Friday, October 26, 2012

BONGKAR!!! Benarkah wujud kem Najib/Zahid Vs Muhyiddin/ Mukhriz ?


Cerita ini sebenarnya antara beberapa perkembangan terbaru yang akan didedahkan satu persatu.

Jadi biarlah saya anggapkan ia merupakan siri ketiga walaupun sebenarnya hal ini lebih menjurus kepada satu pendedahan mengejutkan yang saya terima menerusi sumber dalaman Umno sendiri.
Perdana menteri Najib dipercayai sudah mengarahkan pakar-pakar strategisnya untuk menyingkirkan timbalannya sendiri, Muhyiddin Yassin dari jawatannya sekarang.
Alasannya?
Kerana puak yang setia dengan bekas menteri besar Johor itu sudah mengambil ketetapan bahawa pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini.
Jika tidak, kata mereka, peluang Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula tipis.
Helah mereka lagi, sekiranya pilihanraya dibuat dalam bulan penganut agama Kristian menyambut Krismas itu, peluang BN menang lebih cerah berbanding cadangan Najib yang mahu BR1M 2.0 dilunaskan dahulu pada Januari 2013 sebelum memanggil pilihanraya umum.
Disember juga merupakan kesempatan terbaik kerana penganut agama itu tidak sempat untuk berkempen terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana sibuk membuat persiapan manakala yang tidak merayakannya akan mengambil cuti hujung tahun melancong bersama keluarga.
Taktik jahat puak Muhyiddin pantas dihidu Najib  melalui satu maklumat yang bocor beberapa minggu lalu mengatakan gerakan menyingkirkannya sudah semakin berkembang di seluruh negara melalui dua atau lebih bahagian Umno di setiap negeri kecuali di Sarawak.
Najib yang tidak mampu menghalang kemaraan Muhyiddin telah berpakat dengan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi bagi menggantikan Muhyiddin.
Alasannya, Zahid setakat ini berjaya menghalang siri pendedahan skandal kapal selam Scorpene yang terus dibongkar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang sedang menunggu siasatan hakim di Paris yang akan keluar dalam beberapa bulan lagi.
Tetapi mengapa Zahid dan bukan sepupunya sendiri, Hishamuddin Hussein?
Hishamuddin sudah dianggap bahan jenaka oleh pemimpin Umno malah langsung tidak dihormati atas kegagalannya menyelesaikan isu berkaitan keselamatan dan jenayah walaupun berjaya menambah senarai pengundi haram selepas perlaksanaan pemutihan 6P tahun lalu.
Maka Zahid kini sedang bersiap-siap menggantikan Muhyiddin manakala siapa yang akan mengisi kekosongannya sebagai naib presiden akan ditentukan kemudian.
Tetapi adakah Muhyiddin mengalah?
Jawabnya tidak, malah kem Muhyiddin sedang merencanakan sesuatu yang akan menghancurkan imej Zahid sepenuhnya dan dia sudah mengenal pasti siapa yang akan menjadi regunya untuk diganding bersamanya apabila berjaya menyingkirkan Najib  kelak.
Ada dua pilihan, Shafie Apdal atau Mukhriz Mahathir.
Tetapi Muhyiddin lebih melihat Mukhriz berdasarkan pengaruh bapanya Mahathir masih berkuku terutamanya di kalangan pemimpin senior yang kecewa dengan prestasi Najib .

Semalam saya telah ceritakan bagaimana Muhyiddin sedang membuat perancangan bagaimana hendak menyingkirkan bosnya, Najib melalui gerakan terancang di seluruh negara.

