Tuesday, July 26, 2011
Kerajaan PR bagi RM100 UMNO / BN bising, Kerajaan UMNO / BN langsung tak bagi
Najib ingat orang UMNO sahaja masyarakat umum
Nik Aziz Sokong Biometrik... -TGNA Jawab
KOTA BHARU, 27 Julai:"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Tolak kotor, ambil BERSIH."
"Adapun laporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat. Saya menyokong pendirian PAS Pusat yang menolak kaedah biometrik yang ingin diperkenalkan oleh SPR," tegas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebuah akhbar harian semalam membuat berita sensasi apabila menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik".
Ekoran itu timbul kekeliruan di kalangan orang ramai apakah sikap sebenar PAS dalam isu penggunaan biometrik dalam pilihan raya umum akan datang kerana pemimpin lain PAS memaklumkan parti itu menolak penggunaan biometrik.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sistem biometrik terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.
"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam sidang media bersama pimpinan PAS yang lain menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.
Wartawan Harakahdaily, Rizal Tahir, di Kota Bharu melaporkan Tuan Guru Nik Aziz PAS hanya akan membuat keputusan menyokong atau sebaliknya berhubung biometrik selepas diberi penerangan berhubung perlaksanaan perkara itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau berkata, walaupun tidak menafikan hanya akan menyokong sekiranya perkara itu baik, namun penerangan berhubung perkara itu perlu dilakukan terlebih dahulu.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung sistem biometrik yang bakal dilaksanakan oleh SPR dalam pilihan raya umum selepas merasmikan pelan halatuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, Kota Bharu. (IH)
Facebook Najib kena DIAM
KUALA LUMPUR 26 JULAI : Warga internet melepaskan kekecewaan berhubung kenyataan dan beberapa tindakan kerajaan akhir-akhir ini dengan menulis komen "diam lah" di halaman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mereka memulakan sindiran itu selepas tengah malam semalam setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara,lapor Malaysiakini.
Malah, ada yang menampal perkataan sama dengan tulisan yang besar di dinding (wall) halaman Facebook itu.
Perkataan “diam lah” turut dicatatkan di ruangan komen untuk masukan (posting) yang ditulis.
Warga internet yang pro-kerajaan bagaimanapun cuba berhujah bagi menangani tindakan itu dengan hamburan kata-kata kemarahan kepada penyokong Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, tindakan itu gagal menangani tenaga lawannya yang jumlahnya jauh lebih ramai.
Sehingga berita ini ditulis, masukan menggesa perdana menteri supaya diam belum reda. Masukan terakhir dengan tulisan dengan blok besar baru dimuatkan hanya kira-kira lima minit lalu.
Sebarang cadangan SPR tidak akan menjadi kerana Barisan Nasional
PANAS!! SPR langsung tak ada kuasa?? Siapa batal guna dakwat kekal??
SPR pun pandai klepet, kalau kantoi tunding kat Umno-APCO
Siapa yang pandai buat laporan polis lepas tu terus buat keputusan batalkan pakai dakwat kekal EMPAT hari sebelum pilihanraya umum ke 12 masa 8 Mac 2008 kalau tak SPR sendiri kah kah kah...
Tak payah la cakap tak ada kuasa kunun semuanya keputusan Umno-APCO kah kah kah...
Memang sapa pun taknak tanggungjawab kah kah kah..
Kah kah kah...
SPR tak boleh beri jaminan PRU-13 akan guna biometrik
Kajian mengenai sistem biometrik sudah berada di peringkat akhir tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat memberi jaminan sama ada ia boleh digunakan pada pilihan raya umum ke-13.
Spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat selepas sambutan Aidilfitri awal September ini.
Mandat semasa Parlimen hanya berakhir April 2013.
“Kita masih di peringkat kajian dan kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan kerana kita tak tahu bila Parlimen akan dibubarkan,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) hari ini.
“Lagipun kalau Parlimen dibubarkan kita mempunyai masa 60 hari ini mengadakan pilihan raya,” kata beliau pada wacana “Apa Selepas 9 Julai” anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini.
