Tuesday, July 31, 2012

TAMU SAHUR UMNO!!! Tamunya bukan orang ramai tapi wanita-wanita UMNO



Jam 4.40 pagi tadi, 1hb Ogos 2012, UMNO bersama dengan NGO berdarah UMNO, PERMAS menganjurkan program Tamu Sahur Nur Ramadhan dihadapan Hotel Regency, Jalan Chow Kit, berhadapan dengan Bangunan Safuan Plaza. 

Dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.


Yang menjadi lawaknya ialah, tetamu yang diberikan jamuan bersahur ialah wanita-wanita UMNO yang menyambut kahadiran beliau dan bukannya orang ramai.


Membuktikan program tersebut tidak mendapat sambutan dari rakyat tempatan.


SENDIRI ANJUR SENDIRI SAHUR...itulah sepatutnya program ini dinamakan.Omak Kau

Read more ...

GARI!!! Antara darjat UMNO dan sekutu berbanding anti UMNO


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/304776_452705831429363_990676527_n.jpg

 http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/08/rafizi.jpg?_cfgetx=img.rx:600;img.ry:500;

SHAH ALAM 1 OGOS: Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Johari Mohamad berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan NFC.

Mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 10 Septermber 2012.


Awal pagi tadi, Rafizi Ramli menerusi laman Twitternya menyatakan bahawa beliau ditahan polis atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.


Menerusi paparan twitter itu juga, Rafizi menjelaskan rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi tadi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang.


Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.


Johari Muhamad yang turut ditahan bersama Rafizi merupakan bekas kerani Public Bank yang dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.


Sehubungan itu, satu dana sumbangan untuk membantu kos ikat jamin dan guaman kedua-dua mereka dilancarkan serta merta.


Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun:


Oversight & Whistleblower Sdn Bhd

MAYBANK 562441603039

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia kerana mendedahkan butiran penyelewengan perbankan National Feedlot Corporation (NFC) yang dikendalikan oleh suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Dakwaan ini mengaitkan keluarga Shahrizat dengan menyalah guna dana berjumlah RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.Kerabubersuara

Read more ...

APA CERITA!!!! Orang lain maju ke depan , Hasan Ali maju ke belakang (balik asal)


Oleh: WFAUZDIN NS

BERMULA terkenalnya Hassan JATI adalah apabila beliau menjadi Pengacara atau Pengerusi Forum Perdana Ehwal Islam suatu ketika dahulu. Sememangnya rancangan berbentuk agama itu amat diminati ramai terutamanya melibatkan Ahli Panel popular seperti Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Ismail Kamus dan juga Prof Dr Haron Din. Jika tiada Hassan JATI ini dipilih sebagai Pengacara rancangan tersebut, siapa kenal Hassan JATI waktu itu kecuali budak-budak `Summer Camp’ sahaja.

Kemudiannya, tercetus zaman reformasi tahun 1998. Hassan JATI pun ghaib dari kaca TV kerana beliau menyertai politik di dalam PAS. Prestasinya meningkat di dalam PAS sehingga dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor. Beliau juga menjadi Wakil Rakyat mewakili PAS dan juga Exco. Ertikata lain, rezeki beliau bertambah apabila menyertai PAS yang memberi makna rezeki bukan terletak di tangan Umno. Rezeki ditentukan oleh Allah dan Allah tidak akan putuskan rezeki sesiapa sahaja yang berjuang menegakkan agamanya.

Malangnya, akibat tamak haloba ingin menjadi MB Selangor dan kecewa apabila tiada lagi jawatan tinggi di dalam PAS, maka Hassan JATI tercampak dari perjuangan Islam. Beliau kini ke hulu ke hilir menjadi `Sub Kontrak’ Umno untuk memburuk-burukkan PAS dan PR. Di saat ramai pejuang Islam di dalam PAS semakin maju ke hadapan berkat dari kesabaran dan kegigihan perjuangannya, Hassan JATI semakin ke belakang. Dari seorang Pesuruhjaya PAS Selangor malahan pernah berada di kerusi Naib Presiden PAS, kini Hassan JATI kembali kepada asal iaitu selaku Pengacara, setaraf dengan Aznil Nawawi atau Zizan Raja Lawak.

