Tuesday, March 30, 2010

Anwar didakwa, kenapa Presiden MCA tidak ?



KUALA LUMPUR , 29 Mac : Peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini didakwa sebagai 'tidak jujur' dan tidak telus dalam tugasnya mendakwa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat.

Peguam Anwar, Sankara Nair dalam satu kenyataan medianya mempersoalkan mengapa tidak ada tindakan diambil ke atas seorang bekas menteri kesihatan yang telah mengaku terbabit dalam seks oral.

Sankara tidak menamakan pemimpin BN itu tetapi menamakan beliau sebagai pemimpin yang baru memenangi jawatan presiden partinya itu.

DVD membabitkan bekas menteri kesihatan itu tersebar sejak dua tahun lalu. Ia menunjukkan beliau mengadakan perhubungan seks di luar tabie dengan seorang wanita. Dia juga telah mengakui bahawa dia adalah watak utama dalam video itu.

“Malah, seks oral sama ada dengan atau tanpa kerelaaan tidak ada bezanya dengan seks melalui dubur dan ia dengan jelas boleh didakwa menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang mana Anwar kini didakwa.”

Sankara ju
ga berkata beberapa laporan juga telah dibuat ke atas pemimpin itu tetapi peguam negara memilih untuk tidak bertindak.

“Ini adalah diskriminasi dalam bentuk yang paling tinggi dan bukti jelas bahawa AG adalah berat sebelah. Justeru, saya menggesa AG agar menggugurkan dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar.”

Sankara juga menambah:“AG dikehendaki oleh undang-undang menurut Artikel 8, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa semua orang adalah setaraf di bawah undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.”malaysiakini

Read more ...

Kunjungan hormat Dewan Pemuda PAS Perak ke pejabat SPRM



IPOH, 30 Mac : Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Saudara Salman Saleh dan exco dewan harian yang lain telah melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi Negeri Perak yang baru iaitu Hajah Nooraziah Bt Abd Manaf.

Kunjungan yang bermula jam 3.30 petang itu telah disambut mesra oleh Hajah Nooraziah dan para kakitangan Pejabat SPRM Perak.

Kunjungan DPPN Perak ini telah membuka satu dimensi baru kepada Dewan Pemuda PAS Perak sendiri khususnya dalam menyiapkan diri dalam misi untuk mentadbir Malaysia kelak. Hubungan yang baik pada setiap badan kerajaan, swasta dan NGO membuktikan bahawa PAS telah bersedia pada bila-bila masa untuk kembali mentadbir Perak khususnya.

, Sa udara Safarizal Saleh (k anan sekali) dan Saudara Zairul Azrun (dua dari kanan) sedang berbincang dengan SPRM Perak.


Antara kakitangan Pejabat SPRM Perak. Hajah Nooraziah berada di sebelah kanan sekali.


Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Dr Raja Ahmad Al-hiss sedang membentangkan sesuatu.

Hubungan yang mesra antara DPPN dan SPRM

Saudara Salman Saleh menyampaikan hadiah terima kasih atas kesudian SPRM Perak yang diketuai oleh Hajah Nooraziah untuk menerima kunjungan Dewan Pemuda Pas Perak

Read more ...

Pantau kafe siber

PARIT BUNTAR , 30 Mac : Kewujudan kafe siber banyak memberi manfaat kepada masyarakat, namun kafe siber yang beroperasi melebihi had waktu dan membenarkan pelajar apatah lagi dengan pakaian seragam sekolah serta kanak-kanak berusia bawah 12 tahun memasuki premis itu harus diberi perhatian serius oleh pihak berwajib.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata Majlis Daerah Kerian (MDK ) perlu kerap membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kafe siber di Parit Buntar yang melanggar peraturan yang dibenarkan.

“ Pejabat ini telah menerima aduan penduduk berkenaan kewujudan kafe siber yang tidak mematuhi peraturan.

“ Mereka bimbang pelajar sekolah menghabiskan masa di kafe siber sehingga sanggup ponteng sekolah kerana ketagih bermain permainan video “katanya

Hamdan berkata, pihak polis juga perlu kerap membuat rondaan, manakala pengusaha kafe siber pula perlu tegas dengan tidak membenarkan pelajar berpakaian seragam sekolah memasuki premis mereka selain menyekat laman web lucah.

