusan Malaysia sehingga mengakibatkan ia menghadapi saman fitnah.

Begitulah hebatnya akhbar milik Umno itu dalam 'membentuk fikiran pembaca' khususnya para penyokong Umno. Mungkin 'tagline' paling tepat bagi digunakan Utusan Malaysia bukanlah 'penyebar fikiran rakyat' tetapi 'fitnah dahulu, bayar kemudian'.

Kini sekali lagi Utusan Malaysia muncul dengan strategi yang sama. Kali ini dengan memutarkan isu kononnya Timbalan Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar menggalakkan orang Melayu murtad.

Secara tiba-tiba media massa pro-BN diketuai Utusan Malaysia muncul sebagai 'pembela akidah Islam' walaupun sebelum ini tidak langsung bersuara terhadap kebiadapan Presiden MCA memperlekeh dan menghina syariah Islam. Malah setelah kenyataan sekutu Umno itu seakan memakan diri, akhbar milik Umno itu menyediakan ruang pula kepada Chua Soi Lek untuk menjelaskan penghinaannya terhadap hukum hudud.

Komen-komen liar pemimpin Umno dan sekutu-sekutu mereka terhadap kenyataan Nurul Izzah juga jelas tidak matang, berniat jahat dan pre-emptive. Lebih memualkan komen-komen tersebut dibuat semata-mata atas laporan akhbar dan tidak memetik langsung kenyataan asal Nurul Izzah.

Di awal isu ini diputarkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah pun mengeluarkan kenyataan media yang menjelaskan perkara sebenar. Bagi panduan bersama disiarkan semula kenyataan media tersebut:

"Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk 'Islamic State: Which version? Whose responsibility?' sebagai seorang panelis.

"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)...' – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

"Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh akidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.

"Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama."

Begitu jawapan pandat dan ringkas yang diberikan Nurul Izzah yang sepatutnya boleh merungkaikan segala kemunykilan dan salah faham yang sengaja dimainkan media pro-BN.

Namun seperti mana biasa, penjelasan Nurul Izzah tidak langsung diterbitkan oleh media massa pro-BN yang mencetuskan isu ini. Apa yang ada cumalah 'komen-komen menggila' yang diberikan pemimpin tertinggi Umno, NGO-NGO sekutu Umno juga ahli agama yang sengaja membiarkan diri diperbodohkan oleh 'spin doctor' BN.

Nurul Izzah sudah pun memulakan tindakan menyaman dua akhbar pro-BN kerana memutarbelitkan kenyataan beliau. Laporan juga telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kita yakin jika Utusan Malaysia dan Berita Harian diarahkan membayar ganti rugi kepada Nurul Izzah beberapa tahun lagi, isu ini tidak lagi diingati para pembaca.

Nampaknya pesta 'membodohkan Melayu' ini tetap menjadi agenda Utusan Malaysia. Tanpa menghiraukan impak kehadiran media baru yang mencabar dominasi media konvensional, isu-isu membabitkan pemimpin lawan BN (khususnya Pakatan Rakyat) terus dimainkan Utusan dan media massa pro-BN. Tujuannya satu, untuk memburukkan Pakatan Rakyat dan memastikan sokongan Melayu terus kekal buat Umno dan BN.

Sampai bilakah strategi 'ketinggalan zaman' yang merugikan bangsa Melayu ini mahu diteruskan. Sudah lebih 50 tahun Melayu dibuai sentimen sedangkan buaian sentimen ini gagal menjadikannya bangsa yang berdaya saing, hatta dengan bangsa sendiri di seberang tambak sana.

Read more ...

1 KAMPUNG KELUAR UMNO!!! Bukan di Kelantan tapi di Johor kubu UMNO


Gambar ini dirakamkan disebuah kampong di Batu 5, Kg Mohd Noor, Parit Sulong, Johor, DUN N21 Parit Yaani

Dikhabarkan seluruh ahli UMNO cawangan itu melahirkan rasa marah dan kecewa kepada UMNO kerana gagal menunaikan janji serta menjaga kebajikan penduduk kampong.

Mereka merasakan diri mereka dilayan macam sampah oleh para pemimpin UMNO.

Setiap kali tiba pilihanraya maka bermacam-macam janji manis ditabur oleh para pemimpin UMNO tapi tunaikannya, habuk pun tarak!!!

Ini menyebabkan penduduk kampong yang rata-rata adalah ahli dan penyokong UMNO naik minyak dan bertekad berpatah arang berkerat rotan dengan UMNO dengan mengambil tindakan membubarkan cawangan UMNO Batu 5, Kg Mohd Noor Parit Sulong, Johor.

Petanda awal yang Johor bukan lagi kubu kuat UMNO dan kejatuhan UMNO bukan lagi perkara mustahil.

TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG.... NANTI JAWAB NAJIB... JOHOR DAH NAK TUMBANGGGGGGGG.OMAK KAU

Read more ...