Ini semua adalah kerana silap beliau yang lupa diri. Tidak keterlaluan jika dikatakan level Hassan JATI sama seperti Umi Hafilda yang ke hulu ke hilir tidak pernah lekang mulut dari bercerita pasal fitnah seks dan hal-hal di dalam kelambu orang lain yang beliau sebenarnya tidak pernah lihat dengan matanya sendiri. Oleh kerana media seperti RTM atau TV3 suku itu ejen penyebar fitnah, maka amat sesuai lah kini Hassan JATI kembali ke lubuk fitnah.

Rancangan Ehwal Islam sempena Ramadhan tahun ini menampilkan beliau selaku Pengacara. Kita lihat nanti adakah dengan kehadiran Hassan JATI ke situ akan mengembalikan kegemilangan rancangan tersebut seperti di era 80-90an dahulu. Adalah lebih baik jika RTM padukan dua pengacara rancangan tersebut dengan menggandingkan Hassan JATI dengan `Ustazah Umi Hafilda’ jika tidak pun Zul Kulum.

Tidak pelik Hassan JATI dipilih sebagai Pengacara kerana kita berani potong jari kalau Hassan JATI ini masih berada di PAS, usah mimpi beliau akan dipilih. Hassan JATI pastinya tidak akan lepaskan peluang mencari duit seperti ini bagi persiapan beliau setelah di`pencen’kan oleh rakyat di dalam PRU akan datang. Sementara menanti PRU yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang tentunya Hassan JATI perlu mengumpul wang paling tidak untuk menampung kehidupannya setelah beliau hilang deposit di dalam PRU akan datang.

Satu pilihan yang bijak oleh Hassan JATI. Cuma kita merasa sedih kerana kejatuhan beliau bukan kerana orang lain tetapi kerana sikap tamak dan egonya sendiri. Orang tamak dan ego memang tiada tempat di dalam PAS. Kini, jadilah Hassan JATI pesuruh sang Penguasa yang meletakkan maruah dirinya jauh ke bawah berbanding sebelum beliau menyertai politik. Allah Maha Kuasa, dia yang memberikan rezeki dan kedudukan dan Allah juga berkuasa untuk menariknya kembali. Allah memandang manusia bukan pada awalnya, tetapi pada penghujungnya. Penghujung Hassan JATI amat malang sekali./wfauzdin.blogspot.com

Read more ...

TERKINI! Rafizi Ramli didakwa Akta BAFIA! Perbicaraan 10 September!

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.

Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah tetapi peguambela yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membantah kerana alasan nilai terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan parti.


Beliau juga memohon hakim supaya wang ikat jamin dikurangkan kepada nilai kurang dari RM5 ribu.


Bagaimanapun, hakim memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.


Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad.


Beliau yang hanya bergaji RM3 ribu aebulan selain menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai tiga anak diarah supaya hadir juga pada 10 September nanti.


Dalam realsi segera, Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.


“Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi,” kata Azizah dalam mesej twitternya pagi ini.


Sementara itu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga dalam satu mesej di Twitter menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak.


Khalid juga mengecam tindakan polis yang diarah Perdana Menteri Najib Altantuya yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.


Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.


Rafizi ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.


Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7.42 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.


Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.


Rafizi juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.


Johari – bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.


Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.


Rafizi sebelum ini disiasat mengikut BAFIA berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.


NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.


Pihak media sedang berada di perkarangan mahkamah bagi menunggu perkembangan lanjut penahanan Rafizi dan Johari.


Menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Rafizi diugut akan dipecahkan pintu rumahnya sekiranya tidak keluar dan bekerjasama dengan polis yang menahannya yang menjerit-jerit di luar rumah yang dianggar sekitar 10 orang termasuk seorang pegawai.


Tambahnya lagi, Rafizi tidak melawan malah meminta polis bertenang kerana perlu menghubungi peguamnya yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bagi meminta nasihat lanjut berhubung proses penahanannya.



Bagaimana Keluarga Shahrizat Bayar Pembelian Kondo "Lembu"?? - 8 Februari 2012


Perhatikan angka-angka ini.