“ Ada ibu bapa yang menyarankan supaya Majlis Daerah Kerian mengetatkan syarat untuk operasi pusat siber termasuk mengehadkan aktiviti utamanya kepada aktiviti penyebaran dan mendapatkan maklumat melalui internet” katanya

Menurutnya, penguasaha kafe siber juga kadang-kadang tidak menghiraukan peraturan yang ditetapkan Majlis Daerah Kerian.

“ Mereka tidak mengendahkan syarat ditetapkan. Hanya keuntungan sahaja yang dipentingkan”katanya

Tambah Hamdan, ibu-bapa juga hendaklah mengawasi aktiviti anak-anak mereka samada dirumah atau pun diluar rumah.

“ Ada sesetengah kanak-kanak ini sangat bijak memberi alasan kepada ibu-bapa mereka kononnya hendak pergi ke sekolah membuat aktiviti kokurikulum dan sebagainya.

“ Sedangkan mereka ini melencong ke kafe siber untuk melayari internet seperti bermain permainan video dan melihat laman web lucah” katanya

Hamdan berkata, memandangkan ramai pelajar dan remaja Islam yang mengunjungi kafe siber , ibu-bapa wajib memberi didikan kepada anak-anak terutamanya berkaitan denga hal keagamaan.

“ Anak-anak hendaklah dididik dan ditanam dengan nilai-nilai keagamaan supaya mereka tidak akan melakukan perkara yang dilarang dalam agama seperti menonton video lucah dan sebagainya.

“ Perasaan takut untuk melakukan kemungkaran haruslah diwujudkan dalam diri mereka dengan menerangkan balasan-balasan yang akan ditanggung di akhirat kelak seperti azab api neraka “ katanya.

Read more ...

Pos Malaysia rugi RM546 juta , menteri bertanggungjawab



KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS mahu kerajaan mengkaji kegagalan urusniaga Pos Malaysia dan mahu Pengerusi Pos Malaysia, Pengerusi Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan bertanggungjawab di atas kerugian berjumlah RM546 juta itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Pos Malaysia sebagai GLC milik negara membelanjakan wang rakyat untuk urusniaganya seharusnya memberikan pulangan yang positif bukannya memberikan kerugian yang besar.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengambil pandangan yang serius terhadap ucapan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong di parlimen berhubung pendedahan bekas ahli parlimen yang juga mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk 'Is whistle-blowing really serious'.

Katanya, artikel berkenaan turut menyentuh secara langsung isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia.

Tambahnya, tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia untuk melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah, Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh kepada harga 35 sen seunit dengan nilai keseluruhan hanya RM14 juta pada 26 Februari 2010.

Sebelum ini, Pos Malaysia boleh menjual saham itu pada harga tinggi iaitu RM14 dengan nilai keseluruhan adalah RM546 juta, namun percaturan yang dibuat jelas merugikan rakyat.

Pos Malaysia adalah pemegang saham kedua terbesar dalam Transmile Group Bhd selepas raja gula Malaysia, Robert Kuok (Kuok Brothers Sdn Bhd).

Pada tahun 2004, Pos Malaysia menjual 30 peratus kepentingan dalam Transmile Air Services Sdn Bhd iaitu anak syarikat Transmile Group Bhd sebelum membeli saham Transmile Group Bhd.

Walau bagaimana pun penjualan dan pembelian saham-saham itu ternyata tidak mendatangkan faedah bila mana Transmile Group Bhd selepas itu mengalami kemerosotan dan nilai sahamnya jatuh teruk selepas itu.

Tahun lepas sahaja, Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, di mana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.

“Rakyat pasti bertanya, kenapa Pos Malaysia tidak mahu melabur dalam Malaysia Airlines Cargo Sdn Bhd (Mas Kargo) yang juga salah satu GLC milik negara yang lebih menguntungkan dalam operasi penghantaran kargonya?

“Adakah pelaburan sebelum ini ada kepentingan untuk membantu menyelamatkan syarikat Transmile Group Bhd yang turut dimiliki bersama dengan Robert Kuok?” tanya Idris.

Menurutnya, PAS hanya melihat kes itu sebenarnya mengulangi insiden kegagalan pengurusan GLC milik negara seperti Proton yang menjual sahamnya dalam MV Agusta dengan harga 1 Euro sahaja.

Tambahnya, pendedahan mantan Pengerusi Pos Malaysia itu juga harus disiasat dan rakyat mahukan jawapan.
Harakahdaily

Read more ...