Mengulas sistem biometrik yang mendapat tentangan Pakatan Rakyat yang tetap mahu dakwat kekal digunakan, Wan Ahmad berkata sistem itu akan menggunakan imbasan ibu jari tangan untuk mengesahkan identiti pengundi.
“Tiada seorang manusia pun yang mempunyai dua biometrik yang sama ... apabila aplikasi ini sudah siap, kita dengan rekod biometrik yang terdapat di JPN, kita boleh padankan dengan daftar pemilih kita.
“Kita merasakan sudah sampai masa sistem ini digunakan untuk membersihkan daftar pemilih,” katanya.
Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada SPR bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.
Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
Najib juga berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada suruhanjaya itu bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.
Selain dakwat kekal, tuntutan lain Bersih 2.0 adalah membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
5 alasan bodoh pencacai UMNO menolak dakwat kekal
2. Pengundi kemungkinan akan ditangkap dan dicalitkan dakwat di jarinya , jadi tak boleh mengundi
" Ada pencacai Umno tangkap kami, calit dakwat kat jari , jadi tak boleh mengundi" - Pengundi
" Kalau Umno calit jari tu sebelum hari mengundi, buat laporan polis . Laporan tu bawa la ke pusat mengundi sebagai bukti jari kena calit awal oleh puak pencacai Umno bukan kerana dah mengundi"
3. Pengundi akan ditangkap dan dipotong jari supaya tidak boleh mengundi
" Pak Cik kenapa jari kena potong "
" Pencacai Umno potong tak bagi mengundi, tapi depa silap potong jari manis dan jari hantu bukan jari telunjuk. Pak Cik masih boleh mengundi "- Pengundi
" Kalau depa potong jari telunjuk pun boleh mengundi Pak Cik , tapi tak kan zalim sangat pencacai Umno sampai sanggup potong jari, potong tangan "
4. Jika dakwat tumpah di pusat mengundi maka semua pengundi di pusat itu tidak boleh mengundi
" La kenapa dakwat tumpah , orang belakang tak boleh mengundi " - pengundi
" Tak kan la SPR teruk sangat sampai tak simpan bekalan dakwat "
5. Dakwat kekal akan menyebabkan pengundi tidak boleh sembahyang
" Ambil air sembahyang tak sah , macam mana nak sembahyang " - pengundi
" Fatwa mana pencacai Umno ambil ,kata tak sah. Orang Islam di Indonesia guna dakwat sama untuk mengundi sah ja sembahyang. Pencacai Umno yang buat dakwaan ini pun tah sembahyang tah tidak?"
TERKINI!! Video Wan Ahmad kena 'boo'
Beliau juga kena 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.
Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.
“Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya.
Dalam tindak balasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.
“Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersama anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.
Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.
700 ahli parti KITA akan keluar parti
Bekas Presiden Akim, Zakaria Salleh berkata, anggota asal parti tersebut pada asalnya menerima Zaid sebagai presiden kerana pada mulanya yakin Zaid akan membawa parti itu ke tahap yang lebih tinggi namun anggapan mereka meleset sama sekali.
Menurutnya, atas kesedaran tersebut, Zakaria menegaskan kira-kira 700 ahli asal akan keluar dari parti Kita dalam satu majlis yang akan diadakan di Taman Uda Murni, Kota Bahru pada jam 9 malam, 30 Julai ini.
“Kami tidak kisah nama Akim ditukar kepada parti Kita, tetapi yang membuatkan kami rasa tertipu adalah dasar parti yang terlalu menyimpang jauh apabila Zaid membuka keahlian kepada bukan Melayu.
“Jika namanya Karpal atau Kit Siang, saya tidak akan menyerahkan jawatan tersebut, tetapi kerana namanya Zaid bin Ibrahim, saya sanggup serahkan,” katanya semalam.
Ditanya sama ada Zakaria akan menubuhkan semula Akim, beliau menegaskan buat masa sekarang tidak perlu kerana mereka akan tunggu dan lihat perkembangan isu ini.
Akim dalam mesyuarat agung tahunannya pertengahan Disember lalu telah menukar namanya menjadi Kita dan mengemukakan permohonan mendapatkan kelulusan menukar nama, logo dan perlembagaan.
Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan calon timbalan presiden dalam pemilihan PKR tahun lalu mengambil alih jawatan baru itu daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa itu. SH
PAS tolak biometrik
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.