Jumlah "pinjaman mudah" untuk Projek Feedlot Nasional (NFC) :
RM250 juta

Jumlah yang didedahkan setakat 08 Februari 2012 :
RM62.6 juta

Jumlah yang masih "hilang" / belum didedahkan :
RM187.4 juta

Harga pembayaran EMPAT kondo dan SATU chalet yang sepatutnya dibayar setiap bulan (tempoh 25 tahun) :
RM343 ribu/sebulan

Sekiranya semua gaji dan elaun Pengerusi NFC yang juga suami Shahrizat Jalil, Mohamad Salleh Ismail yang berjumlah
RM300 ribu sebulan tidak diguna walau SESEN PUN, masih ada lagi RM43 ribu lagi wang yang perlu dijelaskan tiap bulan.

Sekiranya gaji dan elaun Shahrizat sebagai menteri yang berjumlah
RM24 ribu sebulan juga digunakan, pun masih ada lagi RM19 ribu lagi yang perlu dibayar.

Dari mana nak dikorek lagi wang berjumlah RM19 ribu itu?


Gaji dan elaun anak-anaknya yang lain yang bekerja dengan NFC?


"Pinjaman" dari bank atau institusi kewangan dengan wang NFC sebagai cagaran??


Wang panas dari sumber haram???


Wallahualam.


Lu pikir la sendiri!


JALAN PULANG

Keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan bahawa mereka tidak menggunakan dana dari Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) untuk membiayai pembelian dua lagi kondominium mewah di Singapura.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata ada kemungkinan dana rakyat RM250 juta untuk NFC telah digunakan bagi membiayai dua kondo tersebut. Ini berdasarkan kemudahan pembiayaian yang diluluskan oleh Maybank untuk pembelian kondominium mewah bernilai lebih RM34 juta itu.

"Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai dua unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?", beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.


PKR hari ini mendedahkan dua lagi kondominium mewah yang dimiliki suami Sharizat, Datuk Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Irzan di Marina Bay Suites, Singapura.


Mengikut kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun, keluarga Shahrizat perlu membayar RM173,000 sebulan bagi membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.


Justeru, PKR mengesa Shahrizat memperincikan pendapatan keselurahan keluarga dalam menjawab kemampuan mereka memiliki aset jutaan ringgit di Singapura.


"Beranikah Dato' Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?"


Melihat kepada kepincangan dan isu kreadibiliti pemimpin Umno-BN, PKR turut mengesa Najib mewajibkan kesemua ahli kabinetnya mengistiharkan harta bagi menjawab pelbagai persoalan yang bermain dipemikiran rakyat Malaysia hari ini.


"Apakah Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil?"

Read more ...

TERKENA KELONGSONG GAS PEMEDIH MATA!!! Kerajaan bayar ganti rugi RM 150 Ribu kepada seorang peniaga yang buta mata kanan

KOTA BHARU - Seorang peniaga yang mata kanannya buta akibat terkena kelongsong gas pemedih mata semasa rusuhan perlawanan bola sepak di luar Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada 2009, hari ini mendapat ganti rugi RM150,000.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan jumlah ganti rugi itu selepas mendapati plaintif, Muhammad Huzaifah Muhd Noor, 22, berjaya membuktikan kecederaan parah di mata kanan yang dialaminya adalah akibat terkena tembakan peluru gas pemedih mata yang dilepaskan pihak defendan atau ejen-ejennya.



Beliau berkata, selain keterangan daripada saksi pihak plaintif, rakaman video oleh seorang saksi bebas yang juga penonton  perlawanan bola sepak itu,  menunjukkan berlakunya tembakan peluru gas pemedih mata ke arah gerai plaintif.

Berdasarkan rakaman itu, plaintif rebah sejurus tembakan itu dilepaskan dan beliau kemudian dipapah oleh orang ramai.


Bagaimanapun, Hakim Ahmad Zaidi berkata pihak defendan yang hadir di tempat kejadian bukan bertujuan untuk mencederakan plaintif tetapi untuk menyuraikan rusuhan yang  berlaku selepas perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan itu.


Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM20,000.