Kelurga Altantuya perlu RM60,000


KUALA LUMPUR, 30 Mac : Keluarga warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dijumpai mati diletupkan pada Oktober 2006 hanya perlu meletakkan bon sekuriti RM60,000 bagi mengemukakan saman terhadap kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengurangkan jumlah bon itu setelah mendengar hujah permohonan daripada peguam Karpal Singh.

Hakim Zaleha Yusof bersetuju menetapkan bon sekuriti RM30,000 setiap satu kepada kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Sebelum ini, mereka menuntut RM1.25 juta sebagai bon sekuriti.

Dua anggota polis yang didapati bersalah dalam pembunuhan Altantuya April lalu - Azilah Hadri and Sirul Azhar - tidak meminta sebarang jaminan bon sekuriti.

Ayah

mangsa pembunuhan itu, Setev Shaariibuu juga perlu mencari RM10,000 bagi kos perundangannya, tetapi Karpal berkata satu tabung akan ditubuhkan.

Menurut beliau, semua ahli parlimen akan diminta menyumbang kepada tabung itu.

"Saya akan menimbulkan perkara itu dengan rakan-rakan di Parlimen dan kami akan cuba mendapatkan bantuan untuk meringankan beban Encik Shaariibuu," kata Karpal.

"Kami mungkin akan mengambil masa selama tiga bulan untuk mengutip jumlah berkenaan agar perbicaraan dapat diteruskan.”

Perbicaraan akan hanya bermula selepas mahkamah mendengar rayuan yang dikemukakan oleh Azilah dan Sirul berhubung hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atas mereka.
malaysiakini

Read more ...

ADUN PR dianaktirikan


IPOH , 30 Mac : Kedegilan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Speaker, Datuk R Ganesan berjumpa semua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pakatan Rakyat (PR), semalam mungkin boleh menjerumuskan kepada tindakan mogok sebagaimana yang digerakkan oleh kumpulan baju merah di Thailand.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, permintaan untuk mengadakan perbincangan itu tidak wajar ditolak kerana ia sekadar mahu memastikan urusan perjalanan sidang DUN lancar dan demi kepentingan rakyat negeri Perak.

Menurutnya, tiga hari lalu, beliau mencadangkan supaya diadakan perbincangan antara ADUN PR dengan Zambry dan Ganesan di Dewan Bandaran Ipoh, tetapi kedua-duanya tidak hadir selepas menunggu lebih 30 minit.

“Kami menganggap ia satu tindakan tidak bertanggungjawab daripada Zambry yang seolah-olah menganaktirikan kami walhal apa yang kami hasratkan ini adalah untuk menjaga kebajikan rakyat di DUN masing-masing.

“Tambahan lagi, kenyataan dalam media sebelum ini, menunjukkan bahawa kami tidak bekerjasama amat bertentangan sama sekali bahkan menafikan sekeras-kerasnya kenyataan berkenaan, malah kami sudah nyatakan dengan jelas yang kami akan hadir dalam sidang berkenaan,” katanya kepada pemberita di Dewan Bandaran Ipoh, semalam.

Hadir sama, ADUN Tronoh, V Sivakumar; ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming; ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham; ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah; ADUN Lubok Merbau, Mohd Zainudin Mohd Yusof; ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Ng; ADUN Kepayang, Loke Chee Yan; ADUN Bercham, Sum Cheok Leng.
Italic
Nizar berkata, dua hari lalu mereka menerima surat daripada Ganesan yang mengarahkan supaya ADUN BN memasuki dewan terlebih dahulu dan menggunakan lif nombor tiga pada jam 10.15 pagi, manakala ADUN PR selepas itu dengan menggunakan lif nombor enam.

Katanya, arahan ini merupakan sejarah dalam sidang DUN sedangkan di Parlimen sendiri tidak pernah berlaku pengasingan tersebut malah wakil rakyat BN serta PR bebas keluar dan menggunakan mana-mana laluan.

“Kami juga difahamkan beberapa pintu masuk ke bandar raya ini akan ditutup, walaupun sebelum ini kami diberitahu bahawa tidak ada sebarang gangguan.

“Jadi, kami minta rakyat menilai apa yang dipraktikkan oleh BN, seolah-olah mereka ini takut dengan kami,” katanya.SH

Read more ...