"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik.
"Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menjelaskan, PAS mengambil keputusan menolak cadangan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik dalam pilihan raya di negara ini seperti yang diumumkan oleh SPR baru-baru ini.
Penolakan PAS terhadap sistem biometrik kerana diyakini sistem tersebut tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang masalah yang berlaku dalam pilihanraya di negara kita sejak sekian lama.
Beliau menjelaskan, sebaliknya PAS tetap bertegas untuk menggunakan dakwat kekal kerana hanya dengan cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam pilihanraya di negara kita.
Menurutnya, keputusan menolak penggunaan sistem biometrik dibuat oleh PAS hasil perbincangan yang diadakan oleh para pemimpin PAS pada mesyuarat khasnya di Pejabat Agung PAS hari ini.
Katanya, kewujudan pengundian bertindih atau pengundian dua kali tidak boleh dinafikan oleh SPR atau pihak kerajaan kerana ia telah dikesan oleh PAS dengan menggunakan sistem komputer.
"Antara hasilnya, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS telah berjaya mengesan 500 orang pengundi bertindih. Pengesanan itu bukan hanya dibuat menerusi sample-samplenya, tetapi dengan orang-orangnya sekali," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Baru-baru ini, menurut beliau, pihak SPR sendiri turut mengakui kewujudan pengundian bertindih pada senarai pendaftaran badan itu dan jumlahnya pula amat besar serta menakutkan.
"Pengakuan SPR itu menjadi bukti bahawa kebimbangan kita tentang kewujudan pengundian bertindih itu selama ini memang berasas dan ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan," katanya.
Bertolak dari realiti itulah, Bersih 2.0 membuat cadangan agar SPR menggunakan kaedah dakwat kekal untuk mengatasi pengundian dua kali baru-baru ini, tetapi SPR pula menolaknya dengan memperkenalkan sistem biometrik.
"Penggunaan sistem biometrik itu sebenarnya adalah cadangan Perdana Menteri dan telah diterima oleh SPR untuk dilaksanakan, tetapi kita tetap menolaknya dan mahu menggunakan dakwat kekal seperti yang telah dicadangkan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini," tegas beliau.
Kes Fitnah II : Mohd Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual
Peguam Ketua Pembangkang, Sankara Nair berkata, mengikut undang-undang adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual pihak pembelaan.
"Kami boleh memohon sapina dari mahkamah. Sapina ini adalah satu order (kuasa) kepada mahkamah untuk mereka menghadapkan diri di mahkamah.
"Permohonan ini adalah untuk memohon supaya pihak pendakwa membekalkan atau mengesahkan kehadiran Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, dua pegawai polis dan Hasanuddin supaya dibawa ke mahkamah untuk di temuramah oleh kami," tegasnya.
Hari ini, Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes liwatnya sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.
Dalam permohonannya yang difailkan menerusi Tetuan Karpal Singh & Co pagi ini, Anwar selain menamakan Najib dan Rosmah, turut menamakan tiga saksi yang lain.
Mereka ialah Hasanuddin Abd Hamid pemilik unit kondominium di mana kejadian didakwa berlaku bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Sebelum ini, Sankara Nair menerima sepucuk surak daripada Jabatan Siasatan Jenayah Brickfields bertarikh 18 Julai bahawa Mohd Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju untuk menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.
Pada 13 Julai, hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos untuk mendengar hujahan pihak pembelaan.
Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu ketua pembangkang itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang merupakan pengadu kes itu ialah saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.
Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang.
Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwar bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.
Najib mungkin disapena Mahkamah Perancis hujung September , PRU 13 lepas Raya
Berkemungkinan besar, Najib akan dikenakan 'sapena' di Mahkamah Perancis yang memaksa kehadiran Najib dalam perbicaraan yang melibatkan salahlaku urusniaga pembelian Scorpene. Berikut adalah berita mengenai butir-butir perbicaraan rasuah di mahkamah Perancis kelak;
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Komisen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar 'pegawai peringkat tinggi' kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah itu di mahkamah Perancis, September ini.Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta, lapor KeadilanDaily.
Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.
Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.
