Wednesday, November 13, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ketua Pemuda PAS Pusat - Suhaizan ada kelebihan, Kamarulzaman bergelut, Zulhazmi dihina

Post Pic



Semasa pemilihan PAS tahun 2011 , penulis di luar negara. Hanya mengikuti perkembangan pemilihan melalui blog dan facebook. Penulis ada membuat jangkaan sendiri pemenang bagi jawatan Timbalan, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat.

Jangkaan penulis semasa pemilihan 2011 hampir 70 % adalah tepat terutama untuk jawatan AJK PAS Pusat. Penulis membuat jangkaan melalui jangkaan kecondongan perwakilan yang mewakili PAS Kawasan.

Bagi pemilihan 2011 perwakilan membuat pemilihan kepada calon-calon yang lama bergiat dalam parti, calon yang bersama semasa susah senang PAS, calon yang berani melawan UMNO, calon yang setia dan kuat bekerja . Bagaimana dengan pemilihan 2013?

Penulis memulakan dengan jawatan Ketua , Timbalan Ketua dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat . Pada pemilihan 2011, penulis tidak membuat jangkaan pemenang jawatan dalam Dewan Pemuda.

Pada peringkat awal, ada kedengaran Ust. Nik Abduh akan bertanding jawatan ini kerana Ust. Nasarudin akan bertanding jawatan Naib Presiden . Manakala jawatan Timbalan Ketua akan ditandingi Saudara Kamarulzaman Muhammad dan Naib pula Ust. Khalil Abdul Hadi.


Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Permata 'kepimpinan ulama' dalam perjuangan PAS

NONEULASAN Pembaca pelbagai penulisan serta ‘analisa politik dalaman PAS' yang begitu rancak disiarkan di media perdana mahupun media alternatif seperti Facebook dan Twitter sejak beberapa hari lalu amat menarik untuk diulas.

Ini ditambah pula dengan kerancakan pemilihan pucuk pimpinan parti yang bakal menerajui kepimpinan PAS menjelang muktamar yang akan berlangsung.

Kepimpinan ini jugalah yang bakal mewarnai corak dan pendekatan PAS bagi menghadapi cabaran politik akan datang.

Gambaran yang cuba dipaparkan adalah pertarungan sebenar aliran-aliran utama dalam PAS, khususnya golongan yang dilabelkan sebagai "kumpulan ulama" dan golongan yang dilabelkan sebagai "kumpulan profesional" dalam kepimpinan PAS.

Isu ini kian hangat diperkatakan apabila adanya pertandingan di peringkat negeri serta pencalonan untuk menerajui jawatan tertinggi dalam PAS.

Dua persoalan utama yang sering diperdebatkan serta dilemparkan kepada umum:

(1) Apakah PAS menggadaikan prinsip perjuangannya setelah menjalinkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP?

Read more ...