MIC hari ini menggesa tindakan diambil ke atas ahli Umno yang menumbuk
Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan (gambar) dalam satu
mesyuarat di Hulu Selangor pada Ahad lalu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj
Ayanger meluahkan kekesalan yang amat sangat terhadap tindakan biadap
ahli Pemuda Umno Hulu Selangor dan menggesa polis campurtangan untuk
mengambil tindakan.
“Lelaki ini telah mengundang malu kepada seluruh sayap pemuda Barisan
Nasional (BN) dengan apa yang telah dilakukannya. Kepimpinan Umno mesti
campurtangan dan mengambil tindakan terhadap ahli tersebut.
“Dia juga mesti diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kamalanathan,” katanya.
Read more ...
Riza
(paling kiri) bersama penerbit Joey McFarland dan para pelakon filem
The Wolf of Wall Street iaitu Margot Robbie, Leonardo DiCaprio ketika
tayangan perdana filem berkenaan di Leicester, London pada 9 Januari
lalu. - Foto Mstar Online
LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Produser filem Hollywood kelahiran
Malaysia, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya,
The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori
Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.
Filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan
kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi yang melanda filemnya itu.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.
Read more ...
KUALA LUMPUR 12 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi
Nik Ahmad berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu
melaksanakan reformasi menyeluruh termasuk rombakan liga domestik bagi
memperbaiki mutu bola sepak negara.
Katanya,
perubahan itu perlu bermula dengan menukar presiden FAM yang telah
menguasai badan induk itu sejak 30 tahun lalu, sedangkan mutu bola
sepak negara masih di takuk lama.
“Bagi mengangkat martabat bola sepak Malaysia, kita memerlukan
reformasi menyeluruh bermula dengan penukaran presiden FAM dan struktur
organisasi tersebut, liga domestik sehinggalah program pembangunan bola
sepak di peringkat akar umbi.
Read more ...