Kutipan sehari meningkat RM20,000 hingga RM30,000



ALOR SETAR, 30 Mac : Polisi Kerajaan Negeri yang menggunakan khidmat bank untuk menguruskan kutipan bayaran tertunggak perumahan awam diterima baik penduduk, apabila jumlah kutipan meningkat mendadak.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sejak polisi itu diumumkan, jumlah kutipan sehari meningkat kepada RM20,000 hingga RM30,000 berbanding kurang RM10,000 sebelum ini.

“Hasil maklum balas positif itu, menyebabkan jumlah kutipan meningkat sekali gus menidakkan tohmahan yang mengatakan penduduk membantah polisi baru itu seperti yang didakwa sesetengah pihak,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.

Azizan berkata, sejak polisi itu diperkenalkan, setiap hari ada sahaja penghuni perumahan awam yang menjelaskan hutang tertunggak, termasuk sewa bulanan RM100 sebulan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada penghuni yang membayar namun pada masa sama, Kerajaan Negeri akan pastikan mereka membayar secara berterusan. Saya harap selepas ini, tiada lagi pihak yang tunjuk hero untuk bela orang yang tidak bayar hutang, sebab polisi ini mendapat reaksi menggalakkan daripada penduduk,” katanya.

Menurutnya, ini membuktikan polisi yang diperkenalkan 24 Februari lalu berjaya menyelesaikan masalah tunggakan hutang perumahan awam di negeri ini yang mencecah RM27 juta tahun ini. Terdapat 40 kawasan perumahan awam di seluruh Kedah.

Azizan berkata, walaupun ada segelintir penduduk masih belum menjelaskan hutang tertunggak dan notis keluar rumah dikeluarkan oleh mahkamah, Kerajaan Negeri tidak kejam untuk menghalau penghuni.

“Apabila menggunakan khidmat bank, mereka mempunyai jentera yang mencukupi untuk selesaikan masalah ini. Dulu pun ada yang bayar tetapi jumlahnya sangat sedikit,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri mengenal pasti dua institusi perbankan untuk menguruskan kutipan ini dalam tempoh terdekat.

“Saya harap penduduk bayarlah, sebab rumah itu kelak akan menjadi hak milik mereka juga,” katanya.

Mengulas mengenai beberapa keluarga di perumahan awam Paya Nahu di Sungai Petani, yang diminta mengosongkan rumah oleh Kerajaan Negeri, Azizan berkata, Kerajaan Negeri tidak terbabit dalam tindakan itu kerana ia bawah seliaan Kerajaan Pusat.

“Itu projek rumah transit Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri hanya bertanggung jawab terhadap bayaran bil elektrik dan air di situ. Sebelum ini arahan pengosongan dibuat sebab penduduk tidak bayar bil elektrik dan air. Tetapi masalah ini telah selesai. Selebihnya, kena tanya kepada mereka,” katanya.SH

Read more ...

Calon berpotensi menang pilihan PKR


SHAH ALAM , 29 Mac :
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal menamakan calon yang mempunyai harapan cerah untuk mengekalkan penguasaannya di kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil akan datang.

Naib Presidennya, R Sivarasa berkata, pemilihan calon akan dibuat berdasarkan kriteria yang ditentukan parti.

Menurutnya, antara faktor yang diambil kira bagi memilih calon PKR ialah latar belakang, pengalaman, kelayakan akademik dan purata jumlah pengundi.

“Tetapi faktor pemilihan calon tidak akan berkesan jika calon itu tidak mempunyai peluang memenangi kerusi tersebut. Peluang kejayaan menjadi faktor penentu muktamad untuk calon PKR.

“Protokol PKR melarang perbincangan di khalayak tentang calon yang bakal dipilih untuk meneruskan perjuangan PKR kerana ia melibatkan isu dalaman parti dan ia masih awal untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.SH

Read more ...

Apco Worldwide ancaman nasional dan berbahaya












KUALA LUMPUR
, 29 Mac : Peranan Apco Worldwide di Malaysia sudah bermula sebelum firma perunding antarabangsa itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Umno Barisan Nasional, melalui syarikat My Team Sdn Bhd.

Pendedahan tersebut dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat pagi ini secara panjang lebar, lengkap dengan dokumen sokongan termasuk salinan perjanjian.

Ketua Pembangkang itu menganggap penglibatan Apco Worldwide yang didalangi ramai individu Israel termasuk pakar perisikan, di Malaysia sebagai ancaman nasional dan berbahaya kepada negara serta rakyat keseluruhan.
Anwar Ibrahim hari ini juga menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.
Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.
Erapakatan

Read more ...