Thursday, January 16, 2014

PERANGAI BUSUK PERUT!!! Sendiri lulus, sendiri bantah, Inilah perangai hipokrit UMNO

PAS hari ini mempersoalkan niat sebenar Umno membantah pembinaan gereja Methodist di Tanjung Karang apabila mengambil kira sejarah penjualan tapak gereja yang berlaku sewaktu Selangor diperintah Umno dan BN sekitar tahun 80-an.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini berkata, bersikap hipokrit apabila pada satu waktu dahulu membenarkan urusniaga itu yang jelas untuk tujuan pembinaan gereja tetapi kini membantahnya pula.

Beliau merujuk kepada demo Umno Tanjung Karang yang membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang, pada 9 Januari lalu.

Read more ...

JAGA-JAGA!!! Pemuda 'Kangkung' hendak mengamuk



Kangkung disumbat dalam mulut patung Najib di Machang Bubuk, Pulau PinangPergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.

"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.


Read more ...

SEKATAN KANGKUNG !!! Artikel “kangkung” dalam BBC tak boleh akses

Kenyataan Najib berkenaan penurunan harga kangkung menjadi viral di internet. Gambar fail.Pengguna internet khasnya Twitter sedang kecoh memerli kerajaan kerana menghalang akses ke artikel “kangkung” dalam laman berita antarabangsa, BBC.
Kekecohan bermula apabila wartawan daripada BBC, Charlotte Pritchard bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada artikel itu boleh dibaca ataupun tidak.

Pengguna internet merungut apabila menghadapi kesukaran membaca artikel itu yang turut memerli kerajaan Malaysia ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang harga kangkung baru-baru ini.

Posting terakhir daripada Pritchard mengatakan bahawa BBC di London tidak mempunyai sebarang masalah mengakses artikel tersebut.

Pengguna Twitter dengan gelaran @belon1986 berkata, "Kami boleh mengakses semua berita di BBC Trending tapi bukan berita Kangkung. Sangat memalukan!"

Read more ...

TUMBUK KAMALANATHAN!!! Cikgu UMNO bakal hadapi tindakan disiplin, Khairi berlepas diri?


Khairy JamaluddinKUALA LUMPUR - Pemuda Umno tidak boleh mempertahan tindakan seorang ahlinya menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan, P.Kamalanathan baru-baru ini, kata Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata apa jua sebab atau tekanan yang dihadapi anggota berkenaan iaitu Penolong Setiausaha Pemuda Umno Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi, tindakan agresif seperti itu tidak boleh diambil terhadap Kamalanathan atau sesiapa sahaja.

"Dia ada berjumpa dengan saya dan menjelaskan faktor-faktor berlakunya insiden itu. Saya terima penjelasan itu namun apapun sebabnya, kita tidak boleh bertindak secara fizikal," katanya kepada pemberita selepas meninjau harga di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Read more ...