Individu 'misteri' itu bersama Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.
"Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga," kata Cynthia kepada Keadilandaily. - hdaily
Panggilan sapena terhadap Najib akan memberi impak yang sangat besar dan untuk mengimbangi impak tersebut, Najib memerlukan sebuah kerajaan baru yang mempunyai mandat lebih besar. Dalam masa yang sama, pembubaran Parlimen akan mengalih perhatian rakyat daripada perbicaraan di Perancis yang dijangka berlangsung akhir bulan September.
BN menjangkakan mereka masih mempunyai kekuatan di kawasan majoriti melayu terutamanya di luar bandar. Sementara mereka masih memiliki 'cengkaman' ke atas pengundi melayu yang tidak bermaklumat, Najib mengharapkan BN masih berjaya bertahan di Putrajaya dalam PRU kali ini walaupun dengan hanya majoriti mudah sepertimana pilihanraya Mac 2008.
Najib sememangnya tidak mempunyai banyak pilihan kerana apabila di'sapena' oleh mahkamah Perancis, samada Najib hadir atau tidak hadir ia pasti mengundang kemusnahan besar ke atas kempen BN untuk pertahan Putrajaya terutamanya kehilangan sokongan pengundi melayu. Ini tidak mungkin dibenarkan berlaku oleh Najib dan hanya pilihanraya dalam masa terdekat sahaja yang boleh menyelamatkan Najib.
Baru-baru ini Muhyidin juga telah memberi klue yang cukup jelas dengan mengatakan pilihanraya akan berlaku dalam masa dua-tiga bulan lagi. Sebelumnya, dapat dilihat pelbagai persediaan telah di atur oleh pihak kerajaan termasuklah pengenalan sistem biometrik untuk pilihanraya umum ke-13, satu sistem yang sangat diragui berbanding cara manual dakwat kekal.
Justeru itu, Pakatan Rakyat harus lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan besar yang bakal berlaku. Pertembungan yang berbentuk 'sistem dua parti' dalam PRU-13 dikatakan satu pertembungan paling sengit dalam sejarah. Juga hebat diperkatakan yang Barisan Nasional akan tumbang buat kali pertama dan terakhir...
EDYES @ edyesdotcom
Majoriti rakyat Malaysia sudah tidak percaya lagi pada Polis
Setelah sekian lama tunggu barulah polis menayangkan rakaman mereka tentang himpunan Bersih 2 yang kononya mereka punya tulen dan asli manakala yang pembangkang punya palsu dan telah diubahsuaikan.
Adakah munasabah, dalam youtube dan internet ditayangkan pada hari himpunan itu berlaku, sempatkah untuk diubahsuaikan? Bagaimana pula rakaman yang dibuat oleh Media antarabangsa seperti BBC dan Al Jazeera?
Mereka ubahsuai juga ke rakaman mereka sebelum ditayangkan ke seluruh dunia? Yang pastinya semua rakaman polis itu lah sebenarnya yang diubahsuai dan semua kenyataan polis adalah karut umpama cuba menegakan benang yang basah. Rakyat bukan bodoh sekarang ini.
Begitu juga tentang punca kematian Baharuddin yang dikatakan patah tulang rusuk dan gigi. Kenyataan polis adalah meragukan kerana pihak hospital belum lagi mengeluarkan lapuran bedahsiasat tetapi polis dah tahu lebih awal.
Nampak sangat pihak hospital telah diarahkan supaya mengeluarkan lapuran kelak sama seperti apa yang di nyatakan oleh polis nanti. Tidak pernah lagi kita dengar ada orang mati disebabkan oleh CPR.
Namun begitu, jika benar pihak hospital puncanya atau siapapun puncanya menyebabkan Baharudin mati, keluarga beliau harus mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital atau siapa saja. Tetapi tidak akan ada orang percaya bahawa beliau mati disebabkan oleh CPR.|
Begitu juga isu gas pemedih mata yang digunakan oleh polis. Polis menafikan jenama yang sama digunakan oleh pihak Zionis terhadap penduduk Palestin, jika bukan dari mana datangnya kelongsong gas itu?
