Billboard yang di dirikan atas tanah persendirian di sblah hyway pun di roboh ngan pihak yg tak betanggungjwb!!! Yang membuktikan Pihak sebelah berada dalam ketakutan yang amat sgt, Hancur BN
Sunday, November 25, 2012
GAMBAR HARI INI!!! Bila dikatakan ini kerja beruk-beruk , puak-puak UMNO marah tapi tengoklah gambar ini......
Billboard yang di dirikan atas tanah persendirian di sblah hyway pun di roboh ngan pihak yg tak betanggungjwb!!! Yang membuktikan Pihak sebelah berada dalam ketakutan yang amat sgt, Hancur BN
TERLALU TERDESAK!!! Najib kini mengemis undi untuk berkuasa
SEJAK kebelakangan ini, kempen politik semakin hangat dan agresif,
apatah lagi detik masa untuk Parlimen dibubar boleh berlaku pada
bila-bila masa saja daripada sekarang.
Kempen di pihak PR kelihatan agak fokus iaitu menjelaskan kepada rakyat
mengenai masalah korupsi dan kepincangan sistem urus tadbir kerajaan BN,
sambil menyebarluaskan kejayaan atau pencapaian negeri yang diperintah
PR khususnya Selangor dan Pulau Pinang.
Bagi PR, dua negeri itu menjadi permata dan ‘benchmark’ untuk mereka
berkempen. Itu jelas dan ianya memang diakui satu strategi yang mudah
difahami rakyat.
Manakala bagi BN, kempen mereka sangat ketara dengan ‘komisyen’ untuk
mendapatkan sokongan rakyat. Ini terbukti dengan segala bantuan yang
mencurah-curah turun, malah bukti ini menjadi semakin jelas berdasarkan
belanjawan BN baru-baru ini. Jumlahnya, silalah anda kira sendiri.
PAS TAK KISAH!!! UMNO nak serang dalam AGM, nak doa pun PAS tak kisah.....
SHAH ALAM - Hasrat mahu 'menyerang' Pas pada
Perhimpunan Agung Tahun (AGM) 2012 membuktikan Umno sebenarnya sudah
terkesan dengan kewujudan pengaruh parti itu, yang dilihat boleh
menjejaskan impian Barisan Nasional (BN) untuk kekal memerintah.
Sehubungan itu, menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, AGM 2012
minggu ini sudah pasti akan digunakan untuk menyerang parti itu yang
baru sahaja selesai mengadakan muktamar tahunan di Kelantan.
"Sepatutnya AGM Umno itu perlu menjadi medan untuk mereka melakukan
muhasabah atas kelemahan, kecuaian, kealphaan selama mereka diberikan
mandat menerajui kerajaan. Malangnya tidak berlaku.
ADUN UMNO S'GOR!!! Wakil Rakyat atau Wakil Syabas ?
SHAH ALAM: Para Ahli Dewan Undangan Negeri dari
Barisan Nasional (BN) diminta tidak menjadi wakil rakyat syarikat
bekalan air Selangor, Syabas tetapi menjadi wakil rakyat yang
sebenarnya.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) ketika menjawab soalan dalam sessi soal jawab di DUN Selangor pagi ini kesal kerana wakil rakyat BN lebih cenderung membela Syabas dari membela rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berhujjah dengan Adun Permatang, Sulaiman bin Abdul Razak yang cuba membela Syabas.
Penyataan Khalid dibantah oleh seorang Adun BN yang lain dengan menggunakan peraturan mesyuarat tetapi ditolak oleh Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha.
Read more ...

MURSHID!!! Doa hancurkan organisasi tidak salah
KUALA LUMPUR:
Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid)
berpandangan berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah,
jika ia membawa kebaikan.
Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.
“Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan.
“Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi,” katanya dipetik Sinar Harian.

UMNO ZALIM!!! Doa kehancuran dibolehkan jika dizalimi
Kota Bharu - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.
“Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.
"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.

LEBIH RASIONAL!!! Pandangan Kangkung disanggah
Barisan Nasional (BN) setakat ini hanya selamat di 96 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kerajaan pemerintah dan pembangkang dalam pilihanraya umum ke-13, kata seorang lagi ahli akademik pusat pengajian tinggi tempatan.
Jangkaan itu bermakna kedua-dua BN dan PR berhadapan dengan kemerosotan berbanding kerusi dimenangi empat tahun lalu.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohammad Agus Yusoff berkata, berdasarkan hasil kajian yang dilakukannnya yang bermula beberapa hari sebelum pembentangan Bajet 2013 dan impaknya selepas itu.
DARI 70 KE 20 000!!! Gambar terkini di Dataran Merdeka membuktikannya
KUALA LUMPUR 25 NOV : Pemimpin perarakan Anti-Lynas “Green Walk” akan
meneruskan misi mereka dengan berarak ke Parlimen esok bagi menyeru
Kerajaan Pusat supaya menghentikan operasi loji nadir bumi Lynas di
Pahang.
Ini setelah perarakan yang berjaya mencecah 20,000 orang itu dihalang daripada memasuki Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.
UMNO MAKIN LELAH!!! Bekas Adun sertai PKR hari ini
Bekas ahli dewan
undangan negeri (ADUN) Banggi, Datu Abdul Salam Datu Harun
mengistiyarkan penyertaanya ke dalam Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN)
pagi tadi di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri perkarangan pejabat
parti itu di Kudat.
Datu Salam yang
juga merupakan bekas ADUN Benggkoka menyatakan pendiriannya di hadapan
lebih 6,000 hadirin seraya menyatakan 'negeri Sabah sudah merdeka tetapi
rakyatnya belum merdeka!' Lawan Tetap Lawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)