Pada 6 Ogos 2009,  Muhammad Huzaifah menamakan pegawai Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ASP M.Sathasivam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.


Plaintif menuntut rugi am, ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM10 juta selain faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Plaintif diwakili peguam Marwaliz Mahmud manakala kesemua defendan oleh Peguam Persekutuan Rohaiza Zainal.


Ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Huzaifah dari Kampung Pasir Tok Kambing di sini, yang ditemani isterinya Ibnati Solihatul Nuri  Mat Taib, 22, berkata beliau bersyukur dengan keputusan itu setelah menunggu sekian lama. - Bernama

Read more ...

RAMAI TINGGALKAN UMNO!!!! BN dijangka tumbang selepas 55 tahun berkuasa



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuik Mahfuz Omar meminta rakyat bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan tindak balas Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan perubahan yang berlaku kini.

"Maklumat-maklumat menyatakan lebih ramai lagi yang akan meninggalkan Umno dan BN. Apa sahaja boleh terjadi termasuklah runtuhnya pemerintahan 55 tahun parti yang dipanggil parti perasuah yang busuk hingga ke usus oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu.

"Walaupun satu dua tokoh Umno peringkat bawahan pernah membuat kenyataan bahawa parti itu akan menerima perubahan tanpa bertindak ganas, tetapi rakyat perlulah bersedia menghadapi dengan matang apa jua kemungkinan tindak balas parti yang hanya hidup dengan mengapi-apikan isu perkauman itu," kata beliau.

Bagi Mahfuz, apa yang disifatkannya sebagai permulaan penghijrahan lebih ramai wakil rakyat dan tokoh Umno BN itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

"Dari perbincangan-perbincangan secara jujur dengan mereka sebelum ini, sebenarnya ramai ahli-ahli Parlimen BN yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Mereka melihat pentadbiran Najib sebagai pentadbiran 'flip flop' yang lebih teruk dari pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini, lemah dan kucar kacir," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mereka, katanya lagi, melihat keputusan kabinet Najib bersifat separuh masak seperti keputusan mengenai Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Mereka juga melihat polisi-polisi kabinet di"u turn"kan seperti keputusan mengenai penggabungan MAS-Air Asia sebelum ini.

"Mereka juga tidak sanggup menghadapi tekanan akar umbi Umno yang semakin tidak berpuas hati apabila kroni-kroni seperti George Kent ditawarkan projek berbilion ringgit walaupun tidak layak.

"Kesemua ini menyebabkan rasa meluat mereka terhadap Najib dan kerajaannya sampai ke tahap kemuncak," kata Mahfuz.

Menambahkan rasa benci mereka, katanya lagi, ialah apa yang mereka lihat dan dakwa sebagai campur tangan berlebihan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam urusan pentadbiran kerajaan.

"Dalam perbualan-perbualan tersebut, ada pemimpin tertinggi Umno secara bergurau menyatakan BN maknanya 'bini Najib'.

"Walaupun bergurau dalam rungutan tersebut, tetapi kita dapat melihat keresahan mereka terhadap apa berlaku sehingga ada di antara mereka yang menyifatkan Rosmah adalah Perdana Menteri sebenar atau de facto Prime Minister," katanya.

Sebahahagian yang lain pula, kata Mahfuz, menyatakan rasa meluat mereka kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir.

"Walaupun tidak ramai dan tidak lantang kerana Dr Mahathir begitu dirasai sangat berpengaruh dan mata serta telinganya dikatakan ada di mana-mana di dalam Umno termasuk di kalangan ahli-ahli Parlimen parti itu, golongan yang meluat kepada Dr Mahathir mahu bekas Presiden Umno itu tutup mulut atau 'shut up'," kata Mahfuz.

Dalam perkembangan berkaitan, para pemimpin Umno kini dilaporkan sibuk menangani gelora yang berlaku di Sabah yang dimulakan dengan tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Umno dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing meninggalkan BN.

Tarikh pilihan raya yang dirancang oleh Najib juga dilaporkan terpaksa dipinda berikutan perkembangan yang dilihat sebagai permulaan kepada bencana yang lebih besar kepada BN itu.

Read more ...