Adakah dikirimkan oleh rakyat Palestin melalui pos laju pada hari tersebut? Seluruh dunia sudah melihat keganasan polis melalui rakaman Al Jazeera dan BBC, tiba-tiba polis cuba hendak menafikanya. Lucu dan memalukan. Maruah polis jatuh teruk akibat terlalu mengikut arahan UMNO.
Insaflah wahai polis, kita ada agama, ada Nabi dan ada Allah. Kita akan ditanya nanti, nak jawab macamana? Nak minta maaf kat sapa? Puak-puak UMNO hanya lepas tangan saja nanti.
Mereka dah kayaraya, harta dan wang bertimbun tapi polis apa yang ada? Mereka anak beranak seronok sakan, sekejap melancung ke luar negara dan kemana saja. Polis juga menjadi mangsa cacimaki, sumpah seranah dan menjadi musuh rakyat.
Bagaimana anak-anak polis ingin berdepan dengan masyarakat akibat perbuatan ayah mereka yang mengikut telunjuk UMNO itu?
Kesihanlah pada anak-anak itu. Mereka melihat apa yang ayah mereka lakukan terhadap rakyat dan mendengar segala tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat terhadap ayah mereka. Dimana mereka nak sorokan muka? Bagaimana pula jika anak-anak polis itu diperlakukan sama seperti yang ayah mereka lakukan terhadap rakyat sekarang ini?
Pastinya mereka akan menyalahkan ayah-ayah mereka kelak. Mengapa kita sanggup melihat anak menjadi mangsa akibat angkara kita yang tidak peduli dan seolah-olah kita tidak punya agama dan tidak takut pada dosa dan neraka?
Apa-apa pun kenyataan atau rakaman yang dibuat oleh polis, majoriti rakyat negara ini tidak akan percaya dan tidak akan terpedaya. Pengalaman yang berlaku dalam negara membuktikan bahawa polis negara kita tidak lagi boleh dipercayai (kecuali polis trafik).
Mereka akan lakukan apa saja penipuan, ugutan, merekacipta bukti, fitnah dan pembohongan semata-mata untuk untuk menutup segala keganasan dan kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat, dan yang paling memalukan ialah mereka melakukan semua itu adalah semata-mata untuk melindungi penyelewengan dan kezaliman pemimpin UMNO untuk terus berkuasa.
Sebaliknya segala jenayah, penipuan, rasuah, penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ke atas hasil rakyat dan negara di tutup malahan dilindungi pula oleh pihak polis.
Bagaimana pun elok dicadangkan sekiranya ada peruntukan undang-undang yang boleh membawa kes jenayah dan keganasan yang dilakukan oleh polis ini ke Mahkamah Tribunal Jenayah antarabangsa, maka eloklah diseret Menterinya, Ketua dan Timbalan Polisnya, pegawai yang memerintah pada hari himpunan bersih termasuk komander FRU dan Cawangan Khas.
Rakyat tidak boleh selama-lamanya membiarkan polis menggunakan kuasa dengan sesuka hati, seolah-olah mereka boleh buat dan bertindak apa saja terhadap rakyat yang menentang UMNO. Bumi Malaysia ini bukan hak UMNO dan bukan hak polis.
Kita tidak boleh lagi mengharapkan polis untuk menjaga keamanan negara, keselamatan rakyat kerana sudah banyak bukti menunjukan bahawa polis bekerja atas perintah UMNO dan mengikut undang-undang yang ditentukan oleh UMNO bukanya undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apa yang pemimpin UMNO kata dan arahkan, itulah undang-undang buat polis, SPR, SPRM, mahkamah, pendakwaraya dan semua agensi kerajaan yang lainya. Siapa bantah, bersiaplah untuk ke penjara atau dibelasah separuh nyawa atau akan di fitnah dengan cara bukti yang direkacipta.
Inilah akibatnya apabila berada di bawah telunjuk UMNO yang merasakan mereka punya kuasa dan boleh buat dan arahkan apa saja. Yahudi/APCO dan Zionis dijadikan idola.
Peraturan ala komunis digunakan semula semata-mata kerana kuasa dan harta.Akhirnya rakyat menjadi mangsa. Mudah-mudahan Allah jatuh dan hancurkan UMNO dengan segera supaya rakyat tidak terus menderita.