Hari ini saya akan memfokuskan bagaimana Najib mahu melantik Zahid Hamidi sebagai timbalannya yang baru menggantikan Muhyiddin.
Ikut perancangan, kem Muhyiddin sudah mendesak supaya pilihanraya umum mesti diadakan sebelum 30 November tahun ini tetapi Najib tidak mahu ia berlaku kerana melihatkan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) kekal lemah walaupun boleh menang dengan majoriti mudah.
Kem Muhyiddin boleh dikatakan gelojoh kurang cermat dalam mengatur strategi  hingga Najib  sudah menghidu gerakan menjatuhkannya sejak awal September.
Masih ingatkah lagi poster Muhyiddin mendesak Najib berundur di Johor?
Ini bukannya rekaan tetapi benar-benar dilakukan oleh sesetengah juak-juaknya yang setia di Johor termasuk beberapa ketua bahagian Umno yang tidak sehaluan dengan Najib.
Najib  tahu Muhyiddin membisu seribu bahasa dalam skandal Scorpene dan dianggap petanda besar sokongan kem Muhyiddin terhadapnya sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Seorang ahli dalam kem Muhyiddin mendakwa bahawa Najib  sudah hilang sokongan akar umbi terutamanya wanita secaraberansur-ansur sejak jawatan menteri pembangunan kaum itu tidak diganti oleh pemimpin wanita yang berkaliber.
Hasil risikan tentera juga mengesahkan perkara itu dan ternyata undi wanita sangat penting dalam menentukan kemenangan BN.
Kesilapan Najib adalah dia tidak mempercayai seorang pun pemimpin wanita BN termasuk timbalan ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim kerana dia condong terhadap Muhyiddin setelah Shahrizat Jalil tidak disambung perkhidmatan senatornya 8 April lalu.
Baiklah, mengenai Zahid pula, perkembangan terbaru mengesahkan Najib mahu melantiknya tetapi Mahathir tidak setuju kerana telah Najib  berjanji secara lisan akan melantik anaknya Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri.
Mukhriz yang kecewa kemudiannya dikatakan beralih kem dan dalam masa yang sama masih lagi mengharapkan agar Najib melakukan apa yang dilakukan bapanya ketika menjadi perdana menteri.
Muhyiddin kemudian berbincang dengan Mahathir secara senyap bagaimana strategi Mukhriz boleh diatur bagi memastikan parlimen Jerlun kekal di tangannya.
Setelah mendapat sokongan yang cukup barulah Muhyiddin menggerakkan gabungan kedua-duanya menjadi satu gerakan kuat bagi menyingkirkan kem Najib -Zahid Hamidi kelak.
Perancangan asal Mahathir cuma mahu meletakkan anaknya menjadi Menteri Besar Kedah tetapi lubuk yang lebih besar sedang menunggu di peringkat persekutuan.
Mahathir juga kecewa dengan Najib  kerana daya kepimpinannya dianggap terlalu lemah kerana terlalu dikawal oleh isterinya sendiri, Rosmah Mansor.
Dalam keyakinan Najib mahu menyingkirkan Muhyiddin, rupanya Zahid sedang dipantau pergerakannya kerana ahli parlimen Bagan Datoh ini merupakan bekas pengikut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang setia.
Zahid yang juga dilihat gelojoh mula membuat kesilapan satu demi satu apabila di parlimennya sendiri, gerakan menyingkirkannya sudah mula bergerak aktif ke seluruh negeri Perak.
Pendedahan mengenai penggunaan jet peribadi oleh Zahid sebenarnya didedahkan kem Muhyiddin bagi memberi amaran terhadap menteri pertahanan itu supaya jangan bertindak di luar kemampuannya atau hadapi mimpi ngeri jika skandalnya bakal terbongkar!
Bersambung lagi.
JALAN PULANG

Read more ...

MELAYU MENJADI PENGEMIS!!! Kerana pemerintahan UMNO sejak merdeka





Semalam mantan Perdana Menteri berkata Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan,

"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu di Kuala Lumpur semalam.
Memang benar dakwaan Mahathir tersebut kerana kedudukan ekonomi orang Melayu jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan orang lain khususnya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) tajaan Umno juga gagal meletakkan martabat orang yang ditempat yang sepatutnya. Jangankan 18 %, 10 % pun tidak dicapai. Kedudukan sekarang pun banyak bantu dengan pegangan ekuiti GLC kalau tidak sudah tentu lebih jauh merudum.
Dr Mahathir sengaja menyembunyikan fakta dengan menyatakan bahawa sebab sebenar orang Melayu tertinggal adalah disebabkan orang Melayu berpecah. Dia sengaja mencari alasan sedangkan perkara ini berlaku kerana kegagalan Umno memerintah Malaysia sehingga ekuiti orang Melayu terus merudum. Antaranya sebabnya ialah pengamalan rasuah di kalangan pemimpin Melayu Umno; pengamalan kronisme sehingga projek-projek dibolot oleh segelintir orang yang berada di sekeliling pemimpin Umno; amalan Ali Baba dan sebagainya.

Sikap pemimpin Umno yang menjadikan hanya mereka yang rapat dengan Umno; kaki ampu; perasuah dan sebagainya sahaja yang diberikan peluang perniagaan menjadi antara sebab mengapa orang Melayu mengemis di negara sendiri. Ada orang Melayu yang berkeupayaan; kompeten; berbakat dan hebat dalam perniagaan dinafikan hak hanya kerana mereka bukan kroni Umno.
Janganlah Dr Mahathir hendak mencari alasan mengapa Melayu mengemis hanya kerana perpecahan sedangkan perkara sebenarnya ialah Umno sendiri yang gagal menguruskan ekonomi orang Melayu.Mutaligat

Read more ...

UMNO OH UMNO!!! Busuk hati punya pasal, lembu korban pun dicurinya?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-Z_j5Ypcz9XUCLd6U0na5V_hlulUKbhkZtWVbuzmVALHXZFZijwA7l2Hz47JgfsNqDo_KplYCXaI8surEWjWk4eL2DRiYJRpw4cacUiA8Tbrkagq-LBK_vtQcMHiyrsis3J5of5k9Q3Bv/s1600/umno+lembu.jpgPanas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting  untuk Masjid  Kg Expo hilang dan disyaki dicuri.

Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir ,Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang.

Ahli Jemaah Masjid Expo ,berasa sesuatu tak kena.jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat.

Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis.Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai,yang memberitahu penulis  ,lembu YB Dato Zahir ,Adun Umno itu telah dicuri oleh orang UMNO juga.Pencuri yang didakwa Ahli UMNO itu tidak suka YB Umno memberi sumbangan lembu kepada Masjid Expo ,kerana Masjid Expo,Kamunting dikatakan pro-PAS. Sisibukit

Read more ...